5

Dari Bukittinggi ke Bukit Tinggi

Salam semua,

Ya, semalam wan dan keluarga bercuti ke Bukit Tinggi, Pahang. Cuti kali ini kami tak menginap di hotel pun (tak survey pun fasal harga bilik). Kami pergi balik hari je. Lagipun perjalanan tak lah jauh mana dari tol Gombak nak sampai ke susur masuk ke Bukit Tinggi lebih kurang 30 - 45 minit perjalanan bergantung pada trafik. Kalau tak banyak kereta cepat aje sampainya.

Oh ya, sebenarnya tujuan utama wan ke Bukit Tinggi, selain wan sendiri belum pernah jejakkan kaki ke sana, juga kerana nak bawa Si Kerry - adik lelaki bongsu - yang sedang bercuti/menunggu keputusan peperiksaan SPM nya. Kebetulan dia dah seminggu lebih di KL (dia datang ketika wan ke Bukittinggi, Padang) dan hari rabu yang lepas wan ambil dia di rumah Lili di Bangi. Jadi memikirkan dia yang agak bosan (walaupun dia tak cakap!) jadi wan ajak Sirman ke Bukit Tinggi.

Memandangkan ini adalah julung-julung kalinya wan (juga sirman) ke sana, dan wan memang sangat-sangat-sangat lupa nak check laluan ke sana, jadi agak cuak jugalah. Persoalan adakah laluan yang kami ambil ini adalah betul atau ada jalan lain? mula berlegar dibenak wan. Aduhai... akhirnya wan call nacha, tapi tak berjawab. Kemudian wan telefon Lili, nasib baik! Dan alhamdulillah, laluan yang kami baru sahaja redah memang itulah jalannya!. Bukan apa, sirman memang cukup pantang kalau ajak dia ke mana-mana tanpa buat 'persediaan' (segala hal) yang rapi.

Lagipun, ada satu simpang yang menunjukkan hala ke Japanese Tea Village & Colmar Tropicale -jalan terus- ditutup, dan hanya laluan ke kanan untuk ke Berjaya Hill's sahaja dibuka. Eh! kami bukan nak ke Berjaya Hill's, kami nak ke Colmar Tropicale.. hehehe punyalah cuaknya wan ni... padahal memang itulah jalannya.

Sebelum jumpa pintu masuk (guard house) utama ke Colmar Tropicale, kami melewati Rabbit Park. Singgah dahulu. Bayaran untuk masuk ke kawasan arnab ini adalah RM3 seorang (dewasa & kanak-kanak). Ingatkan Aysha sukalah, rupa-rupanya dia ni penakut! Wan suruh dia usap-usap kepala arnab pun takut! Jadi sekejap sahajalah kami di sini sebelum meneruskan perjalanan.

Akhirnya kami tiba di pintu masuk ke Colmar Tropicale dan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak dikenakan untuk setiap pengunjung yang nak masuk ke sana. Dan bayaran ini termasuklah lawatan ke Japanese Tea Village dan Colmar Tropicale.

Memandangkan kami berjalan mengikut gerak hati (cheewah!! hehehe) jadi sesuka hati kami sahaja nak ke mana dulu. Di persimpangan antara Colmar Tropicale (CT) dan Japanese Tea Village (JTV), pilihan kami adalah JTV dahulu. Sekali lagi, rupa-rupanya kami harus park kereta di satu kawasan yang telah dikhaskan dan harus berjalan kaki (menaiki bukit yang berkecerunan -/+ 45deg) sejauh 300m. Ada shuttle bas yang disediakan tapi bergantung pada penuh atau tidak penumpangnya, barulah dia berhenti untuk ambil penumpang untuk naik ke JTV. FYI Shuttle Bus ni dari CT. Setelah tunggu lebih kurang 15 minit bayangnya pun tak nampak, jadi kami ambil keputusan untuk menapak. Huhuhu sudah lama tak buat excercise seksa juga nak naik... ni kira bersenam la... senam kaki-paha-perut. Mengah beb!!

Nasib baiklah JTV tu tempatnya nyaman aje. Redup pepohonan memang membantu menenangkan diri yang kepenatan dan kepanasan... Pelawat agak ramai juga ketika wan tiba di atas sana, dan keinginan wan untuk mencuba-pakai pakaian kimono terpaksa diurungkan. Jadi wan hanya bergambar dan mengambil gambar. Wan ambil gambar Aysha dan kerry, kerry ambil gambar wan & Aysha. Sesekali bertembung dengan sirman, minta dia yang potretkan foto kami. FYI sirman kadang-kadang akan hilang dari pandangan kerana dia lebih berminat untuk mengambil gambar unggas/serangga dan pokok-pokok bunga yang ada di sana.

Dan Aysha pula kadang-kadang nak potretkan gambar bunga-bunga kecil yang dia jumpa. Dan dia juga sibuk nak buat video (yang entah apa-apa storyline nya!) hinggakan memory card wan full! Nasib baik sirman bawa ektra memory card. Yelah, itu baru tempat pertama yang kami kunjungi, kan ada lagi tempat yang tak pergi lagi? takkan memory card dah penuh? Lagipun silap wan, lupa nak clearkan gambar yang wan ambil di Bukittinggi, Padang.

Meredah 'hutan' yang menyejukkan udara dan pemandangan, kami tiba ke satu kawasan di mana sekumpulan jurufoto profesional (andaian wan berdasarkan rupabentuk kamera dan lensanya yang berharga puluhan ribu ringgit) sedang berkhemah mengambil gambar burung. Bayangkan berapa lama mereka harus menanti dengan sabar untuk menunggu burung hinggap dan memotretkannya. Dan wan juga lupa nak tanya mereka sudah berapa lama mereka ber'kampung' di sana dan yang penting kami harus 'senyap' supaya burung tidak terbang lari. Dan hasilnya memang menakjubkan! (wan curi tengok gambar yang salah seorang jurufoto tunjukkan pada sirman)

Selesai di JTV kami melawat pula Botanical Garden yang letaknya bersebelahan JTV. Di sini pelbagai jenis spesis bunga (termasuk bunga hutan) ditanam. Di sini kami sebentar aje sebab harus turun naik tangga yang agak memenatkan. Dah la kasut yang wan suka pakai, sudah harus ditukar baru. Sebenarnya kasut kesayangan wan ini sudah menunjukkan 'tanda-tanda' ketika wan ke Bukittinggi lagi. Oh ya kat atas tu ada kedai jual cenderamata tapi satu apapun wan tak beli (tak masukpun!), wan cuma beli aiskrim yang sangat la sedap! (apa taknya, makan ketika cuaca agak panas, terasa sangatlah menyejukkan!!) dan untuk 2 kon aiskrim cornetto, dan 2 batang aiskrim perisa vanila & lemon berharga RM14!!

Sekali lagi kami menapak turun (ok banyak, berbanding nak naik) kerana selain dapat menikmati keindahan pemandangan kawasan sekitar Bentong/Gombak dari puncak Bukit Tinggi, kami juga sempat berposing (hehehe acara wajib)

Kami menuju ke Colmar Tropicale. Sekali lagi kami dijamu dengan keindahan alam ciptaan Tuhan. Bagaikan kami bukan berada di negara sendiri. Jadi siapa kata Malaysia tak cantik? Siapa kata Malaysia tiada keindahan alam? Mereka salah sama sekali!!

Pokok-pokok Pain yang ditanam di sepanjang jalan masuk sangat menggamit kami untuk berhenti di tepi jalan, bergambar ala-ala "Salem High Country" (kalau kalian masih ingatlah pada iklan itu yang pernah tersiar di kaca tivi sekitar tahun 1990-an dahulu sebelum diharamkan penayangannya). Jadi apa lagi, kamipun buatlah 'iklan' kami sendiri kat sana... melompat, main cak-cak... hahaha bila ada kereta lalu, kami diam sekejap, lepas tu buat lagi... hehehe tak senonoh sungguh!

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir untuk hari itu, iaitu Colmar Tropicale. Rekabentuk senibinanya memang membuatkan wan bagaikan bukan berada di Malaysia! Cuma yang menyedarkan wan akan hakikat sebenarnya adalah kebanyakkan pengunjung yang wan jumpa pada hari itu adalah warga tempatan.

Pusing keliling, bergambar, main game (yang telah menghanguskan lebih kurang RM30 duit sirman) dalam jangkawaktu lebih kurang 30 minit wan sudah bosan! Huhuhu memang tak ada apa-apa aktiviti menarikpun kat sini selain melihat rekabentuk bangunan ala-ala oversea dan selain bergambar!

Jadi pengembaraan kami di Bukit Tinggi, Pahang ni mengambil masa tak sampaipun sehari. Setengah hari sahaja kami sudah habis 'meredah' kawasan Bukit Tinggi (tempat yang dibenarkanlah!).

Dalam berura-ura nak balik, Si Nini telefon nak join kami. Jadi wan harus tunggu dia datang. Tunggu punya tunggu, rupa-rupanya dia ke JTV dulu, sedangkan wan sudah bosan, sudah tak tahu nak buat apapun. Jadi wan ambil keputusan nak balik tanpa bertemu dengan Nini. Dalam perjalanan balik, singgah sebentar di simpang utama yang ditanam pokok-pokok membentuk aksara C.O.L.M.A.R. T.R.O.P.I.C.A.L.E. Apa lagi nak bergambar lah! hehehe hinggakan keberadaan kami di situ pastinya menggamit kehairanan pada pengunjung yang lalu lalang di situ. Sedang sibuk berposing, Nini berhenti... hahaha rupanya kami masih berjodoh untuk bertemu di Bukit Tinggi.

Akhirnya ketika jam menunjukkan ke angka 4 petang kami turun dari Bukit Tinggi untuk balik ke KL/Subang.

Itulah dia pengembaraan sekerat hari wan dan keluarga ke Bukit Tinggi, Pahang. Rasanya ke Cameron Highland lagi seronok. Banyak tempat yang boleh kami kunjungi berbanding dengan Bukit Tinggi ni. Tapi it's okey! Sekurang-kurangnya ia memberikan satu pengalaman dan pandangan baru pada wan yang tak pernah pergi ni... sekurang-kurangnya bila ada yang bertanya "Dah pernah pergi ke Bukit Tinggi?" Dan wan bolehlah menjawabnya... "Oh! Daaah" hehehe

Okey hingga ke lain entry... daaaaaaaaaaa

(Photo-photonya nanti ya!)

Ada kaitan dengan tahun harimau...

Salam semua,

Wah tajuk, tak boleh tahan la wan nih! Hehehe sebenarnya wan ni ada masalah dengan pemilihan tajuk untuk setiap entry wan... tak tahu nak letak tajuk apa, untuk relatekan dengan cerita!

Tapi memangpun entry kali ini ada kaitan dengan Chinese New Year (CNY) pun! Kali ini wan ada 2 cerita yang dikisahkan fasal CNY.

Pertamanya tentang ‘pengembaraan’ wan ke Padang/Bukittinggi bersama geng UlatBuku sempena cuti CNY.

Tapi wan tidaklah nak bercerita detail tentang pengembaraan tersebut. Kalau kalian nak baca boleh aje ke rumah nacha di ->sini<- kerana dia dah berkisah dengan panjang lebar dah. Al-maklumlah aturcara kami sama sahaja! Lagipun wan sendiri ingat-ingat lupa nama-nama tempat yang dibawa oleh ‘Raun Sumatera’ agen yang ditugaskan membawa kami selama kami di Padang-Bukittinggi. Yang wan ingat, lawatan kami ke Panorama melawat Lubang Jepang iaitu tempat peninggalan Jepun di zaman pendudukan tentera Jepun sekitar perang dunia kedua dulu, Jam Gadang yang menempatkan Pasar Atas serta Plaza Mall Bukittinggi, Pusat Dokumentasi yang kami berlagak jadi pengantin Minangkabau, juga butik-butik yang telah menyusutkan uang rupiah gue seperti di Butik Mahkota, Cany & Anissa...

Oh ya satu lagi, melawat ke rumah kelahiran Buya Hamka. Mendengar penerangan ringkas oleh keponakan beliau, Pak Hanif tentang insan bernama H.A.M.K.A. (Haji Abdul Malik Karim Amrullah) ini telah membuatkan bulu roma wan meremang. Entahlah wan ni terlalu sensitif agaknya, perasaan sedih dan sebak mudah melekat di hati. Tatkala Pak Hanif berkisah tentang zaman kanak-kanak Buya Hamka, tentang betapa ‘nakal’nya seorang HAMKA, wan jadi kagum bagaimana seorang anak kecil yang bandel boleh tumbuh menjadi seorang insan luarbiasa yang bisa menjadi sanjungan ramai orang.

Dan apa yang lebih membuatkan wan jadi ‘kembang’ hati apabila diberitahu oleh Pak Hanif bahawa pihak yang bertanggungjawab dalam memulihara peninggalan Pak Hamka ini adalah A.B.I.M.. Dan-dan tu juga wan teringatkan Si Lili. Yelah adik wan yang sorang tu bekerja dengan ABIM dan dia pernah datang ke Padang-Bukittinggi bersama rombongan ABIM suatu ketika dahulu! Walaupun bukan Lili yang bertanggungjawab tapi wan tumpang bangga jugalah kerana pihak ‘kita’ yang berinisiatif dalam menjaga dan memulihara ‘harta-harta’ peninggalan Pak Hamka ini.

Di situ, berhadapan dengan Muzium Kelahiran Buya Hamka, ada rumah saudara-mara Pak Hamka yang ada ‘toko buku’ yang menjual hasil karya Pak Hamka. Wan beli Merantau Ke Deli ala-ala seperti perjalanan wan kali inilah, Merantau ke Padang-Bukittinggi hehehe. Saja nak buat ingatan/koleksi sebab wan dah ada Tenggelamnya Kapal Van Der Vijk & Di Bawah Lindungan Kaabah.

Hhmmm apa lagi ya yang wan nak bercerita tentang Padang-Bukittinggi ni... Oh ya, wan baru tahu ejaan untuk ‘Bukit Tinggi’ adalah Bukittinggi dieja dekat dengan dua ‘t’. Alaaahh kalian dah tahu kan? Cuma wan aje yang tak tahu dan baru tahu! Berbeza dengan Bukit Tinggi yang ada kat Pahang tu. Itulah yang membezakan Bukittinggi di Padang, Sumatera Barat dengan Bukit Tinggi di Pahang, Malaysia, walaupun sebutan yang sama di negeri yang mempunyai ejaan yang hampir serupa cuma yang membezakan hanyalah D & H... unikkan?? Yalah, kitakan bangsa yang serumpun! yang berkongsi pegangan yang sama iaitu Islam.

Ya, hampir keseluruhan penduduk Padang-Bukittinggi beragama Islam. Walaubagaimanapun secara peribadinya wan terasa sedikit ‘kekok’. Yelah di mana-mana kelihatan anjing berkeliaran hatta di rumah yang penghuninya adalah beragama Islam. Mungkin wan agak ‘lurus’. Pada wan anjing tetap ‘najis’ walaupun ada yang mengatakan bahawa ia tidak ‘najis’ selagi ia kering, tapi entahlah wan tetap rasa sebaliknya tidak kira ianya kering atau basah.

Tapi apa yang pastinya makanan halal tidak susah nak cari kerana rata-ratanya ianya adalah halal. Selama 5 hari 4 malam kami berkampung di Padang-Bukittinggi bermakna selama itulah juga kami dijamu dengan masakan Padang. Makan kali pertama di Restoran Datuk, sangatlah sedap! Atau kerana kami yang kelaparan? hehehe Makan kali kedua “okey boleh tahan sedapnya...” Makan kali ketiga, “agak-agak ada tak menu tomyam?” pertanyaan ni sudah mula berlegar-legar di benak wan... makan kali ke-4 huhuhu rindunya masakan Malaysia!!! Dan nasib baik makan kali ke-5 (dan terakhir) langsung tak ada masakan Padang! huhuhu rupa-rupanya perut wan ni perut orang Melayu-Malaysia lah!! hahaha

Apa lagi ya?? kalau nak cerita rasanya banyak, tentang pengalaman-pengalaman yang wan kutip selama 5 hari 4 malam di Padang-Bukittinggi ni. Cuma satu yang wan rasa (secara peribadi) Malaysia tanahairku yang tercinta!!! walau sejauh mana wan pergi Malaysia tetap nombor SATU dihati!

Okey... kisah ke-2 sempena CNY

Hehehe... apa lagi kalau bukan angpau! ahaks! Kalian mesti kata “wan ni tak habis-habis dengan angpau!”

Sebenarnya wan nak bercerita tentang rumah terbuka bos wan. Ya hari sabtu yang lepas lepas kerja wan ke rumah bos wan yang buat open house sempena sambutan CNY. Makanan dia sedappp!! nak tahu apa menu dia? Nasi Dagang dengan lauk ayam masak gulai (cara Kelantan). Yang lagi best nasi dagangnya ada sambal kelapa (yang hanya orang Kelantan aje yang buat) Dan nasi tomato dengan lauk ayam masak merah, sotong masak merah, mee hoon goreng, ayam goreng serta sambal belacan dengan ulam timun. Wallawei... bestnya makannnn!!

Apa yang membuatkan wan makan tak toleh kiri kanan adalah kerana bos tempah khas untuk kami (Melayu-Islam) daripada Restoran Megah yang menjadi ‘dapur kedua’ wan. Betul! FYI Restoran Megah ni pemiliknya adalah orang Kelantan (rasanyalah) kerana semua pekerjanya bertutur dalam dialek Kelantan. Jadi masakannya memang memenuhi citarasa wan lah! Dan apa yang wan nak puji tentang bos wan ni adalah dia memang bertoleransi dalam bab-bab ni. Dia tahu yang wan agak ‘lurus’ dalam bab-bab makan ni. Dan dia sempat merungut dengan wan, dia order nasi dagang dengan ikan tongkol tapi yang dihantar gulai ayam... hehehe

Lagi satu, bos wan tak bela anjing. Jadi wan tak la rasa cuak sangat. Minuman pula dia hidang air coke & 100 Plus dalam tin. Cuma pinggan dia guna pinggan kertas, kalau dia tanya wan dulu pasti wan suruh dia beli pinggan polisterin lagi best makan... hehehe banyak cekadak pula wan nih!

Dan yang paling syok pastinyalah angpau! hahaha kali ini kali ke-3 wan dapat untuk tahun ni daripada bos wan. Pertama ketika cabutan hamper (untuk cina), yang melayu cabutan angpau. Kali kedua ketika office mula beroperasi selepas cuti CNY hari jumaat lepas dan hari sabtu tu pula kali ke-3. Aysha bukan main seronok collect angpau. Mana taknya, kawan-kawan bos semuanya beri dia angpau... dan Ms Ooi juga beri... xie xie ni... emkoy sai....

Wan minta diri ketika mereka (bos & the gang) mula ‘buka meja’. Apa tu?... apa lagi kalau bukan judi! Sebelum apa-apa jadi, lebih baik wan blah... hehehe

Sorry wan lupa nak bawa camera untuk dipotretkan gambar rumah bos wan yang letaknya di Laman Seri, Seksyen 28 Alam Megah Shah Alam... lokasinya cantik serta lanskapnya juga menarik dengan air terjun dan ada ikan koi diserikan dengan rumput karpet yang diletakkan tempat 'urutan kaki - refleksologi'... wan sempat cuba berjalan atas batu-batu tersebut...

2

Gong Xi Fa Cai + Xin Nian Kuai Le = Sampul Merah

Salam semua,

Wan nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua rakan-rakan wan yang berbangsa cina (walaupun wan tahu mereka tak pernah tahu akan kewujudan rumah ini... hehehe) tapi tak apalah nak wish juga!

Tahun ni tahun harimau.

Tahun ni, sebagaimana tahun-tahun lepas office wan akan dapatlah hamper yang supplier bagi pada company... tahun lepas seorang dapat satu hamper, tapi tahun ni kebanyakkannya makanan yang non-halal, jadi bos hanya beri pada staff cina. Dan untuk staff melayu, bos sediakan sampul 'merah' (ops bukan angpow lagi ya! kerana kebiasaannya bos beri lepas balik cuti raya). Jumlah di dalamnya tak sama, dan bos beri kami buat cabutan. Siapa yang bernasib baik tu dapatlah lebih... tapi wan yang jarang ada 'good luck' ni dapat la RM50... kira orait jugak la kan?? hehehe

Semalam borak-borak dengan bos, dan bos tanya wan dapat berapa... wan cakaplah wan dapat kalau tukar dapat 5 keping 10 ringgit... Wan beri alasan beri peluang pada budak baru (tahukan wan dah dapat seorang lagi kawan melayu perempuan?!) biar dia rasa happy kerja di sini... hahahaha bos hanya gelak! Dia kata datang beraya rumah dia! Ni yang wan suka bila datangnya raya cina nih, kawan-kawan bos akan beri angpow pada kami (staff), bos pula akan beri bagi pihak company dan kalau pergi beraya di rumah dia dapat lagi angpow... hehehe time ni lah peluang nak collect sampul merah banyak-banyak!!!

Tahun ni office wan tutup dari 13 Feb - 18 Feb dan akan mula beroperasi balik pada 19 Feb. Wah cuti panjang... dan sempena cuti panjang ini wan akan bercuti bersama geng UlatBuku... cerita lanjutnya nanti wan balik ya!!

Oh ya sebenarnya entry ni ditulis ketika wan dapat message flight delay... biasalah kalau tak delay bukan 'Air Asiah' namanya!!

Oklah... selamat berhujung minggu... selamat bercuti dan moga semuanya selamat ya... doakan wan & da geng juga, maklumlah nak pergi tempat orang ni, cuak tu ada juga terselit di celah-celah hati yang penuh dengan rasa teruja nih.

Doakan wan selamat ya?!!...... daaaaaa

3

Aysha oh Aysha

Salam semua,

Hari ini hari yang serba-serbinya kelam kabut. Bertitik tolak dengan wan yang terlewat bangun. Aduss... sepatutnya wan harus bangkit jam 6 pagi (paling lewat 6.15), tapi hari ini wan tersedar jam 6.30.

Bekal Aysha belum buat! Baju sekolah belum bergosok! Kejutkan Aysha... susah nak bangun! Uuwwaaa... serta-merta kepala wan sakit.

Ok satu-satu... kejutkan Aysha... susahnyaaaa... bangun minum susu, sementara dia minum susu wan sediakan bekal, roti sapu mentega & letak gula (dia tak suka bakar & kena buangkan kulit tepi kiri-kanan-atas-bawah).

Keluar kat depan dia dah tertidur balik... "AYSHAAAA... BANGUNNNN!! dah lewat ni!" sambil mata pandang jam, dah pukul 7.00 pagi.

Sirman tolong gosokkan baju sekolah Aysha.

Bukakan baju tidur, "kena sikat rambut dulu la!" dia dah merungut. Seluar yang dah ditarik separuh pakaikan balik. Dalam hati... anak aku ni la... banyak sungguh peraturannya!! Sikat rambut dia, barulah boleh bukakan baju... tuntun dia ke bilik mandi, dan Aysha mandi kena tunggu kalau tak lagi lama, sebab dia main-main dalam bilik air.

Selesai mandi dah jam 7.15. Dalam hati dah mengomel... memang serius dah lewat! Wan sikatkan rambut, dia pakai stoking, pakaikan kain "alamak kainnya terbelah sampai betis!! huhuhu tak ada masa nak gosok yang lain, pakai ajelah" dalam hati dok berdoa harap-harap cikgu tak ambil tindakan. Pakaikan baju sekolah. Ikatkan rambut. "Eisya tak nak ikat macam ni.." mengomen cara ikatan rambut ala ekor kuda yang selalu wan ikatkan. "Habis tu nak ikat macam mana?" dalam hati memang dah tak tahu nak cakap apa dah! Tapi wan ikat juga stail ekor kuda. Natijahnya dia dah muncung, merajuk! Aduhhh memang cari bala sungguh! Ops jangan lupa, masa juga bergerak.

Suruh dia pakai bedak, dia tak mahu. Wan nak pakaikan dia palingkan muka ke arah lain... huhuhu anak, jangan la buat macam ni!! Sirman dah keluar rumah tinggalkan Aysha, tinggalkan wan seorang diri 'settle'kan Aysha. Aysha dah mula menangis... wan dah mula tension tak ingat... & mulalah Aysha minta itu ini dengan bahasa yang wan tak faham! (bahasa bercakap sambil menangis tanpa keluar biji butir), dengan bersusah payah sambil menyabarkan hati banyak-banyak...

Oooh nak purse, tak jumpa cari! (wan assume dia tertinggal kat nursery sebab tiada dalam beg baju & beg sekolah petang). Nak jam tangan. (FYI jam tangan princess yang baru wan redeem daripada bonuslink - cantik tau!. Beri jam tanpa sempat pakaikan pada dia.

Dia turun tangga dengan esak tangis sebab selalunya dia yang turun dulu tunggu sirman kat bawah. Wan intai dia dari tingkap dengan hati yang sayu. Dia seolah mencari kelibat sirman, dia tak pasti di mana sirman park kereta. Kelihatan dia mendongak ke atas seolah-olah dapat merasa wan sedang melihat dia, walaupun wan pasti dia tak nampak wan! Wan beralih ke tingkat di dalam bilik, nampak dia melintas jalan menuju ke arah kereta sirman yang parking di tepi tangki air... kereta bergerak membawa sekali rasa sebak wan... dan pastinya hari ini nama dia kena ambil lagi...

Entahlah, bila melibatkan my Aysha wan jadi pilu... tambahan pula bila dia keluar rumah dengan hati yang sedih. Walaupun wan tahu bila dah petang, ketika dia wan ambil di nursery sudah bertukar mood tapi seharian hati wan akan teringat-ingatkan dia...


0

Senyum

By: Malique ft Najwa

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus


Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse



Nota:

Senyum... lagu terbaharu daripada Malique yang saya gemar! Sebenarnya saya suka Malique ketika dia masih bersama Too Phat lagi. Bila dia bergerak solo, lagu-lagunya turut berubah, tapi perubahan yang saya suka la... ada mesej yang cuba disampaikannya...


4

Meraikan sedekad berlalu....

Salam semua,

Hari ini tanggal 6 Februari genap 10 tahun usia perkahwinan wan bersama dia, sang arjuna hati. Dalam tempuh sedekad melayari bahtera rumahtangga, pelbagai suka duka yang telah kami lalui bersama. Ada pahit ada manis, ada suka ada duka namun segala rintangan berjaya kami diharungi berkat kesabaran yang menggunung di hati, berkat toleransi yang menjadi asas diri.

Alhamdulillah, syukur kehadratNya yang telah menyatukan jodoh kami hingga ke hari ini dan moga jodoh kami akan terus berkekalan hingga ke akhir usia kami... Insyallah.

Alhamdulillah, syukur kerana dia menerima diri ini seadanya, kerana dia amat memahami diri ini, dan kerana dia sudi menyayangi diri ini.

Buat sirman,
Pen merah, pen Biru,
Papa marah, Mummy tetap love you! hehehe


Happy 10th Anniversary Papa!

Scrapbooking at WiddlyTinks.com


Nota Wan:
Tahun ini wan tidak mahu terlepas tarikh ini, kerana tahun lepas dek kerana kesibukan wan dengan pelbagai 'agenda', wan langsung terlupa.... dan dia juga langsung tak ingat... ahaks teruk sungguh!



0

Petualang Cinta

Episod 1 : Siri Pengenalan

Hingar-bingar di sekitar cafeteria KSPU tidak aku pedulikan. Tekad aku cuma satu, ingin menyiapkan salinan nota kuliah En Zack sebentar tadi dengan kadar segera. Aku tidak mahu menangguhkannya kerana selain aku ini pelupa, juga sebelum ingatan aku bercelaru dengan mata pelajaran En Suhaimi sebentar nanti, jadi segalanya harus teratur dan lengkap sebelum masuk pelajaran yang lain.

Sebenarnya ketika ini semangat juang aku masih di tahap yang tertinggi, jadi aku harus mempergunakan sepenuhnya peluang yang ada ini. Maklumlah semangat aku ni bagaikan biskut chipsmore, kejap ada... kejap nanti hilang, entah dimakan dek siapa!! hehehe

Subject Transportation Planning yang diajar oleh En. Zakaria yang suka di seru dengan nama En. Zack ini, merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib diambil untuk semester 3 ini bagi melengkapkan jumlah jam kredit. Mulanya aku sudah cuak, ‘Transportation’ apa yang nak dirancangkan?? Yalah akukan ambil ‘Perancangan Bandar & Wilayah’ apa kena mengena dengan pengangkutan pula? Isk... budak ni belajar tak sampai pun separuh lagi, ketahuilah oleh kamu wahai pemilik kepala yang nenong, macam-macam lagi perkara baru yang kamu akan dan kena belajar!

Tapikan... hei seronok lah belajar subject ini, sementelah pula En. Zack yang kelakar membuatkan sessi pembelajaran bagaikan sessi borak-santai aje. Itu yang membuatkan nota aku jadi tunggang langgang, aku tidak tahu apa yang harus dicatatkan... semuanya bagaikan nota 'lawak jenaka’ aje.

Dalam leka, bahu aku ditepuk dari belakang menyebabkan konsentrasi aku hilang berantakan.

“Ooo di sini rupanya cik puan bersembunyi ya, puas la kami cari dalam kelas tadi...”

Tanpa perlu mengangkat muka, aku sudah tahu milik siapa suara itu. Selama dua semester bersama, aku sudah cam suara sahabat-sahabat yang sering bersama aku.

“Pembetulan, aku hanya ada 'Cik' belum ada 'Puan' lagi ya?! jangan buat aku sumpah korang jadi magic tape ya!"

Jeda.

"Sorry lah, tadi aku lapar sangat, tak sempat nak ambil sarapan kat dewan makan, korang tahulah kan ‘adik’ aku ni bukannya boleh lapar. Itu yang aku cabut awal tu...”

Kelihatan Nurul, Zana & Laila serta beberapa budak lelaki dari kelas kami sedang tersengeh memandang aku. Memberikan pandangan yang pelbagai reaksi.

“Wei rajin la ko!, nanti bolehlah aku fotostat nota ko hujung semester nanti?!” Joko bersuara bersama sengehan yang sudah aku arif maksudnya.

Oh ya, selama dua semester dengan mereka, nota yang aku salin di setiap kuliah yang aku hadiri, yang aku jaga sebagaimana aku jaga harta aku yang tak ternilai, pasti akan lunyai digelek dek mesin fotostat. Ya nota-nota aku inilah yang akan jadi nota mereka -budak-budak lelaki yang tak makan dek saman- menjelang musim peperiksaan di akhir setiap semester!

Aku menghadiahkan jelingan maut tanda... NO WAY MAN!!... hanya disambut dengan kekekan ketawa Dzul dan Qyrell yang menjadi rakan subahat Joko. Aduhai tanda 'jeling amaran' aku tidak lagi berkesan pada mereka. Aku kena cari taktik lain pula ni. Nanti aku fikir, tapi kali ini aku kena siapkan kerja-kerja ini dulu.

Aku menyudahkan ayat terakhir pada nota kuliah yang aku salin kembali ke dalam buku bersaiz A4 berkulit keras berbalut kemas dengan plastik. Mengaup segala pen dan alatan menulis yang ada di atas meja, lantas memasukkannya ke dalam kotak pensel berbentuk Minnie Mouse. Segala kertas-kertas contengan, aku masukkan dalam clear folder file.

Oh ya kegemaran aku ketika waktu kuliah sedang berjalan adalah menconteng di kertas putih kosong bersaiz A4. Macam-macam yang aku tulis, sama ada nota kuliah (sudah pastinya), mahupun ‘mutiara kata’ ketika mata sudah mula pejam-celik, pejam-celik menahan kantuk. Ops! ‘mutiara kata’ ini bukanlah kata-kata indah penuh puitis tetapi ‘nota sembang’ antara aku dan mereka yang ada di sebelah aku, kalau tidak dengan Nurul, Zana, kalau tidak Zana, Laila... tengoklah siapa yang sudi melayan aku. Dan subjeknya adalah gossip semasa budak-budak dorm, ataupun kritikan serta ocehan tidak puas hati pada apa-apa yang berlaku di seputar kami. Tidakpun sekadar memberitahu pada rakan sebelah, siapa yang tersengguk-sengguk, tewas pada rasa mengantuk yang mengambil alih mata mereka! hahaha

Semester baru, selepas setahun menyelesaikan pengajian di utara tanah air, kini aku berada di kampus induk untuk menyelesaikan pengajian yang belumpun separuh. Semester baru untuk tahun dua ini, sebagaimana lazim pastinya ada rakan-rakan baru yang akan menyertai kelas kami. Ada antara mereka yang menyambung pengajian daripada peringkat sijil ke peringkat yang lebih tinggi, ada juga antara mereka yang datangnya dari mana-mana Politeknik yang ada di seluruh negeri di Malaysia ini.

Dan jika ada yang ‘baru’, pastinya ada juga yang ‘lama’ yang perlu aku tinggalkan. Ya, aku bersyukur kerana walaupun ada antara mata pelajaran yang pada aku agak susah yang aku dapat dengan markah yang 'cukup-cukup makan', aku lepas tanpa perlu mengulang pelajaran yang sama. Satu perkara yang amat membosankan tau!. Ya, aku harus meninggalkan mereka yang perlu mengulang paper. Dan salah seorangnya adalah sahabat baik yang sentiasa menemani aku ketika aku di awal-awal menyesuaikan diri dengan suasana baru. Aah rindunya aku pada dia. Bagaimana agaknya dia di sana? Aku cuba mengusir rasa sebak yang mula mencuit tangkai hati.

“Hah! tadi apa cerita dengan En. Zack?, lama korang diskuss... ada apa-apa yang aku kena buat ke?” Aku menoleh memandang kawan-kawanku seorang demi seorang.

Dan pandanganku terhenti pada seraut wajah yang mempamerkan riak wajah yang sukar untuk aku telah...

...bersambung

*****

Nota Wan:

Sebenarnya wan ada 'rancangan' khusus dengan entry ini, tapi memandangkan wan tersangatlah sibuk, jadi ia terpaksa ditangguhkan sehinggalah ke hari ini... Jangan tanya dulu apa rancangannya okey! Itu rahsia yang akan wan bongkarkan bila tiba masanya nanti...

DAN...

JANGAN BUAT SPEKULASI YANG BUKAN-BUKAN YA!!! hehehehe
0

What goes around comes around...

Salam semua,

Wah! berspeaking London pula wan hari ini ya! hehehe

Sebenarnya wan sukakan frasa itu. Apatah lagi untuk 'keadaan' hari inilah terutamanya.

Apa hal yang berlaku hari ini?

Oh! bukannya perkara besarpun apatah lagi untuk diperbesar-besarkan, tapi wan suka nak berkongsi perasaan wan dengan kamu semua.

Perasaan yang bagaimana?

Perasaan gembira yang berganda. Pernah tak kamu mengalaminya? Apabila kita mengembirakan hati orang, kita akan dapat balasan iaitu kegembiraan yang berganda. Walaupun sebenarnya kita tidak mengharapkan balasanpun! Tapi sesungguhnya Allah kan maha pemurah lagi maha penyayang?! Jadi tidak hairanlah bila kita berbuat baik, pastinya Allah akan balas walaupun dalam bentuk yang berlainan, tapi tetap mempunyai makna yang sama!

Hahaha wan tak mahulah memeningkan kepala kamu semua, cukuplah sekadar wan katakan, hari ini perasaan wan berkali ganda lebih gembira berbanding dengan hari-hari lain yang sememangnya gembira.

Hari ini, wan dapat cek baki bonus yang sepatutnya wan dapat. FYI office wan ni pelik sikit (atau normal aje pada pandangan kamu!) wan akan dapat bonus in-advance (selalunya separuh atau 3 suku) bila time raya Aidil Fitri. Sedangkan staff lain tak dapat lagi. Dengan kata lain mereka dapat ketika time mereka nak raya iaitu bila nak CNY. Mulanya wan dah tak berharap dapat dah memandangkan collection sales tahun lepas tak la sebanyak tahun-tahun sudah (itu yang dikhabarkan pada wan oleh accountant office, kalau dia tipu wan pun wan mana tahu dak??)

Tapi, as usual bos wan yang baik hati ini tetaplah ingat pada wan, walaupun sedikit kurang daripada tahun lepas, at least masih ada kan? Jadi boleh la buat belanja wan nak bercuti nih!! hehehe

Harap-harapnya balik dari bercuti, wan dapat collect angpau pula... boleh la buat belanja untuk Pesta Buku nanti pulak... Yayyyy!! itu yang seronoknya wan kerja kat sini... hahaha adakah wan berbau materialistik??

Apa lagi ya??

Oh wan sekarang ni teramat sibuk yang amat. Kerja kat pejabat, sudah berganda-ganda sibuknya, lepas tu dapat pula 'job' nak kata tak nak sayang la pula... itu kan 'duit', jadi walaupun sekarang ni waktu tidur wan hanya 2-3 jam sahaja, wan tetap akan bertahan... Jadi kalau rumah ini sesekali jer berupdate, wan mohon maaf lah ya... ini menunjukkan tuannya mungkin tengah karam dalam lautan kertas!

Okey kena sambung buat kerja....

Daaaaaa.... (in a happy mood!!!!)

PS: Ucapan TAHNIAH buat warga Jemari Seni yang telahpun berpindah ke premis baru! psst... psst... bila nak buat office warming??? hehehe

Selamat Hari Wilayah

Salam semua,

Selamat bercuti diucapkan pada mereka yang bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Wilayah Persekutuan Labuan.

Hari ini sirman cuti.

Hari ini juga my Aysha tak pergi sekolah kebangsaan sebab demam. Malam tadi dia minta kebenaran wan untuk ponteng hari ini, wan cakap dengannya tanya Papa, dia kata Papa suruh tanya Mummy... macam mana ni? Hehehe rupa-rupanya dia dah tahu taktik wan untuk melambatkan beri keputusan... sebelum dia tanya wan dia dah tanya sirman dulu... bijak... bijak...

Bila wan kata OK. Wah!! bukan main seronok dia bantai tengok kartun sampai jam 11 malam sedangkan waktu tidur dia tak lebih daripada jam 10.30 malam. Bila sirman tegur, jawapan dia memang membuatkan wan tersengeh.

Ini antara perbualan mereka...

"Aysha tidur... esokkan sekolah?" (padahal sirman dah tahu esok dia tak payah pergi sekolah pagi)
"Oh esok eisya tak sekolah laa..." sambil mata memandang kartun yang sedang ke udara di tv
"Esokkan isnin, isninkan sekolah!" (konon-konon tak tahu)
"Tak la... esok eisya tak sekolah!" dengan muka yang selamba
"Sapa cakap esok tak sekolah?"
"Eisya la cakap tak sekolah" dengan muka yang dah cuak sambil pandang wan dengan pandangan "esok eisya tak payah pergi sekolahkan??"

Hehehe anak oh anak... macam-macam ragam yang buatkan kita tersenyum walaupun nak marah pun ada....


Back to Top