0

Corat-Coret Cerita dari Bandung-Jakarta

Salam semua

 

Syukur Alhamdulillah. Segala perancangan yang diatur sekian lama berjalan dengan baik dan lancar walaupun ada juga satu dua perkara yang berlaku tanpa di duga yang sedikit sebanyak mencacatkan agenda kami.

 

Aku tak nak la bercerita ala hikayat 1001. Nanti kawan-kawan bosan nak membacanya. Tapi sebenarnya alasan utamanya, aku tak punya banyak masa. Biasalah bila bercuti agak lama (hampir seminggu) bila masuk pejabat, kerja dah menimbun minta dibereskan sedangkan aku? dengan penat yang masih bersisa (alasan?) dengan mood bercuti yang masih lagi menebal dalam kepala hingga melumpuhkan seluruh deria rasa untuk buat apa saja. Tapi yang paling utama, dalam kepala ni asyik dok terfikir 1-nak tido. 2-nak tido. 3-nak tido. 4-nak tido. 5-nak tido. Bahkan bilanglah sampai angka 100 pun masih lagi jawapannya NAK TIDO. Parahkan?? Inilah bahananya bila dah bercuti agak lama (sikit) nak tune balik mood bekerja amatlah payah.

 

Oklah aku nak sambung bercerita tentang lawatan aku dan keluarga ke Indonesia baru-baru ini. Tapi di mana ya harus aku mulakan?

 

Dengan jadual ketibaan kami?? semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang delay sebagaimana kebiasaan yang terjadi pada penerbangan Air Asia yang terdahulu (tapi ada juga yang punctual!). Kami di sambut oleh A'atian yang memegang kertas A4 yang terpampang nama "Eisyah / Wan" tapi sebenarnya kalau tak tulispun aku masih ingat lagi pada raut wajah A'atian tuh! hehehe

 

Oleh kerana Lili masih belum sampai (dia dengan penerbangan yang lain) jadi kami harus menunggu kedatangannya terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan ke Bandung. Sebenarnya, kalau ikutkan schedule asal, penerbangan grup aku sepatutnya jam 14.50pm tetapi di reschedule seawal jam 9.25am.

 

Bercuti bersama keluarga sebenarnya tak la bermasalah sangat. Tapi yang menjadinya masalah adalah budak-budak. Ahli grup aku terdiri daripada pelbagai peringkat usia. Dari usia seawal setahun lebih hinggalah ke usia warga emas. Jadi aku harus mengutamakan mereka untuk setiap aktiviti yang aku aturkan.

 

Ops, aku pun tak tahu siapa yang melantik aku atau aku yang pandai-pandai mengangkat diri aku sebagai 'keTua' rombongan atau kerana aku yang paling TUA antara kami adik beradik jadinya aku harus bertanggungjawab terhadap mereka?? Apa-apa ajelah!.

 

Ok berbalik pada cerita aku.

 

Pertama sekali aku nak bercerita tentang tempat penginapan. Aku amat ralat dengan situasi yang terjadi pada kami di Bandung. Pertama kali membawa keluarga, sudah pastilah aku mahukan kesempurnaan agar mereka yang pertama kali berkunjung ke sana akan merasa seronok dan gembira, sebagaimana rasa teruja yang mereka bawa sebelum tiba di Bandung. Tapi malangnya seawal hari pertama lagi kami sudah menghadapi kesukaran.

 

Kisahnya bermula apabila rombongan kami tidak dibenarkan masuk ke tempat penginapan Cassadua oleh pak guard. FYI Cassadua ini terletak dalam kawasan perumahan 'Elit' yang dilengkapi dengan security. Memanglah sekitar kawasannya amat selesa dan nyaman, tapi bila insiden ini berlaku, seluruh rasa suka itu mula tercalar.

 

Kami tiba di kawasan tersebut lebih kurang jam 11.00 malam (waktu Indonesia). Bas kami dihalang daripada memasuki kawasan perumahan tersebut. A'atian tinggalkan kami dalam bas untuk mendapatkan bantuan daripada wakil Cassadua. Lebih setengah jam berlalu, kelibat A'atian masih lagi belum kelihatan. Pak Driver, mematikan enjin bas (katanya penduduk sekitar mengadu bunyi bas bising dan mengganggu ketenteraman mereka tak munasabah!).

 

Anak-anak kecil mula meragam. Lagikan kita yang dewasa dan sudah berusia ini pun sudah penat yang amat apatah lagi mereka yang tak reti nak meluahkan dengan kata melainkan dengan tangisan yang mula membingitkan teliga.

 

Bertemankan bodyguard (adik2 lelakiku) aku menyusul A'atian ke rumah penginapan Cassadua untuk 'menyiasat' apa yang berlaku. Dipertengahan jalan aku bertembung dengan A'atian dan Pak Guard dengan janji akan menyelesaikannya secepat mungkin. Tapi kami harus menapak ke Cassadua. Nasib baik la bag-bag kami yang tak muat tempat penyimpanan barang mini bus tersebut akan dibawa oleh A'atian dan wakil daripada Cassadua.

 

Aku yang dah mula panas hati dengan khidmat Cassadua, sudah berfikir untuk mencari tempat penginapan yang lain!. Tapi memandangkan hari sudah lewat malam, masing-masing sudah mula menunjukkan riak wajah yang teramat lelah, aku cuba sabarkan hati, menyelesaikan masalah bilik secepat yang mungkin agar mereka dapat berehat dengan selesa.

 

Selepas selesai mengagih-agihkan bilik, meminta tambahan tilam untuk bilik Nini & Lili (yang dikenakan bayaran sebanyak Rp75,000 untuk 1 tilam), menyelesaikan baki bayaran yang masih perlu dijelaskan (aku telahpun membuat pembayaran 50% sebagai deposit penempahan bilik lewat Western Union sebagaimana yang diarahkan sebelum berlepas ke Indonesia).

 

Malangnya, aku perlu membayar harga yang penuh (untuk 2 hari) walaupun aku hanya ingin menginap untuk semalaman sahaja. Terpaksalah aku membatalkan niat aku untuk mencari rumah penginapan yang lain. Kenapa aku harus membazirkan duit aku? masih banyak lagi belanja yang perlu difikirkan. Hari inikan baru hari pertama, aku masih ada lagi 4 hari yang berbaki untuk membelanjakan wang Rupiah yang aku bawa!.

 

Selain daripada itu, aku juga rasa ralat. Tak berbaloi rasanya aku membayar harga bilik Rp325,000 (bilik besar Deluxe A yang tidaklah sebesar manapun!) dan Rp300,000 untuk bilik Deluxe B. Padahal di sepanjang jalan menuju ke Cassadua terdapat deretan rumah penginapan yang menawarkan harga yang jauh lebih rendah, dengan lokasi yang terletak di pinggir jalan, memudahkan urusan menjemput dan menghantar kami. Dengan laluan menuju ke Cassadua yang sempit (menyukarkan pengendalian mini bus - & kami juga terlibat dengan kemalangan kecil!) sudah pasti menimbulkan rungutan di pihak pemandu bas. FYI kami adalah pelanggan pertama yang merasmikan mini bus tersebut (baru dibeli dan kami pelanggan pertama yang naik bas tersebut!)

 

Begitu juga dengan insiden yang terjadi di hari kedua kami di Bandung. Kami harus menapak ke bilik penginapan selepas sekali lagi Bas kami tidak dibenarkan masuk oleh Pak Guard. Dengan barangan belian yang berbondong-bondong dengan anak-anak kecil yang minta digendong, dengan rasa penat yang mula menjalar di seluruh urat saraf setelah seharian berada di jalanan kota Bandung yang kebetulan hari Khamis adalah hari libur mereka Hari Nyepi jalan macet. Segala-galanya menjadikan keberadaan dan keseronokkan kami di Bandung sedikit tercalar.

 

Walaupun layanan dari para petugas Cassadua boleh dikira lumayan bagus dengan keramahan dan sopan santun mereka dan istimewanya breakfast kami dihantar ke bilik, namun masih lagi tidak dapat mengubat rasa ralat yang terbuku di hati.

 

Dan jika diberi pilihan aku tidak terfikir untuk memilih Cassadua sebagai tempat penginapan aku di Bandung di lain lawatan (hehehe macamlah aku akan datang lagi ke Bandung??!!). Aku sudah serik! yang pada aku lebih banyak memberi kesulitan berbanding kesenangan pada kami.

 

Ok, kita stop berkisah tentang Cassadua dan masalah-masalahnya.

 

Apa lagi ya yang aku nak kongsikan dengan kalian semua? Bukanlah semuanya tak baik, malah rasanya kalau nak diukur mengikut skala, 1:10 masih lagi releven. 1 yang buruk nisbah dengan 10 yang baik dikira sangat bagus untuk aku yang pertama kali menganjurkan Family Trip di luar dari negara kita.

 

Sebenarnya banyak cabaran yang terpaksa aku hadapi. Antaranya apabila di kalangan kami ada kanak-kanak, ada warga emas, aku harus mengutamakan keselesaan dan kesenangan mereka terlebih dahulu dalam membuat setiap perancangan dan keputusan. Kalau ikutkan hati muda, sudah pastilah aku mahu melawat ke tempat-tempat yang lebih adventure yang memerlukan aku mengerah seluruh daya tenaga. Tapi aku tak harus mementingkan diri sendiri, jadinya aturcara aku sekadar melawat Tangkuban Prahu salah satu tempat wisata yang agak terkenal di Bandung dan acara Shopping.

 

Walau bagaimanapun acara berlibur ke Tangkuban Prahu tetap juga ada adventure. Memandangkan aku menyewa Mini Bas selama 5 hari kami berada di Indonesia Jakarta/Bandung dan mini bas pula tidak dibenarkan sampai ke puncak Tangkuban Prahu, jadi kami harus menaiki Mobil Khusus Angkutan Pariwisata untuk naik ke puncak.

 

Mobil Khusus ini adalah kenderaan yang disediakan oleh pihak wisata bagi para pengunjung yang tidak berkenderaan untuk naik ke puncak Tangkuban Prahu. Mobil Khusus ini mampu memuatkan lebih kurang 10 orang untuk setiap mobil dan tidak berdinding. Bermakna kita dapat melihat pemandangan di kiri kanan jalan menuju ke atas dengan kadar bayaran yang dikenakan sebanyak Rp5,000 setiap orang (tidak termasuk Rp30,000 untuk masuk ke Tangkuban Prahu).

 

Perasaan aku?? agak ngeri jugak la. Dah la jalan menuju ke atas agak berbelok-belok dengan kondisi mobil yang agak 'menyeramkan' tapi sekurang-kurangnya itu satu pengalaman yang tak terjangkakan buat aku!. Mini bas harus diparkir di satu kawasan yang telah ditetapkan (tidak perlu bagi pengguna Van pregio, kijang mahupun kereta).

 

Satu lagi pengalaman yang tidak kurang memeningkan kepala aku adalah, rombongan kami dikerumuni oleh para penjual yang tidak putus-putus memujuk kami membeli barang jualan mereka. Naik rimaspun ada! Kasihan adik-adik ku terutamanya Lili yang telah banyak habis duit kerana ditipu?? akupun tak pasti! kerana dia mengeluarkan wang yang banyak untuk sesuatu barang. Jika dia beli dengan harga Rp100,000 aku hanya beli dengan harga Rp30,000.

 

Masalah utama kerana para penjual menyuakan barangan terus ke tangan anak-anak! Nak tak nak harus dibayar walaupun selepas proses tawar menawar. Lagilah dengan ke'degilan' anak-anak Lili yang mula menjangkit pada Aysha, sedikit sebanyak membuatkan hati aku jadi panas. Tapi aku tak tahu harus marah pada siapa. Pada Aysha yang melihat sepupunya dapat 'mainan' keinginannya untuk memiliki juga pasti ada! Pada penjual yang mencari rezeki? Aku rasa tak adil pula kerana merekakan mencari rezeki?!

 

Tapi sebenarnya aku marah (sebetulnya kecewa aje, istilah marah tu kedengarannya agak melampau) pada keadaan yang tidak terkawal. Mana harus memerhatikan pada ahli rombongan yang ramai itu, pada karenah anak-anak yang tidak mendengar kata yang buat tempat tersebut seumpama tempat sendiri. Aku sebenarnya lebih banyak risau daripada enjoy menikmati keindahan alam bekas tapak letusan gunung berapi itu. Nasib baiklah aku pernah ke sana ketika lawatan pertama kali bersama geng UlatBuku dahulu. Sekurang-kurangnya perasaan aku tidaklah terlalu ralat!.

 

Jadi aku harus membiarkan Lili bersama keluarganya, Nini bersama keluarganya, *Lelaki Itu* yang awal-awal lagi aku sudah maklumi akan hilang ghaib bersama kameranya, merakamkan keindahan wisata alam itu sebagai kenangan. Tapi aku juga harus memberi kredit padanya kerana aku tidak perlu 'sibuk' untuk mengambil gambar kerana aku boleh cilok gambar-gambar daripada koleksinya cameranya!

 

Jadi perhatian aku khusus pada Mek, Abah (yang kadang-kadang hilang juga dari pandangan mataku), pada Aysha (yang lebih suka mengekor anak-anak Lili), pada Rose (yang harus melayan karenah Yasmin & Amirun) serta adik-adik lelakiku (pun kadang-kadang hilang juga dari pandangan mataku!) Pendek kata segala-galanya harus aku ambil tahu. Tapi nasib baik ada A'atian yang banyak membantu aku mengawasi ahli rombongan aku! Terima kasih yang amat pada A'atian!!

 

Oklah. Aku nak berkisah tentang cerita lain pulak. Apa lagi ya?? Oh ya, satu lagi pengalaman yang aku kira menarik jugalah untuk dikongsi. Sebagaimana yang kita tahu, Bandung memang terkenal dengan penyanyi jalanan (pengamen jalanan). Salah seorang bekas pengamen jalanan yang dah jadi artis terkenal di Indonesia adalah Ariel Peterpan. Hehehe aku bukanlah nak bercerita tentang Ariel ataupun groupnya Peterpan, tapi aku nak berkisah tentang pengamen jalanan yang menjadi penghibur kami ketika di Bandung.

 

Kisahnya berlaku apabila kami usai berbelanja di Pasar Baru pada hari ketiga kami di Bandung. Ketika dalam perjalanan ke tempat makan Restoran Simpang Raya, kami ditumpangi (tapi bukan aku yang memberi izin ya!) oleh pengamen jalanan. Adik-adik aku dah cuak, jadi tertanya-tanya di mana dia nak turun?? Jawapan aku mudah aje "mereka kan mencari rezeki, mana-manapun mereka boleh turun! nanti bila kita turun di tempat makan dia turun la sekali!".

 

Walau bagaimanapun kiranya terhibur jugak lah. Ops aku lupa nak tanya apa namanya. Beliau menyanyikan lagu-lagu popular masa kini. Sempatlah nyanyikan 3-4 buah lagu sebelum kami tiba ke tempat yang dituju. Ada lagu Ungu Andaiku Tahu, ada lagu Samsons Kenangan Terindah, dan beberapa lagu yang aku dah lupa judulnya & Mak Ani (mak mertua Nini) siap buat request lagu, minta dia nyanyikan lagu Broery Marantika Biarlah Bulan Bicara. Adik-adik lelakiku pula siap berkaraoke dengannya & aku harus puji suaranya memang bagus!. Kiranya pengalaman menarik la bagi aku!

 

Apa lagi ya?? Nanti aku fikir jap!

 

Bagaimana dengan kisah di Jakarta??

 

Oh kisah di Jakarta, hari ke-3 kami tiba di kota Jakarta dah agak lewat (9.15 malam waktu Indonesia). Terima kasih pada Bunga yang sudah bookingkan bilik/apartment yang sangat selesa buat rombongan aku. Selepas check-in kami di beri bilik 1901 & 1909. Oleh kerana badan sudah penat, kami hanya order makanan daripada hotel (room service).

 

Dan  aku amat berbesar hati kerana Bunga akan menyertai kami di Jakarta! (big hug utk bunga). Jadi hari ke-4 kami di Jakarta, pagi-pagi lagi Bunga sudah sampai (aku belum bersiap berdandan lagi. hehehe) kasihan pada Bunga harus tunggu rombongan kami yang ramai tuh!

 

Selepas sarapan di Hotel, kami bergerak ke Tanah Abang untuk sessi bershopping. Separuh hari kami di sini tidak cukup untuk ahli rombongan kami berbelanja. Masih banyak lagi barang yang nak dibeli tapi tak punya masa & yang utamanya Rupiahnya dah susut (habis!!) terpaksa minta Bunga carikan money changer untuk tukar wang. Esoknya masih ada  1 hari lagi. Mana tau di airport dikenakan extra tax??. Kemudian kami singgah di Mangga Dua (kerana teringin nak tengok Mangga Dua yang terkenal itu) tapi tak ada yang menarikpun untuk kami di sana. Sekadar singgah (tak sampai jam pun kami kat sana!).

 

Malamnya lepas solat Maghrib, kami keluar lagi. Tapi kali ini kami hanya ke Anggerik Mall yang terletak berdekatan dengan hotel penginapan kami Grand Tropic. Di sini memang happening! Anggerik Mall ini adalah shopping mall macam Sunway Pyramid?? (sebab kat bawahnya ada ice-skating).

 

Adik-adik aku jadi gila sekejap kat sini. Baju (esp. baju baby), baju t-shirt, kasut dan macam-macam lagi la yang cantik-cantik & murah-murah (semurah tak sampai RM5 duit kita). Dah la harga murah, ada less lagi 50% memang heaven sungguh tapi sayangnya duit aku dah tak banyak! tak berani nak berbelanja lebih-lebih! tapi as usual, bila balik teringat-ingat kat baju yang aku berkenan tapi tak berani nak beli memandangkan Rupiah aku memang dah tinggal cukup-cukup untuk bayar duit tambang bas untuk ke Airport.

 

Kami di sana hingga kedai sudah ditutup! Itupun belum habis lagi barang yang nak diborong. Lepas tu masing-masing dok merungut kat aku "kalau tak singgah Mangga Dua pun taka pa, buat buang masa aje!" huhuhu adik-adik aku ni lah bab shopping no.1. Kesian kat Bunga, harus menemani kami sampai lewat malam *peluk yang kuat kat bunga* Makasih mbak!! aku sayang banget sama kamu sayang yang amat sih!!.

 

Oleh kerana penerbangan kami ke Kuala Lumpur jam 6.25am. Kami harus check-out seawal jam 3.30 pagi. Oleh kerana silap aku, sepatutnya inform reception bahawa aku mahu check-out awal bagi membolehkan mereka 'tapau' 12-box breakfast untuk kami, tapi sayangnya aku hanya memaklumkan pada mereka masa aku check-out. Jadi mereka tak sempat nak sediakan pada kami yang sudah kesuntukan masa.

 

Selepas urusan check-in kami mencari surau untuk solat subuh. Just in-time dengan waktu panggilan untuk masuk dalam kapal terbang. Lebih kurang jam 9.10 pagi kami selamat mendarat di LCCT KL (tiba lebih awal dari yang dijadualkan mungkin kerana cuaca amat baik).

 

Jadi itulah dia panjang lebar al-kisah aku di Jakarta-Bandung.

 

Kalau kawan-kawan nak tengok gambar rombongan kami di sana boleh singgah sini -> http://wanamalyn.multiply.com dan aku harus memberi credit pada *Lelaki Itu* dengan setiap gambar yang aku cilok daripada cameranya!! hehehe

 

PS: Insyallah tahun depan aku plan nak pergi Sarawak pula� jadi aku harus menabung dari sekarang kerana tabung kami perlu dipenuhkan semula selepas kering-kontang kami perhabiskan di Indonesia!

  





Back to Top