4

Mainan Baru : Mesin Jahit Tepi

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah... semangat saya masih berkobar-kobar untuk terus memahirkan diri dengan kerja-kerja menjahit.  Sampaikan En. Roommate kata, bagaikan esok nak raya, bila dia tengok saya bersengkang mata demi menyiapkan baju... hahahaha (Alhamdulillah saya dapat En. Roommate yang sporting dan berbaik hati merelakan saja saya dengan minat saya ini)

Oleh kerana semangat tengah berkobar untuk menjahit, saya 'paksa' dia temankan saya cari kain kat Jakel.  Saya sering berbunyi di telinganya... alangkah bagusnya kalau saya ada mesin jahit tepi, jadi tidaklah saya kena tunggu hujung minggu untuk hantar kain-kain yang telah saya potong ke kedai untuk dijahit tepi... jadi semalam selepas habis kelas 'Blouse' dia bawa saya ke Karysma Store Shah Alam untuk belikan saya mesin jahit tepi...

Taraaaaa..... 


Semasa di kedai, Ahmad, pemilik Karysma Store (Shah Alam) telah menunjuk ajar saya bagaimana untuk mengendalikan mesin ini. Dan saya 'paksa' En. Roommate untuk belajar sekali.  Nanti senang kalau saya terlupa steps bagaimana untuk mengisi benang, kalau benang sangkut, sekurang-kurangnya saya ada 'tukang' repair... hahahaha

Semakin bersemangatlah saya... Mana tahu, raya nanti saya boleh ambil upah jahit tepikan? hikhikhik Nak ambil upah jahit baju, saya belum mahir lagi.

Sampai jumpa lagi...

Salam sayang,


Memburu Misi 2017 : Belajar Menjahit

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya telahpun memulakan langkah untuk merealisasikan azam 2017.

Tanggal 29 Januari saya telah mengikuti kelas membuat Baju Kurung Princess yang diadakan oleh Karysma Store (Bangi) dan cikgunya adalah Pn Ibah. Kursus satu hari ini bermula pada jam 9 pagi dan sepatutnya berakhir jam 5 petang, tapi Cikgu Ibah berbaik hati menunjuk ajar kami pelajar-pelajar yang mengikuti kelas beliau sehingga baju siap.

Memandangkan pada hari itu nasib saya kurang baik dapat mesin jahit yang bermasalah, saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus saya. Oh! Buat pengetahuan semua, semua bahan seperti kain disediakan oleh pihak penganjur dan mesin jahit juga disediakan untuk kegunaan para pelajar. Namun bagi sesiapa yang mempunyai mesin (portable) digalakkan membawa mesin jahit sendiri.

Berbalik pada hasil kerja kursus yang tidak berjaya saya siapkan... saya sambung jahit di rumah. Alhamdulillah berkat ajaran cikgu Ibah, saya berjaya menyiapkan sehelai baju Kurung Princess pertama saya.  Dan saya sangat berpuashati dengan hasil usaha yang saya tumpahkan pada pembelajaran kali ini.


Oleh kerana kelas yang saya hadiri itu hanya mengajar bagaimana untuk mengambil ukuran badan, bagaimana menyediakan pola, cara potong kain dan seterusnya jahit bagi menghasilkan sehelai baju. Jadi untuk membuat kain, saya terpaksa belajar sendiri/online. Banyak juga laman sesawang yang saya terjah (terima kasih pada tuan punya laman sesawang -yang saya sudah lupa yang mana satu sebab terlalu banyak yang saya layarinya) semata-mata untuk menyiapkan kain lipat batik (selisih depan) untuk dipasangkan dengan baju Kurung Princess yang telah saya siapkan ini. Dan... itulah hasilnya. (Bangga dengan diri sendiri... hahaha)

Insya-Allah akan ada banyak lagi kelas yang akan saya hadiri nanti.  Semoga saya diberi kelapangan masa dan rezeki (duit) untuk merealisasikan azam saya ini...

Sampai jumpa lagi...

Salam sayang,






Back to Top