0

Ada kaitan dengan tahun harimau...

Salam semua,

Wah tajuk, tak boleh tahan la wan nih! Hehehe sebenarnya wan ni ada masalah dengan pemilihan tajuk untuk setiap entry wan... tak tahu nak letak tajuk apa, untuk relatekan dengan cerita!

Tapi memangpun entry kali ini ada kaitan dengan Chinese New Year (CNY) pun! Kali ini wan ada 2 cerita yang dikisahkan fasal CNY.

Pertamanya tentang ‘pengembaraan’ wan ke Padang/Bukittinggi bersama geng UlatBuku sempena cuti CNY.

Tapi wan tidaklah nak bercerita detail tentang pengembaraan tersebut. Kalau kalian nak baca boleh aje ke rumah nacha di ->sini<- kerana dia dah berkisah dengan panjang lebar dah. Al-maklumlah aturcara kami sama sahaja! Lagipun wan sendiri ingat-ingat lupa nama-nama tempat yang dibawa oleh ‘Raun Sumatera’ agen yang ditugaskan membawa kami selama kami di Padang-Bukittinggi. Yang wan ingat, lawatan kami ke Panorama melawat Lubang Jepang iaitu tempat peninggalan Jepun di zaman pendudukan tentera Jepun sekitar perang dunia kedua dulu, Jam Gadang yang menempatkan Pasar Atas serta Plaza Mall Bukittinggi, Pusat Dokumentasi yang kami berlagak jadi pengantin Minangkabau, juga butik-butik yang telah menyusutkan uang rupiah gue seperti di Butik Mahkota, Cany & Anissa...

Oh ya satu lagi, melawat ke rumah kelahiran Buya Hamka. Mendengar penerangan ringkas oleh keponakan beliau, Pak Hanif tentang insan bernama H.A.M.K.A. (Haji Abdul Malik Karim Amrullah) ini telah membuatkan bulu roma wan meremang. Entahlah wan ni terlalu sensitif agaknya, perasaan sedih dan sebak mudah melekat di hati. Tatkala Pak Hanif berkisah tentang zaman kanak-kanak Buya Hamka, tentang betapa ‘nakal’nya seorang HAMKA, wan jadi kagum bagaimana seorang anak kecil yang bandel boleh tumbuh menjadi seorang insan luarbiasa yang bisa menjadi sanjungan ramai orang.

Dan apa yang lebih membuatkan wan jadi ‘kembang’ hati apabila diberitahu oleh Pak Hanif bahawa pihak yang bertanggungjawab dalam memulihara peninggalan Pak Hamka ini adalah A.B.I.M.. Dan-dan tu juga wan teringatkan Si Lili. Yelah adik wan yang sorang tu bekerja dengan ABIM dan dia pernah datang ke Padang-Bukittinggi bersama rombongan ABIM suatu ketika dahulu! Walaupun bukan Lili yang bertanggungjawab tapi wan tumpang bangga jugalah kerana pihak ‘kita’ yang berinisiatif dalam menjaga dan memulihara ‘harta-harta’ peninggalan Pak Hamka ini.

Di situ, berhadapan dengan Muzium Kelahiran Buya Hamka, ada rumah saudara-mara Pak Hamka yang ada ‘toko buku’ yang menjual hasil karya Pak Hamka. Wan beli Merantau Ke Deli ala-ala seperti perjalanan wan kali inilah, Merantau ke Padang-Bukittinggi hehehe. Saja nak buat ingatan/koleksi sebab wan dah ada Tenggelamnya Kapal Van Der Vijk & Di Bawah Lindungan Kaabah.

Hhmmm apa lagi ya yang wan nak bercerita tentang Padang-Bukittinggi ni... Oh ya, wan baru tahu ejaan untuk ‘Bukit Tinggi’ adalah Bukittinggi dieja dekat dengan dua ‘t’. Alaaahh kalian dah tahu kan? Cuma wan aje yang tak tahu dan baru tahu! Berbeza dengan Bukit Tinggi yang ada kat Pahang tu. Itulah yang membezakan Bukittinggi di Padang, Sumatera Barat dengan Bukit Tinggi di Pahang, Malaysia, walaupun sebutan yang sama di negeri yang mempunyai ejaan yang hampir serupa cuma yang membezakan hanyalah D & H... unikkan?? Yalah, kitakan bangsa yang serumpun! yang berkongsi pegangan yang sama iaitu Islam.

Ya, hampir keseluruhan penduduk Padang-Bukittinggi beragama Islam. Walaubagaimanapun secara peribadinya wan terasa sedikit ‘kekok’. Yelah di mana-mana kelihatan anjing berkeliaran hatta di rumah yang penghuninya adalah beragama Islam. Mungkin wan agak ‘lurus’. Pada wan anjing tetap ‘najis’ walaupun ada yang mengatakan bahawa ia tidak ‘najis’ selagi ia kering, tapi entahlah wan tetap rasa sebaliknya tidak kira ianya kering atau basah.

Tapi apa yang pastinya makanan halal tidak susah nak cari kerana rata-ratanya ianya adalah halal. Selama 5 hari 4 malam kami berkampung di Padang-Bukittinggi bermakna selama itulah juga kami dijamu dengan masakan Padang. Makan kali pertama di Restoran Datuk, sangatlah sedap! Atau kerana kami yang kelaparan? hehehe Makan kali kedua “okey boleh tahan sedapnya...” Makan kali ketiga, “agak-agak ada tak menu tomyam?” pertanyaan ni sudah mula berlegar-legar di benak wan... makan kali ke-4 huhuhu rindunya masakan Malaysia!!! Dan nasib baik makan kali ke-5 (dan terakhir) langsung tak ada masakan Padang! huhuhu rupa-rupanya perut wan ni perut orang Melayu-Malaysia lah!! hahaha

Apa lagi ya?? kalau nak cerita rasanya banyak, tentang pengalaman-pengalaman yang wan kutip selama 5 hari 4 malam di Padang-Bukittinggi ni. Cuma satu yang wan rasa (secara peribadi) Malaysia tanahairku yang tercinta!!! walau sejauh mana wan pergi Malaysia tetap nombor SATU dihati!

Okey... kisah ke-2 sempena CNY

Hehehe... apa lagi kalau bukan angpau! ahaks! Kalian mesti kata “wan ni tak habis-habis dengan angpau!”

Sebenarnya wan nak bercerita tentang rumah terbuka bos wan. Ya hari sabtu yang lepas lepas kerja wan ke rumah bos wan yang buat open house sempena sambutan CNY. Makanan dia sedappp!! nak tahu apa menu dia? Nasi Dagang dengan lauk ayam masak gulai (cara Kelantan). Yang lagi best nasi dagangnya ada sambal kelapa (yang hanya orang Kelantan aje yang buat) Dan nasi tomato dengan lauk ayam masak merah, sotong masak merah, mee hoon goreng, ayam goreng serta sambal belacan dengan ulam timun. Wallawei... bestnya makannnn!!

Apa yang membuatkan wan makan tak toleh kiri kanan adalah kerana bos tempah khas untuk kami (Melayu-Islam) daripada Restoran Megah yang menjadi ‘dapur kedua’ wan. Betul! FYI Restoran Megah ni pemiliknya adalah orang Kelantan (rasanyalah) kerana semua pekerjanya bertutur dalam dialek Kelantan. Jadi masakannya memang memenuhi citarasa wan lah! Dan apa yang wan nak puji tentang bos wan ni adalah dia memang bertoleransi dalam bab-bab ni. Dia tahu yang wan agak ‘lurus’ dalam bab-bab makan ni. Dan dia sempat merungut dengan wan, dia order nasi dagang dengan ikan tongkol tapi yang dihantar gulai ayam... hehehe

Lagi satu, bos wan tak bela anjing. Jadi wan tak la rasa cuak sangat. Minuman pula dia hidang air coke & 100 Plus dalam tin. Cuma pinggan dia guna pinggan kertas, kalau dia tanya wan dulu pasti wan suruh dia beli pinggan polisterin lagi best makan... hehehe banyak cekadak pula wan nih!

Dan yang paling syok pastinyalah angpau! hahaha kali ini kali ke-3 wan dapat untuk tahun ni daripada bos wan. Pertama ketika cabutan hamper (untuk cina), yang melayu cabutan angpau. Kali kedua ketika office mula beroperasi selepas cuti CNY hari jumaat lepas dan hari sabtu tu pula kali ke-3. Aysha bukan main seronok collect angpau. Mana taknya, kawan-kawan bos semuanya beri dia angpau... dan Ms Ooi juga beri... xie xie ni... emkoy sai....

Wan minta diri ketika mereka (bos & the gang) mula ‘buka meja’. Apa tu?... apa lagi kalau bukan judi! Sebelum apa-apa jadi, lebih baik wan blah... hehehe

Sorry wan lupa nak bawa camera untuk dipotretkan gambar rumah bos wan yang letaknya di Laman Seri, Seksyen 28 Alam Megah Shah Alam... lokasinya cantik serta lanskapnya juga menarik dengan air terjun dan ada ikan koi diserikan dengan rumput karpet yang diletakkan tempat 'urutan kaki - refleksologi'... wan sempat cuba berjalan atas batu-batu tersebut...

0 comments:

Back to Top