3

Aysha oh Aysha

Salam semua,

Hari ini hari yang serba-serbinya kelam kabut. Bertitik tolak dengan wan yang terlewat bangun. Aduss... sepatutnya wan harus bangkit jam 6 pagi (paling lewat 6.15), tapi hari ini wan tersedar jam 6.30.

Bekal Aysha belum buat! Baju sekolah belum bergosok! Kejutkan Aysha... susah nak bangun! Uuwwaaa... serta-merta kepala wan sakit.

Ok satu-satu... kejutkan Aysha... susahnyaaaa... bangun minum susu, sementara dia minum susu wan sediakan bekal, roti sapu mentega & letak gula (dia tak suka bakar & kena buangkan kulit tepi kiri-kanan-atas-bawah).

Keluar kat depan dia dah tertidur balik... "AYSHAAAA... BANGUNNNN!! dah lewat ni!" sambil mata pandang jam, dah pukul 7.00 pagi.

Sirman tolong gosokkan baju sekolah Aysha.

Bukakan baju tidur, "kena sikat rambut dulu la!" dia dah merungut. Seluar yang dah ditarik separuh pakaikan balik. Dalam hati... anak aku ni la... banyak sungguh peraturannya!! Sikat rambut dia, barulah boleh bukakan baju... tuntun dia ke bilik mandi, dan Aysha mandi kena tunggu kalau tak lagi lama, sebab dia main-main dalam bilik air.

Selesai mandi dah jam 7.15. Dalam hati dah mengomel... memang serius dah lewat! Wan sikatkan rambut, dia pakai stoking, pakaikan kain "alamak kainnya terbelah sampai betis!! huhuhu tak ada masa nak gosok yang lain, pakai ajelah" dalam hati dok berdoa harap-harap cikgu tak ambil tindakan. Pakaikan baju sekolah. Ikatkan rambut. "Eisya tak nak ikat macam ni.." mengomen cara ikatan rambut ala ekor kuda yang selalu wan ikatkan. "Habis tu nak ikat macam mana?" dalam hati memang dah tak tahu nak cakap apa dah! Tapi wan ikat juga stail ekor kuda. Natijahnya dia dah muncung, merajuk! Aduhhh memang cari bala sungguh! Ops jangan lupa, masa juga bergerak.

Suruh dia pakai bedak, dia tak mahu. Wan nak pakaikan dia palingkan muka ke arah lain... huhuhu anak, jangan la buat macam ni!! Sirman dah keluar rumah tinggalkan Aysha, tinggalkan wan seorang diri 'settle'kan Aysha. Aysha dah mula menangis... wan dah mula tension tak ingat... & mulalah Aysha minta itu ini dengan bahasa yang wan tak faham! (bahasa bercakap sambil menangis tanpa keluar biji butir), dengan bersusah payah sambil menyabarkan hati banyak-banyak...

Oooh nak purse, tak jumpa cari! (wan assume dia tertinggal kat nursery sebab tiada dalam beg baju & beg sekolah petang). Nak jam tangan. (FYI jam tangan princess yang baru wan redeem daripada bonuslink - cantik tau!. Beri jam tanpa sempat pakaikan pada dia.

Dia turun tangga dengan esak tangis sebab selalunya dia yang turun dulu tunggu sirman kat bawah. Wan intai dia dari tingkap dengan hati yang sayu. Dia seolah mencari kelibat sirman, dia tak pasti di mana sirman park kereta. Kelihatan dia mendongak ke atas seolah-olah dapat merasa wan sedang melihat dia, walaupun wan pasti dia tak nampak wan! Wan beralih ke tingkat di dalam bilik, nampak dia melintas jalan menuju ke arah kereta sirman yang parking di tepi tangki air... kereta bergerak membawa sekali rasa sebak wan... dan pastinya hari ini nama dia kena ambil lagi...

Entahlah, bila melibatkan my Aysha wan jadi pilu... tambahan pula bila dia keluar rumah dengan hati yang sedih. Walaupun wan tahu bila dah petang, ketika dia wan ambil di nursery sudah bertukar mood tapi seharian hati wan akan teringat-ingatkan dia...


3 comments:

nacha said...

alahai! sian kat Eisya. kita sbg ibu sure ada rasa termengkelan bila anak ke sekolah dgn mood tak berapa nak ceria. asyik teringat2 je kat anak. hmmmm.. lately alarm kat handphone sy pun dah mogok x berbunyi. habis berantakan agenda di pg hari. adakah itu petanda kena beli handphone baru? ooo.. tidak. kena tumpukan utk JJCM dulu. muakaka..

teringat dulu perangai Irfan yg sgt selamba. selalunya bila nak gi sekolah maid yg pakaikan kasut dia, ltk kan beg & bekalan dia kat dlm kete. tapi bila maid berhenti sume jd huru-hara. dia gi sekolah dgn pakai kasut yg kedua2nya sebelah kiri. pas tu beg sekolah pun x bwk. grrrrr.... dia dgn selamba je masuk kete tanpa tgk toleh kiri kanan. yg ibu dia pun sama je 2 kali 5. dah sampai sekolah baru perasan yg dia berlenggang kangkung je ke sekolah. huh! mmg wat my blood go upstairs bak kata Julie Dahlan.

wabbit shomel said...

hehe..
just take a deep breath & think 'somewhere' :P

Wan Amalyn said...

nacha...
mmg dengan budak ni kena banyak2 sabar! tak boleh marah sikit nanti dia merajuk... lepas tu kita jugak yg sakit hati+geram.

hahahaha... (pada cerita irfan yg melenggang kangkung) budak2 ni kan suka hati dia jer kan?? aduuhaaaiiii

wabbit...
huhuhu lamanya tak nampak kelibat dia... windu ler!! *bighug*
bila kita nak lepak2 ek?? really miss the good old days!! (hahaha bunyi mcm dah berzaman tak lepak2 ngan kengkawan!)

Back to Top