5

Dari Bukittinggi ke Bukit Tinggi

Salam semua,

Ya, semalam wan dan keluarga bercuti ke Bukit Tinggi, Pahang. Cuti kali ini kami tak menginap di hotel pun (tak survey pun fasal harga bilik). Kami pergi balik hari je. Lagipun perjalanan tak lah jauh mana dari tol Gombak nak sampai ke susur masuk ke Bukit Tinggi lebih kurang 30 - 45 minit perjalanan bergantung pada trafik. Kalau tak banyak kereta cepat aje sampainya.

Oh ya, sebenarnya tujuan utama wan ke Bukit Tinggi, selain wan sendiri belum pernah jejakkan kaki ke sana, juga kerana nak bawa Si Kerry - adik lelaki bongsu - yang sedang bercuti/menunggu keputusan peperiksaan SPM nya. Kebetulan dia dah seminggu lebih di KL (dia datang ketika wan ke Bukittinggi, Padang) dan hari rabu yang lepas wan ambil dia di rumah Lili di Bangi. Jadi memikirkan dia yang agak bosan (walaupun dia tak cakap!) jadi wan ajak Sirman ke Bukit Tinggi.

Memandangkan ini adalah julung-julung kalinya wan (juga sirman) ke sana, dan wan memang sangat-sangat-sangat lupa nak check laluan ke sana, jadi agak cuak jugalah. Persoalan adakah laluan yang kami ambil ini adalah betul atau ada jalan lain? mula berlegar dibenak wan. Aduhai... akhirnya wan call nacha, tapi tak berjawab. Kemudian wan telefon Lili, nasib baik! Dan alhamdulillah, laluan yang kami baru sahaja redah memang itulah jalannya!. Bukan apa, sirman memang cukup pantang kalau ajak dia ke mana-mana tanpa buat 'persediaan' (segala hal) yang rapi.

Lagipun, ada satu simpang yang menunjukkan hala ke Japanese Tea Village & Colmar Tropicale -jalan terus- ditutup, dan hanya laluan ke kanan untuk ke Berjaya Hill's sahaja dibuka. Eh! kami bukan nak ke Berjaya Hill's, kami nak ke Colmar Tropicale.. hehehe punyalah cuaknya wan ni... padahal memang itulah jalannya.

Sebelum jumpa pintu masuk (guard house) utama ke Colmar Tropicale, kami melewati Rabbit Park. Singgah dahulu. Bayaran untuk masuk ke kawasan arnab ini adalah RM3 seorang (dewasa & kanak-kanak). Ingatkan Aysha sukalah, rupa-rupanya dia ni penakut! Wan suruh dia usap-usap kepala arnab pun takut! Jadi sekejap sahajalah kami di sini sebelum meneruskan perjalanan.

Akhirnya kami tiba di pintu masuk ke Colmar Tropicale dan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak dikenakan untuk setiap pengunjung yang nak masuk ke sana. Dan bayaran ini termasuklah lawatan ke Japanese Tea Village dan Colmar Tropicale.

Memandangkan kami berjalan mengikut gerak hati (cheewah!! hehehe) jadi sesuka hati kami sahaja nak ke mana dulu. Di persimpangan antara Colmar Tropicale (CT) dan Japanese Tea Village (JTV), pilihan kami adalah JTV dahulu. Sekali lagi, rupa-rupanya kami harus park kereta di satu kawasan yang telah dikhaskan dan harus berjalan kaki (menaiki bukit yang berkecerunan -/+ 45deg) sejauh 300m. Ada shuttle bas yang disediakan tapi bergantung pada penuh atau tidak penumpangnya, barulah dia berhenti untuk ambil penumpang untuk naik ke JTV. FYI Shuttle Bus ni dari CT. Setelah tunggu lebih kurang 15 minit bayangnya pun tak nampak, jadi kami ambil keputusan untuk menapak. Huhuhu sudah lama tak buat excercise seksa juga nak naik... ni kira bersenam la... senam kaki-paha-perut. Mengah beb!!

Nasib baiklah JTV tu tempatnya nyaman aje. Redup pepohonan memang membantu menenangkan diri yang kepenatan dan kepanasan... Pelawat agak ramai juga ketika wan tiba di atas sana, dan keinginan wan untuk mencuba-pakai pakaian kimono terpaksa diurungkan. Jadi wan hanya bergambar dan mengambil gambar. Wan ambil gambar Aysha dan kerry, kerry ambil gambar wan & Aysha. Sesekali bertembung dengan sirman, minta dia yang potretkan foto kami. FYI sirman kadang-kadang akan hilang dari pandangan kerana dia lebih berminat untuk mengambil gambar unggas/serangga dan pokok-pokok bunga yang ada di sana.

Dan Aysha pula kadang-kadang nak potretkan gambar bunga-bunga kecil yang dia jumpa. Dan dia juga sibuk nak buat video (yang entah apa-apa storyline nya!) hinggakan memory card wan full! Nasib baik sirman bawa ektra memory card. Yelah, itu baru tempat pertama yang kami kunjungi, kan ada lagi tempat yang tak pergi lagi? takkan memory card dah penuh? Lagipun silap wan, lupa nak clearkan gambar yang wan ambil di Bukittinggi, Padang.

Meredah 'hutan' yang menyejukkan udara dan pemandangan, kami tiba ke satu kawasan di mana sekumpulan jurufoto profesional (andaian wan berdasarkan rupabentuk kamera dan lensanya yang berharga puluhan ribu ringgit) sedang berkhemah mengambil gambar burung. Bayangkan berapa lama mereka harus menanti dengan sabar untuk menunggu burung hinggap dan memotretkannya. Dan wan juga lupa nak tanya mereka sudah berapa lama mereka ber'kampung' di sana dan yang penting kami harus 'senyap' supaya burung tidak terbang lari. Dan hasilnya memang menakjubkan! (wan curi tengok gambar yang salah seorang jurufoto tunjukkan pada sirman)

Selesai di JTV kami melawat pula Botanical Garden yang letaknya bersebelahan JTV. Di sini pelbagai jenis spesis bunga (termasuk bunga hutan) ditanam. Di sini kami sebentar aje sebab harus turun naik tangga yang agak memenatkan. Dah la kasut yang wan suka pakai, sudah harus ditukar baru. Sebenarnya kasut kesayangan wan ini sudah menunjukkan 'tanda-tanda' ketika wan ke Bukittinggi lagi. Oh ya kat atas tu ada kedai jual cenderamata tapi satu apapun wan tak beli (tak masukpun!), wan cuma beli aiskrim yang sangat la sedap! (apa taknya, makan ketika cuaca agak panas, terasa sangatlah menyejukkan!!) dan untuk 2 kon aiskrim cornetto, dan 2 batang aiskrim perisa vanila & lemon berharga RM14!!

Sekali lagi kami menapak turun (ok banyak, berbanding nak naik) kerana selain dapat menikmati keindahan pemandangan kawasan sekitar Bentong/Gombak dari puncak Bukit Tinggi, kami juga sempat berposing (hehehe acara wajib)

Kami menuju ke Colmar Tropicale. Sekali lagi kami dijamu dengan keindahan alam ciptaan Tuhan. Bagaikan kami bukan berada di negara sendiri. Jadi siapa kata Malaysia tak cantik? Siapa kata Malaysia tiada keindahan alam? Mereka salah sama sekali!!

Pokok-pokok Pain yang ditanam di sepanjang jalan masuk sangat menggamit kami untuk berhenti di tepi jalan, bergambar ala-ala "Salem High Country" (kalau kalian masih ingatlah pada iklan itu yang pernah tersiar di kaca tivi sekitar tahun 1990-an dahulu sebelum diharamkan penayangannya). Jadi apa lagi, kamipun buatlah 'iklan' kami sendiri kat sana... melompat, main cak-cak... hahaha bila ada kereta lalu, kami diam sekejap, lepas tu buat lagi... hehehe tak senonoh sungguh!

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir untuk hari itu, iaitu Colmar Tropicale. Rekabentuk senibinanya memang membuatkan wan bagaikan bukan berada di Malaysia! Cuma yang menyedarkan wan akan hakikat sebenarnya adalah kebanyakkan pengunjung yang wan jumpa pada hari itu adalah warga tempatan.

Pusing keliling, bergambar, main game (yang telah menghanguskan lebih kurang RM30 duit sirman) dalam jangkawaktu lebih kurang 30 minit wan sudah bosan! Huhuhu memang tak ada apa-apa aktiviti menarikpun kat sini selain melihat rekabentuk bangunan ala-ala oversea dan selain bergambar!

Jadi pengembaraan kami di Bukit Tinggi, Pahang ni mengambil masa tak sampaipun sehari. Setengah hari sahaja kami sudah habis 'meredah' kawasan Bukit Tinggi (tempat yang dibenarkanlah!).

Dalam berura-ura nak balik, Si Nini telefon nak join kami. Jadi wan harus tunggu dia datang. Tunggu punya tunggu, rupa-rupanya dia ke JTV dulu, sedangkan wan sudah bosan, sudah tak tahu nak buat apapun. Jadi wan ambil keputusan nak balik tanpa bertemu dengan Nini. Dalam perjalanan balik, singgah sebentar di simpang utama yang ditanam pokok-pokok membentuk aksara C.O.L.M.A.R. T.R.O.P.I.C.A.L.E. Apa lagi nak bergambar lah! hehehe hinggakan keberadaan kami di situ pastinya menggamit kehairanan pada pengunjung yang lalu lalang di situ. Sedang sibuk berposing, Nini berhenti... hahaha rupanya kami masih berjodoh untuk bertemu di Bukit Tinggi.

Akhirnya ketika jam menunjukkan ke angka 4 petang kami turun dari Bukit Tinggi untuk balik ke KL/Subang.

Itulah dia pengembaraan sekerat hari wan dan keluarga ke Bukit Tinggi, Pahang. Rasanya ke Cameron Highland lagi seronok. Banyak tempat yang boleh kami kunjungi berbanding dengan Bukit Tinggi ni. Tapi it's okey! Sekurang-kurangnya ia memberikan satu pengalaman dan pandangan baru pada wan yang tak pernah pergi ni... sekurang-kurangnya bila ada yang bertanya "Dah pernah pergi ke Bukit Tinggi?" Dan wan bolehlah menjawabnya... "Oh! Daaah" hehehe

Okey hingga ke lain entry... daaaaaaaaaaa

(Photo-photonya nanti ya!)

5 comments:

ryn said...

kawan dah pegi last year, dia pegi tyme takde orang, so much for bercuti, dia kata boring giler.. klo dia kata best mesti nak masukkan dlm itenarary hari tuh, tp bila2 klo ryn nak pegi, ryn paksa wan jadi pemandu pelancong >:) muahahaha

Wan Amalyn said...

Ryn... hahahaha boleh aje :P tp wan jadi co-pilot ajelah... sbb kena naik bukit tak berani

Memang tak ada sangat apa yang menarik kat sana kecuali bangunan ala-ala kat France... & Taman Jepun tu... sekadar untuk bergambar ok lah! tapi bagi anak-anak yang nak adventure baik gi genting atau cameron... lagi syok :-)

nacha said...

Wan... sooo sorry. ari tu x dgr bunyi hp la. biasalakan. bila ari cuti hp ltk merata2. emmm.. mmg takde apa sgt pun kat situ. kebetulan masa sy gi situ dulu sbb stay kat hotel Selesa Hill Home tu. bila boring lepak kat hotel tu saje2 je cari entertainment. masa mula2 Colmar Tropicale tu buka mcm sgt gah la sbb dpt bergambar kat umah yg ala2 mcm kat oversea. hehehe..

Wan Amalyn said...

Nacha...
:-) hehehe takdak bendalah!

mmgpun pergi sekerat hari jer dah habis pusing 'kawasan' Bukit Tinggi... lepas tu dah tak tahu nak buat apa dah!

Amsyahril Syahril said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Izinkanlah kami untuk memperkenalkan diri pada Tuan/Puan

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan dengan sepenuh hati di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Motto kami adalah : Kesenangan dan kegembiraan tamu adalah kebahagiaan kami.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Back to Top