Meraikan sedekad berlalu....

Posted by: Wan Amalyn in

Salam semua,

Hari ini tanggal 6 Februari genap 10 tahun usia perkahwinan wan bersama dia, sang arjuna hati. Dalam tempuh sedekad melayari bahtera rumahtangga, pelbagai suka duka yang telah kami lalui bersama. Ada pahit ada manis, ada suka ada duka namun segala rintangan berjaya kami diharungi berkat kesabaran yang menggunung di hati, berkat toleransi yang menjadi asas diri.

Alhamdulillah, syukur kehadratNya yang telah menyatukan jodoh kami hingga ke hari ini dan moga jodoh kami akan terus berkekalan hingga ke akhir usia kami... Insyallah.

Alhamdulillah, syukur kerana dia menerima diri ini seadanya, kerana dia amat memahami diri ini, dan kerana dia sudi menyayangi diri ini.

Buat sirman,
Pen merah, pen Biru,
Papa marah, Mummy tetap love you! hehehe


Happy 10th Anniversary Papa!

Scrapbooking at WiddlyTinks.com


Nota Wan:
Tahun ini wan tidak mahu terlepas tarikh ini, kerana tahun lepas dek kerana kesibukan wan dengan pelbagai 'agenda', wan langsung terlupa.... dan dia juga langsung tak ingat... ahaks teruk sungguh!



Petualang Cinta

Posted by: Wan Amalyn in

Episod 1 : Siri Pengenalan

Hingar-bingar di sekitar cafeteria KSPU tidak aku pedulikan. Tekad aku cuma satu, ingin menyiapkan salinan nota kuliah En Zack sebentar tadi dengan kadar segera. Aku tidak mahu menangguhkannya kerana selain aku ini pelupa, juga sebelum ingatan aku bercelaru dengan mata pelajaran En Suhaimi sebentar nanti, jadi segalanya harus teratur dan lengkap sebelum masuk pelajaran yang lain.

Sebenarnya ketika ini semangat juang aku masih di tahap yang tertinggi, jadi aku harus mempergunakan sepenuhnya peluang yang ada ini. Maklumlah semangat aku ni bagaikan biskut chipsmore, kejap ada... kejap nanti hilang, entah dimakan dek siapa!! hehehe

Subject Transportation Planning yang diajar oleh En. Zakaria yang suka di seru dengan nama En. Zack ini, merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib diambil untuk semester 3 ini bagi melengkapkan jumlah jam kredit. Mulanya aku sudah cuak, ‘Transportation’ apa yang nak dirancangkan?? Yalah akukan ambil ‘Perancangan Bandar & Wilayah’ apa kena mengena dengan pengangkutan pula? Isk... budak ni belajar tak sampai pun separuh lagi, ketahuilah oleh kamu wahai pemilik kepala yang nenong, macam-macam lagi perkara baru yang kamu akan dan kena belajar!

Tapikan... hei seronok lah belajar subject ini, sementelah pula En. Zack yang kelakar membuatkan sessi pembelajaran bagaikan sessi borak-santai aje. Itu yang membuatkan nota aku jadi tunggang langgang, aku tidak tahu apa yang harus dicatatkan... semuanya bagaikan nota 'lawak jenaka’ aje.

Dalam leka, bahu aku ditepuk dari belakang menyebabkan konsentrasi aku hilang berantakan.

“Ooo di sini rupanya cik puan bersembunyi ya, puas la kami cari dalam kelas tadi...”

Tanpa perlu mengangkat muka, aku sudah tahu milik siapa suara itu. Selama dua semester bersama, aku sudah cam suara sahabat-sahabat yang sering bersama aku.

“Pembetulan, aku hanya ada 'Cik' belum ada 'Puan' lagi ya?! jangan buat aku sumpah korang jadi magic tape ya!"

Jeda.

"Sorry lah, tadi aku lapar sangat, tak sempat nak ambil sarapan kat dewan makan, korang tahulah kan ‘adik’ aku ni bukannya boleh lapar. Itu yang aku cabut awal tu...”

Kelihatan Nurul, Zana & Laila serta beberapa budak lelaki dari kelas kami sedang tersengeh memandang aku. Memberikan pandangan yang pelbagai reaksi.

“Wei rajin la ko!, nanti bolehlah aku fotostat nota ko hujung semester nanti?!” Joko bersuara bersama sengehan yang sudah aku arif maksudnya.

Oh ya, selama dua semester dengan mereka, nota yang aku salin di setiap kuliah yang aku hadiri, yang aku jaga sebagaimana aku jaga harta aku yang tak ternilai, pasti akan lunyai digelek dek mesin fotostat. Ya nota-nota aku inilah yang akan jadi nota mereka -budak-budak lelaki yang tak makan dek saman- menjelang musim peperiksaan di akhir setiap semester!

Aku menghadiahkan jelingan maut tanda... NO WAY MAN!!... hanya disambut dengan kekekan ketawa Dzul dan Qyrell yang menjadi rakan subahat Joko. Aduhai tanda 'jeling amaran' aku tidak lagi berkesan pada mereka. Aku kena cari taktik lain pula ni. Nanti aku fikir, tapi kali ini aku kena siapkan kerja-kerja ini dulu.

Aku menyudahkan ayat terakhir pada nota kuliah yang aku salin kembali ke dalam buku bersaiz A4 berkulit keras berbalut kemas dengan plastik. Mengaup segala pen dan alatan menulis yang ada di atas meja, lantas memasukkannya ke dalam kotak pensel berbentuk Minnie Mouse. Segala kertas-kertas contengan, aku masukkan dalam clear folder file.

Oh ya kegemaran aku ketika waktu kuliah sedang berjalan adalah menconteng di kertas putih kosong bersaiz A4. Macam-macam yang aku tulis, sama ada nota kuliah (sudah pastinya), mahupun ‘mutiara kata’ ketika mata sudah mula pejam-celik, pejam-celik menahan kantuk. Ops! ‘mutiara kata’ ini bukanlah kata-kata indah penuh puitis tetapi ‘nota sembang’ antara aku dan mereka yang ada di sebelah aku, kalau tidak dengan Nurul, Zana, kalau tidak Zana, Laila... tengoklah siapa yang sudi melayan aku. Dan subjeknya adalah gossip semasa budak-budak dorm, ataupun kritikan serta ocehan tidak puas hati pada apa-apa yang berlaku di seputar kami. Tidakpun sekadar memberitahu pada rakan sebelah, siapa yang tersengguk-sengguk, tewas pada rasa mengantuk yang mengambil alih mata mereka! hahaha

Semester baru, selepas setahun menyelesaikan pengajian di utara tanah air, kini aku berada di kampus induk untuk menyelesaikan pengajian yang belumpun separuh. Semester baru untuk tahun dua ini, sebagaimana lazim pastinya ada rakan-rakan baru yang akan menyertai kelas kami. Ada antara mereka yang menyambung pengajian daripada peringkat sijil ke peringkat yang lebih tinggi, ada juga antara mereka yang datangnya dari mana-mana Politeknik yang ada di seluruh negeri di Malaysia ini.

Dan jika ada yang ‘baru’, pastinya ada juga yang ‘lama’ yang perlu aku tinggalkan. Ya, aku bersyukur kerana walaupun ada antara mata pelajaran yang pada aku agak susah yang aku dapat dengan markah yang 'cukup-cukup makan', aku lepas tanpa perlu mengulang pelajaran yang sama. Satu perkara yang amat membosankan tau!. Ya, aku harus meninggalkan mereka yang perlu mengulang paper. Dan salah seorangnya adalah sahabat baik yang sentiasa menemani aku ketika aku di awal-awal menyesuaikan diri dengan suasana baru. Aah rindunya aku pada dia. Bagaimana agaknya dia di sana? Aku cuba mengusir rasa sebak yang mula mencuit tangkai hati.

“Hah! tadi apa cerita dengan En. Zack?, lama korang diskuss... ada apa-apa yang aku kena buat ke?” Aku menoleh memandang kawan-kawanku seorang demi seorang.

Dan pandanganku terhenti pada seraut wajah yang mempamerkan riak wajah yang sukar untuk aku telah...

...bersambung

*****

Nota Wan:

Sebenarnya wan ada 'rancangan' khusus dengan entry ini, tapi memandangkan wan tersangatlah sibuk, jadi ia terpaksa ditangguhkan sehinggalah ke hari ini... Jangan tanya dulu apa rancangannya okey! Itu rahsia yang akan wan bongkarkan bila tiba masanya nanti...

DAN...

JANGAN BUAT SPEKULASI YANG BUKAN-BUKAN YA!!! hehehehe

What goes around comes around...

Posted by: Wan Amalyn in

Salam semua,

Wah! berspeaking London pula wan hari ini ya! hehehe

Sebenarnya wan sukakan frasa itu. Apatah lagi untuk 'keadaan' hari inilah terutamanya.

Apa hal yang berlaku hari ini?

Oh! bukannya perkara besarpun apatah lagi untuk diperbesar-besarkan, tapi wan suka nak berkongsi perasaan wan dengan kamu semua.

Perasaan yang bagaimana?

Perasaan gembira yang berganda. Pernah tak kamu mengalaminya? Apabila kita mengembirakan hati orang, kita akan dapat balasan iaitu kegembiraan yang berganda. Walaupun sebenarnya kita tidak mengharapkan balasanpun! Tapi sesungguhnya Allah kan maha pemurah lagi maha penyayang?! Jadi tidak hairanlah bila kita berbuat baik, pastinya Allah akan balas walaupun dalam bentuk yang berlainan, tapi tetap mempunyai makna yang sama!

Hahaha wan tak mahulah memeningkan kepala kamu semua, cukuplah sekadar wan katakan, hari ini perasaan wan berkali ganda lebih gembira berbanding dengan hari-hari lain yang sememangnya gembira.

Hari ini, wan dapat cek baki bonus yang sepatutnya wan dapat. FYI office wan ni pelik sikit (atau normal aje pada pandangan kamu!) wan akan dapat bonus in-advance (selalunya separuh atau 3 suku) bila time raya Aidil Fitri. Sedangkan staff lain tak dapat lagi. Dengan kata lain mereka dapat ketika time mereka nak raya iaitu bila nak CNY. Mulanya wan dah tak berharap dapat dah memandangkan collection sales tahun lepas tak la sebanyak tahun-tahun sudah (itu yang dikhabarkan pada wan oleh accountant office, kalau dia tipu wan pun wan mana tahu dak??)

Tapi, as usual bos wan yang baik hati ini tetaplah ingat pada wan, walaupun sedikit kurang daripada tahun lepas, at least masih ada kan? Jadi boleh la buat belanja wan nak bercuti nih!! hehehe

Harap-harapnya balik dari bercuti, wan dapat collect angpau pula... boleh la buat belanja untuk Pesta Buku nanti pulak... Yayyyy!! itu yang seronoknya wan kerja kat sini... hahaha adakah wan berbau materialistik??

Apa lagi ya??

Oh wan sekarang ni teramat sibuk yang amat. Kerja kat pejabat, sudah berganda-ganda sibuknya, lepas tu dapat pula 'job' nak kata tak nak sayang la pula... itu kan 'duit', jadi walaupun sekarang ni waktu tidur wan hanya 2-3 jam sahaja, wan tetap akan bertahan... Jadi kalau rumah ini sesekali jer berupdate, wan mohon maaf lah ya... ini menunjukkan tuannya mungkin tengah karam dalam lautan kertas!

Okey kena sambung buat kerja....

Daaaaaa.... (in a happy mood!!!!)

PS: Ucapan TAHNIAH buat warga Jemari Seni yang telahpun berpindah ke premis baru! psst... psst... bila nak buat office warming??? hehehe

Selamat Hari Wilayah

Posted by: Wan Amalyn in

Salam semua,

Selamat bercuti diucapkan pada mereka yang bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Wilayah Persekutuan Labuan.

Hari ini sirman cuti.

Hari ini juga my Aysha tak pergi sekolah kebangsaan sebab demam. Malam tadi dia minta kebenaran wan untuk ponteng hari ini, wan cakap dengannya tanya Papa, dia kata Papa suruh tanya Mummy... macam mana ni? Hehehe rupa-rupanya dia dah tahu taktik wan untuk melambatkan beri keputusan... sebelum dia tanya wan dia dah tanya sirman dulu... bijak... bijak...

Bila wan kata OK. Wah!! bukan main seronok dia bantai tengok kartun sampai jam 11 malam sedangkan waktu tidur dia tak lebih daripada jam 10.30 malam. Bila sirman tegur, jawapan dia memang membuatkan wan tersengeh.

Ini antara perbualan mereka...

"Aysha tidur... esokkan sekolah?" (padahal sirman dah tahu esok dia tak payah pergi sekolah pagi)
"Oh esok eisya tak sekolah laa..." sambil mata memandang kartun yang sedang ke udara di tv
"Esokkan isnin, isninkan sekolah!" (konon-konon tak tahu)
"Tak la... esok eisya tak sekolah!" dengan muka yang selamba
"Sapa cakap esok tak sekolah?"
"Eisya la cakap tak sekolah" dengan muka yang dah cuak sambil pandang wan dengan pandangan "esok eisya tak payah pergi sekolahkan??"

Hehehe anak oh anak... macam-macam ragam yang buatkan kita tersenyum walaupun nak marah pun ada....


.... (tak tahu nak letak tajuk apa)

Posted by: Wan Amalyn in

Salam semua,

Semakin lama, wan jadi semakin malas. Tak sukalah dengan perangai ini. Tapi tak tahu nak buat macam mana!

Oklah, memandangkan wan malas, jadi wan nak tulis pendek-pendek sajalah. Hmmm nak cerita fasal apa ya?

Fasal Aysha yang dah seminggu diserang demam panas? Tapikan wan pelik laaa... dia macam demam malam aje. Maksudnya malam badan dia panas sungguh! 2 3 malam ni dia merengek nak tidur dengan wan, jadi itu yang wan tahu dan bahang panas badannya, boleh wan rasa. Lepas tu tidur wan jadi tak lena sebab dia meracau dalam tidur, dan adakalanya dia mengigau bercakap dalam tidur... huhuhu buat seramkan wan aje!

Pagi ini dia tanya wan bila demamnya nak baik? Makan ubat susah, macam mana nak cepat baik? Itu jawapan wan pada dia... langsung dia diam, sebab sememangnya itulah hakikatnya.

Cerita apa lagi ya??

Oh! Hujung minggu ini ada kenduri kahwin cousin sirman kat shah alam seksyen 18. Semalam majlis akad nikahnya dan hari ini adalah kendurinya. Kebetulan pula Karangkraf buat karnival di premisnya di shah alam juga tapi seksyen 15. Jadi sempatlah wan singgah borong buku juga pesanan daripada kawan-kawan selepas majlis akad nikah tu.

Wan ke sana dengan Aysha... kesian dia, dalam tak sihat tu wan heret dia jadi peneman wan. Tapi yang buat wan tension, dalam perjalanan nak masuk ke premis Karangkraf (kerana kereta terpaksa di parkir jauh sikit kerana tiada lot kosong di sekitar jalan/pintu masuk) my Aysha terpijak chewing gum. Gggrrr memang geram sungguh! tapi bukanlah pada Aysha, tapi pada orang yang membuangnya sesuka hati! Entah bagaimanalah dia boleh melekat hingga ke seluar jeans, di kaki dan selipar tu tak payah ceritalah! FYI wan memang benci dengan chewing gum sebagaimana wan menyampah menengok mereka yang mengunyahnya di khalayak ramai... entah ya... wan memang tak suka laaa... stop cerita pasal chewing gum sebelum wan bertambah panas hati.

Memandangkan wan dengan Aysha, jadi wan menonong ajelah ke tempat yang dituju. Mana lagi kalau bukan booth Alaf dan Buku Prima. Jadi wan memang tak toleh kiri kanan bila berjalan, tapi tiba-tiba wan bagaikan terdengar ada suara yang menyeru nama wan... oh! rupa-rupanya penulis Salina Ibrahim. Wan memang tahu dia berkerja di karangkraf, tapi tiap kali wan pergi ketika karangkraf buat karnival memang susah nak bertembung dengannya. Kiranya nasib wan memang baiklah. Sempat juga tertegur sapa dan khabarnya bulan Februari nanti, buku terbaharunya bakal terbit dan penerbitnya adalah ALAF 21. Wah! tak sabar nak dapatkan, nak tahu juga bagaimana agaknya genre penulisan mantan MPR ini agaknya ya?? kita tunggu dan lihat nanti okey?!

Di booth Alaf & Buku Prima, wan sempat jumpa dengan Nurul Syahida yang sedang bertugas bersana penulis Siti Rosmizah. Selepas dapatkan apa yang dicari, jumpa dengan Nurul Syahida untuk dapatkan tandatangannya, wan terus balik. Ops! wan jumpa dengan Pokcik Mersik juga di meja penulis Alaf tapi penulis Alaf yang lain semuanya dah balik, yang ada hanyalah Sri Diah.

Dalam perjalanan nak ke kereta, hujan turun pula... wan redah ajelah, tapi yang kesian kat Aysha la... dah la demam, kena hujan pula... lagi la lambat baiknya! huhuhu

Itu kisah semalam, hari sabtu. Hari ini wan sekali lagi ke Shah Alam untuk majlis kenduri. Sirman pagi-pagi lagi dah ke sana, yalah diakan jadi jurugambar, wan kat rumah sempatlah berkebun dan memasak hinggalah blackout & nasib baik lappy sirman ada back-up power walaupun 2 jam tapi cukuplah untuk wan tuai dan masak makanan... hehehe (penangan FV & CW lah nih!!)

Lepas majlis, wan terus balik...

Itulah ceritanya...


Hhhhmmmm

Posted by: Wan Amalyn in

Salam semua,

Entah mengapa sekarang ni wan terlalu kerap mengeluh! Tak baikkan?? Tapi tak tahulah kenapa! Adakalanya fikiran wan jadi bercelaru. Wan jadi tension. Banyak perkara yang berlegar di benak yang perlukan perhatian. Tapi bila dah terlalu banyak ia jadi berserabut...

Semenjak dua menjak ni, sejak wan dapat bos baru (bos kecik - adik bos besar) wan jadi tak ada mood nak kerja. Tak macam dulu, bersemangat aje nak ke pejabat.

Kenapa dengan dia?
Oh sebenarnya tak ada apa-apapun dengan dia, cuma wan tak suka cara kerjanya yang suka pressure wan. Dia suka beri kerja dan setiap 10 minit dia akan datang tempat wan tanya... "cik wan dah siap?" bayangkan kerja yang diberikan tu bukannya sedikit tapi banyak. Dan dia aspect wan boleh siapkan dalam masa 10 minit? gila apa!! Dia ingat wan ni ginnie ke... klik aje semua kerja siap!! Ada kalanya wan hanya buat bodoh aje... bila dia datang tanya lagi, wan cakap "BELUM". Tapi bila dah 4 5 kali datang setiap 10 minit tanya soalan yang sama, siapa tak tension? Dan pernah satu kali wan dah tak tahan lagi, wan cakap kat dia... "You tau tak, I tengok muka you I jadi tension!" dengan nada bergurau, walaupun dalam hati itulah hakikatnya!.

Wan paling suka bila dia keluar meeting, wan boleh buat kerja dalam keadaan aman sikit. Sikit saja tau sebab sebelum keluar ada la kerja yang dia suruh wan buat dengan pesanan balik dia nak. Dan adakalanya dia kat luar tu, dia akan call tanya, "kerja yang I beri tadi dah siap ke belum?" gggrrrr tak pun dia call suruh cari data yang dia nak... "cik wan, try check berapa dimension cooling tower tu, I tak tahulah boleh fix-in ke tak" atau "cuba check berapa capacity untuk exhaust fan no bla-bla, I rasa macam tak cukup la..." iishhkkkk geramnya!! macam mana nak buat kerja dengan cepat macam ni, kalau dia asyik kacau aje?? Itu belum dia balik, yang membuatkan tension wan jadi berganda.

Wan lagi suka cara kerja big bos. Dia akan beri kerja, wan tanya dia bila dia nak, dan on time kerja tu dah ada atas mejanya. Sebab, wan boleh atur kerja wan dengan aman. FYI wan bukan buat kerja untuk 1 project aje, sekarang ni ada few project yang tengah on going jadi harus bijak mengatur kerja-kerja wan. Tapi sekarang ni semua kerja-kerja wan jadi berantakan. Wan bagaikan buat kerja dia sorang! Hingga langsung tak boleh nak buat kerja lain.

Apa yang buat wan lagi tension, tahun ini 2010 buat pertama kalinya selepas 7 tahun wan bekerja di sini, ada appraisal. Bukanlah tak pernah, pernah. Dulu masa wan kerja dengan office lama dah pernah buat. Tapi yang tak sedap di dengarnya, bos kecik ni yang akan buat appraisal wan, bukan bos besar! Huhuhu ingatkan bos besar juga yang buat untuk wan! sebab wan nak tunggu bos besar panggil aje nak luahkan apa yang terbuku di hati ni. Kalau benarlah bos kecik yang buat untuk wan jangan haraplah wan akan dapat markah yang tinggi-tinggi sebab wan asyik dok bergaduh aje dengan dia! Dan dia pernah cakap wan macam-macam... tak produktif la, lembab la... geramnya!!!

Tak tahulah nak cakap apa lagi... wan rasa wan jadi macam ni sebab dia juga. Wan memang tak suka cara kerja dia! Dia selalu buat wan kerja under pressure, jadi wan tak dapat berfikir secara fokus. Bila dah tak dapat fokus, semua kerja jadi tak betul. Tak suka laaaa... kenapa dulu (sebelum dia datang) wan boleh buat kerja dengan baik? Satu aje alasan yang wan terfikir, sebab tak ada orang yang beri tekanan pada wan! Memang wan akui, wan bukanlah seorang pekerja yang boleh bekerja dalam keadaan yang tertekan. Wan mudah jadi tension. Jadi bila dah tension pastilah wan tak boleh nak deliver kan? Entah la... tak suka laaaaaaa.....

Dan dengar-dengar juga, dia nak control penggunaan internet juga. Yang tu wan tak heranpun! even nak potong line kat tempat wan pun wan tak kisah! Wan boleh aje guna kat rumah walaupun terpaksa berebut dengan sirman... hehehehe Bila wan cakap dengan sirman, dia jawab... "bawak lah mobile internet yang kat rumah tu!" huhuhu Jadi selepas ini kalau tak nampak kelibat wan kat mana-mana tu kamu faham-fahamlah ya!!

Dah la cerita fasal dia, wan jadi hangat hati je... kita cerita fasal lain la pulak ya...

Oh saja je wan nak beritahu, semalam lepas kerja, kami - sirman, Aysha & wan - ke Shah Alam Mall, sirman nak tukar spec dia, jadi wan bodek la nak minta dia belikan tudung & lipstik (body shop) yang dah nak habis tu. Spec dia tak dapat (tak ada yang berkenan) tudung pun tak ada yang berkenan. Tapi wan dapat lipstik! Bukan lipstik aje, wan beli juga lip liner & lip gloss. Hahaha janji nak lipstik aje tuh! Nasib baik la semalam sirman berbaik hati... agaknya dia dah dapat duit claim la tuh. Sebenarnya lipstik yang wan nak cari tu seperti yang JS hadiahkan dulu, best la guna yang tu... tapi rupa-rupanya lisptik tu special edition memang dah tak ada dah kat pasaran... frustnya...

Hari ini sirman kata nak keluar, ingat nak ikut... sebab wan nak bodek suruh dia belikan baju pula. Dah la semalam kat MPH wan dah terlepas peluang nak beli buku, sebab buku tu pula tak ada stok... wan nak beli buku Twenties Girl by Sophie Kinsella. Buku ni syud yang rekomen sebab wan cakap kat dia wan nak buku yang gila-gila sikit... nanti kalau pergi kedai buku lagi nak cari la...

Hhmmm apa lagi ya?
Oh, wan rasa wan nak berhenti kerja lah.
Whoa!! kenapa????
Hehehe kamu jangan suspen dulu... sebenarnya wan rasa macam nak berhenti dari kerja 'mengulas novel' la bukannya kerja betul. Uiks kerja betul tak boleh la sebab banyak hutang yang nak kena bayar, jadi wan harus bekerja dan dapat duit.
Oh! ingatkan apa la tadi... kalau fasal tu... NO HAL lah. Lagipun belum tentu apa yang wan ulas/komen tu bergunapun!

Kan?? lagipun wan rasa wan bukanlah orang yang layak untuk mengulas. Wan bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ni. Wan juga bukanlah seorang penulis yang sudah menulis buku sendiri jadi wan tidak tahu jerih perih penulis menyiapkan sebuah karya untuk diterbitkan. Lagipun wan tidak mahu ulasan wan memberi influence pada pembaca lain, walaupun selama ni ulasan wan semuanya yang baik-baik aje, sebab wan cuba elak daripada memberikan ulasan yang negatif. Jadi kalau kamu baca semua ulasan wan adalah yang best-best aje, sebab mana buku yang wan tak suka, tak adalah wan buat. TAPI ada juga buku yang wan SUKA, dan tak sempat buat SEBAB kekangan masa!.

Dan sekarang alasan utama wan, sebab wan kesuntukan masa dan sebab kerja di pejabat yang lagu tu, wan jadi malas untuk buat kerja yang wan suka ini (kerja mengulas). Wan jadi tak suka dah pada 'dia' sebab buat wan jadi hilang mood pada aktiviti-aktiviti yang selama ini jadi kegemaran wan... MEMBACA & MENGULAS NOVEL.

Oklah dah panjang benar wan mengadu di sini... Wan bukan apa, wan tak tahu nak mengadu pada siapa, wan nak call kawan-kawan, entah-entah merekapun ada masalah sendiri. Nak mengadu pada sirman, nanti dia pula yang tension dan tempiasnya kena pula pada wan... tak mahulah. Jadi wan mengadulah pada kamu yang sudi membaca luahan hati wan ini, sekurang-kurangnya ada antara kamu yang nak membacanya, ya dak??

Oklah.... nak stop dulu.... terima kasih ya sudi membaca keluh-kesah wan nih. Wan sayang kamu semua...


*Sigh*...

Posted by: Wan Amalyn in ,

Salam semua...

Apa ni wan! mengeluh pula dia!!

Penat laaaa.... Sekarang ni segalanya bagaikan memenatkan. Penat badan, penat minda dan sudahnya jadi letih lesu...

Hari ni hari lahir Lili, adik wan... hari lahirnya yang ke 35 tahun. Doa wan, moga hidupnya sentiasa dirahmatiNYA. Moga dia sentiasa sihat sejahtera, bahagia... dan apa yang wan doakan untuk wan, wan doakan untuk dia juga...

Perlu ke wan bercerita tentang dia? Hhhmmmm

Wan dengan dia dulu bagaikan anjing dengan kucing, pantang bersua, pastinya berperang. Tapi bila dah tua-tua... ops! berusia, best sikit dengar hehehe, kami jadi rakan karib yang sentiasa berkongsi cerita dan masalah. Kalau dia marah, dia tak boleh marah sorang-sorang, dia nak wan jadi marah sama! Teruk tau dia. Begitu juga dengan wan, kalau ada sesuatu yang berganjal di hati, terutamanya tentang family kami la, wan pasti akan cari dia!

Pendek kata, segalanya dia nak bercerita pada wan. Kalau dia bengang dengan sesiapa, dia akan call wan, hatta dengan suami dan anak-anaknya dia pasti akan cari wan. Hinggakan pernah suatu ketika (dia cerita pada wan lah!) dia marahkan suaminya, dan suaminya tahu bahawa Lili sedang lancarkan 'perang' dengan dia, Lili masuk bilik kononnya nak tidur lah nak hilangkan amarah, dan tak lama kemudian si suami masuk bilik bawa handphone... "nah telefon, kalau nak call kak La" hahaha daripada nak marah terus tak jadi...

Itulah Lili dalam hidup wan... wan tak rasa diri bagaikan kakak padanya, adakalanya dia yang jadi kakak! Dan dia selalu bengang kalau ada sesiapa yang mengatakan bahawa dia kakak dan wan adik!! hehehehe

Oklah wan nak cerita apa lagi ya??

Oh ya! insyallah bulan 2 nanti wan akan berada di luar kawasan. Secara spesifiknya ketika CNY. Dan yang paling bestnya kemungkinan hari sabtu terakhir sebelum CNY office akan tutup dan bersambung hingga hari rabu, bermakna wan tak perlu ambil cuti tambahan... YAY!!! Tapi bersyaratlah, 30hb Januari (sabtu cuti Thaipusam) nanti wan harus kerja separuh hari untuk ganti 17hb Februari dan 6hb Februari (sabtu) wan harus kerja sampai petang untuk ganti hari sabtu 13hb. Tak kisahlah janji dapat bercuti tanpa ditolak cuti tahunan.

Dan nasib baik juga sekolah Aysha akan tutup seminggu sempena CNY bermakna wan tak perlu risau untuk tinggalkan dia dengan sirman. Kalau tidak kesian juga pada sirman nak kena settlekan Aysha pagi-pagi untuk ke sekolah. Sekolah petang wan tak risau sebab ada Bibik kat nursery yang akan uruskan. Lagipun petangnya, insyallah wan dah ada kat rumah dah!

Oh ya!! nacha... wan dah jumpa Passport wan... hehehe buat gabra aje! Dua tiga hari lepas wan dok risau, puas geledah, kemas, susun balik... tak jumpa jugak. Kat tempat biasa yang selalu wan letak, tak ada pulak!. Malam tadi tanya sirman, rupanya dia simpan... fuh! nasib baik. Dan nasib baik juga dia nak cakap, buatnya dia nak pekena wan tak mo wan pergi?? Buat tak tahu mana letaknya passport wan? mesti menangis tak berlagu wan... hehehe tapi wan tau sirman adalah seorang lelaki dan suami yang paling sporting. Wan nak buat apa, nak pergi mana... buatlah, pergilah janji tahu batasannya. Part ni wan memang salute kat dia! Tapi wan sebagai isteri harus tahulah mana batasnya kan?? Dan kak yati (NB) pernah geleng kepala dengan kelaku wan nih! hehehe.

Oklah nak sambung buat kerja. Kejap lagi mesti bos kecik balik! Hari ini pagi-pagi buta dia dah buatkan darah wan naik... itulah salah satunya yang buatkan wan jadi 'penat' sangat sekarang ni... *sigh*

Sehingga ke lain entry.... daaaaaaa

Heyya...

Posted by: Wan Amalyn in

Salam semua,

Dah beberapa hari tak tulis entry rasa rindu la pula. Tapi biasalah... busy, busy & busy (what a lame excuses!!)

Pagi tadi masuk lambat, tapi masih awal daripada mereka! hehehe macam mana tu?? Sebenarnya memanglah office hour pejabat wan ni, 9-6 tapi oleh kerana bos jenis tak kisah, mereka lebih suka masuk lambat dan balik lambat! Tapi wan tak boleh la, masuk awal & nak balik awal. Yelah pagi-pagi buta dah bangun siapkan Aysha nak ke sekolah, jadi lepas Aysha ke sekolah takkan lah wan nak tidur balik ya dak?? jadi, terus ajelah bersiap untuk ke pejabat. Sebab tu kalau pukul 6 aje wan terus cabut, sebab nak kejar ambil Aysha kat taska sebelum jam 6.30 petang (tapi selalunya terlebih juga) & walaupun bos masih ada di pejabat, wan dengan selamba aje balik! hehehe

Oh ya, wan masuk lambat sebab pergi ke sekolah Aysha selesaikan bayaran yuran. Suruh sirman, tapi asyik tak sempat aje. Kebetulan masa wan sampai ke sekolah Aysha, wan nampak Aysha beratur kat luar kelas kerana mereka ada kelas PIPM (Pendidikan Islam Pendidikan Moral)iaitu pelajar Islam masuk kelas PI, sementara pelajar bukan islam masuk kelas PM. Kesian pula wan tengok Aysha, dah la hari ni beg dia berat, dia pula kena masuk kelas lain, terpaksa angkut beg! Kenapa tidak ditinggalkan sahaja dalam kelas? Atau atas alasan keselamatan? kerana kelas mereka, pelajar daripada kelas lain akan gunakan untuk kelas PM jadi semua 'harta-benda' mereka kena bawa? Entahlah!

Memandangkan wan tak berapa cam muka cikgu Khairulnizam yang jadi guru kelas 2 Dinamik, terpaksa suruh Aysha cari, dan kebetulannya cikgu Khairulnizam lalu bawa pelajar kelas lain untuk ke kelas PI, fuhh nasib baik! Selesaikan bayaran yuran, sambil bertanyakan tentang Aysha dalam kelas, tentang kerja sekolahnya, juga minta cikgu alert fasal matanya yang belum sempat lagi nak pergi check betul-betul. Wah! macam bagus la wan nih hehehe. Memandangkan tahun ni tanda nama kena tukar daripada warna merah kepada warna hijau, jadi wan minta la dengan cikgunya 2 set. 1 set ada 4 keping nama. Bukan apa, kalau 4 tak cukup 1 hari terpaksalah wan basuh baju sekolah Aysha... penat la! Baju sekolah dia, pakai satu hari dah comot, terutamanya di bahagian lengan dan poket kurung. Lebih baik la wan beli 2 set sekali gus (ie 8 keping) yang lebih tu boleh simpan. Harap-harap tahun depan mereka masih kekalkan warna hijau lah!

Usai di bilik guru, wan singgah di bookshop beli badge sekolah yang asyik tertanggal jer bila wan basuh. Hahaha macam la ganas wan ni kan?? sebenarnya baju sekolah Aysha kena rendam semalaman sebelum di cuci. Dan wan pula malas nak jahit walaupun mesin jahit ada tersadai jarang-jarang digunakan! Alasan biasa MALAS nak buka daripada kotaknya!

Apa lagi ya nak cerita? hhmmm

Fasal semalam boleh? Apa menarik fasal semalam? Sebenarnya tak ada menarikpun! Sekadar tengok last episod drama Cinta Balqis kat tv3. Ops wan bukan ikut sangat ya! Tapi memandangkan semalam episod akhirnya, tengok jugalah. Itupun dah separuh, yelah wan sampai kat rumah dah pukul 7 petang, sedangkan cerita tu bermula jam 6.30. Nasib baik la Balqis tak jadi dengan Ezany dan tinggalkan Hassan! kalau tak memanglah klisenyaaa drama melayu! Yelah, kenapa ya, heroin mesti end-up dengan 1st hero?? tak boleh ke buat kelainan sikit?? Fuhhh nasib baik!

Malam tadi juga Aysha sibuk suruh ajar dia tulis jawi. Huhuhu Aysha, mummy ni baca jawi pun merangkak-rangkak... lepas tu nak suruh mummy eja pula. Walaupun merangkak-rangkak alhamdulillah boleh la buat... lepas tu entah bagaimana wan boleh terfikir nak cari dalam internet. Tau dak kadang-kadang internet ini SANGAT lah membantu! wan jumpa satu web e-jawi ke apa ntah dah lupa (balik nanti wan check), kita taip perkataan (dalam Bahasa Malaysia) kemudian dia akan tukar ke huruf jawi... memang sangat-sangat-sangat berguna. Even perkataan yang susah-susahpun boleh! Hehehe wan dah siap buat bookmark dah dalam lappy sirman, sambil-sambil ajar Aysha wan boleh belajar sekali! (huhuhu dah tua-tua pun masih tak tahu jawi, buat malu jer! & sedih juga tau!) Yelah wan bukan pelajar aliran agama, belajar jawi setakat dalam subject Agama sahaja, sungguhlah ruginya.

Sekarang ni bila Aysha tanya (fasal pelajaran) wan tak boleh kata tak tahu pada dia, nanti wan kena bebel! "Apa mummy ni, mummy kan dah besar mummy mesti tahu!" adus! anak oh anak, silibus sekarang bukan seperti silibus 30 tahun yang lalu! Silibus sekarang ni bagaikan subject baru yang tak pernah mummy belajar la Aysha! Oleh itu, kalau tak tahu kena sediakan alasan, dan jawapan yang paling suka wan gunakan... "nanti kejap, mummy kena duduk diam-diam, & eisya jangan tanya banyak-banyak tau nanti 'dia' tak nak datang!" padahal lepas tu wan tengok la dalam buku teks sekolah dia... hahahaha

Apa lagi ya... Oh ya, wan sudah habis tengok drama korea Boys Over Flower (BOF)... Jun Pyo, Jan Di & Ji Hoo sunbae... Tengok drama tu, mula la teringat tempat-tempat yang pernah wan pergi kat sana penghujung tahun 2008, terutamanya kalau ada adegan tepi jalan! dekat bus stop... dengan cuacanya yang dingin-dingin sejuk tu, bestnya!! kecuali Jeju Island ajelah tak pergi... syoknya kalau dapat pergi lagi kan! Next time nak pergi musim bunga la pulak! Hehehe macam la banyak duit!

Ni kes tak sanggup nak melangut depan tv tunggu tiap-tiap malam la... hari sabtu & ahad lepas wan bantai tengok dekat mysoju.com. Hari sabtu dari jam 11 malam sampai jam 4 pagi. Jam 6.30 dah kena bangun... lepas tu kepala dah nenong semacam! hahaha. Hari ahad, lepas balik dari Bangi sambung tengok... dan yang paling tak syok, tengah syok dok layan Aysha pula membebel.

"mummy ni... asyik-asyik dok tengok komputer! asyik-asyik dok tengok komputer! komputer tu bukan mummy punya, tu komputer papa!" dengan muncung yang sedepa! angin la tu sebab tak ada orang layan dia.

"Habis tu, eisya tengok 616, papa tengok tv kat dalam bilik, mummy tengok la komputer!" sambil mata tak lepas dari screen pc! hehehe

Ops kerja ni dah lama tau wan tak buat! semenjak syud diam membisu, dah tak ada orang nak update drama korea/jepun terbaru yang syok untuk dilayan selepas "I'm Sorry I Love You" yang sangatlah sedih!

So, apa cerita dengan buku cerita? Ops! wan rehat sekejap daripada mengadap novel. Tak ada mood la nak membaca! Entah kenapa tak ada keinginan nak mengadap, lagipun penat la nak menilik aksara-aksara yang kadang-kala jadi 2-3 membayang di depan mata, lepas tu mula la mata jadi berair!. Rasanya memang dah jatuh hukum 'wajib' kena pergi check mata! huhuhu...

Oklah nak stop dulu, mata dah penat la... nanti wan sambung lagi ya... bila-bila wan free nantilah.

Sehingga itu.... daaaaaaa...

Bila rasa ini menggangguku...

Posted by: Wan Amalyn in

Hari ini hati wan diselubungi satu rasa yang sukar nak digambarkan.
Ada rasa sedih, tapi tak tahu sedih fasal apa!
Ada rasa ralat, tapi tak tahu ralat untuk perkara apa!
Ada rasa cemburu, tapi tak tahu cemburu pada siapa!

Sukarnya nak telah apa yang bergulir di relung hati ini... hanya satu rasa yang pastinya, perit dan menyakitkan!


Situasi

Posted by: Wan Amalyn in

Salam semua,

Kali ini wan terasa nak bercerita tentang 'SITUASI' pula. Ops! ini bukan tentang lagu Situasi nyayian Bunkface yang menjadi kegilaan my Aysha ya. Ini tentang beberapa situasi yang menyelubungi 'hati' wan untuk beberapa ketika ini. Kenapa wan sebut 'beberapa ketika'? kerana wan tidak pasti dengan jelas BILA ianya bertenggek menumpang singgah di hati wan ini, dan wan tidak tahu sampai bila 'dia' akan pergi.

Situasi 1: Ralat

Ada sebuah buku yang hanya ada sebuah sahaja dalam dunia ini. Sudah ada di depan mata kamu, tapi duit dalam poket+purse+beg tangan tidak mencukupi. Kamu hanya perlukan 10 sen untuk mencukupkan jumlah wang yang ada di tangan. Malangnya buku ini tidak akan di jual dengan harga yang lain, maknanya tidak ada diskaun, tidak boleh ditawar menawar juga tidak boleh hutang dan tidak boleh pinjam duit orang lain. 100% duit haruslah daripada poket kita sendiri!

Apa yang terjadi... disebabkan 10 sen, kamu terpaksa melihat buku tersebut diambil oleh orang lain. Agak-agak, kamu apa yang wan rasa saat itu?? Atau ditakdirkan kamu yang berada dalam situasi wan itu, apa yang kamu rasa??

Apa yang wan rasa?
1- sedih yang amat sangat,
2- terkilan sangat-sangat
3- frust giler

Tapi apa yang dapat wan nasihatkan pada hati... MUNGKIN ITU BUKAN REZEKI wan! Sedih? memang sedih tapi nak buat macam mana... menangis dalam hati sahajalah!!

Nota: 'buku' di sini merujuk pada 'benda' yang sudah lama wan 'aim', tapi disebabkan beberapa masalah yang berbangkit, ia kekal sebagaimana yang ditinggalkan (sebelum ada masa untuk diusahakan kembali)...

Dan perlukah di sambung kembali, setelah separuh jiwaku telah dibawa pergi?? Hanya dengan separuh hati, mampukah kugapai segala yang bergantungan nun jauh di langit tinggi??... aku sudah patah hati!!!



Situasi 2: Lost In Space...

Dalam bangunan PWTC yang penuh sesak dengan para pengunjung yang berpusu-pusu datang dari seluruh ceruk negeri, daerah, kampung untuk memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa KL dan kamu adalah salah seorang daripadanya. Dengan keluasan PWTC, dengan limpahan pengunjung menyebabkan ruang yang luas terasa sempit, dengan hiruk pikuk yang membingitkan telinga... (boleh bayangkan ya?!)

Tapi... dalam situasi itu, kamu rasa hanya kamu SEORANG DIRI yang ada di ruangan yang besar itu, keadaan yang bising bagaikan senyap sunyi tiada berpenghuni...

Ya, itulah yang wan rasa. Bagaikan hanya wan seorang diri dalam ruang yang luas itu. Sunyi. Kosong. Tiba-tiba yang terlintas di benak, di manakah semua sahabat yang selama ini sentiasa menemani hari-hari wan? Aah, mungkin mereka ingat, tapi disebabkan sibuk dengan tugas masing-masing jadi tak ada masa nak lepak-lepak macam dulu... atau...

"Korang dah lupakan wan ke?? sedih laaa.."