5

Nostalgia menggamit ingatan...

Salam buat semua sahabat yang kucintai.

[Nota Gambar :- ketika majlis konvokesyen arwah kak ja & kak chuda. Kak chuda bertudung hijau]

Pagi tadi dapat sms daripada kak chuda minta no hp abah. Oh ya, kawan-kawan mesti nak tahu siapa kak chuda tu kan? Dan apa kaitannya dengan wan & kenapa kak chuda minta no phone abah? Nanti wan ceritakan.

Kak Chuda ni adalah kawan baik arwah kak Ja. Setahu wan, mereka kenal ketika arwah jadi pelajar di USM Penang. Wan kenal kak chuda ketika wan ke USM. Masa tu, wan sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM. Sebab tak tahu nak buat apa dan atas kebenaran abah, wan ke USM jadi ‘PATI’ kat sana… ahaks!

Sesungguhnya ia satu pengalaman yang sangat-sangat-sangat indah! Wan jadi sebahagian daripada pelajar USM. Ketika mereka ada kuliah, wan ikut sama, siap ambil nota lagi walaupun wan tak tahu apa yang pensyarah dok bebel kat depan… hahaha. Oleh kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai, keberadaan wan kat dewan kuliah tidaklah ketara sangat. Lagipun siapa yang nak ambil tahukan? Hehehe… bayangkan ketika itu wan masih lagi di kira budak sekolah, dapat masuk ‘U’ merupakan satu kebanggaan, apatah lagi bagi anak kampong seperti wan… jakun pun ya jugak! ahaks.

Selama 2 minggu jadi pendatang kat USM, setiap aktiviti yang melibatkan arwah kak Ja serta rakan-rakannya wan ikut serta. Pernah sekali wan diberi tugas jadi pembawa dulang cenderahati ketika mereka membuat satu agenda (sorry wan sudah lupa apa acaranya dan siapa penerimanya, al-maklumlah ini kisah kurang lebih 19 tahun yang lalu). Pengalaman berada di atas pentas (dalam dewan) membuatkan hati wan cuak-takut-berdebar dan macam-macam lagilah perasaan yang bergolak dalam dada. Namun pastinya ia adalah satu pengalaman yang sangat mengujakan.

Wan juga berpeluang menonton teater Uda dan Dara ketika berada di sana. Pertama kali menonton teater dan kisahnya pula kisah Uda & Dara, membuatkan hati wan bagaikan berada di awangan. Indah dan mempesona! Seronok sangat… selain berpeluang melawat sekitar Penang. Waktu inilah wan kenal kawan-kawan arwah kak ja. Selain kak chuda, ada kak nora dan beberapa orang yang wan sudah lupa nama mereka (my bad! susah nak ingat nama orang apatah lagi kalau dah lama sangat).

Wan masih ingat terutamanya kak chuda dan kak nora kerana mereka adalah sahabat yang paling rapat dengan arwah dan sentiasa ada ketika susah dan senang & pastinya yang sentiasa keep in touch dan arwah juga selalu bercerita tentang kak chuda dan kak nora & yang paling best, mereka ingat wan! Sekarang ni kak chuda menetap di Jeddah. Ikut husband dia kerja kat sana. Tapi wan masih dapat ikuti khabar kak chuda melalui Facebook dia. Kak Nora pula menetap di Bandar Kinrara.

Tapi apa yang wan nak cerita sampaikan wan buka hikayat ini adalah… kerana sekarang kak chuda balik ke Malaysia. Bercuti selama 35 hari. Jadi di kesempatan ini kak chuda nak jumpa dengan mek & abah selepas hampir 3 tahun arwah dah tak ada. Setiap kali kami berhubung sama ada melalui email, chat ataupun sekadar tinggalkan message di FB dia, dia selalu suarakan keinginannya untuk berjumpa dengan mek dan abah… tapi dia tak ada kekuatan nak berdepan dengan kenyataan yang arwah dah tak ada. Insyallah kali ini dia dah ada kekuatan nak jumpa dengan mek dan abah! Alangkah seronoknya kalau wan ada sama di kampong menyambut kedatangan kak chuda dan keluarga.

Tiap kali bila dia berpeluang buat umrah dan dia niatkan untuk arwah, dia mesti beritahu wan sebab dia rasa sedih memikirkan dia sudah kehilangan kak ja. Wan rasa arwah sangat beruntung dapat kawan-kawan yang sebaik itu. Arwah sangat beruntung kerana ketika dia tiada anak yang akan mendoakan kesejahteraannya di ‘sana’, dia masih ada kawan-kawan (selain kami adik beradik) yang mendoakannya. Moga arwah aman di alam sana. Aminnn

Harap wan berpeluang jumpa dengan kak chuda kali ini, kerana nanti dia akan berpuasa dan beraya di Jeddah. Lagipun kedua orang tuanya dah tak ada, jadi agaknya dia tak rasa ralat sangat kot. Hehehe pandai-pandai aje wan buat telahan hati orang! Tapi kalau wan jadi kak chuda pun pastinya wan tak akan lepaskan peluang keemasan ni. Berpuasa dan beraya di Mekah, pastinya satu pengalaman yang sukar diperolehi. Kalau orang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit semata-mata untuk menjalani ibadah puasa di Mekah, menunaikan solat terawih di Masjidil Haram kenapa kita mesti lepaskan peluang sedangkan kita memang sudah berada di sana kan?? Entah la, itu hanya sekadar pendapat wan!

Jadi itulah ceritanya… bosan ke baca cerita wan ni? Mohon maaf lah ya… tapi wan tetap nak berkongsi cerita walaupun ianya bukanlah cerita yang menarikpun pada kawan-kawan. Tapi pada wan ia tetap suatu momen yang indah yang tetap kekal dalam memori wan.

Hari ini wan ambil separuh hari cuti. Wan ke KWSP PJ buat pengeluaran duit EPF (akaun 2) untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan wan. Pening jugalah nak sampai ke EPF tu. Bukan pening pasal apa, wan memang fail dengan route di PJ tu! Itupun beberapa kali wan makan ‘langsat’ sebelum sampai ke kawasan EPF. Mulanya salah masuk susur, wan masuk jalan ke Taman Jaya, berpusing-pusing nak cari jalan keluar. Nasib baik wan baru isi minyak full tank. Dah tu pulak waktu itu lebih kurang pukul 1.30 tengah hari (ketika budak sekolah menengah baru keluar sekolah, jalan jam!) Nak keluar pun satu hal, juga silap buat perhitungan hingga wan tersasar ke UH.

Oh ya sebelum tu kena dapatkan dulu surat daripada Bank menyatakan jumlah baki yang tertunggak. Usai kerja di KWSP wan singgah ke Maybak PJ State jumpa dengan sepupu wan, Nik Anis. Wan ada akaun Maybak dan cawangannya di situlah. Dia kerja kat situ ketika wan masih lagi bekerja dengan company lama dan ketika itu office lama wan masih lagi di PJ sebelum berpindah ke USJ. Pada mulanya wan cuak juga, al-maklumlah nak parking kat tempat tu sikit punya susah! Jadi wan niat dalam hati kalau ada parking wan singgah, kalau tak ada wan terus balik. Alhamdulillah wan bernasib baik, ketika wan masuk ke kawasan tu, ada kereta beri signal nak keluar.

Jumpa anis sekadar nak bertanya khabar sahaja. Yelah, kalau nak minta tolong anis apa-apa (berkaitan dengan urusan bank) hanyalah melalui phone. Jadi alang-alang wan dah berada area PJ jadi singgahlah. Oh ya buku akaun ASD (Amanah Saham Didik) my Aysha pun dalam simpanan anis! Bukan apa, kalau nak tambah simpanan wan hanya transfer masuk dalam akaun anis… senangkan, urusan di hujung jari. Tadi anis siap tanya wan, “tak nak tengok ke akaun ASD Aysha” dia kata last week dia update akaun anak-anak dia, so dia kemaskinikan sekali akaun Aysha. FYI dividen dan bonus ASD di bayar pada setiap pertengahan tahun tidak seperti ASB, ASW. Hehehe teruk kan wan nih! Tapi senang juga anis ada kat sana, kalau nak tukar duit, terutamanya time nak raya la… wan hanya call dia dan transfer duit… nanti my Sirman akan singgah ambil bila-bila dia senang.

Pernah juga wan merungut dengan my Sirman, time susah aje (berkaitan dengan urusan bank) barulah wan cari anis, kalau tidak kami masing-masing diam membisu. Anis ni sepupu wan belah mek. Wan ada seorang lagi sepupu, Rani, dia belah abah. Apa yang menariknya kami – wan, rani & anis – adalah sebaya dan kami lahir dekat-dekat. Kalau wan, lahir 20-June, rani pula lahir 1-July dan anis lahir 18-July tahun yang sama.

Hah kenapa anis ‘Nik’ bukan ‘wan’? – Kerana dia sepupu wan belah mek (tiada surname) tapi che (mak) dia ‘Raja’, kahwin dengan abah anis, anak-anak dapat gelaran ‘Nik’ itulah ceritanya. Tapi kalau sepupu belah abah mesti ada ‘wan’ la. Macam rani nama dia sebenarnya Wan Norani… hehehe mesti masa korang baca mula-mula tadi -Rani- mesti korang fikir kenapa sepupu wan ni nama in**a? ahaks.

Oklah, wan berhenti sini dulu…

P/S: Happy Birthday to Ms Ooi


lots of love...

5 comments:

<< s| tED| >> said...

maaf ye tanya.. kenapa kakak wan meninggal?

Wan Amalyn said...

tED..
dia accident. On da way balik dari meeting pasal marking paper budak spm. dulu arwah cikgu kat maran. klu rajin... bleh aje cari pasal nih dlm n3 wan yg lepas.

<< s| tED| >> said...

ok wan... terima kasih

<< s| tED| >> said...

dah baca dah entry 2 disember 2006

takziah dan al-Fatihah.

Wan Amalyn said...

tED...
terima kasih atas ucapan itu... w/pun arwah dah tak ada... tp adakalanya wan terasa dia masih ada =(

Back to Top