0

Petualang Cinta

Episod 1 : Siri Pengenalan

Hingar-bingar di sekitar cafeteria KSPU tidak aku pedulikan. Tekad aku cuma satu, ingin menyiapkan salinan nota kuliah En Zack sebentar tadi dengan kadar segera. Aku tidak mahu menangguhkannya kerana selain aku ini pelupa, juga sebelum ingatan aku bercelaru dengan mata pelajaran En Suhaimi sebentar nanti, jadi segalanya harus teratur dan lengkap sebelum masuk pelajaran yang lain.

Sebenarnya ketika ini semangat juang aku masih di tahap yang tertinggi, jadi aku harus mempergunakan sepenuhnya peluang yang ada ini. Maklumlah semangat aku ni bagaikan biskut chipsmore, kejap ada... kejap nanti hilang, entah dimakan dek siapa!! hehehe

Subject Transportation Planning yang diajar oleh En. Zakaria yang suka di seru dengan nama En. Zack ini, merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib diambil untuk semester 3 ini bagi melengkapkan jumlah jam kredit. Mulanya aku sudah cuak, ‘Transportation’ apa yang nak dirancangkan?? Yalah akukan ambil ‘Perancangan Bandar & Wilayah’ apa kena mengena dengan pengangkutan pula? Isk... budak ni belajar tak sampai pun separuh lagi, ketahuilah oleh kamu wahai pemilik kepala yang nenong, macam-macam lagi perkara baru yang kamu akan dan kena belajar!

Tapikan... hei seronok lah belajar subject ini, sementelah pula En. Zack yang kelakar membuatkan sessi pembelajaran bagaikan sessi borak-santai aje. Itu yang membuatkan nota aku jadi tunggang langgang, aku tidak tahu apa yang harus dicatatkan... semuanya bagaikan nota 'lawak jenaka’ aje.

Dalam leka, bahu aku ditepuk dari belakang menyebabkan konsentrasi aku hilang berantakan.

“Ooo di sini rupanya cik puan bersembunyi ya, puas la kami cari dalam kelas tadi...”

Tanpa perlu mengangkat muka, aku sudah tahu milik siapa suara itu. Selama dua semester bersama, aku sudah cam suara sahabat-sahabat yang sering bersama aku.

“Pembetulan, aku hanya ada 'Cik' belum ada 'Puan' lagi ya?! jangan buat aku sumpah korang jadi magic tape ya!"

Jeda.

"Sorry lah, tadi aku lapar sangat, tak sempat nak ambil sarapan kat dewan makan, korang tahulah kan ‘adik’ aku ni bukannya boleh lapar. Itu yang aku cabut awal tu...”

Kelihatan Nurul, Zana & Laila serta beberapa budak lelaki dari kelas kami sedang tersengeh memandang aku. Memberikan pandangan yang pelbagai reaksi.

“Wei rajin la ko!, nanti bolehlah aku fotostat nota ko hujung semester nanti?!” Joko bersuara bersama sengehan yang sudah aku arif maksudnya.

Oh ya, selama dua semester dengan mereka, nota yang aku salin di setiap kuliah yang aku hadiri, yang aku jaga sebagaimana aku jaga harta aku yang tak ternilai, pasti akan lunyai digelek dek mesin fotostat. Ya nota-nota aku inilah yang akan jadi nota mereka -budak-budak lelaki yang tak makan dek saman- menjelang musim peperiksaan di akhir setiap semester!

Aku menghadiahkan jelingan maut tanda... NO WAY MAN!!... hanya disambut dengan kekekan ketawa Dzul dan Qyrell yang menjadi rakan subahat Joko. Aduhai tanda 'jeling amaran' aku tidak lagi berkesan pada mereka. Aku kena cari taktik lain pula ni. Nanti aku fikir, tapi kali ini aku kena siapkan kerja-kerja ini dulu.

Aku menyudahkan ayat terakhir pada nota kuliah yang aku salin kembali ke dalam buku bersaiz A4 berkulit keras berbalut kemas dengan plastik. Mengaup segala pen dan alatan menulis yang ada di atas meja, lantas memasukkannya ke dalam kotak pensel berbentuk Minnie Mouse. Segala kertas-kertas contengan, aku masukkan dalam clear folder file.

Oh ya kegemaran aku ketika waktu kuliah sedang berjalan adalah menconteng di kertas putih kosong bersaiz A4. Macam-macam yang aku tulis, sama ada nota kuliah (sudah pastinya), mahupun ‘mutiara kata’ ketika mata sudah mula pejam-celik, pejam-celik menahan kantuk. Ops! ‘mutiara kata’ ini bukanlah kata-kata indah penuh puitis tetapi ‘nota sembang’ antara aku dan mereka yang ada di sebelah aku, kalau tidak dengan Nurul, Zana, kalau tidak Zana, Laila... tengoklah siapa yang sudi melayan aku. Dan subjeknya adalah gossip semasa budak-budak dorm, ataupun kritikan serta ocehan tidak puas hati pada apa-apa yang berlaku di seputar kami. Tidakpun sekadar memberitahu pada rakan sebelah, siapa yang tersengguk-sengguk, tewas pada rasa mengantuk yang mengambil alih mata mereka! hahaha

Semester baru, selepas setahun menyelesaikan pengajian di utara tanah air, kini aku berada di kampus induk untuk menyelesaikan pengajian yang belumpun separuh. Semester baru untuk tahun dua ini, sebagaimana lazim pastinya ada rakan-rakan baru yang akan menyertai kelas kami. Ada antara mereka yang menyambung pengajian daripada peringkat sijil ke peringkat yang lebih tinggi, ada juga antara mereka yang datangnya dari mana-mana Politeknik yang ada di seluruh negeri di Malaysia ini.

Dan jika ada yang ‘baru’, pastinya ada juga yang ‘lama’ yang perlu aku tinggalkan. Ya, aku bersyukur kerana walaupun ada antara mata pelajaran yang pada aku agak susah yang aku dapat dengan markah yang 'cukup-cukup makan', aku lepas tanpa perlu mengulang pelajaran yang sama. Satu perkara yang amat membosankan tau!. Ya, aku harus meninggalkan mereka yang perlu mengulang paper. Dan salah seorangnya adalah sahabat baik yang sentiasa menemani aku ketika aku di awal-awal menyesuaikan diri dengan suasana baru. Aah rindunya aku pada dia. Bagaimana agaknya dia di sana? Aku cuba mengusir rasa sebak yang mula mencuit tangkai hati.

“Hah! tadi apa cerita dengan En. Zack?, lama korang diskuss... ada apa-apa yang aku kena buat ke?” Aku menoleh memandang kawan-kawanku seorang demi seorang.

Dan pandanganku terhenti pada seraut wajah yang mempamerkan riak wajah yang sukar untuk aku telah...

...bersambung

*****

Nota Wan:

Sebenarnya wan ada 'rancangan' khusus dengan entry ini, tapi memandangkan wan tersangatlah sibuk, jadi ia terpaksa ditangguhkan sehinggalah ke hari ini... Jangan tanya dulu apa rancangannya okey! Itu rahsia yang akan wan bongkarkan bila tiba masanya nanti...

DAN...

JANGAN BUAT SPEKULASI YANG BUKAN-BUKAN YA!!! hehehehe

0 comments:

Back to Top