1 4 3 ~ ini fakta bukan auta

Salam semua,

Hari ini wan nak bercerita tentang novel pula. Boleh ya?
.
.

Selepas.. kini Pingu Toha muncul dengan..

Sebagaimana L.U.V.E. yang telah menawan seluruh rasa suka wan dengan sentuhan majisnya, membuatkan wan terasa muda 10 tahun, 1 4 3 juga telah membuatkan jiwa wan kembali bagaikan jiwa anak muda-belia ahaks! Wan sangat-sangat-sangat sukakan karya terbaharu daripada Pingu Toha ini. Biarlah apa orang nak kata, dah sememangnya wan suka? takkan wan nak kata tak suka pulakan? Bagi wan, membaca 1 4 3 bagaikan dihidangkan dengan pelbagai aneka buah-buahan tempatan, digandingkan dengan buah-buahan citrus yang 'fresh', sejuk lagi menyegarkan nak-nak di musim cuaca yang panas terik nih. Hhhmmmm sedapnyaaaa... (buah-buahan ituler!!) hehehe

Wan sukakan bahasa Pingu Toha. Bahasa yang biasa-biasa tapi ada warna-warninya. Bahasa yang amat mudah untuk dihadam. Wan juga sukakan setiap watak yang diciptakan oleh Pingu Toha. Bukan sekadar Uth, Lana, Keri, Elina, Vee & Bucks watak utama yang menjadi tunjang kekuatan 143 tetapi wan juga sukakan Lisa Seriyanti (patutlah semenjak-dua-menjak hari tu status Pingu Toha di FB asyik dok sebut fasal Lisa Surihani... peminat tegar Lisa Surihani rupa-rupanya hahahaha). Wan juga sukakan Haikal, Abang Diktator (Director), Raden, Suraya, Dayang, Teja juga si kecil Rose Mawar yang sangat comel (dalam bayangan wan la).

Pendek kata setiap watak yang dicipta memainkan peranan sama rata, menjadikan 143 sangat cantik dan sempurna (pada wan lah!). Menjadi pelengkap yang melengkapkan watak-watak utama (para hero & sang heroinnya). Menjadi perencah yang mencukupkan rasa pada setiap 'hidangan' yang melibatkan watak-watak utamanya (para hero & sang heroinnya).

Kenapa wan tulis para hero & sang heroin? Ramai ke hero dan heroinnya? Oh! lupa nak cakap, 1 4 3 ni ada 3 cerita sisipan yang saling berkait menghasilkan satu mainframe cerita yang lengkap, cantik dan sempurna (sekali lagi pada skala wan lah!).

Cerita pertama: Cerita Cinta Biasa, kisah tentang kesinambungan konflik hubungan Uthman Huzir (Uth) & Lana Angrainny (Lana) daripada novel L.U.V.E. Kisah bagaimana sukarnya seorang Uth untuk meluahkan rasa cintanya pada Lana. Masa ni wan rasa macam nak hempuk-hempuk aje kepala si Uth! Kenapalah susah sangat nak kata I Love You Lana! Hingga akhirnya muncullah orang ketiga - Haikal - yang sangat berterus terang, maka melepaslah si Uth.

TAPI..... hah! yang tapi ni kamu kenalah baca sendiri cari jawapannya okey! hehehe

Cerita kedua: Exs, berkisah tentang Keri & Elina. Pada sesiapa yang dah baca L.U.V.E. pasti tahu makna 'Exs' ni. Tapi yang belum baca, takpa lah wan bagi clue okey?. Hari ni wan baik hati nak berkongsi rahsia.

'Exs' ni adalah kesinambungan kisah Elina yang jatuh cinta pada Uth (dalam LUVE), tapi sayangnya Uth dah ada Lana dalam hatinya walaupun dia memang bermasalah untuk meluahkan rasa cintanya itu. Keri pula adalah sahabat baik Uth yang jatuh cinta pada Lana. Tapi disebabkan Uth, Keri berkorban tarik diri. Itulah asalnya kenapa 'Exs'.

Dalam 143 ini, Keri dan Elina 'dipertemukan' ketika masing-masing dalam penerbangan ke Kota London dengan membawa separuh hati yang telah patah (baca: broken heart). Dan dalam tempoh masa 8 jam penerbangan mereka, Keri dengan gentlemannya bertanya pada Elina "Can I fall in love with you?" sedangkan Elina yang telah 'rosak' hatinya sukar untuk memberikan jawapan...

Nak tahu APA dan BAGAIMANA Elina menjawap pertanyaan Keri itu, kena baca 1 4 3 (promo nih! hehehe)

Cerita ketiga: Merah, Biru Violet pula kisah tentang Bucks yang jatuh cinta pada Vee (Violet) yang 5 tahun lebih tua daripadanya. Bucks ni buka gerai burger yang diberi nama 'Burgerbucks' ala-ala Starbucks la konon-kononnya (bunyi/nama aje penampilan hanyalah gerai burger biasa! hehehe)

Kisah bermula di satu malam, bertemankan hujan yang turun membasahi bumi, Vee yang kelaparan tetapi malas nak masak dan tiada teman untuk membawanya keluar makan, jadi dia ke "Burgerbucks", memesan burger daging tambah cheese, lebihkan mayonis tapi tak mahu sayur. Si Bucks yang dah terjatuh suka pada Vee melanggar pesanan Vee dengan meletakkan sayur, bukan sikit, banyak pula tu... hehehe Dan bermulalah 'konflik dalaman' yang membuatkan Vee anti pada Bucks. Ada sahaja yang tak kena di matanya bila melibatkan Bucks. Ops! sebelum tu, mereka tinggal berjiran, berlainan blok.

Di sini Rose Mawar anak cilik yang sangat 'cute', berusia 6 tahun memainkan peranan menjadi 'orang tengah'. Sebenarnya bukanlah orang tengah seperti telangkai tu, dia sekadar menjadi peneman sama ada pada Bucks mahupun Vee. Oh! sebelum tu, lupa nak cakap, Vee ni adalah sepupu kepada Lana. Kalau tak silap Vee juga pernah menaruh hati pada Uth... kiranya Uth ni ramai peminat juga ya... hehehe

Nak tahu kesudahannya, kamu baca sendirilah! Wan cerita tak syok. Feel tak sampai. Baiklah kamu baca sendiri dan feel sendiri okey! Lepas tu komen pada wan boleh?

Menatap naskhah garapan Pingu Toha kali ini, wan bagaikan dibawa 'menonton' pementasan drama (terutamanya dalam Cerita 1: Cerita Cinta Biasa). Setiap watak bagaikan hidup dilayar minda. Bergerak bagaikan sang pelakun sedang memainkan watak-wataknya di dada kertas. Berkisah tentang perjalanan 'cinta' mereka dalam pelbagai warna. Tidak sekadar warna hitam dan putih sahaja.

Apa lagi ya? Oh! wan juga sukakan kulit novel 143. Comel! Secomel ceritanya kalaulah boleh wan katakan begitu! Dan tajuknya... 1 4 3. Pada mulanya wan terfikir, apalah signifikannya 1 4 3 itu? Dah la tu, selama wan kenal dunia novel, mana ada tajuk novel '143'? Cuba kalian beritahu wan, pernah tak kamu jumpa novel yang menggunakan angka sebagai judulnya? Manalah tahu wan terlepas pandang ke? Yelah pandangan mata wan hanya berlegar di seputar rumah-pejabat-rumah aje. Sesekali barulah jumpa dengan kawan-kawan itupun dah lama rasanya tak berkumpul ramai-ramai, berpotluck sambil borak-borak bertukar buku, lepas tu kena halau... hahahaha. Rasanya hanya JS aje yang gunakan judul yang pelik-pelik tapi cute! betul tak? Ops! bukan pelik tapi unik! Itu yang sebetulnya.

Wan dapat novel 143 ketika dalam perjalanan ke Padang Bukittinggi. Pun, masih tak tahu apa makna yang tersirat di balik angka 1-4-3 itu. Hinggalah di satu pagi yang hening (hahaha macam berdrama pula) wan terbaca status Imaen di Facebooknya.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO (hah! kan panjang 'O'nya tu) rupa-rupanya maknanya I LOVE YOU.... barulah wan tahu...

Kalian belum dapat tangkap lagi?

Okey... I kan 1 huruf. LOVE pula 4 huruf dan YOU kan ada 3 huruf. Jadilah 1-4-3 tu I-LOVE-YOU betul tak tafsiran wan? Kalau nak sahih lagi kena tanya penulis dia sendirilah En Pingu Toha... " Halimmmmmmm tolong sahkan!!!!"

Usai menatap karya Pingu kali ini wan teringin nak rekomen pada sesiapa yang berani mencuba sesuatu benda yang baru, yang adventure, cubalah baca karya Pingu ini. Tak salahkan cuba? Tapi wan tak paksa. Wan tak akan letakkan pisau di leher anda paksa suruh baca-jangan-tak-baca 1 4 3 ini. hehehe

Cuma apa yang boleh wan katakan, jika sekarang ni genre muzik indie band menjadi kegilaan anak-anak muda sekarang (perasan muda sekejap sebab wan pun minat jugak!! hehehe), jadi buku Pingu ini bolehlah wan katakan karya indie versi novel... boleh???

P/S: Dalam 1 4 3 ni ada watak tempelan Wan Amyleen... & tiba-tiba wan terperasan jap! hahahahahahaha...

Okeylah... panjangnya entry wan kali ini, sorry ye! sebab wan tengah dok pening kepala fikir, macam mana wan nak buat review untuk buku Pingu ini... tolong beri cadangan..... pleaseeeeeeeeee

Back to Top