3

My Aysha and her collection of 'Peter & Jane'

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Tengah hari tadi wan tak jadi ke IOI Mall tapi wan ke Giant Bandar Puteri - Puchong. Kat sana ada satu kedai buku - eBooks (TanjongMas Book Centre) nasib baik kat sana ada buku yang wan nak beli itu, series 3 (A,B & C) so, syud... kakwan tak jadi nak suruh tengok series 3!.

Tengok berderet buku tu sampai series 12. Geram jer nak ambil semua, tapi memandangkan budget tak berapa banyak jadi wan cuma ambil series 3 dan 5 sahaja. Series 4 dah beli hari tu. Tapi... 5A pula tak ada! jadi.... SYUD... kakwan nak suruh tengok buku 5A ye... thanks in advance!! mmuuaahhh cayang dia!hehehe

* * * *

DIRGAHAYU Buatmu cik KLAVU....

Hanya doa dan harapan... yang dapatku pohonkan pada Dia yang maha Esa
Moga dirimu senantiasa dalam rahmat-Nya...
Mengenalimu... buatkan aku jatuh cinta padamu...
& aku sayang kamu... sayang yang teramat sayang...
walau dirimu jauh dari pandangan mata,
tapi ketahuilah dirimu sentiasa dekat dihatiku.
Kehadiran mu bagaikan bayang sidia yang telah tiada.
Aku jadi rindu... rindu padanya... dan rindu padamu jua!
Selamat Ulangtahun sayang!



Salam sayang,

4

Epok-epok... karipap... curry puff

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Hari ini, juadah makan pagi wan adalah karipap dan air nescaffe. Akhirnya dapat juga wan makan. Hahaha macam orang mengidam la pulak! Rupa-rupanya orang Johor panggil Epok-epok untuk karipap. Wan baru tahu selepas baca novel Pelangi terbitan Jemari Seni Publishing. Hahaha terukkan wan nih...

Jadi siapa kata baca novel tak dapat faedah? (statement yang selalu sirman cakap kat wan bila dia nampak wan pegang novel..). Sebenarnya dalam novel kalau tak banyak, sikit mesti ada ilmu yang dapat kita kutip. Jadi bacalah novel kalau rasa tak ada benda lain yang nak dibuat! Seronok tau!

Kadang-kala dalam kita ralit dok membaca, kita tak sedar bahawa kita sedang tersenyum simpul bila tiba di bahagian yang menggelikan hati kita. Bahkan secara tak sedar air mata bergenang di pelupuk mata bila tiba di bahagian yang menyentuh hati. Itulah penangannya bila kita terlarut dalam pembacaan kita. Sirman selalu cakap kat wan bila dia nampak wan pegang novel dan masuk bilik... "tu nak pegi gelak sorang-sorang la tuh!" hahaha wan tahu dia memang dengki dengan wan!

Wah! wan dah melalut yang bukan-bukan dah. Sebelum lebih panjang lagi baik wan berhenti di sini... nak sambung buat kerja! Tengah hari nanti ingat nak pergi ke IOI Mall nak pergi ke kedai buku Popular. Nak cari buku 'Peter & Jane' (terbitan Ladybird) untuk my Aysha. Dah banyak kedai buku yang wan masuk tapi masih belum jumpa lagi dengan series 3A, 3B & 3C, walaupun dia dah habis baca series 4A, 4B & 4C tapi dia tetap mau juga series no. 3. Rupanya bukan mudah nak cari... ni nak kena tanya kat En. Halim 'Pingu' Toha nih... halimmmmmm...


Salam sayang,

6

Sekadar nak mengadu... =(

Salam buat semua sahabat yang kucintai...

Uuaarrgghh… tension!!! itulah yang wan rasa tika dan saat ini. Kerja yang menimbun datang bertimpa-timpa. Yang ini belum settle… datang yang lain pula. Langsung tak beri peluang wan nak menarik nafas... Rasa bagaikan nak menjerit sehabis suara mengkhabarkan pada semesta bahawasanya wan teramat PENAT!!!.

Serius. Rasanya kali ini beban kerja wan terlampau banyak. Sekarang ni wan ada 3 major project yang baru nak memulakan kerja (kat site). Satu project di Melaka, orang lain dah dapat LA bulan April, kami bulan Julai baru dapat! Orang lain dah 3 bulan start kerja, kami baru terhegeh-hegeh nak submit drawing… Satu lagi projek di Senai, entah kenapa wan memang tak ada hati nak buat kerja yang ini. Asyik tukar memanjang, pening kepala + bosan nak mengadapnya. Satu lagi projet kat Cyberjaya. Yang ni baru awarded… baru dapat LA. Big bos dah tanya bila boleh bagi kat dia… masalahnya wan tak tengokpun lagi... apatah lagi nak membuatnya, wan memang tak cukup masa… asyik mengadap kerja kat Melaka berselang seli dengan Projek Senai tu.

Sementelah pula hari ini wan masih lagi berpuasa ganti (padan muka suka sangat tangguh-tangguh!). Jadi dengan beban kerja yang terlalu banyak sememangnya menguras seluruh tenaga dan daya fikir untuk menyiapkan kerja, wan jadi lesu tak bermaya. Penat yang amat! Tapi apa nak buat? kenalah sabarkan?? Si YWT pula suka sangat pressure wan. Tension la. Bila wan marah… dia hanya gelak aje, lagi la buat wan rasa nak ketuk-ketuk aje kepala dia tuh!

Dan dah lama rasanya wan tinggalkan rutin biasa wan - menulis. Apatah lagi menulis resensi novel yang menarik minat wan untuk dikongsi bersama kawan-kawan! Selama bergelumang dengan kerja-kerja pejabat yang membutuhkan seluruh perhatian, wan masih tidak tinggalkan hobi wan yang satu tu… membaca! Dah jadi habit la… sebelum tidur mesti nak baca – apa-apalah asalkan membaca. Sepanjang minggu lalu hinggalah ke hari ini wan dah habiskan 2 buah buku terbitan JS (Bintang-Bintang Ke Syurga & Pelangi), 5buah buku karya dari seberang (Maria A Sardjono) dan sebuah buku NB Kara – Aku Bukan Billy Milligan. Insyallah bila dah free sikit wan akan sambung rutin yang satu itu ok?!

Malam tadi tailor wan yang kat sentul dah telefon beritahu baju raya wan yang 3 pasang tu dah siap. Wah! cepatnya! puasa ganti wan pun belum habis lagi (insyallah hari ini last day) hehehe. Itupun ada hati nak hantar kain lagi! hehehe Agaknya sebab wan dah bayar almost 90% sebab tu dia siapkan cepat kot. Dan pagi tadi email yang wan dapat daripada wabbit juga mengkhabarkan bahawa kain yang wan hantar kat kakak diapun dah siap. Ada kat Vista sana. Wah benar-benar pecah rekod la wan tahun ni. Setakat hari ini, sudah 4 pasang baju raya yang wan ada. Tinggal nak pergi cari tudung je... ingatnya wan nak cuba tengok kat Arini... sebab wan tengok Nini & Lili (adik2ku) pakai cantik jer... tak tahulah dengan muka wan sesuai ke tidak.

Hari ini wan boleh menarik nafas lega sikit sebab 2nd bos dah pergi meeting kat Senai dan esok pula dia ke Melaka! Jadi 2 hari ini wan boleh buat kerja dalam suasana yang aman damai. Yahooo!!. Bukan apa, bila dia ada wan terasa sangatlah tension!!. Ala-ala aura membunuh la dia tu! Hari itu wan mengadu kat adinda-adinda wan syud dan JiD cakap wan kerja makan gaji buta sebab datang office sekadar nak melangut depan pc + goyang kaki (sebab tak ada kerja nak buat). Beginilah kerja wan, bila time tak ada kerja… wan rileks sangat sampaikan bosan tak tahu nak buat apa. Tapi bila datangnya kerja… berlambak-lambak bagaikan nak pengsan rasanya mengerjakannya… barulah terasa bestnya kalau dapat rileks!

Tiba-tiba wan terasa nak makan karipap la…. ni syud la punya pasal!!
PuS (pesanan untuk syud) – tanya pada Iman macam mana nak buat inti karipap yang sedap tuh, yang membuatkan Usamah jatuh suka… hehehe Tapi serius, memang teringin nak makan karipap laaa…


Salam sayang,

5

Dirgahayu buatmu adikku...

Salam buat semua sahabat yang kucintai..

Hari ini…
pada tanggal 24 Julai di tahun masihi
dua puluh empat tahun yang lalu
telah lahir seorang lagi puteri
buat ayahanda dan bonda yang dikasihi
puteri bongsu tapi bukan yang akhir sekali

dia menjadi anak yang memikat
dia menjadi adinda yang manis
dia menjadi kanda yang tegas
(& brutal pada adik-adik lelakinya!)

dia menjadi pendorong
di saat semangat sudah kabur
dia menjadi penghibur
di waktu suka dan duka
dia menjadi sahabat
di setiap waktu yang kami kongsi bersama
dialah permata buat kami semua…

berkat asuhan ayah dan bonda
berkat bimbingan kekanda semua
kini dia sudah dewasa…
hanya doa dan harapan si kanda
moga hidupnya sentiasa ceria
di bawah payung rahmat Yang Maha Esa

R-amah
O-portunis
S-uci
L-emah-lembut
I-khlas
N-aif
I-dealistik
itulah gambaran sifat dan sikapnya

Khas buat adinda kesayanganku Wan Roslini… SELAMAT HARI LAHIR adikku… Kak La sayang sangat sama kamu… semalam… hari ini… esok dan selama-lamanya… kamu tetap jadi adik kesayanganku yang berkongsi suka dan duka. Kamu menempati tempat khusus dalam hati kak la selama-lamanya.

Moga terus tabah dalam mengharungi setiap cubaan dan dugaan yang mendatang. Moga jadi anak yang membahagiakan mek dan abah. Moga jadi adik yang memahami. Moga jadi isteri yang dikasihi. Moga iadi ibu yang penyayang… Moga jadi pelajar yang tekun berusaha.
(P/S: dan rajin buat assignment! jangan asyik suruh si-dia aje yang buatkan! hehehe)



lots of love...


3

Daripada wanita untuk wanita...

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita,
ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya"

"Aku memberinya kekerasan
untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya"

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"

"Aku memberinya kebijaksanaan
untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik
takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata
untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;
kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan,
atau bagaimana ia menyisir rambutnya...

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya... tempat di mana cinta itu ada"



lots of love...


2

Saya anak Malaysia... saya bangga jadi warga Malaysia...

Salam buat semua sahabat yang kucintai...

[ SIAPA DAPAT?
Jonny Evans (belakang) cuba merebut bola tinggi dengan Amri Yahyah pada perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/HAFIZH KHOSMAT ] - diciplak daripada Utusan Online.

Malam tadi wan menonton siaran berita akhir di tv1. Secara jujurnya wan jarang menonton siaran berita terbitan tv1. Entah mengapa ia memang tidak menarik minat… tak colourful… (apalah wan ni padahal yang penting apa berita yang hendak di sampaikan! – jangan ikut perangai wan ya…)

Ok berbalik pada berita akhir tv1 itu. Apa yang wan nak komen adalah berkenaan dengan penggunaan ayat yang wan rasa tidak sesuai. Kenapa wan cakap begitu kerana… sebagaimana yang anda ketahui semalam telah berlangsungnya perlawanan persahabatan antara MU dengan pasukan Malaysia buat kali kedua selepas perlawanan pertama sabtu yang lalu di mana pasukan kebangsaan tewas tipis 2-3 dengan MU.

Wan ni bukanlah peminat bola sepak… jauh sekali nak menonton... tetapi dek terlalu kerap mendengar promo tentang perlawanan ini yang diuar-uarkan di corong-corong radio. Serta pandangan dan komen-komen DJ dan pendengar sedikit sebanyak keinginan untuk mengetahui keputusannya membekas juga dalam hati wan.

Yelah… pasukan kebangsaan nak lawan pasukan MU yang sudah terkenal kejaguhannya membuatkan ramai yang membuat spekulasi… Apa yang wan nak cerita adalah… pengulas sukan untuk berita akhir malam tadi kalau tak silap wan adalah Nurul Alis. Ayat yang digunakan itu pada wan tak kena!. tak melambangkan semangat patriotik betul. Kalau tak silap pendengaran wan, (kalau silap minta maaflah ya) “Pasukan Malaysia kembali berpijak di bumi nyata…” Apa maksud dia dengan ayat tersebut? adakah kerana pasukan kebangsaan kita tidak berjaya menyumbat sebarang gol dan membiarkan kekalahan dengan mata 0-2 hingga masa penamat membuatkan pasukan kita seakan bermimpi?

Memanglah… jangan bermimpi pasukan kebangsaan kita dapat menewaskan gergasi bola sepak United ini, tapi sekurang-kurangnya wan percaya pasukan kebangsaan kita telah berusaha bersungguh-sungguh. Tapi bila pengulas tersebut menggunakan ayat sedemikian wan rasa seolah-olah tiada sedikitpun semangat patriotik yang ditiupkan kepada pemain-pemain kebangsaan kita.

Apa-apapun wan tak rugi apapun, cumanya… itulah sepatutnya mereka lebih peka dengan ayat yang bakal dilaporkan apatah lagi daripada stesen tivi milik kerajaan yang selama ini sering melaungkan... Malaysia Boleh!?



lots of love...


6

Promo... Bintang-Bintang Ke Syurga

Salam buat semua sahabat yang kucintai...

Urusan ini perutusan cinta.
Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Islam itu cinta.
Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan ‘cinta’ ke hadrat Tuhan mereka.

Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.

Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?

* * * *

Dengarkan bisikan cinta XARINE sang insinyur yang berbicara fasal cinta dalam lembutnya bahasa daripada hati seorang lelaki yang mengharapkan reda Ilahi.

* * * *
Apa kata wan:

Novel ini wan dapat sebagai tanda terima kasih daripada JS kerana menjadi pembicara di majlis bicara buku III JS hari sabtu yang lalu. Terima kasih wan ucapkan pada kaksu dan kakyah kerana faham dengan taste wan yang memang ternanti-nantikan novel ini. (kalau tak beripun wan tetap akan beli novel ini!)

Wan sangat teruja dengan novel ini apabila membaca blurb yang tertulis di belakang kulit yang di promo di web Jemari Seni. Membaca sedikit daripada bait-bait katanya wan sudah jatuh hati.

Semalam, seharian di rumah... wan cuba selami apa yang cuba disampaikan oleh si insinyur kelahiran kelantan ini. Selain terpaku dengan bait kata yang dilontarkan oleh Xarine, wan terkesan dengan cerita yang dicoretkan buat tatapan pembaca.

Kisah si anak miskin, hidup dalam keadaan yang serba kekurangan... seakan wan membaca hikayat hidup wan tapi dalam versi lelaki. Pekerjaan ayah Imram sebagai pekerja di kilang kayu (sawmill) membuatkan wan terkenangkan abah di kampung. Ya itulah pekerjaan yang abah wan kerjakan demi membesarkan kami adik beradik yang seramai 10 orang ini. Sebagai pekerja sawmill. Bahkan abah masih bekerja hingga ke hari ni di sawmill. Cuma apa yang membezakan abah wan dan ayah Imran, abah wan kerjanya membuat mata gergaji yang digunakan untuk memotong balak-balak yang akan dipotong oleh 'ayah Imran'.

Ya, cerita ini sangat dekat dengan kisah hidup wan! Bagaikan Xarine berhikayat tentang hidup wan!. Xarine juga membawa wan mengimbau kenangan lama 'bermain' di sekitar kampung Pasir Pekan. Kampung yang terletak di pinggir sungai kelantan. Bahkan dulu-dulu ada satu jeti haram yang pernah wan gunakan kalau ingin ke kota bharu menaiki bot yang wan boleh nampak dari seberang sini (Pasir Pekan).

Menimba ilmu di SMK Mahmud Mahyidin Pasir Pekan, membuatkan ramai kawan-kawan wan yang tinggal di Pasir Pekan selain di sekitar kampung baru, wakaf bharu, kutan hilir-tengah dan hulu. Pendek kata Xarine benar-benar membuatkan wan rindukan nostalgia yang sudah lama wan tinggalkan...

Walaupun wan belum usai membacanya lagi... tapi pengisian yang wan dapat dalam novel ini amatlah banyak dan ia juga sebagai peringatan dan nasihat untuk renungan wan. Bacalah novel Bintang-Bintang Ke Syurga karya Xarine ini, moga anda dapat manfaat yang cuba disampaikan oleh Xarine pada anda.

Pada Xarine... terima kasih kerana membukukan 'kisah hidup' wan ini. Pada JS terima kasih kerana menerbitkan novel ini. =)


lots of love...

8

Hari ini dalam sejarah?!...

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

[deko bak segmen Sekapur Sirih kata kaknOOr... seharusnya kredit harus diberikan pada Naz yang menjadikan sudut JS itu nampak menyerlah! hehehe atau kerana pembicaranya adalah wan? ahaks]

Hari ini merupakan hari yang penuh debaran buat wan… hehehe kalau kawan-kawan nak tahu apa dia?? nanti ya wan ceritakan…. tungguuuu….

* Shout! Award 2009 - Melayu sudah moden??

Tapi sebelum tu wan nak ceritalah. Ni pasal malam tadi. Malam tadi wan ‘ter’tengok shout! awards itupun selepas usai drama bersiri Nur Kasih yang menjadi drama kesukaan wan dan wan memang ternanti-nantikan siarannya. Selepas Nur Kasih, wan dah tak tahu nak buat apa. Rancangan yang disiarkan di tivi semuanya tak menarik minat. Nak tengok siaran astro, memang tak dapatlah sebab remote dalam kawalan my Aysha. Jadi wan tengoklah shout! awards.

Pada awalnya wan tak rasa apa-apa… rasa terhiburpun tak!. Seolah wan tengok tanpa perasaan! Tapi bila scene di mana Nas dinobatkan sebagai… sorry lupa apa kategorinya dan salah seorang penyampainya adalah Fazura. Tak tahulah orang lain, tapi pada wan yang berfikiran kolot ni memang terkejut. Ada ka patut… depa tu boleh bercium pipi (Nas + Fazura) atas stage, depan orang ramai yang disiarkan secara langsung dan ditonton oleh ribuan rakyat Malaysia???!!! Wan tak tahulah apa penjelasan mereka, tapi pada wan… walau se’urban’ macam manapun mereka, hormatilah agama islam yang menjadi anutan mereka!.

Wan bertambah malu apabila pagi tadi my 2nd Bos (c*na) boleh cakap pada wan… ni antara perbualan wan dengan dia ya!

2nd Bos : “cik wan, you tengok tak shout! award malam tadi?”
wan : “ada la tengok tapi tak ikut sangat. Kenapa?”
2nd Bos : “wah Melayu sekarang sudah moden ya?”
wan : “Kenapa you cakap macam tu? Kenapa selama ini you tengok Melayu tak moden ke?” *dengan muka yang pelik+cuak*
2nd Bos : “ tak la… tapi… wah boleh ya peluk-peluk macam itu… macam orang putih”
wan : “………” *tak tahu nak cakap apa*


Huhuhu apa ya nak jadi……?? Oklah wan rasa lebih baik la wan cerita pasal my Aysha, tentang hal itu biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya!

* Temasya Sukan Nurul Izzah

Hari ini my Aysha ada temasya sukan di padang MPSJ. Oleh kerana wan kerja dan selepas itu wan terus ke Rumah Jemari Seni (JS) kerana menghadiri majlis Bicara Buku III jadi reportnya wan dapat selepas wan balik daripada Rumah JS la.

Tau dak, apa ceritanya? my sirman cakap Aysha tak main. Oh ya sebelum tu, my Aysha yang menjadi salah seorang peserta rumah kuning sepatutnya masuk acara tiup belon. Tapi setibanya di sana my sirman cakap Aysha tak mau main atas alasan dia sakit tekak tak boleh tiup belon! Jadi terpaksalah cikgu cari pemain gantian untuk menggantikan tempatnya.

Tapi selepas itu dia bantai makan hotdog la, aiskrim la, dan macam-macam makanan lagi la… sakit tekak apa benda lagu tu… hahaha auta sungguh la my Aysha nih. Wan rasa dia teruja nak pergi (beri alasan dia main sukan supaya ada orang bawa dia) kerana dia nak jumpa dengan kawan-kawannya. Gambar sekitar acara sukan my Aysha nanti wan tepek kat sini ya!. Tapi bukan hari inilah.

* Bicara Buku III

Ok… sekarang wan nak cerita pasal acara Bicara Buku III di Rumah Jemari Seni pula. Whoaa…. happening sangat-sangat!.

Wan ke sana selepas habis waktu kerja. Tak pernah-pernah wan pakai baju kurung hari sabtu, tetapi memandangkan wan adalah salah seorang pembicaranya… jadi wan kenalah berpakaian mengikut etika yang betul!... betul tak?? hehehe

Wan yang sememangnya stage fright nih, apatah lagi merupakan orang pertama yang akan bercakap tentang novel Tanya Pada Hati karya Iman Xara memang gelabah. Sampaikan wan lupa nak say… hi hi to everybody yang hadir. Wan nampak kelibat kawan-kawan tapi wan tak sempat nak berborak dengan semua orang! sorry girls. My bad!

Tapi Alhamdulillah semuanya selesai dengan selamat.! ahaks wan ni aje yang gabra lebih-lebih!… padahal yang hadir semuanya adalah rakan-rakan yang selalu kami jumpa jer bila ada gathering yang melibatkan buku. Padahal muka-muka itu jugak! sorry kaksu… sebenarnya banyak yang tak terbicara padahal wan dah sediakan teksnya… (nanti ada masa wan letak kat rumah sembang buku ya!)

Tapi apa-apapun semuanya best. Terutamanya makanan yang dihidangkan. memang kategori 10* hotel lah… Dengan mee hoon tomyam, sup tulang rusuk yang dimakan bersama garlic bread, dengan ayam panggang, dengan coselow, dengan rojak… dan itu tak masuk lagi desert seperti karipap, cek mek molek, egg tart, kek… dan macam-macam lagi lah… sampaikan tak termakan semuanya sebab perut dah penuh! huhuhu rugi la ‘tangki’ kecik nih… tak boleh nak sumbat banyak-banyak.

Wan nak salute pada En. Pingu Toha aka Halim yang menjadi satu-satunya kumbang di antara bunga-bunga yang hadir!. En. Pingu kita memang sporting giler! hehehe dan dia lah yang menjadi pengacara majlis pada hari ni. (Ops tak termasuk tuan rumah ya!)

Selain penulis-penulis JS lain yang hadir seperti Nazurah Aisyah yang sanggup turun dari JB tapi ralat la tak sempat nak jumpa Naz sebelum dia balik… Ada Manjlara (Persis Sebutir Pasir) yang wan tak sempat nak interview dia dek melayan hati yang gabra ntah-apa-apa nih. Juga ada Syud (Tentang… Dhia) yang eksi dengan camera barunya… ahaks! Juga ada Ruby yang sempat singgah bersama buah hati barunya, juga tak sempat wan nak gomol2. Selain penulis yang bukunya dibicarakan pada hari ini seperti Iman Xara dan Nazawati. Tapi sayangnya Khairyn tak ada kerana masih lagi berada di sebelah lautan nun jauh di sana… hehehe

Juga kehadiran kawan-kawan yang dah susah nak jumpa seperti kak Anim. Selain ada Geng Kicap – kucc & ryn yang menjadi pembicara ke-2 & ke-3, ada nicky, dyea, kak jua, aprilsnow. Juga member-member Ulatbuku – kaknOOr, wabbit, iejay, nacha, nawwir yang menjadi moderator untuk buku Dame Zoete Sarah. Selain kawan-kawan yang lain seperti Amie, Mar, kak Udaidza, kak ija dan minta maaf andai ada yang wan terlepas pandang… sorry kawan-kawan!

Oh ya kita juga ada adik-adik praktikal iaitu Azura yang menjadi moderator untuk sessi wan yang sibuk nak interview wan… ahaks… dik zura, cerita kakwan tak ada yang menarikpun! Kita juga ada adik Izzati yang lemah-lembut tutur katanya.

Wan juga mohon maaf kerana tidak dapat nak hantar kawan-kawan balik kerana wan tidak mahu terlibat dalam kesesakan lalulintas yang wan pasti akan berlaku di sekitar bukit Jalil memandangkan petannya ada perlawanan bola sepak antara MU dan pasukan Malaysia. Lagipun dalam hati wan dok teringatkan buah hati yang ditinggalkan di rumah…

Tapi apa-apapun acara hari ini memang happening. Oh ya wan nak ucapkan jutaan terima kasih pada adinda Iejay yang tolong ambilkan gambar-gambar untuk wan memandangkan wan kan jadi pembicara… ahaks!

Oklah kawan-kawan moga kita dapat berkumpul lagi… apa kata masa pesta buku Selangor yang akan berlangsung hujung minggu ini pulak?? Ada komen?? hehehe


lots of love...

2

Masa bertenang...

Salam buat semua sahabat yang kucintai

Hari ini boleh dikategorikan sebagai hari paling menyesakkan kepala buat wan. Mana tidaknya, sepetang semalam + sepagi hari ini buat kerja, semuanya kerja yang wan buat hilang tanpa dapat dikesan. Huhuhu tensionnya!! wan rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan file auto-cad yang diberikan oleh konsultan ni. Tapi wan tak ada masa nak figure it out! tak dan nak belek manual cari apa silapnya. Yang penting kerja perlu disiapkan... tapi sekarang masalahnya yang jadi mangsa adalah wan sendiri. Kena buat lagi sekali... oh tension sungguh, apatah lagi bila kita kena buat dari A-Z semula. wan benar-benar perlukan oksigen tambahan!

Esok my Aysha ada temasya sukan untuk sekolah agamanya. Sukan tahunan yang dianjurkan setiap tahun oleh pihak sekolah akan berlangsung di padang MPSJ. Tahun ini sekali lagi my Aysha ambil bahagian, dengarnya dalam acara tiup belon... tapi tak tahulah kena tengok esok dahulu. Masalahnya wan kerja dan cuti tahunan sudah tinggal sikit (reserve cuti raya).

Nampak gayanya kena paksa my sirman pergi dan ambil gambar banyak-banyak! Lagipun kalau nak ambil cuti, rugi pulak sebab kalau hari sabtu dikira satu hari, sedangkan wan kena kerja hanya separuh hari, itulah kalau boleh wan cuba elakkan ambil cuti hari sabtu... buat rugi aje! Tahun lepas sepatutnya my Aysha ambil bahagian juga tapi nasib tak baik, my Aysha demam pula pada hari berlangsungnya temasya sukan. Itu yang membuatkan my Aysha teruja sangat nak main sukan esok.

Esok juga wan akan hadiri acara Bicara Buku III di Rumah Jemari Seni... wan diminta jadi pengulas untuk novel karya Iman Xara ~ Tanya Pada Hati. Malangnya satu apapun wan belum buat lagi. Masa kaksu minta hari tu wan sudah cuak, tapi bila kaksu kata jemputannya hanyalah 'anak-beranak' aje, hilang sikit rasa ragu dihati. Tapi bila tiba-tiba urusan kerja datang secara banyak, selambak dan serentak, hinggakan wan benar-benar kesuntukkan masa untuk mencuri masa membuatnya kegusaran wan dah jadi berlipat kali ganda!! huhuhu seram... tak tahu nak kelentong apa untuk esok.

Oh ya esok ada 3 buah novel karya penulis wanita JS akan dibedah-siasat. Nasib wan sungguh... kerana 2 di antaranya wan sudahpun membuat resensi di rumah ]Sembang Buku[ tetapi tidak untuk buku yang wan diminta 'ulas+kupas' ini. Kalau tidak dah senang kerja wan. Apa yang perlu wan buat hanya 'cut & paste', tapi itulah... apa-apapun Insyallah untuk tidak menghampakan warga kerja JS wan akan kelentonglah apa yang patut... ahaks!

Sebenarnya wan ni tengah tension tahap gaban pasal kerja yang hilang tu... itu yang wan lepaskan geram kat sini nih! Nantikan korang akan kata... "kata banyak kerja tapi masih sempat lagi merepek kat sini!" Sebenarnya wan memang tak ada masa tapi wan sangat-sangat-sangat perlukan masa untuk bertenang... nanti kalau wan paksa diri juga buat kerja, semuanya jadi serba tak kena... wan tahulah diri wan ni macam mana!

Oklah nak sambung buat kerja... janganlah hari ini wan kena tahan lagi! Minggu ni aje dah dua kali wan ambil Aysha lewat. Tunggulah hujung bulan adalah tu nanti bil untuk bayaran charge lebih masa. huhuhu tension lagiiii...

***

P/S: wan nak wish Happy Birthday to kaknOtie yang menyambut ulangtahun kelahirannya hari ini. Wan doakan semua yang baik-baik untuk akak! sayang akak! muuaahhh mmuuaahhh mmuuaahhh



lots of love...

3

Lagu hari ini... Demi Cinta


Demi Cinta ~ Kerispatih

maaf ku telah menyakitimu
ku telah kecewakanmu
bahkan ku sia-siakan hidupku
dan ku bawa kau seperti diriku

walau hati ini trus menangis
menahan kesakitan ini
tapi kulakukan semua demi cinta

akhirnya juga harus kurelakan
kehilangan cinta sejatiku
segalanya telah kuberikan
juga semua kekuranganku

jika memang ini yang terbaik
untuk diriku dan dirinya
kan kuterima semua demi cinta

* jujur aku tak kuasa
saat terakhir ku genggam tanganmu
namun yang pasti terjadi
kita mungkin tak bersama lagi

** bila nanti esok hari
ku temukan dirimu bahagia
ijinkan aku titipkan
kisah cinta kita selamanya




* * * *
Adakalanya kita tidak dapat lari daripada rasa sedih yang bertandang di hati... segalanya kita harus terima sama ada kita suka mahupun tidak... yang pastinya ia akan menjadi sebahagian daripada rentetan kenangan dalam hidup ini.

P/S: Dirgahayu buat kak Anim yang menyambut ulangtahun kelahirannya hari ini. Doa wan, moga hidup kak Anim sentiasa dalam rahmat-Nya... aminnn




lots of love...

5

Nostalgia menggamit ingatan...

Salam buat semua sahabat yang kucintai.

[Nota Gambar :- ketika majlis konvokesyen arwah kak ja & kak chuda. Kak chuda bertudung hijau]

Pagi tadi dapat sms daripada kak chuda minta no hp abah. Oh ya, kawan-kawan mesti nak tahu siapa kak chuda tu kan? Dan apa kaitannya dengan wan & kenapa kak chuda minta no phone abah? Nanti wan ceritakan.

Kak Chuda ni adalah kawan baik arwah kak Ja. Setahu wan, mereka kenal ketika arwah jadi pelajar di USM Penang. Wan kenal kak chuda ketika wan ke USM. Masa tu, wan sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM. Sebab tak tahu nak buat apa dan atas kebenaran abah, wan ke USM jadi ‘PATI’ kat sana… ahaks!

Sesungguhnya ia satu pengalaman yang sangat-sangat-sangat indah! Wan jadi sebahagian daripada pelajar USM. Ketika mereka ada kuliah, wan ikut sama, siap ambil nota lagi walaupun wan tak tahu apa yang pensyarah dok bebel kat depan… hahaha. Oleh kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai, keberadaan wan kat dewan kuliah tidaklah ketara sangat. Lagipun siapa yang nak ambil tahukan? Hehehe… bayangkan ketika itu wan masih lagi di kira budak sekolah, dapat masuk ‘U’ merupakan satu kebanggaan, apatah lagi bagi anak kampong seperti wan… jakun pun ya jugak! ahaks.

Selama 2 minggu jadi pendatang kat USM, setiap aktiviti yang melibatkan arwah kak Ja serta rakan-rakannya wan ikut serta. Pernah sekali wan diberi tugas jadi pembawa dulang cenderahati ketika mereka membuat satu agenda (sorry wan sudah lupa apa acaranya dan siapa penerimanya, al-maklumlah ini kisah kurang lebih 19 tahun yang lalu). Pengalaman berada di atas pentas (dalam dewan) membuatkan hati wan cuak-takut-berdebar dan macam-macam lagilah perasaan yang bergolak dalam dada. Namun pastinya ia adalah satu pengalaman yang sangat mengujakan.

Wan juga berpeluang menonton teater Uda dan Dara ketika berada di sana. Pertama kali menonton teater dan kisahnya pula kisah Uda & Dara, membuatkan hati wan bagaikan berada di awangan. Indah dan mempesona! Seronok sangat… selain berpeluang melawat sekitar Penang. Waktu inilah wan kenal kawan-kawan arwah kak ja. Selain kak chuda, ada kak nora dan beberapa orang yang wan sudah lupa nama mereka (my bad! susah nak ingat nama orang apatah lagi kalau dah lama sangat).

Wan masih ingat terutamanya kak chuda dan kak nora kerana mereka adalah sahabat yang paling rapat dengan arwah dan sentiasa ada ketika susah dan senang & pastinya yang sentiasa keep in touch dan arwah juga selalu bercerita tentang kak chuda dan kak nora & yang paling best, mereka ingat wan! Sekarang ni kak chuda menetap di Jeddah. Ikut husband dia kerja kat sana. Tapi wan masih dapat ikuti khabar kak chuda melalui Facebook dia. Kak Nora pula menetap di Bandar Kinrara.

Tapi apa yang wan nak cerita sampaikan wan buka hikayat ini adalah… kerana sekarang kak chuda balik ke Malaysia. Bercuti selama 35 hari. Jadi di kesempatan ini kak chuda nak jumpa dengan mek & abah selepas hampir 3 tahun arwah dah tak ada. Setiap kali kami berhubung sama ada melalui email, chat ataupun sekadar tinggalkan message di FB dia, dia selalu suarakan keinginannya untuk berjumpa dengan mek dan abah… tapi dia tak ada kekuatan nak berdepan dengan kenyataan yang arwah dah tak ada. Insyallah kali ini dia dah ada kekuatan nak jumpa dengan mek dan abah! Alangkah seronoknya kalau wan ada sama di kampong menyambut kedatangan kak chuda dan keluarga.

Tiap kali bila dia berpeluang buat umrah dan dia niatkan untuk arwah, dia mesti beritahu wan sebab dia rasa sedih memikirkan dia sudah kehilangan kak ja. Wan rasa arwah sangat beruntung dapat kawan-kawan yang sebaik itu. Arwah sangat beruntung kerana ketika dia tiada anak yang akan mendoakan kesejahteraannya di ‘sana’, dia masih ada kawan-kawan (selain kami adik beradik) yang mendoakannya. Moga arwah aman di alam sana. Aminnn

Harap wan berpeluang jumpa dengan kak chuda kali ini, kerana nanti dia akan berpuasa dan beraya di Jeddah. Lagipun kedua orang tuanya dah tak ada, jadi agaknya dia tak rasa ralat sangat kot. Hehehe pandai-pandai aje wan buat telahan hati orang! Tapi kalau wan jadi kak chuda pun pastinya wan tak akan lepaskan peluang keemasan ni. Berpuasa dan beraya di Mekah, pastinya satu pengalaman yang sukar diperolehi. Kalau orang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit semata-mata untuk menjalani ibadah puasa di Mekah, menunaikan solat terawih di Masjidil Haram kenapa kita mesti lepaskan peluang sedangkan kita memang sudah berada di sana kan?? Entah la, itu hanya sekadar pendapat wan!

Jadi itulah ceritanya… bosan ke baca cerita wan ni? Mohon maaf lah ya… tapi wan tetap nak berkongsi cerita walaupun ianya bukanlah cerita yang menarikpun pada kawan-kawan. Tapi pada wan ia tetap suatu momen yang indah yang tetap kekal dalam memori wan.

Hari ini wan ambil separuh hari cuti. Wan ke KWSP PJ buat pengeluaran duit EPF (akaun 2) untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan wan. Pening jugalah nak sampai ke EPF tu. Bukan pening pasal apa, wan memang fail dengan route di PJ tu! Itupun beberapa kali wan makan ‘langsat’ sebelum sampai ke kawasan EPF. Mulanya salah masuk susur, wan masuk jalan ke Taman Jaya, berpusing-pusing nak cari jalan keluar. Nasib baik wan baru isi minyak full tank. Dah tu pulak waktu itu lebih kurang pukul 1.30 tengah hari (ketika budak sekolah menengah baru keluar sekolah, jalan jam!) Nak keluar pun satu hal, juga silap buat perhitungan hingga wan tersasar ke UH.

Oh ya sebelum tu kena dapatkan dulu surat daripada Bank menyatakan jumlah baki yang tertunggak. Usai kerja di KWSP wan singgah ke Maybak PJ State jumpa dengan sepupu wan, Nik Anis. Wan ada akaun Maybak dan cawangannya di situlah. Dia kerja kat situ ketika wan masih lagi bekerja dengan company lama dan ketika itu office lama wan masih lagi di PJ sebelum berpindah ke USJ. Pada mulanya wan cuak juga, al-maklumlah nak parking kat tempat tu sikit punya susah! Jadi wan niat dalam hati kalau ada parking wan singgah, kalau tak ada wan terus balik. Alhamdulillah wan bernasib baik, ketika wan masuk ke kawasan tu, ada kereta beri signal nak keluar.

Jumpa anis sekadar nak bertanya khabar sahaja. Yelah, kalau nak minta tolong anis apa-apa (berkaitan dengan urusan bank) hanyalah melalui phone. Jadi alang-alang wan dah berada area PJ jadi singgahlah. Oh ya buku akaun ASD (Amanah Saham Didik) my Aysha pun dalam simpanan anis! Bukan apa, kalau nak tambah simpanan wan hanya transfer masuk dalam akaun anis… senangkan, urusan di hujung jari. Tadi anis siap tanya wan, “tak nak tengok ke akaun ASD Aysha” dia kata last week dia update akaun anak-anak dia, so dia kemaskinikan sekali akaun Aysha. FYI dividen dan bonus ASD di bayar pada setiap pertengahan tahun tidak seperti ASB, ASW. Hehehe teruk kan wan nih! Tapi senang juga anis ada kat sana, kalau nak tukar duit, terutamanya time nak raya la… wan hanya call dia dan transfer duit… nanti my Sirman akan singgah ambil bila-bila dia senang.

Pernah juga wan merungut dengan my Sirman, time susah aje (berkaitan dengan urusan bank) barulah wan cari anis, kalau tidak kami masing-masing diam membisu. Anis ni sepupu wan belah mek. Wan ada seorang lagi sepupu, Rani, dia belah abah. Apa yang menariknya kami – wan, rani & anis – adalah sebaya dan kami lahir dekat-dekat. Kalau wan, lahir 20-June, rani pula lahir 1-July dan anis lahir 18-July tahun yang sama.

Hah kenapa anis ‘Nik’ bukan ‘wan’? – Kerana dia sepupu wan belah mek (tiada surname) tapi che (mak) dia ‘Raja’, kahwin dengan abah anis, anak-anak dapat gelaran ‘Nik’ itulah ceritanya. Tapi kalau sepupu belah abah mesti ada ‘wan’ la. Macam rani nama dia sebenarnya Wan Norani… hehehe mesti masa korang baca mula-mula tadi -Rani- mesti korang fikir kenapa sepupu wan ni nama in**a? ahaks.

Oklah, wan berhenti sini dulu…

P/S: Happy Birthday to Ms Ooi


lots of love...

4

ISO 9001 : 2008

Salam buat semua sahabat yang kucintai...

Sepagi semalam, di pejabat wan ada mesyuarat berkenaan dengan ISO. Bos baru ni, macam-macam yang dia nak buat! Bukanlah tak bagus... tapi memandangkan kami yang hanya dua, tiga kerat sahaja di pejabat, rasanya tak perlu lah nak mohon ISO kan?? (rungutan seorang yang malas nak buat... ahaks!)

Oleh kerana kami yang hanya 2, 3 kerat ni, terpaksalah semuanya diwajibkan hadir. Mesyuarat berkenaan dengan penyediaan dokumen yang berkaitan dan cara-cara memohon untuk mendapatkan kelayakan ISO. Penerangan oleh 2 orang wakil (konsultan) berjela-jela... dan apa yang paling tak syok sekali... ketika bos mahu menamakan calon MR (dah ada calonnya) dan QC, pandangan matanya menala ke arah kami - wan dan ms Ooi yang duduk bersebelahan dalam bilik mesyuarat. Dalam hati sudah cuak. Wan tahu bos pasti pilih Ms Ooi, tapi memandangkan keadaan ms Ooi yang berbadan dua dan akan bercuti panjang yang kebetulannya pula jatuh pada bulan yang kami perlu submit permohonan secara automatik pemilihan ms Ooi diganti pada wan.

Oh tidak!! dalam hati, kenapa tidak dipilih sahaja ms Tee? Diakan bahagian Admin? lagipun dia yang involve dengan 'semua benda-benda' yang berkaitan tu? kenapa mesti pilih wan? Bila wan tanya bos... jawapannya "You kan paling lama!" memanglah wan antara yang terlama berkhidmat dengan syarikat ini (lebih 6 tahun) tapi ms tee lagi lama daripada wan... bila wan join dia dah kerja kat syarikat ini tau. Tak aci la... wan bukan nak menolak kerja... tidak! tapi kenapa kalau ada apa-apa hal bos mesti pilih, ms Ooi atau wan.

Pagi tadi, ms ooi beritahu wan... dia dah tanya bos kenapa tidak dipilih sahaja ms tee... tahu apa jawapan bos... "susahlah, dia banyak yang tidak tahu!" Laa kalau tidak tahu, kenalah train dia, kalau tidak sampai bila dia tak akan tahu!

Wan perasan, dari dulu bos macam tak confident nak beri kerja yang 'lain' sikit daripada bidang kerja yang dia selalu buat... tapi yang wan bengang, tau dak... dia dapat 2 gaji! Memanglah dia kena buat invoice untuk 2 company ni... tapi bukannya banyak manapun! itupun kadang-kala kerja-kerja Admin yang sepatutnya dia incharge, orang lain yang tolong buatkan. Bengang dak? buat kerjanya hanya yang itu-itu sahaja... (FYI : bos wan ni ada 2 company, satu handle project dan satu lagi handle service. dan kami dalam bidang air conditioning construction)

Huhuhu... malaslah nak fikir! buat ajelah mana yang wan boleh... budak-budak engineer semuanya dah cuak semalam... hehehe wan tau mereka mesti kena bebel dengan wan ni nanti... al-maklumlah mereka jarang ada kat pejabat, most of the time mereka dekat site... jadi paperwork semuanya berantakan. Pening tengok filling budak-budak nih. Ni bila dah nak kena implement dengan 'benda alah ISO' ni lagi la mereka akan pening. Even bila wan tengok sorang budak ni buat O&M pun wan dah nak pengsan... kalau lagu itu caranya memang fail la ISO nih!

Dan satu bendapun wan belum buat lagi pasal ISO nih!.




lots of love...


0

Natrah... berakhirnya episod sedih...

Salam buat semua sahabat yang kucintai...

Mungkin generasi muda hari ini tidak mengenali siapa itu Nadra/Natrah Maarof. Atau mungkin anda pelik kenapa tiba-tiba nama ini muncul di dada akhbar mengkhabarkan berita tentang kematiannya.

Bagi mereka yang tahu tentang kisah Natrah, pastinya akan tahu tentang tragedi berdarah yang pernah berlaku di Singapura suatu ketika dahulu disebabkan oleh si gadis manis keturunan Belanda ini.

Secara ringkas, Nadra Maarof atau nama sebenarnya Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia pada tanggal 24 Mac 1937.

Ketika rumpun nusantara (Tanah Melayu, Indonesia) sedang bergolak (sekitar Disember 1942), beliau diserahkan kepada Che Aminah Mohamad oleh ibunya Adeline Hunter dan neneknya Nor Louise tanpa pengetahuan bapanya Sarja Adrianus Petrus Hertogh yang ketika itu dipercayai menjadi tawanan tentera Jepun. Ketika itu Maria/Natrah baru berusia 5 tahun.

Tanggal 15 November 1945, Che Aminah yang berasal dari Kemaman, Terengganu telah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana perasaan orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah. Beliau hidup dalam suasana ‘melayu’ dan diberi pendidikan Islam.

Pada tahun 1945 Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Jepun menyerah kalah dek kejatuhan Hiroshima dan Nagasaki yang menjadi mangsa bom atom (Perang Dunia ke-2). Dia kembali ke tanah Jawa mencari anaknya Natrah. Namun mereka kembali ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

Pada September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Dan tanggal 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Adrianus, Natrah berada di Kemaman. Atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh, tanggal 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura.

Pada 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura. 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura. 4 hari kemudian iaitu pada tanggal 28 April tahun yang sama, Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura. Tanggal 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya yang membawa kepada Natrah dikeluarkan daripada York Hill.

Oleh kerana bimbang peristiwa berulang kembali, pada 1 Ogos 1950, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi yang ketika itu berusia 22 tahun. Mereka dinikahkan secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A. Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika itu Natrah berusia 13 tahun tetapi mempunyai susuk tubuh yang agak besar. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.

Dan bermulalah rentetan sejarah pahit yang terpalit dalam lipatan sejarah tanah melayu yang membawa kepada berlakunya rusuhan kaum. Rusuhan yang juga diberi jolokan Rusuhan Natrah atau Tragedi Natrah, Rusuhan Maria Hertogh ini berlaku di Singapura pada 12 Disember 1950 terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Tragedi bertitik tolak dari keputusan mahkamah bahawa Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda dan bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah yang sudah diIslamkan telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian. Keputusan ini mengecewakan masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu apabila Natrah akan dimurtadkan.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh/mati syahid dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British. Mana-mana warga British di Singapura telah diserang. Manakala Bangunan dan kereta berhampiran padang dekat mahkamah telah dibakar. Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di Singapura. Yang akhirnya meletakkan Singapura di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam.

Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada usia 72 tahun akibat penyakit Leukemia di Huijbergen, Belanda. Sesungguhnya kematian Natrah telah membawa bersama derita batin yang tidak kita ketahui melainkan dari catatan, berita yang pernah ditulis di dada-dada akhbar mahupun majalah (Dewan Masyarakat sekitar tahun 1980-an oleh Fatini (Datin) Yaakob). Kenangan yang paling pahit pernah berlaku dalam hidupnya, juga merakamkan sejarah berdarah yang pernah berlaku di tanah melayu yang berdaulat ini.

Sumber:
Petikan daripada:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Natrah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rusuhan_Natrah
http://en.wikipedia.org/wiki/Maria_Hertogh_riots

kisah Natrah dalam Utusan:
Kisah 1, Kisah 2, Kisah 3, Kisah 4, Kisah 5 & Kisah 6

Lagi kisah Natrah di sini

Juga terselit kisah Natrah di sini:


****

Kenapa wan jadi sensitif pada kisah Natrah ini?

Wan terpanggil untuk memperingati kisah sedih yang pernah berlaku pada sejarah bangsa dan agama kita ini kerana ketika catatan tragik ini dipaparkan di dada majalah (Dewan Masyarakat) akhir tahun 80-an, wan masih di bangku sekolah.

Episod sedih yang berlaku pada Natrah ini menjadi bahan bacaan wan dan sekaligus meninggalkan kesan tersendiri pada diri wan. Wan jadi sedih. Wan jadi ralat. Andai kata ia berlaku depan mata kita, dan kita tidak mampu berbuat apa-apa untuk memperbaikinya. Yang dapat kita lakukan hanyalah meratapi dan berkongsi rasa terkilan. Sedihkan?

Ketika ingatan mulai pudar, wan diketemukan dengan Atas Nama Cinta karya Isa Kamari. Kisah tentang pahit manis suka duka Natrah. Baca resensi wan di
sini. Sekaligus menyegarkan kembali ingatan pada kisah tragis yang berlaku pada Natrah ini.

Sesungguhnya kisah tragis ini telah meninggalkan parut hodoh, bak kata penulis Isa Kamari dalam sejarah bangsa kita. Dan tidak mustahil akan ada lagi ‘Natrah’ dalam masyarakat kita apabila sentimen terhadap agama Islam ini, kita biarkan diperkotak-katikkan oleh mereka yang tidak senang dengan agama kita yang mulia ini.

Wan sentiasa mohon pada yang Esa agar hidup dan mati wan, keluarga, sanak saudara, sahabat handai yang wan cintai dan sayangi adalah dalam ISLAM. aminnn



lots of love...

0

Lagu hari ini : Bad Day - Daniel Powter


Where is the moment we need at the most
You kick up the leaves and the magic is lost
They tell me your blue skies fade to grey
They tell me your passion's gone away
And I don't need no carryin' on

You stand in the line just to hit a new low
You're faking a smile with the coffee to go
You tell me your life's been way off line
You're falling to pieces everytime
And I don't need no carryin' on

Cause you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day
You had a bad day

Well you need a blue sky holiday
The point is they laugh at what you say
And I don't need no carryin' on

You had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day

(Oh.. Holiday..)

Sometimes the system goes on the blink
And the whole thing turns out wrong
You might not make it back and you know
That you could be well oh that strong
And I'm not wrong

So where is the passion when you need it the most
Oh you and I
You kick up the leaves and the magic is lost

Cause you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
You've seen what you like
And how does it feel for one more time
You had a bad day
You had a bad day




lots of love...

0

My Aysha ni la....

Salam buat semua sahabat yang kucintai...

Hari ini sabtu, 11 Julai 2009 my Aysha ada Kem Bestari - Solat Siri ke-2 di sekolah kebangsaannya. Beberapa hari sebelumnya dia sudah mengingatkan wan dan sudah beberapa kali wan minta dia tanyakan cikgu nya apa yang perlu dipakai ke sekolah, memandangkan hari yang dilaksanakan kem tersebut adalah hari sabtu. My Aysha hanya diam sahaja. Wan tak pasti dia dengar atau tidak.

Pagi tadi wan kejutkan dia seperti hari-hari sekolah biasa. Tanyakan dia, kena pakai baju sekolah atau baju sukan? Dia cakap, "pakai baju sekolah pun boleh, pakai baju sukan pun boleh!". Wan tanya lagi... "Eisya nak pakai baju apa? baju sekolah atau baju sukan?" Dalam keadaan yang masih mamai, dia kata dia nak pakai baju sekolah, jadi wan gosoklah baju sekolahnya.

Setelah siap semuanya, my Sirman hantarkan dia ke sekolah. Oleh kerana hari ini hari sabtu, wan masih bermalas-malas di depan tivi, masih belum bersiap untuk ke tempat kerja. Apabila my sirman balik... "Mummy, semua budak pakai baju sukan la..." Hati wan dah mula cuak... my Aysha ni la... orang suruh tanya cikgu... dia bukannya nak tanya... kadang kala wan jadi risau dengan my Aysha.

Wan tak tahu apa yang dia fikirkan. Bila wan tanya, adakala dia hanya buat tak tahu aje. Dia hanya diam tak menjawap sebarang pertanyaan wan. Kadang kala wan jadi geram dengan olah dia... wan dah tak tahu nak cakap macam mana lagi... kalau marah, dia akan senyap... lepas tu jangan harap dia nak layan sebarang pertanyaan yang wan utarakan pada dia lagi... sudahnya wan yang jadi tension!

Harapnya tidak ada sebarang masalah yang my Aysha akan hadapi di sekolah pagi ini. =( wan risau nih!


lots of love...



0

Jakim ambil alih keluar sijil halal

KUALA LUMPUR 9 Julai - Semua tanggungjawab pengeluaran sijil Halal Malaysia yang sebelum ini dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu yang berkuat kuasa serta-merta diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Katanya, Kabinet berpendapat HDC perlu memberikan tumpuan kepada fungsi asalnya untuk membangunkan produk dan hab halal di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

''Dengan pengambilalihan tugas ini, Jakim kini bertanggungjawab mengeluarkan Sijil Halal Malaysia bagi produk tempatan dan luar negara serta menguruskan soal-soal pembayaran untuk mendapatkan sijil berkenaan.

''Jakim sebenarnya mempunyai pengalaman luas untuk menguruskan pengeluaran sijil halal ini kerana ia telah menjalankan fungsi sama sebelum peranan ini diserahkan kepada HDC pada April tahun lalu,'' katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pelbagai pihak sebelum ini membantah langkah menyerahkan pengeluaran sijil berkenaan kepada HDC kerana mendakwa ia mempunyai kepentingan dalam perniagaan dan akan menyebabkan pengeluaran sijil berkenaan tidak telus.

Selaras dengan keputusan itu, Jamil Khir berkata, semua kakitangan kerajaan yang dipinjamkan kepada HDC bagi menguruskan urusan pengeluaran sijil dan membuat pemantauan akan diserap semula ke Jakim.

''Kakitangan terbabit terdiri daripada pegawai Jakim yang bertanggungjawab mengendalikan ujian secara saintifik dan Islamik serta kakitangan Kementerian Kesihatan yang telah dipinjamkan bagi membuat pemantauan," jelasnya.

Menurut beliau, semua sijil halal yang telah dikeluarkan oleh HDC sebelum ini adalah sah untuk digunakan sehingga tarikh tamat tempoh.

''Sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim akan terus menggunakan reka bentuk logo lama, sama seperti yang telah dikeluarkan oleh HDC," jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan juga akan memastikan Jakim dapat meningkatkan kualiti proses permohonan dan pengeluaran sijil halal supaya ia lebih cekap dan berkesan.


Petikan : Utusan Online
* * *

Kata Wan:

Wan sangat setuju dengan pengambilalihan semula pengeluaran sijil Halal oleh Jakim ini. Bukan apa, bila ia melibatkan makanan yang akan menjadi darah dan daging wan, pastinya wan mahukan barang yang diyakini 100% status Halalnya. Bukanlah nak kata yang sebelum ini tak bagus, TIDAK!! tapi secara peribadinya wan lebih berkeyakinan penuh dengan kreadibiliti Jakim. Dan salah satunya kerana adinda wan adalah salah seorang pekerja Jakim! hehehe

* * *

Wan nak ucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-?? buat Carriekirana. Moga hidupnya sentiasa dalam peliharaan yang Esa. =)



lots of love...


0

PPSMI dimansuhkan 2012

[ MUKTAMAD... Muhyiddin Yassin berkata sesuatu selepas mengumumkan keputusan Kabinet mengenai dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik pada sidang akhbar di Kementerian Pelajaran, Putrajaya, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (tengah) dan Ketua Pengarah Pelajaran, Alimuddin Mohd. Dom. – Utusan/Zaki Amiruddin ]

PUTRAJAYA 8 Julai – Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.

Keputusan Kabinet hari ini mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003.

Serentak itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan.

Kerajaan juga menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains dan Matematik bagi meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai kedua-dua cabang ilmu itu dan teknologi demi masa depan negara.

Kata beliau, keputusan memansuhkan PPSMI dibuat setelah kerajaan meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai dasar itu yang menunjukkan ia tidak dapat dilaksanakan seperti dihasratkan.

Justeru untuk memastikan pemansuhan itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.

“Pelaksanaan (sepenuhnya dalam bahasa Melayu) akan dibuat secara bertahap di tahun satu dan tahun empat di sekolah rendah dan tingkatan satu dan empat di sekolah menengah bermula pada 2012.

“Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Menurut Muhyiddin, pemantauan Kementerian Pelajaran tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

Begitu juga secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Pada masa sama, kata beliau, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

“Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

“Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan,” katanya.

Muhyiddin berkata, selain pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007.

“Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007,” katanya.

Muhyiddin memberitahu, kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

“Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJKC dan bahasa Tamil (SJKT),” katanya.


Petikan : Utusan Online

* * * *
Kata Wan:

Pastinya setiap orang punyai pendapat dan pandangan yang berbeza dalam isu pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris ini. Secara peribadi, wan lebih suka dua subjek ini (Matematik & Sains) diajar dalam bahasa ibunda kita Bahasa Malaysia. Bukanlah nak perlecehkan bahasa inggeris. Bukan! Tapi sebagai sebuah negara yang mengangkat bahasa melayu sebagai bahasa rasmi, seharusnya bahasa melayu dijadikan sebagai bahasa perantara dalam semua subjek di peringkat rendah dan menengah. Termasuklah dalam pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik.

Sebagai bekas pelajar yang datang dari luar bandar (kampung) tidak dapat dinafikan bahasa inggeris sangat penting, dan penguasaan bahasa inggeris terutamanya bagi pelajar dari kawasan luar bandar agak lemah. Jadi hasrat kerajaan dengan memperkenalkan pembelajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa inggeris di harap secara tidak langsung dapat membantu pelajar menguasai bahasa inggeris dengan lebih baik. Tetapi sedarkah mereka, secara tidak langsung telah membuatkan prestasi pelajar luar bandar yang lemah dalam bahasa inggeris, membuatkan 2 subjek ini turut menerima tempias yang sama?

Kalau benar mereka ingin meningkatkan penguasaan bahasa inggeris pada pelajar, banyak lagi cara yang boleh mereka lakukan, tapi jangan melibatkan subjek yang lain yang sesetengah pelajar boleh skor, tetapi disebabkan bahasa inggeris mereka tercicir.

Walau bagaimanapun ini hanya sekadar pendapat peribadi wan yang menghadapi kebimbangan terhadap kelemahan my Aysha dalam subjek bahasa malaysianya. Adakah wan terlalu menitikberatkan bahasa inggeris? Rasanya tidak juga... jadi pada wan sebagai warganegara yang cintakan bahasa melayu, pemansuhan ini adalah sesuatu yang wajar.

Seharusnya bahasa malaysia dapat ditutur dan difahami dengan baik oleh semua golongan masyarakat di negara ini terlebih dahulu sebelum kita berfikir untuk global. Ini wan bercakap berdasarkan pengalaman yang wan hadapi di depan mata setiap hari. Pengalaman bekerja dengan 'seorang ini' (bukan semua ya!) yang agak lemah dalam penguasaan bahasa malaysia, dengan kata lain susah faham bahasa malaysia (wan cakap lain dia faham lain!) sedangkan 'dia' sudah menjadi warganegara negara ini lebih 30 tahun. Dilahirkan dan dibesarkan di negara ini walaupun nenek moyangnya tak mustahil masih ada lagi di negara asal mereka.

Wan bukan anti perkauman. TIDAK! wan bekerja dengan hampir 80% bangsa mereka dan wan sudah bekerja bertahun-tahun dan wan tidak punyai sebarang masalah. Tapi adakalanya wan jadi sedih kerana kadang-kala 'dia' tidak faham bila wan cakap Bahasa Malaysia. Sedihkan?!

Jadi sebagai ibu, wan harus meningkatkan mutu penguasaan dan pemahaman bahasa malaysia my Aysha di samping tidak mengenepikan penguasaan bahasa inggerisnya. Jadi, pembelajaran antara bahasa malaysia dan bahasa inggeris biarlah seimbang. Sekurang-kurangnya my Aysha tidak tercicir, memandangkan my Aysha bersekolah di sekolah yang mempunyai pelajar berbilang bangsa. Ini juga satu cabaran pada wan kerana berada dalam kalangan mereka yang pelbagai bangsa dengan bahasa pertuturan yang pelbagai seharusnya tidak memberi masalah kepada my Aysha apatah lagi apabila dia harus bersaing dengan mereka dalam bidang pelajaran.

Rupanya apabila kita berada dalam kelompok yang merasakan bahawa mereka lebih 'maju-moden-bijak' sedikit sebanyak memberi kesan pada pemikiran dan kehidupan yang akan kita jalani di masa depan. Dan wan sendiri... merasa betapa mencabarnya menjadi ibu di zaman ini. Walaupun wan tidak ingin membuat perbandingan dengan cara wan belajar berpuluh-puluh tahun yang lampau... dengan cara my Aysha belajar sekarang, tapi sedikit sebanyak wan akan membuat perbandingan kerana wan tidak ingin anak wan hadapi apa yang pernah wan hadapi dahulu... Apa yang wan inginkan hanyalah yang terbaik untuk masa depan my Aysha.


lots of love...



0

Heal the world...

little girl talking
((i think about the generations
and thay say thay want to make it
a better place for our children & our children's children
so that thay thay thay know it's a better world for them
and i think thay can make it a better place))

There's A Place In
Your Heart
And I Know That It Is Love
And This Place Could
Be Much
Brighter Than Tomorrow
And If You Really Try
You'll Find There's No Need
To Cry
In This Place You'll Feel
There's No Hurt Or Sorrow

There Are Ways
To Get There
If You Care Enough
For The Living
Make A Little Space
Make A Better Place...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

If You Want To Know Why
There's A Love That
Cannot Lie
Love Is Strong
It Only Cares For
Joyful Giving
If We Try
We Shall See
In This Bliss
We Cannot Feel
Fear Or Dread
We Stop Existing And
Start Living

Then It Feels That Always
Love's Enough For
Us Growing
So Make A Better World
Make A Better World...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

And The Dream We Were
Conceived In
Will Reveal A Joyful Face
And The World We
Once Believed In
Will Shine Again In Grace
Then Why Do We Keep
Strangling Life
Wound This Earth
Crucify Its Soul
Though It's Plain To See
This World Is Heavenly
Be God's Glow

We Could Fly So High
Let Our Spirits Never Die
In My Heart
I Feel You Are All
My Brothers
Create A World With
No Fear
Together We'll Cry
Happy Tears
See The Nations Turn
Their Swords
Into Plowshares

We Could Really Get There
If You Cared Enough
For The Living
Make A Little Space
To Make A Better Place...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

You And For Me

You And For Me
Make A Better Place
You And For Me
Make A Better Place
You And For Me
Make A Better Place
You And For Me
heal the world we live in
You And For Me
save it for our children
You And For Me
heal the world we live in
You And For Me
save it for our children
You And For Me
heal the world we live in
You And For Me
save it for our children
You And For Me
heal the world we live in
You And For Me
save it for our children



lots of love...

0

Pahala seorang wanita...

Bismillah-irRahman-ir Rahim
(Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita......

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin itu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah.
Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapakkan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, dan sebagainya...

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya-ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini bererti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya". Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik-baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik" Ibnu - Majah.

Wassalam...



Beg sekolah Aysha...

Salam buat semua sahabat yang kucintai...

Malam tadi wan ke IOI Mall kerana my Sirman ada urusan di sana. Oleh kerana wan malas nak masak jadi kami decide makan kat luar saja dan tempat makan yang kami tuju adalah di shah alam. Menu biasa, tomyam seafood, cendawan goreng dan telur dadar... airnya, teh 'o' ais untuk wan, teh 'o' panas untuk Sirman dan air laici untuk my Aysha... simple bukan? Tapi itulah menu kegemaran wan kalau makan kat situ.

Tapi wan bukan nak bercerita tentang makan malam mahupun menunya. Wan nak bercerita tentang my Aysha dan beg sekolahnya. Sekarang sudah masuk pertengahan tahun. Bulan julai baru saja memasuki minggu pertamanya, tapi beg sekolah my Aysha sudah berganti untuk kali keempat.

Beg pertama, wan beli di sekitar jalan tunku ab. rahman (Jalan TAR), beli di gerai yang beroperasi di depan wisma Yakin. Pakai tak sampai beberapa bulan, rodanya sudah rosak. Ketika wan ke kluang Johor dan berkesempatan ke ayer hitam, wan belikan my Aysha beg kedua sebagai ganti beg yang sudah rosak. Tak sampai beberapa bulan guna, zipnya sudah tercabut. Kemudian wan belikan beg 'heavy duty', besar dan beroda empat dengan harapan dapat digunakan sepanjang tahun 2009 ini.

Tapi beberapa minggu kebelakangan ini, my Aysha mengadu beg tersebut terlalu berat untuk diangkat. Memang tidak dinafikan beg tersebut agak berat walaupun tanpa muatan. Pada awalnya wan fikir, 'tak apalah pagi, Papanya akan tolong bawakan dan ketika tiba di sekolah dia hanya perlu menarik beg tersebut'. Tapi wan tidak terfikir bahawa di sekolahnya yang berbangunan 3 tingkat, sekali-sekala dia perlu menaiki tangga (FYI: kelasnya di tingkat bawah). Jadi agak sukar baginya membawa beg yang 'agak' besar dengan bentuk badannya yang agak 'slim' (hehehe), jadi wan fikir wan perlu belikan dia beg baru yang agak kecil dan sesuai dengan saiz badannya yang cute itu.

Jadi, ketika peluang terbentang di depan mata (wan hanya hulur & my Sirman yang membayarnya) wan tidak akan sekali-kali melepaskan peluang! Jadi malam tadi my Aysha sudah dapat beg baru, beg ke-4 dalam masa 6 bulan lebih sessi persekolahan tahun satunya. Harapnya beg ini dapatlah bertahan hingga ke hujung tahun dan kalau boleh hingga ke tahun depan masih boleh digunakan lagi.

Sekarang ni wan masih lagi terfikir nak belikan dia satu lagi beg sekolah untuk sessi sekolah petang pula. Tapi, rasanya kena tunggu dululah... budget untuk beg sudah tak ada, kena tunggu kuota lain... *sigh*


lots of love...


3

Ini mek & abah...

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Ini mek wan. Namanya Siti Fatimah. Tahun ni umur mek akan masuk 57 tahun. Berdasarkan tahun kelahiran yang tercatat dalam kad pengenalannya.

Mek seorang ibu yang sangat penyayang, sentiasa memikirkan tentang hal anak-anak walaupun masing-masing dah berkeluarga kecuali anak-anak lelakinya yang masih lagi bujang. Mek sentiasa risaukan tentang hal anak-anak.

Dulu wan tak ambil peduli sangat, tapi bila wan sendiri dah jadi ibu, barulah wan tahu, bahawasanya seorang ibu akan sentiasa memikirkan hal anak-anak walaupun kadang-kala ia hanyalah satu hal yang sepele. Sama ada anak-anak akan sedar, ambil tahu atau hanya buat tak tahu... seorang ibu tetap akan memikirkan hal anak-anak melebihi hal dirinya sendiri.

Ini abah wan, namanya Wan Ab. Ghani. Tahun ni, umur abah akan masuk 67 tahun. Itu berdasarkan tahun kelahiran yang tertera dalam kad pengenalan. Tarikh dan tahun sebenar tak pasti, maklumlah abah lahir di zaman Tanah Melayu belum merdeka, jadi segala urusan surat menyurat dan pendaftaran kelahiran masih lagi belum dikemas kini.

Tak kisahlah janji abah dan mek wan senantiasa dalam rahmat-Nya. Dianugerahkan dengan kesihatan yang baik, sihat dan sejahtera, murah rezeki serta mendoakan segala yang terbaik hanya untuk abah, mek dan keluarga tersayang. Hanya itulah yang dapat wan doakan dari jauh... nak balik, kena tunggu raya nanti! huhuhu lambatnya!!!

Abah wan ni jenis orang yang tak banyak cakap, kecuali kalau dia jumpa 'ghu' dia, dia pasti akan cakap banyak... hehehe.

Kawan-kawan mesti pelikkan kenapa wan tiba-tiba letak photo abah dan mek wan kat sini? kenapa tidak letak sempena father's day hari tu? Jawapan wan mudah saja... setiap hari dalam hidup wan adalah father's day & mother's day, jadi tidak timbul kenapa hari ini baru wan nak letak bukan hari itu!

Insyallah akan datang, wan akan letak gambar adik-beradik wan (yang ramai tu) pula... saja sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang family wan.


lots of love...


0

Durian punya pasal...

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Semalam, one of our sub-con datang bawa durian. Tak la banyak, dan oleh kerana wan tak la berapa gemar sangat makan raja segala buah ni (kecuali yang sudah dimodified... hehehe), jadi wan bawak balik. Buat cekodok durian ke, takpun buat serawa durian ke... lagi sedap pada wan.

3 biji wan bawa balik... ingatkan boleh la wan buat cekodok dan serawa. Tau dak untuk 2 biji tu wan dapat berapa ulas... wan hanya dapat 6 ulas iaitu 3 ulas untuk setiap biji! Sudahnya wan hanya dapat buat cekodok aje, tak dapat nak buat serawa. Itupun tak berapa sedap cekodok wan sebab isi durian tak berapa banyak, kalau banyak lagi sedapkan?!

Jadi pagi-pagi bangun wan, terus buat cekodok... sebab dah janji dengan ms Ooi nak bawa datang ke pejabat. Tak buatkan nanti kesian baby dia nak makan! tak pasal-pasal keluar nanti meleleh jer air liur... ahaks!. Rupanya dia ingatkan durian tu wan nak goreng sebagaimana kita goreng pisang... alahai! & rupanya dia tak pernah makan cekodok durian. Nasib baik la wan buat, sekurang-kurangnya boleh juga memperkenalkan pada dia bagaimana rupa dan bentuk serta rasa cekodok durian. hahahaha


ps: bos baru wan ni suka pressure la... ada ka patut dia beri kerja (drawing) tak sampai 5 minit tanya dah siap ke belum... pulak tu dia nak dalam bentuk 2D... huhuhu ingat wan ni witch ke apa? dapat kerja *blink* terus siap?! huhuhu tak suka la... =(


lots of love...



Back to Top