0

Lagi tentang Pesta Buku 2010

Salam semua,

Selagi Pesta Buku (PB) tak habis, cerita fasal PB akan kerap kalian baca di mana-mana rumah yang tuannya ulat buku seperti wan. Jadi jangan bosan membacanya ya!

Hari ini merupakan hari ke-3 berlangsungnya PB. Dan hari ini sekali lagi wan menjejakkan kaki ke PWTC. Tapi hari ini wan bersama Aysha. Wan sampai dah agak lewat tengah hari. Biasalah kalau dengan Aysha, kata nak pergi pagi, tapi sampai tengah hari jugak. Tak kisahlah sebab hari ini wan tak janji dengan sesiapapun. Siapa yang ada di PB itulah yang akan wan jumpa. Yang wan kenal dan kenal wan lah!

Memandangkan wan keluar dah tengah hari, jadi wan naik komuter dari Subang terus ke Putra. Kena jalan sikitlah untuk ke sampai ke PWTC tapi sekurang-kurangnya wan dah jimat kos untuk minyak & bayar parking ya dak?

Tempat pertama yang wan tuju adalah booth Jemari Seni. Selain nak menyibuk kat situ, wan juga nak ambil barangan yang ditinggalkan oleh Lia, titipan daripada Bunga. Juga nak ambil buku Versus yang wan minta nawwir belikan. Oh! sebenarnya wan antara orang yang terawal beli pada hari pertama tu, oleh kerana kesian pada cousin sirman yang datang dari jauh semata-mata kerana versus, & harus menunggu selepas jam 6 petang baru ada, jadi wan beri dulu naskhah wan tu pada dia. Itulah alkisahnya.

Masa wan sampai kebanyakkan penulis JS pergi makan. Yang tinggal, Xarine, Az-Zahra (penulis Bidadari Hujan). Sembang-sembang sambil tolong Nawwir di kaunter (cashier). Ops! wan tukang isi buku dalam beg atau plastik jer... hehehe Tengah-tengah ramai pelanggan dok beratur nak bayar mesin pula buat hal... terpaksalah bayar pakai manual! Nasib baik sekejap aje.

Oleh kerana wan datang dengan Aysha, budak tu biasalah sekejap saja sudah bosan, dan mulalah buat pe'el yang menaikkan darah wan. Sudahnya dia merajuk. Huhuhu ni yang malas nih! Terpaksalah pujuk dia dengan janji nak carikan buku untuk dia. Dalam pada nak keluar, lalu dekat booth Fajar Pakeer, jumpa dengan Izzul & Izza sedang temankan Bikash. Jumpa juga dengan Ebi (Ebriza Aminuddin). Ebi... cantiknya dia bertudung merah!!. Juga Pokcik Mersik. Pun tak boleh nak bersembang lama sebab ada budak sedang tarik baju wan... huhuhu tension!!!

Keluar daripada Hall 3(?), kami ke booth di seberang sungai yang menempatkan PTS, Kaki Novel, NB Kara, Karnadya. Jauhnya!! tapi sebab nak beli buku kak yati (NB) terpaksa redah juga. Nasib baiklah hari ini orang tak lah seramai hari jumaat. Semalam (hari sabtu) wan tak datang jadi tak tahu berapa ramai orang untuk dibuat perbandingan. Nasib baik tak susah nak cari booth NB Kara, dan nasib baik juga masa wan datang kak yati ada!. Alhamdulillah. Penulis baru NB Kara iaitu Kusyi Hirdan juga ada. Tapi rasanya dia penulis lama cuma baru menulis dengan NB Kara. Juga ada si mamat hensem Anuar Kamarudin. Juga ada kak Sue yang havoc! hehehe

Selepas selesai di NB Kara, wan pusing-pusing dalam tu. Jumpa booth CESB (Creative) dan terserempak dengan geng kicap yang sedondon kaler & corak tudungnya sedang bergambar dengan Najwa Aiman. Wan hanya sempat lambai-lambai aje pada Najwa Aiman. Bersembang dengan Mag (pekerja CESB) tak sangka dia masih ingat pada wan walaupun dah hampir 2 tahun wan tak ber'urusan' dengan CESB... hehehe Juga jumpa Azieazah yang havoc tu. Hehehe terkejut member bila wan tegur dia -> antara blogger yang paling aktif di blog Mazidul. Macam mana wan kenal dia (Azieazah)? Sebab dia pernah join majlis KN yang wan pernah pergi dan sebelum dia join blog Mazidul. Di situ wan kenal dia. Sedang dok sembang dengan Mag, Ebi & Pu3 sampai. Borak-borak kejap sebelum sekali lagi baju wan kena tarik.

Memandangkan wan pergi dengan poket yang kering, jadi tak ada lah buku yang wan beli selain yang dah disenaraikan. Balik semula ke booth JS sebelum wan minta diri. Lagipun barang-barang wan tinggal di booth JS. Selepas bye-bye dengan semua yang ada... konon-kononnya nak terus balik, tapi kaki ni melencong ke dewan kat tingat bawah pula. Ingat nak intai kot-kot Rozita Wahab ada, tapi dia tak ada pula. Tapi Salina Ibrahim ada.. jadi wan hulur buku lama dia (dengan CESB) yang wan beli dengan harga RM5 di booth Fajar Pakeer hehehe. Hai-hai dengan Hani Fazuha, nampak Nurul Syahida (Akukah Novelis!)... nasib baik dia masih ingat pada wan, kalau tak buat malu jer tersenyum-senyum pada dia... ahaks. Oh kak NorZ (Norzailina Nordin) pun ada. Sedang dok borak-borak Rozita datang, hulur buku baru dia Ruang Rindu untuk ditandatangan, kemudian kak Anis pula sampai. Tapi wan tak boleh lama la sebab hari dah petang. Nak balik naik komuter lagi!

Keluar daripada PWTC, hujan pula turun. Main redah ajelah sebab tak tahu pukul berapa nak berhentinya... harap-harap Aysha tak demam lah! Oleh kerana wan dah beli tiket pergi-balik jadi cepat sikit wan boleh masuk dan nasib baik sekali lagi kerana tak lama kemudian train untuk ke Pelabuhan Kelang sampai. Tapi dekat pukul 7 juga baru wan sampai ke rumah!

Tapi apa yang wan perasan, tahun ni wan jadi malas nak ambil gambar. Serius, tak sampai lima keping wan ambil dengan camera wan... huhuhu nak kena tunggu sesiapa tag wan dekat facebook!! kot-kot ada dalam kamera mereka. Entahlah dah tak seghairah tahun-tahun sudah laaaa...

Oklah dah panjang benar wan tulis nih. Esok nak kena bangun pagi-pagi buta sebab sekolah dah mula balik... jadi hingga minggu depan, wan akan berkisah tentang PB lagi ya... minggu depan dah minggu terakhir, sesiapa yang belum datang lagi tu, datanglah. Dan kalau nampak wan kat mana-mana tu tegurlah ya... :-)

oklah... daaaaaaaa


0 comments:

Back to Top