0

Chap Goh Meh

Salam semua,

Apa la wan ni... raya cina dah lama berlalu, baru sekarang nak bercerita pasal Chap Goh Meh? hehehe

Ok secara ringkas Chap Goh Meh... adalah dalam bahasa Hokkien yang bermaksud hari ke 15 dalam Chinese Lunar New Year, kerana perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu (tanglung) akan dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu. Hari itu juga dikaitkan dengan acara 'baling-oren-untuk-dapat-jodoh' hehehehe. Ok, itu sahaja yang wan tahu... nak tahu lanjut, google la, cari sendiri... ahaks!

Sebenarnya wan cuma nak cerita sikit sahaja iaitu pada hari sabtu (27 Feb) yang lalu wan dan keluarga ke I-City Shah Alam. Tujuannya nak tengok 'Kembang Api' yang diadakan sempena sambutan Chap Goh Meh. Kami sampai sana seawal jam 8.00 malam (saing dengan VVIP - MB serta orang-orang kenamaan yang wan tak tahupun namanya). Oleh kerana kesukaran untuk memarkir kereta berdekatan dengan laluan masuk, jadi kami harus parkir jauh sedikit dan menapak untuk ke tempat acara. Tapi nasib baik ada disediakan shuttle bas oleh pihak MBSA, jadi dapatlah merasa naik bas yang tertera logo MBSA hehehehe

Setiba di kawasan di mana acara dijalankan, wan jadi teruja dengan lampu-lampu yang berwarna warni yang dibentuk dengan pelbagai rupa. Ada bentuk pokok pain, ada bentuk pelbagai jenis binatang, sangat cantik. Yelah dah namanya pesta lampu!! ye dak?? dan entah berapalah kos yang harus dibayar pada TNB kan??

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh MB serta acara-acara selingan seperti tarian singa, koir dari sekolah, tarian (macam-macam) dan banyak lagilah. Tapi wan bukannya tengok sangat, sebab orang ramai dan Aysha cepat bosan dan mula ajak balik! Hehehe sebenarnya wan pun bosan dan nak balik juga, tapi memikirkan sirman yang nak ambil gambar 'Kembang Api' wan pujuk-pujuk Aysha (sambil pujuk-pujuk hati sendiri). Hingga ke pukul 10.30 malam 'Kembang Api' masih belum bermula dan tak tahu pukul berapa akan berlangsung. Entah-entah jam tepat 12.00 malam?? (itu yang wan cakapkan pada sirman!)

Akhirnya, kami menapak untuk beransur pulang (tanpa tunggu 'Kembang Api'). Dalam perjalanan nak ke tempat parking kereta, kereta bomba tiba dan kebetulannya ada sekumpulan orang sedang bersiap siaga, sirman tanya, "anne bunga api start pukul berapa?" "jam 11.00 itu macam" jawapan yang diterima, dan waktu itu jam menunjukkan ke angka 10.35 malam.

Oklah kita tunggu! Itu keputusan yang kami buat tapi tunggu dekat kereta sajalah memandangkan 'Kembang Api' pun boleh dilihat dari situ juga. Lebih kurang jam 11.00 malam berdentum dentamlah kawasan I-City Shah Alam dan kawasan sekitarnya dengan bedilan bunga api yang mewarnai ruang angkasa I-City.

Memandangkan kawasan yang di'shot' itu sangatlah dekat dengan kawasan parking kereta kami, bagaikan nak gugur jantung wan! Dan bagaikan bunga api itu jatuh di atas kepala kami... cantik! memang cantik! Tapi takut pun ada, yelah rasanya tak pernah lagi wan tengok bunga api dari jarak yang sebegitu dekat! Dan otak mulalah berfikir yang bukan-bukan... huhuhu

Akhirnya acara selesai... dan kami beransur pulang. Masalah pula, nak keluar ke jalan besar punyalah jammm... dekat pukul 12 malam jugalah barulah kami sampai di rumah.

Okeylah... rasanya itu sahajalah cerita kali ini... nanti jumpa di lain entry dengan cerita yang lain pula ya!

0 comments:

Back to Top