0

Air Mata Rasulullah

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan Khutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan! di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Oleh itu... Cintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
0

Tazkirah - Ingatlah

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuatpersediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akandicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akanmemandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak... may ALLAH SWT bless you.

Saling berpesan2lah sesama kita.....
0

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siang ku sibuk berzikir
Tentu aku tidak akan jemu-jemu melagukan syair rindu
Mendayu.. merayu.. kepada-Nya Tuhan yang satu
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solat ku kerjakan di awal waktu
Solat yang ku kerjakan sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Jasad dan qalbu bersatu memperhambakan diri
Menghadap Rabbul Jalil... menangisi segala kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil a'lamin"
Sesungguhnya solat ku, ibadah ku, hidup ku dan mati ku....
Ku serahkan hanya kepada Allah s.w.t. tuhan seru sekalian alam

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku sia-siakan waktu walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tidak akan aku biarkan berlalu begitu sahaja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang.... bakal ku syairkan
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malam ku sibuk dengan bertarawih, berqiamullail, bertahajjud
Mengadu... merintih.. meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu tapi...
aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu"

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu diri ku tidak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita sama-sama meriahkan Ramadhan ini
Kita buru... kita cari... suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu aku bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiapkan diri... rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan... lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi... Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling berseri dan paling bererti
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju keredhaan serta kasih sayang-Mu Ya Illahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun....Tidak ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha.... bersedia... meminta belas-Nya... .

Andai benar ini Ramadhan yang terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN DAN KETERLANJURAN YANG PERNAH DIRI INI LAKUKAN
0

10 Amalan Yang Terbalik

Salam semua...

Untuk renungan, kali ini aku tertarik untuk meletakkan email yang telah dihantar oleh klavu untuk kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita.

Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

Ø Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

Ø Kalau hadir ke kenduri walimatulurus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah . Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

Ø Ketika menghadiri majlis pemimpin negara , kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

Ø Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

Ø Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

Ø Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

Ø Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ??

Ø Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

Ø Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja . Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manus begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

Ø Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia

Ø Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas . Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

Ø Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

Ø Kalau hadir ke kenduri walimatulurus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah . Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

Ø Ketika menghadiri majlis pemimpin negara , kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

Ø Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

Ø Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

Ø Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

Ø Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ??

Ø Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

Ø Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja . Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manus begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

Ø Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia

Ø Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas . Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari
0

Pentingnya Mengingat Kematian

Asalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Allah s.w.t berfirman, ertinya, "Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari dari padanya." (QS. Qaaf:19)

Siapakah di antara kita yang meragui kematian dan sakaratul maut? Apakah ada orang yang meragui kubur dan azabnya? Siapakah yang mampu menunda kematiannya dari waktu yang telah ditentukan?

Mengapa manusia sombong padahal kelak akan dimakan ulat? Mengapa manusia melampaui batas padahal di dalam tanah kelak akan terbujur? Mengapa menunda-nunda, padahal anda mengetahui kematian akan datang secara tiba-tiba?

Hakikat Kematian

Adalah salah bila ada orang yang menyangka bahawa kematian itu hanya kefanaan semata dan pengakhiran secara total yang tidak ada kehidupan, perhitungan, hari dikumpulkan, kebangkitan, syurga atau neraka padanya!!Sebab andaikata demikian, tentulah tidak ada hikmah dari penciptaan dan wujud kita. Tentulah manusia semua sama saja setelah kematian dan dapat beristirahat lega; samada mukmin dan kafir, samada pembunuh dan terbunuh, samada si penzalim dan yang dizalimi, samada yang taat dan maksiat, samada penzina dan yang rajin solat, samada ahli maksiat dan ahli takwa

Pandangan tersebut hanyalah bersumber dari pemahaman kaum atheis yang mereka itu lebih buruk dari binatang sekali pun. Yang mengatakan seperti ini hanyalah orang yang telah tidak punya rasa malu dan menggelarkan dirinya sebagai orang yang bodoh dan 'gila.' (Baca: QS. At-Taghabun:7, QS.Yaasiin: 78-79)

Kematian adalah terputusnya hubungan ruh dengan badan, kemudian ruh berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, dan seluruh lembaran amal ditutup, pintu taubat dan pemberian masa pun terputus.

Nabi s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama belum sekarat." (HR. At-Turmuzi dan Ibn Majah, disahihkan Al-Hakim dan Ibn Hibban)

Kematian Merupakan Musibah Paling Besar!!

Kematian merupakan musibah paling besar, kerana itu Allah s.w.t. menamakannya dengan 'musibah maut' (Al-Maidah:106). Bila seorang hamba ahli taat didatangi maut, ia menyesal mengapa tidak menambah amalan solehnya, sedangkan bila seorang hamba ahli maksiat didatangi maut, ia menyesali atas perbuatan melampaui batas yang dilakukannya dan berkeinginan dapat dikembalikan ke dunia lagi, sehingga dapat bertaubat kepada Allah s.w.t. dan mula melakukan amal soleh. Namun! Itu semua adalah mustahil dan tidak akan terjadi!! (Baca: QS. Fushshilat: 24, QS. Al-Mu'minun: 99-100)

Ingatlah Penghancur Segala Kenikmatan!!

Nabi s.a.w. menganjurkan agar banyak mengingat kematian. Beliau bersabda, "Perbanyaklah mengingat penghancur kenikmatan (maut)," (HR. At-Tirmidzi, hasan menurutnya).

Imam Al-Qurthubi r.a. berkata, "Para ulama kita mengatakan, ucapan beliau, "Perbanyaklah mengingat penghancur kenikmatan", merupakan ucapan ringkas tapi padat, menghimpun makna peringatan dan amat mendalam penyampaian nasihatnya. Sebab, orang yang benar-benar mengingat kematian, pasti akanmengurangi kenikmatan yang dirasakannya saat itu, mencegahnya untuk bercita-cita mendapatkannya di masa yang akan datang serta membuatnya menghindar dari mengangankannya, sekalipun hal itu masih mampu dicapainya.

Namun jiwa yang beku dan hati yang lalai selalu memerlukan nasihat yang lebih lama dari para penyuluh dan untaian kata-kata yang meluluhkan sebab bila tidak, sebenarnya ucapan beliau tersebut dan firman Allah s.w.t. dalam surat Ali 'Imran ayat 185, (artinya, "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati) sudah cukup bagi pendengar dan pemerhati-nya.!!"

Siapa Orang Yang Paling Cerdik?

Ibnu Umar r.a pernah berkata, "Aku pernah mengadap Rasulullah s.a.w sebagai orang ke sepuluh yang datang, lalu salah seorang dari kaum Anshor berdiri seraya berkata, "Wahai Nabi Allah, siapakah manusia yang paling cerdik dan paling tegas?" Beliau menjawab, "(adalah) Mereka yang paling banyak mengingat kematian dan paling siap menghadapinya. Mereka itulah manusia-manusia cerdas; mereka pergi (mati) dengan harga diri dunia dan kemuliaan akhirat." (HR. Ath-Thabrani, disahihkan al-Munziri

Manafaat Mengingat Kematian

Di antara faedah mengingat kematian adalah:

Ø Mendorong diri untuk bersiap-siap menghadapi kematian sebelum datangnya.
Ø Memendekkan angan-angan untuk lama tinggal di dunia yang fana ini, kerana panjang angan-angan merupakan sebab paling besar lahirnya kelalaian. Ø Menjauhkan diri dari cinta dunia dan redha dengan yang sedikit.
Ø Menguatkan keinginan pada akhirat dan mengajak untuk berbuat ta'at.
Ø Meringankan seorang hamba dalam menghadapi ujian dunia.
Ø Mencegah kerakusan dan ketamakan terhadap nikmat duniawi.
Ø Mendorong untuk bertaubat dan muhasabah kesalahan masa lalu.
Ø Melembutkan hati, membuat mata menangis, memberi semangat untuk mendalami agama dan menghapuskan keinginan hawa nafsu.
Ø Mengajak bersikap rendah hati (tawadhu'), tidak sombong, dan berlaku zalim.
Ø Mendorong sikap toleransi, mema'afkan teman dan menerima kesalahan dan kelemahan orang lain.

Perkataan Orang-Orang Arif

§ Al-Qurthubi r.a berkata, "Umat sepakat bahwa kematian tidak memiliki usia tertentu, masa tertentu dan penyakit tertentu. Hal ini dimaksudkan agar seseorang senantiasa waspada dan bersiap-siap menghadapinya."

§ Yazid Ar-Raqqasyi r.a. berkata kepada dirinya, "Celakalah engkau wahai Yazid! Siapa orang yang akan menggantikan solatmu setelah mati? Siapa yang berpuasa untukmu setelah mati? Siapa yang memohon keredhaan Allah untukmu setelah mati? Wahai manusia! Tidakkah kamu menangis dan meratapi diri sendiri dalam sisa hidup kamu? Siapa yang dicari maut, kuburan jadi rumahnya, tanah jadi katilnya dan ulat jadi teman rapatnya, lalu setelah itu ia akan menunggu lagi hari kecemasan yang paling besar; bagaimana keadaan orang yang seperti ini nanti.?" Beliau pun kemudian menangis.

§ Ad-Daqqaq r.a. berkata, "Siapa yang banyak mengingat kematian, maka ia akan dimuliakan dengan tiga perkara: Segera bertaubat; Mendapatkan kepuasan hati; dan bersemangat dalam beribadah. Dan siapa yang lupa akan kematian, maka ia akan disiksa dengan tiga perkara: Menunda untuk bertaubat; Tidak merasa cukup dengan yang ada dan malas beribadah."

§ Al-Hasan Al-Bashri r.a. berkata, "Sesungguhnya kematian ini telah menghancurkan kenikmatan yang dirasakan para penikmatnya. Kerana itu, carilah kehidupan yang tidak ada kematian di dalamnya."

Faktor-Faktor Pendorong Mengingat Kematian

1. Ziarah kubur. Nabi s.a.w. bersabda, "Berziarah kuburlah kamu, sebab ia dapat mengingatkanmu akan akhirat." (HR. Ahmad dan Abu Daud, disahihkan Syaikh Al-Albani)

2. Melihat mayat ketika dimandikan.

3. Menyaksikan orang-orang yang tengah sekarat dan menalqinkan mereka dengan kalimat syahadat.

4. Mengiringi jenazah, solat ke atasnya serta menghadiri pengkebumiannya.

5. Membaca Al-Qur'an, terutama ayat-ayat yang mengingatkan akan kematian dan sakratul maut seperti ayat 19 surat Qaaf.

6. Uban dan Penyakit. Kedua hal ini merupakan utusan malaikat maut kepada para hamba.

7. Fenomena alam yang dijadikan Allah s.a.w. untuk mengingatkan para hamba akan kematian seperti gempa, gunung meletus, banjir, badai dan sebagainya.

8. Membaca berita-berita tentang umat-umat masa lalu yang telah dibinasakan oleh maut.

Semoga Allah s.w.t. menutup akhir hayat kita dengan Husnul Khatimah dan menerima semua amal shalih kita, Amin.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.

Gersang Bumi Tanpa Hujan,
Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Jiwa Tanpa Amal,
Gersang Hati Tanpa Iman
0

Doa senjata umat Islam

DAN Tuhanmu berfirman: " Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orangorang yang menyombong diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina." (Ghaffir: 60)

Sebagaimana yang tercatat dalam surah di atas, Allah s.w.t. memberi jaminan bahawa setiap doa hamba-Nya akan dimakbulkan oleh-Nya. Pun begitu, kita tidak seharusnya berasa gusar sekiranya doa kita tidak tertunai. Ini kerana, menurut hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa

Allah hanya akan menerima doa hamba-Nya melalui tiga cara iaitu:
* Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.
* Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak, dan
* Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana.

Doa selain menjadi senjata yang ampuh umat Islam, ia juga merupakan jalinan yang hebat menghubungkan hamba dengan Pencipta Yang Maha Esa. Walau bagaimanapun, doa disarankan untuk diamalkan dengan penuh adab serta kaifiat bagi mendatangkan kesan yang optimum.

Contoh, Al-Qhadi ‘Iyad secara tegas mencadangkan kepada para Muslim untuk berdoa dengan doa yang warid daripada Rasulullah s.a.w. dan apa yang terdapat dalam al-Quran sahaja. Ini kerana, Allah s.w.t. telah mengajar umat Islam teknik dan gaya permohonan doa yang paling tepat menerusi firman-firman-Nya yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Antara kelebihan doa Nabi s.a.w. ialah ia merupakan kombinasi tiga perkara iaitu; kefahaman kepada akidah, mesej yang tepat dengan menggunakan bahasa yang jelas dan nasihat buat umat.

Mustajab
Justeru itu, pelbagai perkara seperti adab-adab berdoa, waktu-waktu dan tempat-tempat mustajab doa, kategori mereka yang dimakbulkan doa serta kaedah memilih doa-doa yang ma’thur dari al-Quran dan hadis perlulah kita ketahui dalam memastikan doa yang dipohon dimakbulkan Allah s.w.t.

Sumber - petikan dari : http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm
0

Wahyu Pertama Rasulullah

BACALAH dengan nama Tuhanmu, yang menjadikan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu amat mulia, yang mengajarkan dengan pena. Mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-Alaq: 1-5)

AYAT di atas merupakan wahyu pertama yang diturunkan pada 17 Ramadan dan bersamaan dengan 6 Ogos tahun 610 Masihi. Peristiwa ini berlaku sewaktu Rasulullah berusia 40 tahun. Baginda sangat sedih melihat kehidupan kaum Quraisy pada waktu itu. Mereka hidup tanpa tujuan dan bertuhankan hawa nafsu.

Tidak berapa jauh dari kota Mekah, terdapat sebuah gua yang terpencil dan jarang dikunjungi orang. Gua itu bernama Gua Hira’. Rasulullah sering duduk sendirian dan gua itu. Baginda termenung memikirkan kejadian alam dan kebesaran Penciptanya.

Baginda tinggal di dalam gua itu untuk beberapa hari. Kadang-kadang sampai berminggu-minggu. Apabila bekalan makanan habis, barulah baginda pulang. Isterinya Siti Khadijah tidak pernah merungut dengan kelakuan baginda.

Suatu hari, Rasulullah didatangi oleh Malaikat Jibril. Baginda terkejut melihat suatu lembaga yang besar sedang berdiri di hadapannya.

“Bacalah,” suruh Malaikat Jibril.

“Saya tidak tahu membaca,” jawab Rasulullah jujur.

Malaikat Jibril mendakap Rasulullah dengan kuat dan berkata: “Bacalah!”

“Saya tidak tahu membaca,” jawab Rasulullah lagi. Baginda adalah seorang yang buta huruf.

Jawapan itu menyebabkan Malaikat Jibril memeluk baginda sekali lagi. Jibril menyuruh baginda, membaca dan Nabi Muhammad mengulangi jawapannya bahawa baginda tidak tahu membaca.

Malaikat Jibril memeluk baginda buat kali yang ketiga. Pelukan itu lebih erat daripada yang sebelumnya. Akibatnya, baginda kelemahan dan lemah tidak bermaya.

Malaikat Jibril pun melepaskan pelukan di tubuh baginda. Dia kemudiannya membaca surah al-Alaq. Baginda mengikut bacaan Malaikat Jibril itu.

Selepas itu, baginda pun pulang ke rumah. Surah al-Alaq adalah wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Selepas peristiwa itu, Rasulullah menerima lebih banyak wahyu daripada Allah untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia supaya mereka tetap berada pada jalan kebenaran.

* Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah Daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd. Tel: 03-6137 9220 atau e-mel: edusb@streamyx. com.

copyright : http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

~ wassallam ~
0

Tazkirah - Air Mata Nabi Adam

Assalamu`alaikum W.b.t

Air Mata Nabi Adam

Tahukah kita semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.

Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk? "

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika didunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka didunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Wassallam.
0

THANK YOU

to all my colleague ~ thank you soo much for the lovely party..!!
0

tanpa tajuk...

huhuhu sudah berkurun rasanya aku biarkan rumah ini sepi tanpa sebarang berita. Aku sekadar menjenguk, kot2 ada pengunjung yang singgah dan menitipkan apa2 berita... tapi ye lah rumah ini juga rasanya tiada pengunjung..!!

Apa yea yang nak aku coretkan di sini..?? aku pun tak tahu..!! aku sekadar sayang untuk meninggalkan terus rumah ini... tapi aku jugak tak ada apa2 berita menarik untuk dicoretkan di sini..!! serba salah aku jadinya. so untuk kali ini cukup sekadar aku menjenguk muka...!! sebagai peringatan bahawa aku masih punyai rumah selain duniaku dan sembang buku...
0

Thank You My Dear

butterflies don't know what color their flyin wings are...
but human eyes know how nice it is.
Likewise you don't know how nice you are...
but I know how special you are
~nawwir~
0

Alhamdulillah

Pagi-pagi aku dah call Tabung Haji tanyakan cek yang my sirMan gi bank-in... berita baik... dah clear!! call abah, tapi abah tak angkat... call rumah kat kampung, Lida yang angkat & khabarkan Mek & abah dah ke Pasir Mas... ooo patutlah aku call tak angkat derang kat dalam kawasan yg tak bleh ambik any phone call. Alhamdulillah... settle!!
0

Berita Dari Kampung Part 2

Semalam hubby aku bawa balik cek untuk abah & Abang Yie. Tinggal nak gi bank-in je.!! Mintak2 tak dak masalah.!! Malam tadi call Abang Yie mintak no akaun dia... senang sekali arung bank-in untuk Abang Yie & Abah.!!

Atif dah baik dari demam campak..!! sekarang tengah lasak... dalam proses nak belajar merangkak.
0

Selamat Hari Guru

Hari ini... tanggal 16 Mei aku nak wish kat kakak aku Lina & adik aku Lida serta suaminya Korie
SELAMAT HARI GURU
moga jadi pendidik yang gemilang, untuk melahirkan generasi yang terbilang..!!
0

Berita dari kampung

Hari ni seharian aku cuba call Abe Yie, semuanya masuk voice mail. Malam ni Abe Yie return call, rupanya h/p dia dah kehabisan bateri..!! Nak mintak tolong pasal buat surat penyerahan kuasa... utk hubby aku ambik dokumen bari pihak abah..!! Dapat berita Athif demam campak... alahai siannya anak buah aku tu... mesti tak bleh dok diam... klu org tua pun dah tak selesa badan apatah lagi budak sekecil Athif... moga2 dia segera sembuh..!!

Call abah, mintak no Tabung Haji abah. Moga2 semuanya selamat..!! aku suspen gak ni... mintak2 tak dak masalah..!!

Esok si Ghafar mula kerja kat LHDN. Good Luck to him..!!
0

Selamat Hari Ibu

Sedar tak sedar... sambutan hari ibu muncul lagi... tapi pada aku, kalau nak sambut tak perlu tunggu tarikh 13 Mei untuk sambut...setiap hari pun boleh sambut.... antara nak sambut dengan tak nak sambut je..!! dan aku..?? tak tahu nak cakap... malam tadi call mek kat kampung, tapi sebab tak biasa dengan benda2 cam gini, rasa cam lain lak..!!! hehehe cukuplah aku tahu aku sayang mek aku, dan dia tahu aku sayang dia melebihi segala2nya di dunia ini.

Bila kita sendiri dah jadi ibu, baru kita sedar betapa besarnya pengorbanan ibu, seawal kita masih lagi dalam kandungan. Selama 9 bulan 10 hari dalam kandungan ibu, di saat2 melahirkan, ibu bertarung nyawa antara hidup dan mati untuk melahirkan kita. Dari kita sebesar tapak tangan, ibu menyusu dan membesarkan kita. Jika kita membesar menjadi anak yang mendengar kata, taat dan segala2nya baik & terpelihara... alhamdulillah sejuk perut ibu yang mengandungkan. Tapi jika kita membesar sebaliknya... masyallah kecewa betul. *tapi aku tak tahu cukup ke tak 9 bulan dlm kandungan ibu sebab anak aku lahir awal 2 minggu dari jangkaan*

Sebagai seorang anak, sayangilah ibu anda di kala mereka masih lagi ada bersama kita, tak kira di depan mata atau yang jauh di perantauan... ingatlah tiada siapa yang boleh mengambil tempat ibu di hati kita. Mereka jauh lebih istimewa dan berharga untuk diberikan balasan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari kita sebagai anak. Walaupun mereka tidak meminta untuk dibalas... tapi hargailah setiap titik air susu ibu yang kita hisap, menjadi darah dan daging kita, membesarkan kita menjadikan kita sebagaimana kita hari ini.
So buat semua ibu2 di luar sana...Selamat Hari Ibu...!!!

"Nothing compares to a mum's love. She looks with her heart and feels with her eyes. A mum is the bank where her children deposit all their worries and hurts. A mum is the cement that keeps her family together and her love lasts a lifetime."
0

Yang baik... yang sedih...

Tadi aku baru lepas borak2 ngan adik aku si Ghafar. Hari ini dia di minta menghadiri sessi temuduga untuk jawatan pembantu penaksiran di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Yang kelakarnya, dah lah adik aku si Nini [kakak dialah] yang tolong mintakkan, bila aku tanya dia, untuk jawatan apa dia sendiri pun tak tahu. Isk Isk Isk... nasib baik penemuduga tu tak tanya... 'awak minta untuk jawatan apa.?' mesti si Ghafar ni tak tahu nak jawap apa... drp nak dapat terus tak dapat..!! Dan alhamdulillah... dia berjaya dan diminta untuk datang melapurkan diri pada hari selasa nanti.

Dalam dok borak2 tu dia beritahu... dia dah konvo tapi tak dak sorang yang pergi... huhuhu kesiannya adik aku tu.. dia kata pagi2 tu bila nak pergi ke majlis tu, tanya pasal abah kitorang... mek kata dah pegi kerja..!! mek pulak bila abah tak dak, mcm mana nak pergi... tak dak orang nak bawak dia. Bila aku tanya dia tak cakap dengan kak yuh aka Rose ke dia kata TAK...!!! lagipun majlis tu di buat pada hari bekerja..!! laa betul2 sian adik aku tu..!!
0

Bajuku...

huhuhu pepagi lagi semangat aku dah down.

Alkisahnya... pagi ni bila nak gi office... dah kluar dari umah, dah kunci & mangga pintu... tiba2 aku perasan baju cantik aku dah tak dak kat ampaian depan... aku jadi cuak, mana tau aku dah angkat tapi lupa... aku masuk balik tengok dalam, tak dak..!! masuk bilik bukak almari, tak dak gak... memang sah dah ilang. Uwwaaaaa baju aku dah kena CURI... memang ce**kalah orang yang curik ni...
0

Sukan oh Sukan...

Hari ini... aku yang berkobar2 mana taknya si Eisya yang nak main sukan aku yang terlebih excited. Disebabkan hari ni aku kerja, hubby aku yang akan bawak dia ke Padang MPSJ tempat di mana Temasya sukan tahunan kali ke-8 Kafa Integrasi, Tadika & Taska Islam Nurul Izzah akan berlangsung.

Seawal jam 7 pagi aku dah kejutkan eisya... nasib baik dia tak meragam mandikan dia... pakaikan baju sukan... pakaikan kasut baru & tunggu hubby aku bersiap. Disebabkan hari ni hari sabtu... aku tak perlu terkejar2 ke office.

Lepas eisya pergi, lebih kurang jam 7.30 pagi... aku pulak bersiap nak ke office. Dalam dok bersiap, tak sempat lagi nak gi office masa tu lebih kurang jam 8.30 pagi si Eisya dah balik... uiks apahal lak..?? si bapak dia dah muka semacam... aku tanya eisya tak nak jawap... aku agak... tak nak main le tu..!! Si Eisya ni bukan boleh harap... belakang je ok... tapi bila dah tengok orang ramai... mula la malu...!! huhuhu anak aku... buat penat je terkejar2 cari kasut semalam... :'(
Apa2pun at least si Eisya dapat kasut baru... :)
0

Kasut oh Kasut

Hari ini... actually dah masuk hari lain means semalam le... :D disebabkan sekolah si Eisya mengadakan sukan tahunan esok *hari ini* dan si Eisya pulak ambik bahagian... nak tak nak terpaksalah aku belikan kasut untuk dia.

Petang tu aku dah call hubby aku suruh dia balik awal... almaklumlah hubby aku ni selalunya lepas isyak baru sampai kat rumah. Malam selepas hubby aku balik dari office *konon2 janji nak balik awal* terus berkejar ke summit nak cari kasut. Pada mulanya aku ingat nak belikan Eisya kasut sekolah je... tahun depan tak payah dah beli kasut sekolah *nak jimat sebenarnya :p*.

Lepas satu kedai ke satu kedai kami lalu *lalu aje tak masuk...!!!* lepas satu tingkat ke satu tingkat kami naik... tak ada kedai Bata pun kat situ... ceh..!! hampeh betul... nak tak nak terpaksalah ke Subang Parade. Tengok jam... dah dekat pukul 9 malam... sempat lagi ni... so kamipun menghala ke SP.

Sampai kat SP terus tuju ke kedai Bata... ada kasut tapi tak ada saiz... rupa2 nya kaki si Eisya dah besar le... aku rasa cam semalam je tapak kaki dia sebesar ibu jari.... huhuhu anak aku dah besar rupanya. Tanya jurujual tu kat mana ada lagi kedai Bata... dia kata kat Carrefour. So kami menuju ke sebelah lak... dengan masa yang dah semakin suntuk... *takut kedai tutup*

Sampai kat carrefour, berpusing2 cari kedai tak jumpa... bila jumpa je kedai... mulanya memang niat nak beli kasut sekolah, dah mintak saiz, dah try dan dah cakap ok kat jurujual tu... tengah aku dok bukak kasut... hubby aku hulur kasut utk buat jalan2... dah berkenan pulak terus cancel kasut sekolah... :)

Tak sabar nak tengok eisya dalam sut baju sukan & kasut baru untuk SUKAN TAHUNAN NURUL IZZAH esok... means ari ni... :p
0

Pesta Buku & Accident

Hari ni... balik dari BF kat PWTC, dah dekat nak sampai rumah aku terlanggar budak yang tiba2 keluar ntah dari mana... terus terkam ke arah kereta aku. Nasib baik aku tak bawak laju mana... ye lah kawasan blok aku ni budak2 bukannya takutkan kereta... kita yang kena hati2 dengan derang...!! Lagipun sebelum tu aku dah berhenti sebab beri laluan pada pajero nak parking.

Nasib baik tak serius mana... cuma melecet... tapi aku... dah mengigil dah sebab terkejut. Call hubby aku suruh turun bawak budak tu gi klinik... balik2 aku lak yang kena marah... eee geram betul aku... aku bukannya sangka benda dah nak jadi..!! :s Last2 bapak budak tu bawak gi sendiri..!! Tu lah orang kata... malang tak berbau..!!

******

Esok 30 April 2007

Adalah hari lahir hubby aku yang ke..??!! hehehe *sapa yang kenal hubby aku tau la umur dia berapa.. :P **
so buat PAPA.... hepi besday moga panjang umur murah rezeki dan bahagia selalu di samping Mummy & Eisya... lots of luv from Mummy & Eisya

Note: terpaksa post n3 awal takut aku lupa...!!
0

Anak Buah

Semalam... Nini call... berita baik hujung tahun ni aku akan dapat anak buah baru..!! wah tahun ni Mak tuk tertambah sibuk le... mana taknya setahun dapat 3 orang cucu... sebab si Lina pun dijangka bersalin bulan November, Nini bulan Disember...!!! & Lida dah pun selamat..!!

Semalam jugak bermula Pesta Buku 2007 di PWTC. Aku yang dah janji ngan kakyah nak siapkan VCD tak dapat tunaikan janji... huhuhu sedihnya... hari ni baru nak pegi PWTC & petang ni baru nak beri... Ampun..!!
0

Cuti oh Cuti...

Hari ini sempena Pertabalan YDAgong Sultan Mizan... goverment declare cuti... tapi office aku tetap kerja seperti biasa... huhuhu sedihnya. Nursery Aysha tutup... jadi aku serah kat hubby aku untuk arrange macam mana. Aku dah tak boleh ambik cuti sebab aku dah apply untuk 30 April nanti.

Kat office pun macam boring je... malas nak wat kerja. Sebab dalam kepala otak ni dah set... cuti..!! cuti!! cuti!!
0

Hari Penuh Emosi

Hari ni boleh dikatakan hari penuh emosi berlaku pada aku. Pagi2 aku dah bengang ngan orang tu... ntah nape aku betul2 terasa hati... huhuhu sedihnya.

Sampai office... nasib baik aku diceriakan dengan special delivery oleh 'yang' knOOr... *peluk knOOr kuat2* sayang kat dia... lepas tu call knOOr... borak2... chit-chat.. chit-chat... huh..!! lega sikit rasa hati.

Tengah hari... buat tag tima kasih untuk 'bunjut' GJ... hehehe bukannya tak dak kerja... berlambak..!! tapi mood dah tak nak nak buat kerja. Paksa diri buat... tapi asyik silap je... boring... stop... buat le tag tu :D

Petang sikit... si boy balik ngan CD dari wabbit... hehehe malam nanti insyallah nak siapkan CD... harap2 ia sesuatu yg 'comey' untuk dikenang. Tak sabar nak tunggu hari tayangan nya nanti...

chaiyok..!! chaiyok..!! moga aku terus ceria..!!
0

Hari ini...

huhuhu dah lama aku tak merasa bermalas2 pada hari ahad. :D sebab selalu sangat ada 'program - yang rugi kalau tak join nye' dijalankan pada hari ahad..!!

Pagi ni... aku gi potong rambut... setelah berbulan2 tertangguh. Tempat yang selalu aku gi adalah kat Geena Saloon yang kat SS14 Subang Jaya. Aku agak dah setahun lebih kot aku tak gi sana... yelah... last aku potong rambut, aku potong ala 'boy-cut' hinggalah rambut aku dah panjang melebihi paras bahu... sesuatu yang jarang berlaku.!! Hari ni... sekali lagi aku potong pendek..!! hinggakan Amoi yang nak potong tu tanya aku... "tak sayang ke... tak cantik la..." eee banyak songeh lak amoi tu... sukahati aku la... rambut aku...!! Aku prefer rambut pendek sebab senang nak uruskan. Komen si Eisya lak... eee rambut mummy macam boy la... hehehe

Balik dari potong rambut... bereskan kerja rumah... lepas tu aku cakap kat anak aku... "jangan kacau... mummy nak tidur" eee syoknye... dah berkurun rasanya aku tak tidur siang hari di hari minggu. Anak aku lak sporting... hinggalah aku terjaga lebih kurang jam 5 petang... kira okey la dapat tidur dalam 2 jam... :D

Petang ni lak... tak tahu dah nak buat apa..!! Malam ni nak tengok Supernatural...!!!
0

Pertemuan Rahsia....

Jeng... jeng... jeng...!!! hehehe cam real je bunyinya... tapi begitulah jugak dengan apa yang aku rasa saat ini ~ suspen giler + tak sabar.!! BErtempat di klcc petang nanti... akan terjawap segala persoalan yang berlegar di kepala otak aku ni... :D Apa2pun kita tunggu petang nanti... tunggguuuuu...!!

*************

Pertemuan yang sungguh indah...!!! tidak mampu digambarkan dengan kata2 malah dengan apa gambaran sekalipun tidak mampu untuk menzahirkan apa yang tersirat di hati. Buat kawan2 semua...* anda tahu siapa anda * terima kasih yang tidak terhingga untuk ukhwah yang manis ini... wan sayang korang semua... sayang sungguh2..!!
0

4 bulan lalu....

Hari ini tarikh 19hb genap 4 bulan arwah kak ja kembali ke rahmatullah. Serasa pantasnya masa berlalu. Hari ni pulak... pagi2 aku tiba2 teringat akan arwah. Hanya sedekah al-fatihah yang dapat aku hadiahkan buat arwah... moga2 rohnya ditempatkan dikalangan orang2 soleh... ameen

Malam tadi call kampung, borak2 ngan abah... mek masih kat kluang lagi tapi khabarnya dah bertolak balik ngan keretapi dan aku agak ari ni dalam pukul 10.00 pagi sampai la kat stesen wakaf bharu... moga2 semuanya selamat dalam perjalanan... Aku masih tak tahu apa nama anak buah aku yang ni... huhuhu teruknye mak sedara.!! Tak pa nanti aku call Lida tanya pasal anak dia ni... :D
0

kerja giler...

huhuhu aku memang wat kerja giler... aku ada 2 umah lagi yang nak aku wat renovation...
0

Hhhhmmmm....

Better Man ~ Robbie Williams

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain…

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing… all I can
To be a better man

Go easy on my conscience
Cause it's not my fault
I know I've been taught
To take the blame…

Rest assured my angels
Will catch my tears
Walk me out of here
I'm in pain

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing… all I can
To be a better man

Once you've found that lover
You're homeward bound
Love is all around
Love is all around
I know some have fallen
On stony ground
But love is all around

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain
Give me endless summer

Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time…
As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing… all I can
To be a better man



[huhuhu... I'm in a mood of dreaming...!!!]
0

dwi novel & peristiwa hujung minggu

Semalam se-pagi kat klcc sempena pelancaran novel terbaru kaki novel. Cerita lanjut klik sini.

Balik je dari klcc singgah Giant Subang beli beras yang dah abis kat rumah... hehehe bunyi cam rajin je aku masak.!! Lepas tu sebab dah janji nak bawak eisya gi taman... kenalah cari Mc D yg ada 'taman'. Lepas tu singgah lak kat Mc'D Taipan... huhuhu 'section close for besday party'... Pujuk eisya pergi lain kali sebab aku dah penat sangat nak gi Subang Parade... umpan dengan kaler pensel & sharpener baru... dia dah ok... huhuhu selamat aku.

Sampai je kat rumah, Eisya dah mengadu nak demam... huhuhu jangan le melarat... tak sanggup aku nak layan karenah dia. Tengok2... belek2 2 novel... letak balik... penat ar nak concentrate... surf internat... umah pertama yang aku tuju... umah syud. Nak tahu pasal usamah&iman, lisa&azril... huhuhu tension...!!! tak sabar nak tau sambungan dia... ni yg tak larat nak tunggu ni...

Lepas tu cari lagu... http://www.imesh.com mana tau ada lagu yang sesuai untuk 'the making of ~ Alang & Nuha VCD version' dapat le lagu Permata Untuk Isteri by kopratasa... sambil2 tu carik lagu untuk sendiri gak... hehehe

Apa lagi ek... hah..!! datang office pagi ni... kena lak MONDAY BLUESS....!!! malasnye nak wat kerja... :(
0

Ahli Baru...

Malam tadi lebih kurang jam 1.30 pagi aku dpt sms dari adik ipar aku yang kat kluang... smsnya "...mulai hari ini saya bgelar sbgi ayah...anak lelaki..." Ya, ini bermakna aku telah mendapat anak sedara baru..!! Anak si Lida adik aku yang no-5. Tahniah buat mak & bapa baru ni...
0

Setelah Sekian Lama...

waaaa... setelah sekian lama aku tidak dapat meletakkan sebarang tanda kat umah aku ni... akhirnya... hari ni dapat jugak...!!! tapi aku pulak tak tahu nak letak apa...??!!

Aku kena fikir dulu... nanti bila dah ada cerita menarik aku letakkan kat sini... so buat masa sekarang... tak ada apa2 la... :D
0

n3 oh n3

0

Walimatulurus

untuk cerita lanjut mengenai majlis walimah adik aku si Nini... sila klik di sini.

atau

kalau sekadar nak tengok gambar sila klik di sini.
0

Usia Setahun Jagung...

Pejam celik, pejam celik, sedar tak sedar... hari ini 7 Mac 2007 genap setahun usia rumah aku ini. Macam tak percaya je..!! Dalam masa setahun berlalu... pelbagai peristiwa pahit manis telah berlaku dalam hidup aku.

Bermula dengan pertemuan dengan kaksu setahun yang lalu di Shah Alam Mall yang meninggalkan kenangan yang paling manis... telah membuka mata dan memperkenalkan aku dengan dunia blogger. Dalam masa setahun... aku telah mempunyai 3 buah umah iaitu *^*sEmBaNg2 PaSaL bUkU*^* , DuNiAku dan termasuklah rumah ni...Teratak.

Walaupun rumah ini tidak ramai pengunjung berbanding dengan 2 rumahku yang lain... *betul ke ramai pengunjung..??* hehehe... tapi aku paling sayang rumah ini. Pelbagai kenangan yang telah tercoret di rumah ini.

Kenangan manis... sudah pastilah dapat kenal dengan ramai blogger di samping menambahkan lagi kenalan... dapat kenal lebih ramai penulis dan yang paling istimewa dapat bersua muka malah ada yang menjadi rapat & kamceng, terutamanya dengan kaksu, Izzul... kawan2 yang sorang demi sorang menjadi penulis cuma aku yang tidak berbakat sebagai penulis... hehehe merepek merapu tau le..!!

Kenangan pahit... aku kehilangan insan yang paling aku sayang dan hormati selain dari kedua ibu-bapa. Aku kehilangan kakak tersayang yang pergi buat selama2nya pada 19 Disember 2006. Kehilangan yang diratapi oleh seluruh ahli keluarga dan rakan2 terdekat. Dan sehingga n3 ini ditulis... aku masih lagi seolah bermimpi...!!! mimpi ngeri...!!!

Tapi aku pasrah dan redha kerana aku dapat ramai kakak2 yang sangat prihatin walaupun tidak mungkin dapat mengambil tempat arwah kak ja... tapi kalian tetap mempunyai tempat yang paling istimewa di dalam hati aku.

Semoga rumah ini akan tetap hidup... walaupun tuannya agak malas nak update...!!! hehehe dan akan tetap menjadi tempat persinggahan kawan2 samada aku sedar mahupun tidak...!!!
0

CNY Special ~ Day 3

Day 3 ~ Eye On Malaysia

Hari ni... aku bawak si Aizat naik Eye On Malaysia di Tasik Titiwangsa. Dah le terpaksa pusing tasik nak cari tempat parking... last2 parking kat area Asrama Rose dulu kat Kolej UKM. Kami menapak untuk ke Eye On Malaysia... dari jauh lagi dah nampak punyalah panjang barisan nak beli tiket...!!! kalau ikutkan hati tak mau aku nak bersesak dengan orang ramai tu... tapi pikirkan kesian kat si Aizat... terpaksa le aku beratur gak. Bayangkan setelah beratur hampir 1 jam lebih... barulah tiba turn kami beli tiket... tapi kena beratur nak naik lak..!! si Eisya sampai boring2... sampai aku kena dukung...!!! dah lah berat...!!! yang orang tu... dah muka semacam... terpaksalah aku gggrrr je...!! *dalam hati je la...*

Bila naik... sib baik banyak pusingan gak... boleh le nak tengok panorama bandaraya kl dari atas... walaupun tak semuanya boleh nampak... sebab, aku tak nampakpun subang jaya :D lepas tu... ingat nak naik kuda... tapi tiket pulak dah sold out, sebab orang ramai time2 cuti ni. Sian kat kuda dah protes2 tak nak ikut arahan tuan... agaknya dah penat asyik kena pusing taman je.. :D

Kami balik ketika hujan mulai renyai2... dan setiba di kereta hujan lebat mulai turun... sib baik sempat sampai. Lepas tu kami menghala ke Ulu kelang... aku nak makan nasi ayam hainan... dah lama tak makan nasi ayam yang sedap tu... nyum nyum nyum. Kami balik dengan perut kenyang... tapi penat jalan tak abis lagi... :P

Esok ada satu hari lagi cuti... tengah pikir nak buat apa lak..!!
0

CNY Special ~ Day 1 & 2

Day 1 ~ Sabtu ~ Cameron Highland

Hari ni, aku bercuti ke Cameron Highland bersama Lili & Family. Malam tadi aku tidur kat rumah dia sebab plannya nak bertolak awal pagi. Pagi tak pagi dalam jam 7.30 gak le kami bertolak dari rumahnya kat Bangi. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kuran 2 jam lebih menjadi bertambah di sebabkan oleh kesesakan jalan raya yang teramat sesak sempena orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung sempena cuti raya cina. Boring nya...!!! tapi apa nak buat..!!??

Kami tiba legih kurang jam 4 petang. So dengan masa yang terhad... tak banyak tempat yang boleh kami lawati. Apatah lagi dengan hujan yang turun di tanah tinggi cameron... membantutkan lagi rasa enjoy. Aku hanya sempat beli sayur, strawberry, jagung...nyum nyum nyum aku nak buat bubur... dan bunga...!!!

Singgah di R&R cameron bharat... aku beli teh perisa lemon... tapi tak sempat nak masuk ladang teh sebab hujan turun dengan lebatnya... :( sedihnya... tak pa lain kali aku nak ajak hubby aku datang...!!!


Day 2 ~ Ahad ~ Wet World Shah Alam

Sebenarnya plan aku cuma nak bawak Eisya mandi je... actually plan ke Cameron semalam adalah adhoc plan. So as promise kena bawak gak budak2 tu gi mandi... kalau tak mahunya setiap hari si Eisya dok menanya... naya je aku..!! So sebab semalam kami tiba lebih kurang jam 12.00 malam dari Cameron, aku tidur kat rumah lili. So dari bangi kami ke Wet World Shah Alam. Plan nak turun pagi... tapi sebab si Ikram & Shara semalam balik dengan kereta adik ipar adik aku... so derang bawak balik ke rumah derang & hanya akan hantar pagi ni... otw derang nak balik ke Johor. So tunggu punya tunggu... lebih kurang jam 9.30 baru derang tiba... & lebih kurang jam 10.30 baru dapat bertolak dari bangi.

Kami tiba di Wet World... parking kereta dah penuh kat parking lot depan pintu masuk. Terpaksalah aku parking jauh sikit dari pintu masuk Wet World... tak pa lah janji ada tempat parking. Tu pun setelah pusing satu pusingan taman tasik tu... & aku siap book parking bay lagi utk si Lili... wat muka selamba... padahal ada 2 kete tengah dok berlegar2 nak cari lot... hehehe

Bila dah beli tiket... masuk dalam... budak2 apa lagi... suka le...!!! termasuk lah si Eisya... pantang jumpa air. Seronok sakan dia main... yang paling best... aku takut nak naik... dia yang beria2 cakap..."best mummy..." eee anak aku ni... dah lawan tokey le..!! :)

Lebih kurang jam 4 petang kami bersiap2 nak balik. Nak singgah solat kat surau di taman tu... punya la kotor tempat tu... macam langsung tak dak orang guna... last2 aku tipon adik ipar aku, mak mentua aku yang angkat... sib baik derang ada kat rumah... so aku ke rumah mentua aku untuk solat.

Aku balik ke rumah... lili singgah di Tecso Shah Alam untuk beli susu si Irham. Aku nak balik mandi...!!!

*gambar yang aku ambik akan aku post disini*
0

Hepi Besday...

Malam tadi aku dok kemas kertas yang ntah apa2 kat beg bimbit aku... tetiba aku terjumpa list nama adik beradik aku termasuk Mek & Abah, Ipar2 & anak2 buah aku lengkap dengan no ic sekali. Sebenarnya dah puas aku cari tapi aku lupa kat mana aku letak [sebenarnya list tu aku dpt untuk membuat tempahan tiket flight Air Asia ke sabah ari tu]... & dah jadi habit aku, suka conteng kat kertas kalau aku tengah boring giler & tak tau nak buat apa... baru aku perasan, bulan Feb ni ada 2 ahli keluarga aku yang sambut besday... huk huk huk... teruknya aku..!!

Untuk adik aku si Ghafar yang sambut besday yang ke-21 pada 10 Feb lalu, Moga Jadi anak yang soleh, Moga jadi contoh teladan yang baik untuk adik2, Moga terus suksess... & Moga dapat sambung study bulan Julai nanti. Untuk anak buah aku [anak Lili kat Bangi]... Mohd Shahrul Irham yang sambut besday yang ke-3 pada 13 Feb... hepi besday E'am cayang... sorry mummy lupa...!!!
Lepas ni aku MESTI kena letak reminder kat hp aku...!!! At least 1 hari sebelum ari bersejarah tu... :(
0

alahai adikku sayang...

Malam tadi aku dapat call dari kampung... adik aku yang tengah tunggu result SPM nak datang kl... sebab dah boring dok makan tido... makan tido je kat umah. Aku suruh dia cari kerja... sementara tunggu result ni, tapi banyak pulak songehnya... at least cari le duit untuk bayar tambang flight ke sabah nanti...!!!

Okey berbalik pada citer... dia akan turun di stesen shah alam... dah pastinya akulah yang kena gi ambik dia... sebab aku dah cakap kalau nak aku ambik turun kat shah alam... kalau nak suruh lili ambik turun kat hentian kajang. So pagi tadi... lebih kurang jam 5 dia call aku... kata dah sampai... aku cakap okeylah tunggu kejap, aku gi ambik. Tengah2 bersiap nak gi ambik... dia call balik... " erk..!! kak *a orang salah turun la... orang turun kat Hentian Putra..." alahai adikku... rasa cam nak marah je kat dia...!!! sudah2nya aku cakap tunggulah... tapi lambat sikit le... sebab rumah aku kat USJ nak kena turun kl pepagi buta ni... sib baik kete masih lagi tak banyak.

Lebih kurang jam 7 mak aku call tanya dah sampai ke belum... aku cakaplah dah... tapi dia turun Hentian Putra...!! mak aku punya membebel... sebabnya dari malam tadi sebelum naik bas... agaknya dah berbuih mak aku pesan... tup tup dia turun gak kat Hentian Putra...!!!

Alahai adikku sayang... nak marah dia pun aku tak sampai hati... sebab ni lah kali pertama dia datang kl... sendirian ngan bas... sebelum2 ni kalau datang ada orang tua @ yang lebih tua temankan... Mak aku siap pesan ngan adik aku si Lili... biar lama sikit dia kat kl... biar berbaloi bayar tambang bas dia...!!! hehehe... si Lili siap nak suwoh si Aizat ni buat kerja untuk dia... siapkan barang kahwin Nini... *utk diberi pada jemputan*.

Sebab esok aku dah ada plan nak turun kl... petang @ malam ni aku nak gi antar si Aizat ni kerumah Lili dulu... minggu depan cuti raya cina aku plan nak bawak dia & aysha gi mandi kat wet world shah alam... Insyallah kalau tak dak aral...!!!

Pagi tadi dalam jam 10:10:29am aku dapat kiriman sms dari Abang Yie (suami arwah kak Ja) antara isi sms nya... " Salam. Athif dah mula meniarap hari ni. Esok genap 5 bulan. Baru je baik dr demam selsema. Perangaipun blh tahan jugak." Aku cukup terharu & sedih... kalaulah arwah masih ada... tentunya dia orang paling gembira dengan berita ini...
0

it's 7 already...!!!

Hari ni sedar tak sedar dah cecah tahun ke 7. Kalau nak ikutkan... kami dah kenal lama... lebih kurang 13 tahun... first aku jumpa dia... masa dia join kelas aku DTRP part 3 kat itm shah alam tahun 1993. Tapi yang officiallynya pada 6 Feb 2000.

Sepanjang tempoh 7 tahun ni... dah bermacam2 perkara yang dah kami tempuhi... dari kami tinggal di Waizuri... berpindah ke Kampung Warisan... kemudian berpindah ke BK 4 dan akhirnya kami menetap di USJ 16 hinggalah sekarang. Sepanjang tempoh itu... pahit manis perit getir dah kami lalui.

Tahun pertama 2001... aku menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Pantai... tahun kedua 2002... kami berpindah ke rumah sendiri yang aku beli hasil dari titik peluh aku bekerja & tahun ni juga kami menerima ahli baru... tahun ketiga 2003... aku bertukar office ~ yang rata2 kata aku tak reasonable sbb aku stay kat USJ 16 & off kat USJ 21... kiranya dekat le... tapi aku berpindah ke kajang... tak ke jauh tu nak ulang alik..?? tapi aku sedikitpun tak regret... walaupun suasananya langsung tak sama dgn off lama... & staff pun masa tu baru 6 orang termasuk aku & 2 bos... meaningnya staffnya 4 orang je...

Masuk tahun ke4 2004... aku dah lupa apa peristiwa yang berlaku... tahun ke5 2005... office aku yang kat kajang berpindah operasi ke Puchong yang hanya mengambil masa 15 minit dari rumah aku. Tahun ke6 2006... merupakan tahun dimana aku mula mengenali dunia blogger... aku mula kenal dengan kawan2 yang mempunyai minat yang sama iaitu BUKU & tahun ini juga aku kenal ramai kawan2.... & aku suka...!!!

Yang pastinya... aku mempunyai dia yang tidak pernah menghalang minat aku yang satu itu... & semoga dia akan terus memberi aku kebebasan untuk aku terus dengan minat aku itu. Semoga hidup kami sentiasa dilimpahi rahmat yang mana ESA... AMEEN...!!
0

Sheema & Subang Parade

Hari ni lepas kerja & ambik eisya kat nursery... aku jumpa Sheema kat subang parade. Dah lama tak jumpa sheema... last aku jumpa dia masa dia buat open hse raya ari tu. Sebenarnya dah banyak kali janji nak jumpa... tapi tak gak jumpa2 kali ni... kami nekad... ON... jumpa kat subang parade.

Kami lepak kat McD sebab kat situ ada tempat main budak2... boleh le aku borak ngan sheema tanpa gangguan si eisya. Bila dah lama tak jumpa... banyak la cerita yang nak dikongsikan... dari hal anak2, hal member2 yang dah lama tinggalkan... hinggalah ke hal arwah kak ja. Kami pernah beberapa kali plan nak gi kuantan... & singgah kat umah kak ja di maran tapi tak menjadi2.

Tengah dok borak2 ngan sheema... tetiba aku terpandang kelibat seseorang... seperti familiar je mamat sorang tu... dengan rambut berkaratnya... dengan purse panjang di tangan... aku cakap kat sheema... lepas tu dah jadi misi kami lak... dok perati mamat sorang tu.

Dua tiga kali mamat tu lalu lalang kat ruang legar depan mcD. Kali pertama ada le aku perasan ngan budak2 dari arah parkson menghala ke mana aku tak sure... lepas tu dari arah mana lak... menghala ke parkson... tapi kali ni dia sendirian... lepas tu menghala lak ke mesin atm yang terletak di belakang mc'D... lepas tu menghala ke mana lak... aku dah malas nak ambik tahu. Korang nak tahu tak sapa mamat tu...?? AZNIL HJ NAWAWI...!!!

Lepas lepak kat mc'D aku ajak sheema ke MPH... saja nak tengok ada tak buku siti hazneza yang terbaru tu... tapi tak dak..!! tapi sempat le si eisya ambik satu buku untuk dia... hukhukhuk... sib baik 5.90 je... sebab aku belum gaji lagi... dan makan tadi pun sheema yang belanja aku... hehehe sayang kat sheema... mmuuaahhh....

Lebih kurang jam 9.00 malam kami beredar dari subang parade... moga2 lepas ni kami akan jumpa lagi...
0

Cuti2 Malaysia

Sempena cuti thaipusam... aku ke rumah lili di bangi. Ingatkan nak tolong dia buat barang hantaran Nini yang akan melangsungkan majlis walimahnya bulan 3 nanti... tapi si Lili pulak dah buat plan nak gi mandi-manda kat Hutan Lipur Sg Tekala. Tak kan le aku nak tunggu umah dia lak... so aku ikut le sekali. Kiranya orait le cuti ni... bleh le si Aysha mandi jeram. Pada awalnya si Aysha ni mmg takut nak masuk dalam air... tapi sbb cousin2 dia dah masuk dalam air... akhirnya... apa lagi... debushhh!!!



Bila dah berganjak ke tengahari... kami beransur... tapi bukan balik ke rumah... tapi ke Nilai 3 lak. Kami supping kain untuk buat baju sempena majlis Nini nanti... plan nak pakai baju sama... so kami beli le 5 pasang untuk kami adik beradik... Lina, aku, Lili, Lida & Rose. Untuk mek... Nini yang belikan... match dengan baju melayu sepasang siap dengan songket untuk abah. So yang tinggal untuk budak2 & kaum bapa2 yang belum beli... tengah dok pikir... nak beli baju tee atau nak beli baju melayu ~ baju saja ~ yang tu nak kena tanya suara ramai...!!!
0

ulat buku gathering

28/1 ~ seawal jam 9.00 pagi aku dah kluar dari rumah... dan hala yang dituju... mana lagi kalau bukan sogo tempatnya... Hari yang telah mencatat sejarahnya yang tersendiri... yang akan menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup aku.

Ulat buku gahtering yang ke- *berapa ek..?? aku pun dah tak boleh nak kira... tapi yang pastinya tiap kali acara berlangsung ahli bertambah ramai... tapi aku suka!! bermakna bertambah lagi kenalan dari alam maya ke alam nyata... alam yang aku boleh peluk sorang2 erat2.

Perjumpaan kali ini x-tra special... selain untuk meraikan besday kaknOOr, izzul & ruby yang bukan mudah untuk melaksanakannya... sebab nak kena rahsiakannya dari besday gurls tu... selain untuk meraikan kelahiran baby baru... Dua Dunia JiD & 5t5b Hlovate... yang paling special... penampilan istimewa Datin Pink yang sanggup turun ke kl semata2 nak hadiri gathering ini. *peluk pink kuat2*.

Akhirnya... impian jadi nyata. tidak perlu lagi aku bermimpi untuk peluk pink di alam maya... aku dapat peluk pink secara live... klu ada video cam... nak je aku videokan detik bersejarah itu... tapi takpa lah... yang pastinya kenangan itu akan terpahat kukuh dilipatan sanubari aku. Dan sebelum dia jumpa geng2 yang lain... aku dapat jumpa Pink dulu & siap supping lagi kat Grd Floor Sogo yang tengah meriah ngan salenya...!!!

Acara bermula... tak tahu start jam berapa tapi yang pastinya aku merasakan masa bergerak tersangatlah pantasnya... sedar tak sedar... aku terpaksa undur diri dengan hati yang berat... berat nak tinggalkan Pink yang entah bila lagi akan bersua muka... rasa macam banyak lagi yang nak aku sembangkan dengan pink... berat nak tinggalkan kawan2 yang masih meriah bertukar cerita... sedangkan aku terpaksa undur diri. Moga2 akan ada lagi perjumpaan yang seumpama ini di lain hari.

0

Majlis...

Malam tadi aku menggantikan tempat Abang Yie yang sepatutnya menghadiri majlis ini. Majlis penyampaian sumbangan ikhlas untuk arwah kak ja. Majlis yang berlangsung di Eastin Hotel ini merupakan majlis yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang mengadakan mesyuarat berkenaan pemeriksaan kertas BM untuk SPM 2006 peringkat akhir sebelum result SPM diumumkan sekitar bulan Mac.

('o')
0

Selamat Tahun Baru 1428H


SALAM MAAL HIJRAH 1428
khas buat kawan2 semua
moga kedatangan tahun baru ini sahabat2 semua mendapat kerahmatan dan keberkatan dari yang maha ESA dan dipermudahkan segala urusan.
~ameen~
0

Sharifah Hannan Sofiyya

Hari ini aku sepatutnya menghadirkan diri ke perjumpaan yang diadakan di suatu tempat di kl... tapi di saat akhir aku rasa m*al** lak nak join... daripada ke sana baik aku gi tengok baby baru kat Taman Shamelin Perkasa Cheras.

Dari rumah aku singgah isi minyak penuh2 mana tau kalau sesat... & minyak abis tak dak la ada orang kena tolak pulak kete comel aku tu. Kali ni aku bawak escort... si syamalyn *hehehe nama baru buah hati aku* Aku singgah ambik wabbit kat umah dia dan terus ke sogo untuk ambik kak nOOr.

Selepas berpusing 2-3 kali... akhirnya kami tiba ke destinasi yg dituju. Kedatangan kami di sambut dengan ceria oleh tuan umah.... *peluk tuan umah kuat2... windunye* dan baby baru... eeee comeinye... geram aku tengok... si comei tu Sharifah Hannan Soffiya... ampun bonda dia kalau salah eja..!! Biasalah... kalau dah bertemu... topik yang selalu jadi perdebatan adalah pasal buku... agaknya kalau jumpa tak borak pasal buku memang tak sah kot... Lebih kurang jam 1.30 kami beredar untuk memberi peluang kepada tuan umah untuk berehat.

Kami singgah makan kat sogo... tingkat 6 food court... thank you very much kak nOOr yang dengan murah hati belanja aku dan syamalyn aku makan... nyum nyum nyum... kenyang perut & hati pun senang dapat jumpa.

('o',)
0

Sebulan berlalu...

Hari ini genap sebulan arwah kak ja kembali ke rahmatullah. Pada mulanya aku hadapi hari ini macam hari-hari biasa je... tapi bila bingkisan dari Abang Yie tiba ke tangan aku dan dari sehelai ke sehelai lebaran kertas aku belek dan baca... aku menjadi sayu... terasa bagaikan tangkai hati aku dicucuk benda tajam... sakit & ngilu bergumpal di dalam dada dan tanpa dapat di tahan air mata aku gugur... Aku rindu kehadirannya... rindu sesangat. Hanya doa dan sedekah Al-Fatihah yang dapat aku hadiahkan buat arwah... agar dia tenang disisi pencipta-NYA.

~ameen~

Note: Kertas tersebut adalah claim insurans yang akan aku submitt hari isnin minggu depan
0

Sabah Mania

Selepas beberapa hari dok ding dong ding dong.... akhirnya lepas gak satu halangan. Booking tiket Air Asia untuk penerbangan ke Kota Kinabalu Sabah pada tarikh 12 July 2007 hingg 14 July 2007.

Sebenarnya rancangan untuk cuti-cuti malaysia ni dah lama dirancangkan. Dari tahun lepas sebelum arwah kak ja masih ada lagi dan dia yang beria-ia nak ke sana. Aku sekadar mengekor aje. Maklumle... selalunya kalau arwah ada... lepas le untuk makan ke tempat tinggal ke... sebab dia dah jadi banker kami. hehehe.

Tapi memandangkan abah dah macam excited nak pergi sabah... maklumlah tak pernah sampai sana pun... begitu juga aku... begitu teruja nak pergi... tambahan pulak cousin aku dok study kat UNIMAS so... boleh le mintak tolong dia uruskan tentang tempat tinggal selama kami berada di sana. Yang menjadi problem sikit adalah... rombongan kami seramai 14 dewasa & 6 kanak2. Tak pa lah... yang tu akan difikirkan kemudian...

Dalam pada aku dok telefon... sms ngan Lili... sebab konon2nya nak book tiket bairlah dapat flight yang sama... tapi berlaku gak masalah teknikal yang akhirnya... group Lili akan bertolak jam 7.55 pagi pada 12 July dan balik jam 17.10 petang 14 July. Manakala group aku pulak akan bertolak jam 9.35 pagi dan balik jam 18.10 petang 14 July ini gara-gara nak dapatkan harga promosi... tak sampai 24 jam harga dah naik...!!!

Apa2pun banyak perancangan yang perlu dilakukan agar cuti2 mesia family aku ini berjalan dengan lancar. Kena gak fikir masalah nak ke LCCT dari rumah aku... dan nak kena fikir gak balik nanti macam mana... sebab kalau setakat 4 - 5 orang ok le lagi... ni 14 dewasa & 6 kanak2 yang perlu diberi perhatian... pening kepala gak nak fikir ni...

hehehe... apa2pun aku dah tak sabar2 nak menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu tu... nak kena menabung untuk duit shopping... dalam kepala aku dah bermacam2 benda yang aku nak beli termasuklah... tikar & set mutiara...

~adios~
3

a simple note to syud...

0

Happy Birthday Sis

Hari ni merupakan birthday kakak aku si Lina... so aku nak ucapkan untuk dia

HAPPY BIRTHDAY SIS...!!!
aku dah lama tak hantar kad untuk dia... bukan lupa... tapi sebab diapun tak pernah antar kad kat aku... hehehe sorry dear... not use to it anymore!!! anyway I'm still got the feeling and will always have... LOVE YOU...!!!
so this card specially design for you..

Sending you lots of love


love you always sis,
me - lila
0

Tragedi Disember 2006

Tiada kata2 yang dapat aku lafazkan untuk menzahirkan perasaan aku melain ucapan...

SUBHANALLAH... MASYALLAH...




* credit to zul yang sudi ambikkan gambar ini kat balai polis maran *
**********
Keratan Akhbar Utusan Malaysia Edisi Pantai Timur yang disiarkan pada 20 Disember 2006

~ AL - FATIHAH ~
0

Salam Eidul Adha & Selamat Tahun Baru 2007

*^* sALAm EiDuL aDHa *^*

Sambutan Hari Raya Aidil Adha yang telah disambut pada 31 Disember 2006 yang lalu terasa hambar & tak semeriah seperti tahun2 sudah. Kehilangan arwah Kak Ja amat2 kami rasai.

Aku yang pada mulanya tidak berhajat nak balik... balik jugak memikirkan akan mak aku yang masih lagi dalam trauma. Semoga kepulangan aku sedikit sebanyak meringankan beban perasaan yang ditanggungnya. Walaupun aku sedar, kehadiran aku tak akan sama dengan kehadiran arwah kak ja tapi aku harap berkumpulnya kami adik beradik mengurangkan sikit perasaan kehilangan arwah.

Tahun ni, Lili adik aku yang kat bangi menjalani ibadah korban. Si Lida beraya kat Rantau Panjang rumah mertua dia... suaminya nak buat sembahyang hajat sempena si Lida dapat posting kat Johor. Si Rose pula buat akikah untuk Yasmin kat rumah mertuanya di Ketereh dan akan bawak balik daging untuk dijamu pada hari raya ke-2.

Tengah hari tu... seluruh rumah aku berbau daging. Mana taknya dengan daging korban lili 1 bahagian, lepas tu abang Yie suami arwah kak ja bawak balik daging korban yang sepatutnya milik kak ja sebanyak 1 1/2 bahagian, si Rose bawak balik daging akikah Yasmin & si Lida bawak balik daging lagi. Seharian aku terpaksa membantu mak aku menguruskan daging.

Tahun ini aku terasa sangat akan ketiadaan arwah kak ja... kerana selalunya pada malam raya selalunya kami akan buat BBQ. Ye lah... daging korban akan menjadi mangsa... =) selain itu... ikan, ayam, sotong, sosej juga ada. Dan yang paling best... air pencicah yang arwah sediakan... nyum nyum best sangat. Aku pernah try buat tapi ada je yang kurang... mesti nak kakak jugak yang buat. Huk huk huk sedihnya...!!! semuanya tu dah tinggal kenangan.


*^* Selamat Tahun Baru 2007 *^*
Tahun 2006 telah 3 hari berlalu meninggalkan pelbagai pahit manis kenangan yang akan terus terpahat di lipatan memori kita semua. Bagi aku, tahun 2006 telah aku tinggalkan dengan satu kenangan yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila2... kehilangan arwah kak ja akan menjadi sejarah yang paling pahit untuk aku & keluarga aku kenangkan.

Aku pasrah dengan ketentuan takdir... setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada penciptaNya, dan aku masih lagi dalam situasi untuk menyesuaikan diri... menerima kenyataan bahawa beliau sudah tiada, dan aku tidak tahu bila masa aku akan tiba... dan yang pastinya ianya tidak akan tercepat atau terlewat barang seminit.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru 2007 khas buat kawan2 yang sudi menjengah teratak aku ini. Walaupun tahun 2007 sudah 3 hari berlalu, harapan dan doa aku agar kawan2 sentiasa beroleh keberkatan dan kesejahteraan dalam hidup kalian dan tidak hanya setahun di tahun 2007 sahaja. Semoga kasih sayang antara kita akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat kita.

salam sayang
~wan~
Back to Top