4

ISO 9001 : 2008

Salam buat semua sahabat yang kucintai...

Sepagi semalam, di pejabat wan ada mesyuarat berkenaan dengan ISO. Bos baru ni, macam-macam yang dia nak buat! Bukanlah tak bagus... tapi memandangkan kami yang hanya dua, tiga kerat sahaja di pejabat, rasanya tak perlu lah nak mohon ISO kan?? (rungutan seorang yang malas nak buat... ahaks!)

Oleh kerana kami yang hanya 2, 3 kerat ni, terpaksalah semuanya diwajibkan hadir. Mesyuarat berkenaan dengan penyediaan dokumen yang berkaitan dan cara-cara memohon untuk mendapatkan kelayakan ISO. Penerangan oleh 2 orang wakil (konsultan) berjela-jela... dan apa yang paling tak syok sekali... ketika bos mahu menamakan calon MR (dah ada calonnya) dan QC, pandangan matanya menala ke arah kami - wan dan ms Ooi yang duduk bersebelahan dalam bilik mesyuarat. Dalam hati sudah cuak. Wan tahu bos pasti pilih Ms Ooi, tapi memandangkan keadaan ms Ooi yang berbadan dua dan akan bercuti panjang yang kebetulannya pula jatuh pada bulan yang kami perlu submit permohonan secara automatik pemilihan ms Ooi diganti pada wan.

Oh tidak!! dalam hati, kenapa tidak dipilih sahaja ms Tee? Diakan bahagian Admin? lagipun dia yang involve dengan 'semua benda-benda' yang berkaitan tu? kenapa mesti pilih wan? Bila wan tanya bos... jawapannya "You kan paling lama!" memanglah wan antara yang terlama berkhidmat dengan syarikat ini (lebih 6 tahun) tapi ms tee lagi lama daripada wan... bila wan join dia dah kerja kat syarikat ini tau. Tak aci la... wan bukan nak menolak kerja... tidak! tapi kenapa kalau ada apa-apa hal bos mesti pilih, ms Ooi atau wan.

Pagi tadi, ms ooi beritahu wan... dia dah tanya bos kenapa tidak dipilih sahaja ms tee... tahu apa jawapan bos... "susahlah, dia banyak yang tidak tahu!" Laa kalau tidak tahu, kenalah train dia, kalau tidak sampai bila dia tak akan tahu!

Wan perasan, dari dulu bos macam tak confident nak beri kerja yang 'lain' sikit daripada bidang kerja yang dia selalu buat... tapi yang wan bengang, tau dak... dia dapat 2 gaji! Memanglah dia kena buat invoice untuk 2 company ni... tapi bukannya banyak manapun! itupun kadang-kala kerja-kerja Admin yang sepatutnya dia incharge, orang lain yang tolong buatkan. Bengang dak? buat kerjanya hanya yang itu-itu sahaja... (FYI : bos wan ni ada 2 company, satu handle project dan satu lagi handle service. dan kami dalam bidang air conditioning construction)

Huhuhu... malaslah nak fikir! buat ajelah mana yang wan boleh... budak-budak engineer semuanya dah cuak semalam... hehehe wan tau mereka mesti kena bebel dengan wan ni nanti... al-maklumlah mereka jarang ada kat pejabat, most of the time mereka dekat site... jadi paperwork semuanya berantakan. Pening tengok filling budak-budak nih. Ni bila dah nak kena implement dengan 'benda alah ISO' ni lagi la mereka akan pening. Even bila wan tengok sorang budak ni buat O&M pun wan dah nak pengsan... kalau lagu itu caranya memang fail la ISO nih!

Dan satu bendapun wan belum buat lagi pasal ISO nih!.




lots of love...


4 comments:

en_me said...

engineer tak pernah cuak tauu.. strategi tewww.. ehehe, salammm

Wan Amalyn said...

hahaha...
ni mesti strategi xnak buat kerja! =P (pengelat!!!!!)

Anonymous said...

company yg wan kerja tu, company non bumi ker. macam akak kat sini,keja kat non bumi company, in airconditioning, akak ni project handle and service pun handle tapi gaji tak delah bayar untuk 2 job. ni bos suruh cari macam mana nak apply ISO, dio ingat senang ker kalau dapat status ISO tu, example kalau bagi gaji kena ikut kelulusan seseorang tu, macam akak ini, lulusan diploma tapi gaji status spm. kalau guna master dokumen, tak leh nak copy sesuka hati. dah la kat sini macam kedai kampung jer pengurusanya. entahlah labu....

Unknown said...

EFR Certification Services Sdn Bhd

We are specialized agent for certifications services and consultant that give the best standard such as ISO9001:2015,
OHSAS 18001:2007, ISO 13485, ISO 22000, ISO 14001:2015, ISO 27001, ISO/TR 16949, ISO/TS 29001,
ISO 50001, MS 1900, MS 1514 (GDP), MS 1480 (HACCP) & GDPMD.

If your company need one of the above certificates, we are please to recommended and negotiate and also deal with the Certificates Body ( accredited by Department of Standard Malaysia) and Consultant that will help you prepare, repair and build your company documentations and preparations for auditing phases.

Our accredited Certification Bodies and consultant also are the panel of MARA, so for those BUMIPUTERA status company are qualified to apply under MARA Grant.

It would ease the procedure, cost and documentation of certificates .

Please Contact : 0183630629 / 03-55247177 (Noorhaliza) @ drop your email at efrcert2016@gmail.com

Selain itu kami juga menyediakan Kursus Intrepetasi HACCP, Kursus Intrepetasi GMP dan Persijilan Halal bagi usahawan kecil dan baru yang baru ingin berniaga.

Kursus ini bertujuan agar para pengusaha dan usahawan mempunyai basic knowledge atau pendedahan terharap apa itu sijil GMP, HALAL dan HACCP dan apa kelebihan dan keperluan syarikat yang mempunyai sijil ini.

Para usahawan BUMIPUTERA layak untuk memohon mengikuti Kursus kursus ini di bawah tajaan MARA.

Kepada semua usahawan yang berminat dengan kursus ini boleh menghubungi saya di 0183630629/ 03-55247177 @ email nama syarikat , Nombor telefon & alamat dan saya akan menghubungi anda semula.

Back to Top