2

Saya anak Malaysia... saya bangga jadi warga Malaysia...

Salam buat semua sahabat yang kucintai...

[ SIAPA DAPAT?
Jonny Evans (belakang) cuba merebut bola tinggi dengan Amri Yahyah pada perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/HAFIZH KHOSMAT ] - diciplak daripada Utusan Online.

Malam tadi wan menonton siaran berita akhir di tv1. Secara jujurnya wan jarang menonton siaran berita terbitan tv1. Entah mengapa ia memang tidak menarik minat… tak colourful… (apalah wan ni padahal yang penting apa berita yang hendak di sampaikan! – jangan ikut perangai wan ya…)

Ok berbalik pada berita akhir tv1 itu. Apa yang wan nak komen adalah berkenaan dengan penggunaan ayat yang wan rasa tidak sesuai. Kenapa wan cakap begitu kerana… sebagaimana yang anda ketahui semalam telah berlangsungnya perlawanan persahabatan antara MU dengan pasukan Malaysia buat kali kedua selepas perlawanan pertama sabtu yang lalu di mana pasukan kebangsaan tewas tipis 2-3 dengan MU.

Wan ni bukanlah peminat bola sepak… jauh sekali nak menonton... tetapi dek terlalu kerap mendengar promo tentang perlawanan ini yang diuar-uarkan di corong-corong radio. Serta pandangan dan komen-komen DJ dan pendengar sedikit sebanyak keinginan untuk mengetahui keputusannya membekas juga dalam hati wan.

Yelah… pasukan kebangsaan nak lawan pasukan MU yang sudah terkenal kejaguhannya membuatkan ramai yang membuat spekulasi… Apa yang wan nak cerita adalah… pengulas sukan untuk berita akhir malam tadi kalau tak silap wan adalah Nurul Alis. Ayat yang digunakan itu pada wan tak kena!. tak melambangkan semangat patriotik betul. Kalau tak silap pendengaran wan, (kalau silap minta maaflah ya) “Pasukan Malaysia kembali berpijak di bumi nyata…” Apa maksud dia dengan ayat tersebut? adakah kerana pasukan kebangsaan kita tidak berjaya menyumbat sebarang gol dan membiarkan kekalahan dengan mata 0-2 hingga masa penamat membuatkan pasukan kita seakan bermimpi?

Memanglah… jangan bermimpi pasukan kebangsaan kita dapat menewaskan gergasi bola sepak United ini, tapi sekurang-kurangnya wan percaya pasukan kebangsaan kita telah berusaha bersungguh-sungguh. Tapi bila pengulas tersebut menggunakan ayat sedemikian wan rasa seolah-olah tiada sedikitpun semangat patriotik yang ditiupkan kepada pemain-pemain kebangsaan kita.

Apa-apapun wan tak rugi apapun, cumanya… itulah sepatutnya mereka lebih peka dengan ayat yang bakal dilaporkan apatah lagi daripada stesen tivi milik kerajaan yang selama ini sering melaungkan... Malaysia Boleh!?



lots of love...


2 comments:

<< s| tED| >> said...

haiyyaaaa nurul alis.. mmg x de semangat patriotik.. wan baru tahu.. kalau rajin surf2 lah gambar2 die diinternet. semua pakai x cukup kain!!

pembaca berita/pembaca berita sukan yang mahukan glamour semata2. kdg2 meluat tgk gaya dia. seksi meksi.
menang atau kalah.. aku tetap sokong malaysia. :)

Wan Amalyn said...

tED..
wan mmg jarang tgk tv1 @ 2 jadi kurang tahu sikit pasal pembaca berita/sukan dia... itu ler kita yg dgrpun rasa frust (w/pun bukan minat sukan pun!) hehehe

yeah! hidup malaysia!!

Back to Top