0

Lagu

Cintai Aku Sepenuh Hati ~ Ari Lasso

Di dalam hatimu
T’lah aku temukan
Arti kebahagiaan
Bersama dirimu
Ku merasa berarti

Sanggupkah dirimu
Untuk bertahan
Hingga waktu tak berjalan

Mencintaiku
Walau bintangku tak terang

Reff:
Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini

Betapa hidupku takkan pernah sama
Bila kau tinggalkan ku
Tetaplah disini saling memiliki
Selama-lamanya

Back to Reff

Tiada arti semua bila kau pergi

Genggamlah tangganku dan peluklah diriku
Saatku jatuh nanti menangis sepi

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Cintailah aku sepenuh hati
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada arti semua bila kau pergi






Nota:
- sekarang wan suka dengar lagu ini... macam best ajekan?! hehehe
+ adui jiwangnya!!
- sesekali layan jiwa yang lara apa salahnya... ya dok?
+ layan laaaa wan, selagi terlayan...
- hehehe



4

Mari belajar bahasa kelantan...

Salam semua,

Jom belajar bahasa kelantan! Seronok tau!

1-Perkataan yang berakhir dengan 'an','am' dan 'ang'

Perkataan yang berakhir dengan an, am, ang biasanya akan diganti dengan 'e'

Contoh:
Bahasa Melayu Standard -> Bahasa Melayu Kelantan
Jangan -> Jange
Lengan -> Lenge
Ayam -> Aye
Pisang -> Pise
Geran (tanah) -> Gere


2-Perkataan yang berakhir dengan 'a','o' dan 'e'

Perkataan yang berakhir dengan 'a','o','e' biasanya (bukan semestinya) akan diganti dengan 'o' (dan 'o' sebutan dalam 'sore' dan 'roar' dalam bahasa Inggeris, bukannya seperti 'sow' dan 'row')

Contoh:
Bahasa Melayu Standard -> Bahasa Melayu Kelantan
Buka -> Buko
Mana -> Mano
Baka -> Bako


3-Bunga Bahasa Kelantan

Bunga Bahasa Kelantan -> Maksud
Yak! -> Opocot!/opps!
Deh? -> Ok? (Biasanya untuk memohon restu atau persetujuan)
Gak -> Habis tu.../jadi
Pah tu? -> Habis tu/jadi
Ho (Bunyi naik ke hidung) -> Ya lah..
Dock? -> Bukan? Betul Tidak? (Persoalan)


4-Kata Penguat Dalam Bahasa Melayu Kelantan

Kata Penguat -> Maksud
Manis lleting -> Sangat manis
Masing ppeghak -> Sangat masin
Pahit llepe -> Sangat pahit
Mase ppughik -> Sangat masam
Tawa eber -> Sangat tawar
Putih ssueh/ssembo -> Sangat putih
Hite llege -> Sangat hitam
Biru kketu -> Sangat biru
Kuning nnehe -> Sangat kuning
Kenye bbonyah -> Sangat kenyang
Come llote -> Sangat cantik
Gemuk ddebok -> Sangat gemuk
Busuk bbanga -> Sangat busuk
Hapok kohong -> Sangat hapak
Nnakut apah -> Penakut sangat
Ceghoh jeghiloh/bbole -> Sangat terang/cerah
Jatuh celabok -> Jatuh sangat teruk
Kuca hanya -> Sangat bercelaru



hehehe sajo suko-suko


0

Dirgahayu...

Sempena hari ulangtahun kelahiran Al-Sultan Kelantan yang ke-60

Ya Tuhanku, lanjutkan usia Al-Sultan kami... Moga negeri kelantan terus aman, makmur dan sentosa...

"Kesetiaan Dijunjung ~ Raja Disanjung ~ Rakyat Dipayung"



Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami

Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan

******


Nota Wan:

Walaupun terasa sudah berkurun tidak balik bercuti di Kelantan ketika 'puja umur' Al-Sultan Kelantan, namun sebagai rakyat negeri cik siti wan kembang ini, kesetiaan pada negeri Kelantan yang tercinta ini tidak berbelah bahagi. :-)

Daulat Tuanku!



2

Buku yang dah habis dibaca...

Salam semua,

Hanya tinggal hari ini dan esok sahaja lagi berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa 2010 untuk tahun ini... (Insyallah tahun depan ada lagi!). Jadi dalam masa seminggu ini, alhamdulillah wan sudah berjaya menghabiskan 3 buah novel. Satu daripada penerbit Jemari Seni, satu terbitan NB Kara dan satu lagi terbitan Alaf 21.

Buku pertama yang wan baca adalah buku ini... Damai
Buku ini adalah Ceritera 3 dalam 1 iaitu 3 cerita pendek daripada 3 penulis wanita JS. Saidatul Saffaa, Noor Suraya & Syud berganding bahu menghasilkan Damai yang sememangnya mendamaikan!

Cerita pertama, Damai yang juga diangkat sebagai judul novel ini karya Saidatul Saffaa. Menatap karya kedua hasil idea kreatif cik adik kita ni sememangnya mampu membuatkan airmata wan bergenang di tubir mata! (atau wan yang terlalu sensitif) Ops, jangan salah sangka pula, cerita Damai ni bukanlah cerita sedih tau! Ia kisah Nasseema aka Nas -si heroin- yang menjejaki sejarah kegemilangan empayar Islam di zaman kerajaan Uthmaniyah di Turki bagi menyiapkan tesisnya. Dalam menyiapkan tesisnya Nas diuji... dan ujiannya adalah... jeng jeng jeng... bacalah sendiri! ahaks

Membaca Damai, wan teringatkan kak yati (Norhayati Berahim) yang arjuna hatinya -Pak Seyit Kara- adalah orang turki. Hehehe tapi hero dalam Damai ini tak adalah iras Pak Seyit... ahaks! Hero dalam Damai ni ada iras Yusuf Islam??... Tapi kalau iras Sami Yusuf, wan laaagiiiii suka!!! hahahaha

Cerita kedua, Yang Jauh Di Pulau karya kaksu. Ini kisah Piyah dan Piyan. Wan kalau karya kaksu, tidak ada apa yang boleh wan komen selain bagus... bagus... dan bagus. (alaa wan tu bias sebab dia tu peminat tegar kaksu!!) Lantak la kamu nak kata apa, wan tak peduli! Kaksu tak perlu dipertikaikan kebolehannya bercerita, itu sememangnya kelebihan kaksu. Cerita yang biasa-biasapun boleh jadi luar biasa di tangan kaksu! Itu memang wan akui.

Tapi apa yang lebih berkesan, membaca kisah Piyah & Piyan ini airmata wan mengalir di pipi tatkala nenek kesayangan Piyah kembali ke pangkuan Penciptanya. Sedih. Sebak. Semuanya bergulir dalam dada. Tambahan pula di siang harinya (wan baca Piyah & Piyan ni di waktu malam ketika semua orang sudah tidur) wan dapat khabar duka, ayahanda kaksu juga telah kembali ke rahmatullah. Wan jadi teringat sangat-sangat pada kaksu! Wan tak tahulah, wan sedih sebab cerita Piyah & Piyan ni ataupun wan tumpang sedih atas kehilangan kaksu. Tapi wan memang menangis teresak-esak. Menangis sebagaimana wan menangis mendapat khabar tentang kehilangan arwah kak Ja dulu. Sedihnyyaaa...

Tapi korang jangan khuatir Yang Jauh Di Pulau ni bukanlah cerita sedih!! wan aje yang terlebih emosional... (syud mesti kata... "kakwan tu ratu airmata!!" hehehe)

Cerita ketiga, Langit.. Tetap Biru karya Syud. Membaca karya syud kali ini, wan tak mampu nak menyembunyikan rasa... apa ek?? tapi yang pastinya tersengih-sengih. Serius! wan memang tak boleh nak baca dalam keadaan yang normal sebab asyik dok teringat-ingat akan syud... hehehe fasal apa, biarlah rahsia! cheewaahh!!! DAN... wan sangat sukakan Langit... Tetap Biru ini!!


Buku kedua yang wan hadap adalah buku ini... Ruang Rindu karya Rozita Abd Wahab.
Sebenarnya buku ini wan baca berselang seli dengan buku Damai. Salah satu sebab juga kenapa wan suka baca Ceritera 3 dalam 1 terbitan Jemari Seni kerana kita boleh pause pembacaan kita... hehehe yelah, kita habiskan satu cerita dulu, kemudian kalau kita nak sambung baca cerita lain pun boleh tak dak masalah. Kita tak akan teringat-ingat akan kesudahan cerita yang sedang kita baca! Sebab sekejap aje sudah habis.

Ok berbalik pada cerita Rozita kali ini. Sebenarnya kisah ini pernah wan ikuti e-novelnya suatu ketika dahulu... Wah! macam berkurun pula kedengarannya. Betul, kisah ini bermula sebagai e-novel. Lama Ita menyepi dek kekangan masa dan ruang waktu yang terbatas dek kerja. Bila dapat tahu bahawa e-novel itu bakal diterbitkan wan sememangnya tak lepaskan peluang. Nak tahu apa kesudahan kisah Dayang Camelia yang tomboy itu!.

Garapan Rozita sememangnya sentiasa menepati selera wan, cuma antara darjah suka dan kurang suka itu bergantung pada siapa penerbitnya. Janganlah kata wan tak suka sebab ianya terbitan Alaf. BUKAN!!! Wan bermula dengan novel Alaf tau! lama wan jadi pembaca setia Alaf sebelum wan kenal Creative, Jemari Seni, Kaki Novel, PTS, Karnadya, Fajar Pakeer & lain-lain penerbitan yang ada di Malaysia. Dan sampai sekarang wan masih membaca karya terbitan Alaf 21 terutamanya penulis kegemaran wan seperti Anis Ayuni, Aisya Sofea, Norzailina Nordin, Ramlee Awang Murshid (sekadar menyebut beberapa nama).

Cuma, (ini pendapat peribadi wan tau!!), Alaf ada guideline dia sendiri. Jadi sebagai pembaca, adakalanya wan rasa 'terikat'. Wan tak reti nak describe bagaimana perasaan wan, tapi feel yang wan baca (untuk karya Rozita inilah) tak sama dengan feel yang wan baca ketika dia menulis dengan Creative.

Tapi... wan tetap sukakan Ruang Rindu ini! Sekurang-kurangnya terubat rasa rindu pada lenggok bahasa dan 'buah tangan' daripada Ita kali ini.


Kemudian bersambung dengan cerita ini... Layang-Layang Bertali Kaca.
Naskhah setebal berapa ya lupa nak catit tapi hampir mencecah seribu halaman. Karya kak yati ini sememangnya membuatkan wan jadi lenguh tangan! Berat tau!! Nak-nak wan baca sambil baring (waktu malamlah pastinya). Kadang-kala bila terlelap (sebab terlampau mengantuk tapi nak habiskan juga - buku ini wan khatam jam 3 pagi), jatuh atas dada, mak datuk... sakitnya!!

Wan tak tahulah bagaimana kak yati boleh buat cerita sebegini tebal! Salute betul dengan kak yati. Kali ini kak yati bercerita tentang Manja anak jutawan yang kaya wang ringgit tapi sangat miskin dengan kasih sayang. Manja yang begitu mendambakan hidup sebagai gadis biasa, bukannya anak jutawan Tengku Shariman yang hidup bagaikan dalam istana kaca. Anak orang kaya kata, bertuahnya jadi anak orang biasa kerana boleh buat apa sahaja tanpa ada batasan (tiada yang menghalang). Anak orang biasa pula kata, bertuahnya jadi anak orang kaya, wang ringgit bukan masalahnya. You name it, you got it! begitulah mudahnya. Dan sebagai manusia sememangnya kita bagaikan tidak pernah puas dengan apa yang kita ada, ya tak?? Itulah yang kak yati kisahkan dalam LLBK ini.

Manja yang mendapat hidayah di bumi yang terlalu banyak godaannya. Namun sesungguhnya rahmat DIA tak terbatas masa, tempat dan keadaan. Andainya DIA ingin memberikan hidayahNya, maka bertuahlah mereka yang mendapatnya.

Nak tahu ending, bacalah ya! Naskhah yang sarat dengan nilai-nilai kekeluargaan dan pengajaran ini...


Dan sekarang wan sedang mengadap buku ini... Versus karya Hlovate.
Novel yang boleh dikatakan sebagai bestseller untuk Pesta Buku tahun ini. Novel yang tak sampai setengah hari, hari pertama Pesta Buku berlangsung sudah terjual 500 (?) naskhah. Buku yang, bila setiap wajah pengunjung yang datang dan bertanyakan dan jawapannya adalah SUDAH HABIS mempamerkan riak wajah yang keciwa dan frust.

Itulah penangan Hlovate! yang mempunyai pengikut dan penggemarnya yang tersendiri. Kalau ditanya pada wan apa istimewanya buku Hlovate ini? Satu aje yang terlintas dalam benak wan, pengisiannya. Yup! percaya tak, wan banyak belajar daripada naskhah Hlovate, tak kiralah 5 tahun 5 Bulan ke, aA + bB ke, atau Rooftop Rant (naskhah yang paling wan suka!!). Terima Kasih dik! (walaupun wan sendiri tak kenal siapakah gerangannya tapi wan tetap juga nak berterima kasih!).

Dan lagi satu, buku Hlovate adalah untuk golongan remaja yang boleh dibaca oleh kaum mak-mak juga tau! Jadi pada ibu-ibu yang ada anak-anak remaja yang sedang meningkat naik tu, berilah mereka baca karya Hlovate. Insyallah moga mereka mendapat guide. Janganlah asyik dok sogokkan dengan buku-buku ilmiah sahaja, kadang-kala otak mereka perlu rehat juga...

JADI.... belilah karya Hlovate untuk anak-anak anda! hehehehe


3

Na-O-Mei

Salam semua,


Sekarang ni wan kemaruk dok tengok drama bersiri slot Akasia, Na-O-Mei yang disiarkan setiap petang Isnin-Khamis bermula jam 6.30 petang hingga jam 7.30 malam.

Selepas drama Cinta Balqis, alaa pelakon Eira Shazira dengan ** alamak siapa ya nama mamat si suami Diana Rafar yang jadi hero & heroinnya, ingatkan dah tak nak ajar tengok dah! tapi entah kenapa boleh tertengok juga. Itupun beberapa episod awal dah miss (sebenarnya sengaja tak nak tengok!). Walaupun tak tengok, tapi wan boleh agak macam mana jalan cerita yang lompong di tengahnya itu...hehehe

Kenapa wan suka tengok Na-O-Mei? Sebab wan suka tengok Iqram Dinzly yang ala-ala romantik tu... hehehe ni kalau syud baca mahunya termuntah nih! ahaks. Wan suka tengok si Iqram jejaka metrosexual tu. Nak-nak lirikan matanya tu...aduh..hatiku bisa cair donk!! TAPI still tak boleh atasi ranking Aaron Aziz yang masih di carta teratas hero pooojaaannn hatiku itulah! Aaron is still no 1 okey!! hahaha

Oleh kerana wan balik jam 6, ambil Aysha di nursery, kemudian baru balik rumah dan baru dapat tengok, kiranya wan tengok cerita yang dah kat tengah-tengah la selalunya. Oleh kerana kat nursery si Bibik pun dok layan cerita ini, jadi sedikit sebanyak Aysha pun tengok sama. Jadi masuk je dalam kereta mula la wan tanya, hari ini apa cerita, apa jadi pada bla bla, tahulah si Aysha, dia ceritapun ikut cara dia, ikut pemahaman dia... hehehe so kiranya wan dah ada 'geng' yang akan update cerita Na-O-Mei pada wan dari office sementara wan nak sampai kat nursery tu.

Cuma satu je, antara tengok drama dengan baca novel, wan rasa baca novel lagi advanture sebab, bila baca novel, otak dan fikiran kita akan bekerja dengan lebih kreatif untuk membina imaginasi di layar minda. Sesuka hati kita untuk mereka dan membayangkan 'hero' & 'heroin' mengikut tafsiran kita berdasarkan gambaran yang kita baca. Tapi bila menonton drama kita sekadar menerima apa sahaja yang dipaparkan di kaca tivi. Kalau 'hero' & heroin mengikut selera kita (baca sebagai kita suka) then secara automatik kita boleh terima, tapi bila cerita menarik tapi hero & heroin pula bukan wajah pooojaaan hati kita? bagaimana?

Tapi dalam bab cerita Na-O-Mei ini, hero dia, Ikram? Adi Putra? kiranya antara artis yang wan boleh tengok la... Na-O-Mei (Elly Mazlein) pun kita orait lagi la... jadi, sebab tu wan boleh tonton cerita ini, walaupun jalan ceritanya wan sudah boleh agak bagaimana endingnya... klise cerita/drama melayu agaknya??? hahaha

Apa-apapun sesiapa yang sama-sama menonton drama ini, sama-samalah kita tunggu Omei pilih siapa... dan wan sendiri tak tahu nak Omei pilih sesiapa... Ikram kot walaupun kalau Omei pilih Reza (Adi Putra)pun wan okey jugak... ahaks

0

Benarkah?

Zahirnya mereka lihat kita tertawa ria,
Benarkah kita bahagia?

Zahirnya mereka lihat kita tersenyum ceria,
Benarkah kita gembira?

Hanya kita yang arif tentang rahsia yang terpendam di dasar hati kita...



Nota: Entah kenapa, kita jadi rindu pada dia... rindu yang membuatkan hati kita jadi sedih... :(

0

Lagi tentang Pesta Buku 2010

Salam semua,

Selagi Pesta Buku (PB) tak habis, cerita fasal PB akan kerap kalian baca di mana-mana rumah yang tuannya ulat buku seperti wan. Jadi jangan bosan membacanya ya!

Hari ini merupakan hari ke-3 berlangsungnya PB. Dan hari ini sekali lagi wan menjejakkan kaki ke PWTC. Tapi hari ini wan bersama Aysha. Wan sampai dah agak lewat tengah hari. Biasalah kalau dengan Aysha, kata nak pergi pagi, tapi sampai tengah hari jugak. Tak kisahlah sebab hari ini wan tak janji dengan sesiapapun. Siapa yang ada di PB itulah yang akan wan jumpa. Yang wan kenal dan kenal wan lah!

Memandangkan wan keluar dah tengah hari, jadi wan naik komuter dari Subang terus ke Putra. Kena jalan sikitlah untuk ke sampai ke PWTC tapi sekurang-kurangnya wan dah jimat kos untuk minyak & bayar parking ya dak?

Tempat pertama yang wan tuju adalah booth Jemari Seni. Selain nak menyibuk kat situ, wan juga nak ambil barangan yang ditinggalkan oleh Lia, titipan daripada Bunga. Juga nak ambil buku Versus yang wan minta nawwir belikan. Oh! sebenarnya wan antara orang yang terawal beli pada hari pertama tu, oleh kerana kesian pada cousin sirman yang datang dari jauh semata-mata kerana versus, & harus menunggu selepas jam 6 petang baru ada, jadi wan beri dulu naskhah wan tu pada dia. Itulah alkisahnya.

Masa wan sampai kebanyakkan penulis JS pergi makan. Yang tinggal, Xarine, Az-Zahra (penulis Bidadari Hujan). Sembang-sembang sambil tolong Nawwir di kaunter (cashier). Ops! wan tukang isi buku dalam beg atau plastik jer... hehehe Tengah-tengah ramai pelanggan dok beratur nak bayar mesin pula buat hal... terpaksalah bayar pakai manual! Nasib baik sekejap aje.

Oleh kerana wan datang dengan Aysha, budak tu biasalah sekejap saja sudah bosan, dan mulalah buat pe'el yang menaikkan darah wan. Sudahnya dia merajuk. Huhuhu ni yang malas nih! Terpaksalah pujuk dia dengan janji nak carikan buku untuk dia. Dalam pada nak keluar, lalu dekat booth Fajar Pakeer, jumpa dengan Izzul & Izza sedang temankan Bikash. Jumpa juga dengan Ebi (Ebriza Aminuddin). Ebi... cantiknya dia bertudung merah!!. Juga Pokcik Mersik. Pun tak boleh nak bersembang lama sebab ada budak sedang tarik baju wan... huhuhu tension!!!

Keluar daripada Hall 3(?), kami ke booth di seberang sungai yang menempatkan PTS, Kaki Novel, NB Kara, Karnadya. Jauhnya!! tapi sebab nak beli buku kak yati (NB) terpaksa redah juga. Nasib baiklah hari ini orang tak lah seramai hari jumaat. Semalam (hari sabtu) wan tak datang jadi tak tahu berapa ramai orang untuk dibuat perbandingan. Nasib baik tak susah nak cari booth NB Kara, dan nasib baik juga masa wan datang kak yati ada!. Alhamdulillah. Penulis baru NB Kara iaitu Kusyi Hirdan juga ada. Tapi rasanya dia penulis lama cuma baru menulis dengan NB Kara. Juga ada si mamat hensem Anuar Kamarudin. Juga ada kak Sue yang havoc! hehehe

Selepas selesai di NB Kara, wan pusing-pusing dalam tu. Jumpa booth CESB (Creative) dan terserempak dengan geng kicap yang sedondon kaler & corak tudungnya sedang bergambar dengan Najwa Aiman. Wan hanya sempat lambai-lambai aje pada Najwa Aiman. Bersembang dengan Mag (pekerja CESB) tak sangka dia masih ingat pada wan walaupun dah hampir 2 tahun wan tak ber'urusan' dengan CESB... hehehe Juga jumpa Azieazah yang havoc tu. Hehehe terkejut member bila wan tegur dia -> antara blogger yang paling aktif di blog Mazidul. Macam mana wan kenal dia (Azieazah)? Sebab dia pernah join majlis KN yang wan pernah pergi dan sebelum dia join blog Mazidul. Di situ wan kenal dia. Sedang dok sembang dengan Mag, Ebi & Pu3 sampai. Borak-borak kejap sebelum sekali lagi baju wan kena tarik.

Memandangkan wan pergi dengan poket yang kering, jadi tak ada lah buku yang wan beli selain yang dah disenaraikan. Balik semula ke booth JS sebelum wan minta diri. Lagipun barang-barang wan tinggal di booth JS. Selepas bye-bye dengan semua yang ada... konon-kononnya nak terus balik, tapi kaki ni melencong ke dewan kat tingat bawah pula. Ingat nak intai kot-kot Rozita Wahab ada, tapi dia tak ada pula. Tapi Salina Ibrahim ada.. jadi wan hulur buku lama dia (dengan CESB) yang wan beli dengan harga RM5 di booth Fajar Pakeer hehehe. Hai-hai dengan Hani Fazuha, nampak Nurul Syahida (Akukah Novelis!)... nasib baik dia masih ingat pada wan, kalau tak buat malu jer tersenyum-senyum pada dia... ahaks. Oh kak NorZ (Norzailina Nordin) pun ada. Sedang dok borak-borak Rozita datang, hulur buku baru dia Ruang Rindu untuk ditandatangan, kemudian kak Anis pula sampai. Tapi wan tak boleh lama la sebab hari dah petang. Nak balik naik komuter lagi!

Keluar daripada PWTC, hujan pula turun. Main redah ajelah sebab tak tahu pukul berapa nak berhentinya... harap-harap Aysha tak demam lah! Oleh kerana wan dah beli tiket pergi-balik jadi cepat sikit wan boleh masuk dan nasib baik sekali lagi kerana tak lama kemudian train untuk ke Pelabuhan Kelang sampai. Tapi dekat pukul 7 juga baru wan sampai ke rumah!

Tapi apa yang wan perasan, tahun ni wan jadi malas nak ambil gambar. Serius, tak sampai lima keping wan ambil dengan camera wan... huhuhu nak kena tunggu sesiapa tag wan dekat facebook!! kot-kot ada dalam kamera mereka. Entahlah dah tak seghairah tahun-tahun sudah laaaa...

Oklah dah panjang benar wan tulis nih. Esok nak kena bangun pagi-pagi buta sebab sekolah dah mula balik... jadi hingga minggu depan, wan akan berkisah tentang PB lagi ya... minggu depan dah minggu terakhir, sesiapa yang belum datang lagi tu, datanglah. Dan kalau nampak wan kat mana-mana tu tegurlah ya... :-)

oklah... daaaaaaaa


3

Takziah

Salam semua,

Wan sekadar nak berkongsi berita sedih dengan kawan-kawan semua. Berita tentang kehilangan orang yang tersayang yang telah kembali ke pangkuan penciptanya.

Kerana dia insan yang paling istimewa dalam hati wan. Kerana dia 'kakak' yang paling wan sayang. Wan turut sama merasai 'rasa' kehilangan itu. Sedih. Sebak. Itu yang wan rasa tika dan saat ini. Bergenang air mata tatkala berita sedih ini sampai ke pengetahuan wan.

Inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un. Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali.

Buat kaksu dan keluarga tiada frasa lain yang dapat wan ungkapkan selain ucap TAKZIAH. Dengan iringan doa dan harapan moga roh arwah ayahanda kaksu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solehin, dalam kalangan orang-orang yang beriman... aminnn

AL-FATIHAH...

2

Bermula Pesta...

Salam semua,

Hari ini tanggal 19 March 2010 bermula pesta yang sangat-sangat ditunggu oleh para penggemar buku/penerbit buku serta para penulis. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) 2010. Hari ini wan ambil cuti semata-mata kerana ingin meraikan kehadiran KLIBF 2010. Ingatkan orang tak la ramai, memandangkan hari ini adalah hari bekerja (Jumaat) dan merupakan hari pertama, ingatkan hanya hujung minggu (sabtu & ahad) yang penggunjungnya ramai... rupa-rupanya dugaan wan meleset sama sekali!. Mak datukkkk ramainya orang!!! Sudahnya, wan hanya melepak di booth Jemari Seni. Tak sanggup nak mengharungi orang yang ramai itu. Lagipun wan nak 'jaga' poket wan... huhuhu belum gaji lagi laaa...

Pada mulanya wan sekadar nak temankan Ruby Hazri (baca: berborak), ppenulis Percayalah, Kopi Susu Sepatu Biru & Percayalah... Akhirnya yang bertugas pada hari ini, tapi apabila datangnya pembaca Ruby, mereka pandang wan bukan Ruby... huhuhu maaf dik, akak bukan penulis, akak hanya penyibuk di sini... Nak aje wan cakap macam tu tapi bila terpandangkan muka adik-adik yang sangat polos itu wan jatuh kasihan... hanya boleh lemparkan senyuman semanis yang boleh sambil unjukkan jari pada Ruby hehehe.

Booth JS masa tu memang usah cakaplah penuh dengan pengunjung! Apa taknya tawaran yang ditawarkan oleh JS memang mengujakan! Dah la setiap naskhah novel ada diskaun, lepas tu beli tiga buah buku dapat satu beg voven yang sangat comel! Sapa tak terliur? Wan yang seboleh-bolehnya nak 'jaga' poketpun boleh cair! hehehe Tapi yang paling best, tak sampai separuh hari, buku Versus karya Hlovate dah habis di borong oleh peminatnya. Nasib baiklah wan beli awal-awal, hehehe sebab nak dapatkan notepad yang sangat comel, hadiah istimewa daripada Hlovate untuk peminat-peminatnya yang terawal beli naskhah Versus!

Dan yang paling kasihan, setiap yang datang pasti akan bertanyakan tentang buku Versus yang sudah kehabisan stok pada masa itu. Dan hanya akan ada selepas jam 6 petang. Wan rasa kalau setiap orang yang datang dan tanya (pada wan) tentang buku Versus, dicatat dan dikira, pasti satu bundle buku habis tak bersisa! Itulah penangan Hlovate!!

Oh ya! kak ti (Niwati) juga datang bersama keluarganya. Wah! dapat jumpa kak ti semula selepas hampir 2 tahun? sangatlah membuatkan wan teruja!! Tak sangka kak ti masih ingat pada wan! tapi sayangnya nor ash, mamajambu, kak Ella, athy tak ada, kalau tak pasti lebih havoc lagi! masih terasa-rasa lagi kehangatan sambutan mereka ketika wan & geng ulatBuku bersama Bunga ke Singapura 2 tahun yang lalu!

Apa lagi ya? Oh! akhirnya wan dapat jumpa dengan adik wan, Si Nur. Tapi sayangnya wan tak sempat nak bergambar dengan dia sebagai kenangan. Sekejap sangat. Dia datang perkenalkan diri, dan langsung hilang ditelan dek orang yang ramai itu. Ralat. Sedih. Itu yang wan rasa. Harapnya tahun depan kita berjodoh lagi ya dik!

Sebenarnya bukan dengan nur sahaja, dengan adik-beradik gang UB juga GK (rinn, didi, kaypo) pun wan tak sempat nak ambil gambar! Dengan nawwir, dengan kaknOOr, dengan syud, dengan Naz, dengan Halim 'Pingu' Toha, dengan Xarine (yang marah wan seru dia dengan nama Xarine hehehe) dengan Ruby, dan dengan penulis baru JS Nur Azzahra yang manuskripnya (sudah jadi Bidadari Hujan) yang kaksu dan kakyah usung ketika lawatan kami ke Padang-Bukittinggi yang lalu... bahkan dengan semua warga kerja JS lah. Entahlah, leka berborak sampai lepa nak ambil gambar!

Dan wan juga tak sempat nak ke seberang sungai ke booth NB kara. Nak beli buku terbaharu kak yati. Ingatkan nak jadi antara orang yang terawal beli supaya dapat layang-layang comel, tapi bila call kaknOOr, dia dah ada di sana, Rinn & Didi ajak (ketika wan nak ke surau) sudahnya, sampai balik wan tak jadi pergi! Insyallah wan pasti akan dapatkan juga buku itu!

Apa lagi ya?? tak banyak yang boleh wan ceritakan, kerana wan hanya berlegar di sekitar booth JS sahaja. Alasannya seperti di atas (nak 'jaga' poket! huhuhu).

Wan minta diri (daripada warga kerja JS) ketika jam sudah berganjak ke pukul 5. Walaupun dalam hati sangat berat kerana teringin nak tunggu pukul 6 (apabila versus sudah dihantar oleh pengedar) tapi memikirkan wan harus mengambil Aysha sebelum jam 6.30 terpaksalah wan angkat kaki juga. Tapi sempat singgah di booth ALaf. Tapi sayang, yang ada hanya kak Norzailina Nordin, kak Anis dah balik! Juga ada Anita Aruszi, tapi sayangnya buku dia wan tak bawa pula... mana tahu dia ada!

Selepas ding-dong, akhirnya wan keluar juga daripada PWTC bersama wabbit dan syud dengan hati yang berat.

Nota: Sebenarnya banyak lagi yang nak diceritakan tapi wan malas nak tulis panjang-panjang, lagipun wan dah mengantuk, esok wan kerja.... huhuhu malasnyaaaaa!!!!

0

Penyakit hati no#1 : Sakit Hati....

Salam semua,

Ya, hari ini tiba-tiba wan jadi sakit hati (selepas mendapat panggilan telefon daripada Lida, adik wan)

Sakit hati pada manusia yang tak sudah-sudah menyusahkan hidup orang!
Hatta dah masuk liang lahad, akibat perbuatannya, sampai ke hari ini dia masih menyusahkan hidup orang!

(AMPUN... KALAU BAHASA WAN JADI KURANG AJAR! TAPI WAN MEMANG SAKIT HATI)

Huhuhu wan memang sakit hati!! Sakit hati bagi pihak abah wan. Dan... dan... ni rasa macam nak balik kampung!!


0

Carrier Dealer Dinner Yr2009

Salam semua,

Malam tadi wan menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Carrier (Malaysia) Sdn Bhd bagi meraikan semua dealer-dealernya yang telah berjaya mencapai sales lebih daripada RM1 Mil.

Kali ini dinner diadakan di Holiday Inn Shah Alam (Glenmarie). Pertama kali wan attend di sini kerana sebelum-sebelum ini, acara diadakan di Sheraton Subang.

Apa yang wan nak cerita tak lah menarik manapun. Selain makan-makan (tapi tahun ni makanan dia kureng sikit la), apa yang wan suka dengan majlis ni adalah... dapat jumpa ex-colleague yang setahun baru dapat jumpa sekali itupun sebab ada dinner nih.

Sampai-sampai aje wan di perkarangan lobby hotel, manusia pertama yang wan nampak atau dia nampak wan adalah Jimmy Ong. My ex-bos! huhuhu tak boleh nak sembunyi muka atau buat-buat tak nampak sebab dia yang tegur dulu... "cik wan!!!"

Lepas tu jumpa Choon Ghan (Service Divisional Manager), juga my ex-bos iaitu Jimmy's bos... wan report pada Jimmy dan Jimmy report pada dia. Lepas tu jumpa dengan SC Lim... Lepas tu jumpa dengan Andrew John Almady (Hungary guy!) Lepas tu jumpa Gui, Chuah, Gopal, Tommy Wong, KT Ling... lepas tu sorang demi sorang datang...uuwwaaa tak sangka mereka masih ingat pada wan!

Tapi yang paling tak sangka, jumpa dengan my ex-boyfren (hehehe jangan la sirman baca!) Albert Tee. Wah! memang tak sangka dia masih ingat pada wan selepas hampir 10 tahun tak jumpa dia!

Psst... wan... siapa Albert tu?
Oh, Albert ni adalah adik pada Jack Tee, anak kepada Tony Tee... hehehehe Rina tau la kot sapa dia!

Siapa lagi ya... Ooo wan jumpa dengan Mei Yin, sebab dia yang jaga registration counter (ini kerja Rina, kalau dia ada... hehehe). Jumpa dengan Ms Leong! wah tak sangka anak dia dah 4 orang!. FYI anak sulong dia sebaya Aysha.

Oh! wan nampak Najmi Cheok tapi tak sempat nak say hi hi to him sebab nampak dia ketika majlis dah bermula.

Tahun ni my bos naik pentas terima award untuk sales RM3Mil. Dan Pan Sarawak masih lagi mengungguli carta sebagai Dealer Of The Year dengan kutipan sales sebanyak RM12Mil. Memang susah la nak compete dengan Pan Sar yang setiap tahun naik pentas terima award yang sama.

Majlis berakhir dengan acara yammm sennngg, tapi wan keluar awal daripada tu sebab nak balik tengok Criminal Mind! hehehe lebih kurang jam 10.30 malam wan dah sampai kat rumah. Tapi yang wan ralat sangat, sebab wan boleh terlelap ketika nak tahu endingnya... uuuwwwaaaa memang tension giler!!! gggrrrrrr


Tahniah Nawwir!

Salam semua,

Wah! tak sangka kawan wan yang sorang ni, rupa-rupanya diam dia berisi... hehehe Nawwir! wan tumpang bangga + bahagia dengan kelahiran buku Geng Odah ni.

Jadi kawan-kawan semua, dapatkan buku Geng Odah ini di Pesta Buku nanti ya! Mungkin tak sesuai la dengan kawan-kawan yang dah masuk umur kategori boleh mengundi tu, tapi apa salahnya belikan untuk adik-adik atau anak-anak buah atau untuk anak-anak? Alaaa harganyapun tak mahal RM12 jer. Apa kata beli sebagai hadiah? Yelah daripada dok beli mainan yang pakai 2, 3 kali dah jahanam, apa kata kita tukar, hadiahkan dengan buku. Selain tu boleh juga tanamkan sikap suka membaca dalam kalangan adik, anak & anak buah kitakan? Kita sahut cabaran kerajaan... (cheewaaahhhh) hehehehe

Dan apa yang pasti, wan akan dapatkan untuk Aysha!!

Sekali lagi... TAHNIAH nawwir!!!

2

Nak beli buku...

Salam semua...

Mak ai, banyaknya yang nak beli!!...

Wan nak beli buku-buku ini!!...

1 :-)
kerana...
i. ada cerita 'Piyah & Piyan' karya kaksu!! Penulis kesayangan wan yang wajib beli!
ii. ada karya syud, adik kesayangan wan nih... cerita tentang apa, dia takmo cerita la pulak! takpa nanti wan korek lagi daripada dia, sampai dia buka mulut beritahu... hehehe
iii. ada karya Saidatul Saffa yang telah mengikat hati wan dengan karya sulungnya Kemilau Mutiara Raudhah...

2 :-)

kerana...
ini karya sahabat wan, yang wan tahu betapa dugaan serta payah getirnya dia berjuang... "mrs singa, I know you can do it!!"

3 :-)
kerana...
ini satu lagi karya adik wan... perasan sungguh wan nih! semuanya mengaku adik dia, entah-entah orang tu tak sukapun kat dia!

4 :-)
kerana...
ini juga karya daripada adik wan yang sangat-sangat wan kagumi bakat dan ideanya! Percaya tak, banyak sangat ilmu yang wan kutip daripada setiap karya-karya beliau!!

5 :-)
kerana...
ini karya daripada penulis baru produk Jemari Seni yang sudah sebati dengan wan. Yang wan sudah percayai kreadibiliti serta mutunya... Jadi, wan akan beli tanpa was-was... hehehe

6 :-)
kerana...
ini penulis kesukaan wan, yang wan tak akan lepaskan peluang membeli setiap karya-karya beliau walaupun jumlah mukasurat mencecah hingga ke-1000 halaman! huhuhu kak yati... tebal laaaa...

7 :-)
kerana...
ini karya Salina Ibrahim. Salina ni, wan baca novel dia ketika dia menulis dengan Creative lagi. Kemudian wan baca ketika dia menulis dengan PTS. Dan sekarang dia menulis pula dengan Alaf21. Nak juga tahu bagaimana hasilnya...

8 :-)
kerana...
Ini karya kak Anis Ayuni, yang juga penulis kesukaan wan. Kak Anis ni antara penulis terawal Alaf 21 yang karya-karyanya menjadi bahan bacaan wan...

9 :-)
kerana...
Ini karya Rozita Wahab. Salah seorang penulis yang wan suka. Yang karya-karyanya tak jemu wan ulang baca walaupun sudah boleh hafal jalan ceritanya... Juga kerana cerita kali ini adalah rentetan daripada e-novelnya yang tak pernah wan miss kemunculannya walaupun wan tahu dia teramatlah sibuk! Itu dululah sebelum blog dia, dia tutup berkurun yang lalu... huhuhu rindu dengan tulisannya. Rindu nak jumpa dia juga!

* * * * * * * * *

Jadi, inilah antara novel-novel yang wan nak beli sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang akan bermula minggu depan. Tapi jangan tak tahu wan nih, bila dah ke PWTC buku yang tak ada dalam senarai pun wan akan beli... huhuhu susahnya nak kawal diri... TAPI, kali ini wan nak budget betul-betul! Ingatkan wan yer kawan-kawan! Kalau nampak wan pegang jer (buku yang tak ada dalam senarai) ketuk tangan wan. Ingat tu... KETUK TANGAN WAN!

Tapi ada pengecualian tertentulah ya. (Hah! nak cari alasan la tu...) Kecuali kalau ada buku Ramlee Awang Murshid wan nak beli. Sebab wan dah nampak dia macam ada buku baru jer Cinta Sufi ke apa judulnya. Tapi covernya belum nampak lagi kat laman sesawang Alaf 21. Juga wan nak beli buku adik wan yang sorang lagi iaitu Iejay... buku diapun wan tak nampak lagi rupanya lagu mana... DAN, kalau En. Manaf Hamzah ada buku baru, juga wan nak beli...

WANNN!!! ni macam mana nak budget?? belum pergi melawat booth demi booth pun, list pengecualian dah berderet panjang??

0

Good Luck = Semoga Berjaya

Salam semua,

Wan sekadar nak wish good luck, semoga berjaya buat semua para pelajar yang akan mengambil keputusan peperiksaan SPM mereka hari ini. Moga segala usaha gigih mereka membuahkan hasil yang memberangsangkan dan menepati apa yang mereka idam-idamkan.

Harapan dan doa ini juga khusus buat adik wan Si Kerry yang akan mengambil keputusan peperiksaannya hari ini. Walaupun wan tahu, wan tak boleh nak 'high expectation' pada dia, tapi... semoga keputusannya masih boleh dibanggakan. Juga buat sepupu, Aida anak Suyoh. Juga buat si kembar Farah & Farid anak buah kesayangan sirman iaitu anak along. Good Luck buat mereka!


:-)

Salam semua,

1 :-)
Hari ini my Aysha periksa penggal pertama untuk sessi tahun 2010. Dia tak dak hal... wan pulak yang gubra! huhuhu

2 :-)
Hari ini, masa beli breakfast (karipap pusing yang sedap!) di Restoran Ubi Kayu USJ 9, wan terserempak dengan Sheila & Jai. Dah lebih 7 tahun tak jumpa walaupun dia masih bekerja di USJ 10 dan wan sebulan mesti ada 2, 3 kali ke Taipan tu, tak pernah terserempakpun! Sheila ni geng masa wan kerja kat Namfatt dulu... tiba-tiba teringatkan si Azer dan Yusman la pulak.... apa cerita mereka ya??

3 :-)
Pagi ini, seperti biasa dengar radio Hot FM dengar celoteh Farah & Faizal dan topik pada pagi ini... menyesal selepas kahwin?? Pada wan tidak ada istilah menyesal selepas membuat keputusan untuk kahwin terutamanya dengan pasangan yang kita sayangi/cintai. Jika ada yang tidak puas hati, itu perkara biasa tapi menyesal?? Insyallah tidak pernah lagi rasanya walaupun adakalanya ada perkara yang membuatkan kita sedih atau terkilan...

4 :-)
Tengah hari tadi ke IOI Mall... harap-harap semuanya ok & berjaya.
Ternampak Popular sedang menyiapkan booth di concourse utama.

SALES! SALES! SALES!


Selamat Hari Wanita

Salam semua,

Hari ini tanggal 8 March telah diisytiharkan sebagai Hari Wanita.

Jadi kepada semua wanita-wanita di luar sana, diucapkan SELAMAT HARI WANITA buat anda semua!. Moga kita menjadi para wanita yang dihargai dan disayangi oleh lelaki-lelaki kesayangan kita. Wah! bunyi macam ramainya lelaki!, yelah... selain suami (bagi mereka yang sudah berumahtangga), kitakan ada ayah, abang, adik lelaki, anak lelaki, cucu lelaki... hehehe


1 4 3 ~ ini fakta bukan auta

Salam semua,

Hari ini wan nak bercerita tentang novel pula. Boleh ya?
.
.

Selepas.. kini Pingu Toha muncul dengan..

Sebagaimana L.U.V.E. yang telah menawan seluruh rasa suka wan dengan sentuhan majisnya, membuatkan wan terasa muda 10 tahun, 1 4 3 juga telah membuatkan jiwa wan kembali bagaikan jiwa anak muda-belia ahaks! Wan sangat-sangat-sangat sukakan karya terbaharu daripada Pingu Toha ini. Biarlah apa orang nak kata, dah sememangnya wan suka? takkan wan nak kata tak suka pulakan? Bagi wan, membaca 1 4 3 bagaikan dihidangkan dengan pelbagai aneka buah-buahan tempatan, digandingkan dengan buah-buahan citrus yang 'fresh', sejuk lagi menyegarkan nak-nak di musim cuaca yang panas terik nih. Hhhmmmm sedapnyaaaa... (buah-buahan ituler!!) hehehe

Wan sukakan bahasa Pingu Toha. Bahasa yang biasa-biasa tapi ada warna-warninya. Bahasa yang amat mudah untuk dihadam. Wan juga sukakan setiap watak yang diciptakan oleh Pingu Toha. Bukan sekadar Uth, Lana, Keri, Elina, Vee & Bucks watak utama yang menjadi tunjang kekuatan 143 tetapi wan juga sukakan Lisa Seriyanti (patutlah semenjak-dua-menjak hari tu status Pingu Toha di FB asyik dok sebut fasal Lisa Surihani... peminat tegar Lisa Surihani rupa-rupanya hahahaha). Wan juga sukakan Haikal, Abang Diktator (Director), Raden, Suraya, Dayang, Teja juga si kecil Rose Mawar yang sangat comel (dalam bayangan wan la).

Pendek kata setiap watak yang dicipta memainkan peranan sama rata, menjadikan 143 sangat cantik dan sempurna (pada wan lah!). Menjadi pelengkap yang melengkapkan watak-watak utama (para hero & sang heroinnya). Menjadi perencah yang mencukupkan rasa pada setiap 'hidangan' yang melibatkan watak-watak utamanya (para hero & sang heroinnya).

Kenapa wan tulis para hero & sang heroin? Ramai ke hero dan heroinnya? Oh! lupa nak cakap, 1 4 3 ni ada 3 cerita sisipan yang saling berkait menghasilkan satu mainframe cerita yang lengkap, cantik dan sempurna (sekali lagi pada skala wan lah!).

Cerita pertama: Cerita Cinta Biasa, kisah tentang kesinambungan konflik hubungan Uthman Huzir (Uth) & Lana Angrainny (Lana) daripada novel L.U.V.E. Kisah bagaimana sukarnya seorang Uth untuk meluahkan rasa cintanya pada Lana. Masa ni wan rasa macam nak hempuk-hempuk aje kepala si Uth! Kenapalah susah sangat nak kata I Love You Lana! Hingga akhirnya muncullah orang ketiga - Haikal - yang sangat berterus terang, maka melepaslah si Uth.

TAPI..... hah! yang tapi ni kamu kenalah baca sendiri cari jawapannya okey! hehehe

Cerita kedua: Exs, berkisah tentang Keri & Elina. Pada sesiapa yang dah baca L.U.V.E. pasti tahu makna 'Exs' ni. Tapi yang belum baca, takpa lah wan bagi clue okey?. Hari ni wan baik hati nak berkongsi rahsia.

'Exs' ni adalah kesinambungan kisah Elina yang jatuh cinta pada Uth (dalam LUVE), tapi sayangnya Uth dah ada Lana dalam hatinya walaupun dia memang bermasalah untuk meluahkan rasa cintanya itu. Keri pula adalah sahabat baik Uth yang jatuh cinta pada Lana. Tapi disebabkan Uth, Keri berkorban tarik diri. Itulah asalnya kenapa 'Exs'.

Dalam 143 ini, Keri dan Elina 'dipertemukan' ketika masing-masing dalam penerbangan ke Kota London dengan membawa separuh hati yang telah patah (baca: broken heart). Dan dalam tempoh masa 8 jam penerbangan mereka, Keri dengan gentlemannya bertanya pada Elina "Can I fall in love with you?" sedangkan Elina yang telah 'rosak' hatinya sukar untuk memberikan jawapan...

Nak tahu APA dan BAGAIMANA Elina menjawap pertanyaan Keri itu, kena baca 1 4 3 (promo nih! hehehe)

Cerita ketiga: Merah, Biru Violet pula kisah tentang Bucks yang jatuh cinta pada Vee (Violet) yang 5 tahun lebih tua daripadanya. Bucks ni buka gerai burger yang diberi nama 'Burgerbucks' ala-ala Starbucks la konon-kononnya (bunyi/nama aje penampilan hanyalah gerai burger biasa! hehehe)

Kisah bermula di satu malam, bertemankan hujan yang turun membasahi bumi, Vee yang kelaparan tetapi malas nak masak dan tiada teman untuk membawanya keluar makan, jadi dia ke "Burgerbucks", memesan burger daging tambah cheese, lebihkan mayonis tapi tak mahu sayur. Si Bucks yang dah terjatuh suka pada Vee melanggar pesanan Vee dengan meletakkan sayur, bukan sikit, banyak pula tu... hehehe Dan bermulalah 'konflik dalaman' yang membuatkan Vee anti pada Bucks. Ada sahaja yang tak kena di matanya bila melibatkan Bucks. Ops! sebelum tu, mereka tinggal berjiran, berlainan blok.

Di sini Rose Mawar anak cilik yang sangat 'cute', berusia 6 tahun memainkan peranan menjadi 'orang tengah'. Sebenarnya bukanlah orang tengah seperti telangkai tu, dia sekadar menjadi peneman sama ada pada Bucks mahupun Vee. Oh! sebelum tu, lupa nak cakap, Vee ni adalah sepupu kepada Lana. Kalau tak silap Vee juga pernah menaruh hati pada Uth... kiranya Uth ni ramai peminat juga ya... hehehe

Nak tahu kesudahannya, kamu baca sendirilah! Wan cerita tak syok. Feel tak sampai. Baiklah kamu baca sendiri dan feel sendiri okey! Lepas tu komen pada wan boleh?

Menatap naskhah garapan Pingu Toha kali ini, wan bagaikan dibawa 'menonton' pementasan drama (terutamanya dalam Cerita 1: Cerita Cinta Biasa). Setiap watak bagaikan hidup dilayar minda. Bergerak bagaikan sang pelakun sedang memainkan watak-wataknya di dada kertas. Berkisah tentang perjalanan 'cinta' mereka dalam pelbagai warna. Tidak sekadar warna hitam dan putih sahaja.

Apa lagi ya? Oh! wan juga sukakan kulit novel 143. Comel! Secomel ceritanya kalaulah boleh wan katakan begitu! Dan tajuknya... 1 4 3. Pada mulanya wan terfikir, apalah signifikannya 1 4 3 itu? Dah la tu, selama wan kenal dunia novel, mana ada tajuk novel '143'? Cuba kalian beritahu wan, pernah tak kamu jumpa novel yang menggunakan angka sebagai judulnya? Manalah tahu wan terlepas pandang ke? Yelah pandangan mata wan hanya berlegar di seputar rumah-pejabat-rumah aje. Sesekali barulah jumpa dengan kawan-kawan itupun dah lama rasanya tak berkumpul ramai-ramai, berpotluck sambil borak-borak bertukar buku, lepas tu kena halau... hahahaha. Rasanya hanya JS aje yang gunakan judul yang pelik-pelik tapi cute! betul tak? Ops! bukan pelik tapi unik! Itu yang sebetulnya.

Wan dapat novel 143 ketika dalam perjalanan ke Padang Bukittinggi. Pun, masih tak tahu apa makna yang tersirat di balik angka 1-4-3 itu. Hinggalah di satu pagi yang hening (hahaha macam berdrama pula) wan terbaca status Imaen di Facebooknya.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO (hah! kan panjang 'O'nya tu) rupa-rupanya maknanya I LOVE YOU.... barulah wan tahu...

Kalian belum dapat tangkap lagi?

Okey... I kan 1 huruf. LOVE pula 4 huruf dan YOU kan ada 3 huruf. Jadilah 1-4-3 tu I-LOVE-YOU betul tak tafsiran wan? Kalau nak sahih lagi kena tanya penulis dia sendirilah En Pingu Toha... " Halimmmmmmm tolong sahkan!!!!"

Usai menatap karya Pingu kali ini wan teringin nak rekomen pada sesiapa yang berani mencuba sesuatu benda yang baru, yang adventure, cubalah baca karya Pingu ini. Tak salahkan cuba? Tapi wan tak paksa. Wan tak akan letakkan pisau di leher anda paksa suruh baca-jangan-tak-baca 1 4 3 ini. hehehe

Cuma apa yang boleh wan katakan, jika sekarang ni genre muzik indie band menjadi kegilaan anak-anak muda sekarang (perasan muda sekejap sebab wan pun minat jugak!! hehehe), jadi buku Pingu ini bolehlah wan katakan karya indie versi novel... boleh???

P/S: Dalam 1 4 3 ni ada watak tempelan Wan Amyleen... & tiba-tiba wan terperasan jap! hahahahahahaha...

Okeylah... panjangnya entry wan kali ini, sorry ye! sebab wan tengah dok pening kepala fikir, macam mana wan nak buat review untuk buku Pingu ini... tolong beri cadangan..... pleaseeeeeeeeee

Chap Goh Meh

Salam semua,

Apa la wan ni... raya cina dah lama berlalu, baru sekarang nak bercerita pasal Chap Goh Meh? hehehe

Ok secara ringkas Chap Goh Meh... adalah dalam bahasa Hokkien yang bermaksud hari ke 15 dalam Chinese Lunar New Year, kerana perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu (tanglung) akan dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu. Hari itu juga dikaitkan dengan acara 'baling-oren-untuk-dapat-jodoh' hehehehe. Ok, itu sahaja yang wan tahu... nak tahu lanjut, google la, cari sendiri... ahaks!

Sebenarnya wan cuma nak cerita sikit sahaja iaitu pada hari sabtu (27 Feb) yang lalu wan dan keluarga ke I-City Shah Alam. Tujuannya nak tengok 'Kembang Api' yang diadakan sempena sambutan Chap Goh Meh. Kami sampai sana seawal jam 8.00 malam (saing dengan VVIP - MB serta orang-orang kenamaan yang wan tak tahupun namanya). Oleh kerana kesukaran untuk memarkir kereta berdekatan dengan laluan masuk, jadi kami harus parkir jauh sedikit dan menapak untuk ke tempat acara. Tapi nasib baik ada disediakan shuttle bas oleh pihak MBSA, jadi dapatlah merasa naik bas yang tertera logo MBSA hehehehe

Setiba di kawasan di mana acara dijalankan, wan jadi teruja dengan lampu-lampu yang berwarna warni yang dibentuk dengan pelbagai rupa. Ada bentuk pokok pain, ada bentuk pelbagai jenis binatang, sangat cantik. Yelah dah namanya pesta lampu!! ye dak?? dan entah berapalah kos yang harus dibayar pada TNB kan??

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh MB serta acara-acara selingan seperti tarian singa, koir dari sekolah, tarian (macam-macam) dan banyak lagilah. Tapi wan bukannya tengok sangat, sebab orang ramai dan Aysha cepat bosan dan mula ajak balik! Hehehe sebenarnya wan pun bosan dan nak balik juga, tapi memikirkan sirman yang nak ambil gambar 'Kembang Api' wan pujuk-pujuk Aysha (sambil pujuk-pujuk hati sendiri). Hingga ke pukul 10.30 malam 'Kembang Api' masih belum bermula dan tak tahu pukul berapa akan berlangsung. Entah-entah jam tepat 12.00 malam?? (itu yang wan cakapkan pada sirman!)

Akhirnya, kami menapak untuk beransur pulang (tanpa tunggu 'Kembang Api'). Dalam perjalanan nak ke tempat parking kereta, kereta bomba tiba dan kebetulannya ada sekumpulan orang sedang bersiap siaga, sirman tanya, "anne bunga api start pukul berapa?" "jam 11.00 itu macam" jawapan yang diterima, dan waktu itu jam menunjukkan ke angka 10.35 malam.

Oklah kita tunggu! Itu keputusan yang kami buat tapi tunggu dekat kereta sajalah memandangkan 'Kembang Api' pun boleh dilihat dari situ juga. Lebih kurang jam 11.00 malam berdentum dentamlah kawasan I-City Shah Alam dan kawasan sekitarnya dengan bedilan bunga api yang mewarnai ruang angkasa I-City.

Memandangkan kawasan yang di'shot' itu sangatlah dekat dengan kawasan parking kereta kami, bagaikan nak gugur jantung wan! Dan bagaikan bunga api itu jatuh di atas kepala kami... cantik! memang cantik! Tapi takut pun ada, yelah rasanya tak pernah lagi wan tengok bunga api dari jarak yang sebegitu dekat! Dan otak mulalah berfikir yang bukan-bukan... huhuhu

Akhirnya acara selesai... dan kami beransur pulang. Masalah pula, nak keluar ke jalan besar punyalah jammm... dekat pukul 12 malam jugalah barulah kami sampai di rumah.

Okeylah... rasanya itu sahajalah cerita kali ini... nanti jumpa di lain entry dengan cerita yang lain pula ya!

Back to Top