... Hhmmm

Assalamualaikum wbt

Apa ya saya nak tulis?

Kadang-kala ada banyak sangat benda yang berlegar dalam kepala minta diluahkan, tapi dalam masa yang sama ketika jari jemari mula bersedia untuk mengetuk papan kekunci, jari jemari terasa kaku, tak tahu nak bermula macam mana. Jadi tak pandai nak susun ayat. Itulah masalah utamanya!

Kadang-kala kita rasa macam nak tulis macam-macam... tapi dalam masa yang sama, terlintas di benak, perlukah saya tulis dan luahkan pada umum?

Kadang-kala kita rasa macam tak payah lah tulis, cukup sekadar hanya saya yang tahu... tapi dalam masa yang sama, saya terfikir, andai satu hari nanti setiap momen yang saya lalui ini, ingatan saya mulai kabur tentang momen-momen indah ini... sekurang-kurangnya saya ada tempat untuk saya baca dan kenang kembali setiap detik yang pernah hadir dalam hidup saya ini.

Jadi saya putuskan...

Ini 'rumah' saya. Inilah kehidupan saya. Jadi saya pilih untuk jalani hidup ini sebagaimana yang saya suka.

Apa ya saya nak tulis? Hhmmm...

Perkembangan terkini misi 2017 saya?

1- Misi baca buku
Nampaknya harapan untuk capai sasaran 50 buah buku untuk tahun ni agak mencabar memandangkan mood membaca saya sangatlah merudum. Tapi yang hairannya waktu memesan buku (online) tak pula berkurang. (Saya yang baru lepas pesan 2 buah buku lagi).  Setakat hari ini rasanya baru 3 buah yang berjaya saya baca hingga titik tamat. Selebihnya banyak yang berhenti di tengah jalan. Tiap kali nak sambung asyik hilang mood sahaja. Haish! 

2- Misi menjahit
Alhamdulillah setakat hari ini saya telah berjaya sertai beberapa kelas jahitan yang dianjurkan oleh Karysma Store (Bangi). Antaranya kelas menjahit Baju Kurung Tradisional, Baju Kurung Princess, Abaya, Telekung, Kain, Blouse dan Jubah Princess Cut.  Insya-Allah kalau tiada aral, hujung bulan nanti saya nak join kelas Kurung Moden. Dan saya teringin nak belajar jahit Baju Melayu lelaki dan Kurta Lelaki.

Dan sehingga hari ini saya telah berjaya menjahit dua pasang baju kurung tradisional,  dua pasang baju kurung Princess dan 3 helai blouse. 2 Pasang baju kurung tradisional dan sepasang baju kurung princess untuk Aysha.

3- Urusan Rumah
Nampak gayanya saya ada sedikit masalah dengan urusan tukar milik strata rumah, jadi saya tak nak tulis di sini (masalah saya, biar saya yang selesaikan okey?... hihihi). Nanti bila dah selesai nanti barulah saya tulis di sini ya...

Apa lagi ya?? Nanti-nantilah ya...

Salam sayang,


1 comments:

Anonymous said...

http://amalyn.blogspot.my/2006/04/pesta-buku-2006.html?m=1
Salam. Awak ingat post ni tak? Awak ada lagi tak buku Bara-ARA? Saya berminat nak beli sebab kat kedai n on9 dah xada ��
Pls email me at shafarinaishak@gmail.com ��

Back to Top