Rekod profile...

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Mood pagi ini : Bercelaru

Pagi tadi sebagaimana kebiasaan, wan akan hantar kelengkapan untuk sessi sekolah petang (sekolah agama) ke nursery di mana my Aysha transit. Pertanyaan bibik ketika wan menghulurkan beg & baju sekolah agama, membuatkan wan terhairan!.

Tiba-tiba ingatan pada pertanyaan my Aysha semalam (dalam perjalanan balik ke rumah) memberi jawapan pada persoalan yang bermain di benak wan. Mulanya, wan fikir ianya untuk sekolah agama, sedangkan my Sirman sudahpun pergi pada minggu lepas, sebab itulah wan hanya buat tak tahu sahaja pada soalan my Aysha, akan siapa (mummy or papa?) yang akan datang? Rupa-rupanya untuk sessi sekolah kebangsaan. Di mana ibubapa dikehendaki hadir ke sekolah (iaitu hari ini) bagi mengambil report card anak masing-masing!

Nak tak nak, wan terpaksalah ke sekolah. Dalam perjalanan wan telefon ms. Lim khabarkan akan kelambatan wan masuk ke pejabat. Setiba di sekolah, wan agak terpinga-pinga jugalah kerana tidak tahu ke mana harus di tuju. Masuk ke pejabat sekolah, rupa-rupanya kena pergi ke kelas anak-anak di mana guru kelas sedang menunggu untuk memberi report card.

My Aysha nampak teruja bila nampak wan! hehehe agaknya semalam & pagi tadi sebelum ke sekolah mood dia tak berapa bagus sebab mesti dia terfikir tak ada orang nak datang ambil report card dia! Huhuhu kesian anakku!.

Sementara menunggu giliran, kebetulan ketika wan datang ada beberapa orang ibu/bapa yang sedang menunggu giliran. Salah seorangnya adalah ibu kepada seorang pelajar yang sering menjadi sebutan my Aysha, Khoo Jieene Joo (ada lagi beberapa orang kawannya seperti Siti Noraishah & Nur Aishah Irdina).

Sementara menunggu itu sempatlah bersembang dengan ibu Khoo Jieene Joo, dia bertanyakan tentang kemajuan anak-anak dan bertanyakan saranan bagaimana nak meningkatkan penguasaan bahasa malaysia anaknya. Alahai, mengingatkan keputusan BM my Aysha juga tidak memberangsangkan wan jadi malu sendiri (syyy wan tidaklah beritahu dia yang my Aysha sendiri dapat C untuk BMnya... malu laaa), tapi sempatlah wan sarankan dia, cuba belikan novel BM untuk dibaca ataupun beli saja surat khabar yang berbahasa Melayu untuk dibaca oleh anak. Hehehe pandai aje wan beri saranan, tapi my Aysha pun teruk juga! Tapi tak salah berkongsi maklumatkan? my Aysha ni bukannya wan tak belikan dia bahan bacaan, tapi dia sendiri yang 'M' sikit nak membacanya! itulah sebenarnya masalah utama my Aysha!

Dalam bersembang itu, rupa-rupanya hari ini, merupakan Hari Terbuka Sekolah USJ 12! dan surat makluman ini telahpun diedarkan kepada para murid. Uiks kenapa wan tak dapat? tanya my Aysha, tahu tak apa jawapannya? "Eisya, tak tahu..." Alahai anak. Inilah yang selalu membuatkan wan risaukan si Aysha nih. Dia seakan ambil lewa sahaja dalam semua perkara.

Akhirnya tiba giliran wan selepas ibu Khoo Jieene Joo tadi. Bertemu cikgu Azlinda, guru kelas 1 Cemerlang, terima buku rekod, bertanyakan pada cikgu tentang keadaan my Aysha dalam kelas... "Oh Aysha ok, tapi kalau dia tak ada buku dia selalu senyap aje! & kerja sekolahnya sering tak sempat siap tetapi dia tak beritahu, kerana kalau dia beritahu saya (cikgu) akan suruh dia bawa balik buku kawan-kawannya untuk disiapkan di rumah"

Ya itulah my Aysha... macam mana wan tak risau?

Selesai urusan dengan cikgu kelas, wan dibenarkan bawa my Aysha balik. Tapi sebelum balik wan harus menjelaskan bayaran yuran sebanyak RM87.00. Nasib baik ada duit lebih dalam purse wan (sebab sebelum ke sekolah wan singgah bayar duit kereta & wan tak tahu pun kena buat pembayaran kat sekolah). Bayaran ini termasuklah RM37 untuk bayaran aktiviti persekolahan Kokurikulum, kertas peperiksaan, aktiviti Agama Islam dan Moral, sukan tahunan, MMS dan RM50 untuk sumbangan PIBG (untuk satu keluarga).

Tapi ada pula penjual buku-buku latihan (& ada juga buku cerita tau!) di dewan terbuka di mana ibu bapa berurusan membuat pembayaran yuran untuk anak masing-masing. My Aysha yang sibuk nak beli buku (sebagaimana biasa dia lah kalau nampak buku!... hehehe macam wan la jugak) jadi wan belikan juga buku, tapi wan beli buku crosswords/hidden words (sorry lupa nak tengok betul-betul judul dia). Buku ini memerlukan pelajar mencari perkataan tersembunyi sama ada secara menegak, melintang, terbalik & sebagainya... sebagai satu latihan untuk dia! Harap-harap dia rajin membuatnya.

Selesai urusan di sekolah, wan hantar dia ke nursery dengan pesanan agar dia makan! Bukan apa, my Aysha selalu mengadu lapar bila wan ambil dia. Bila wan tanya makan ke tidak kat nursery dia diam aje. Bukan apa, wan bayar RM150 sebulan tapi hanya sekadar untuk singgah tukar baju untuk ke sekolah petang?? sungguh tidak berbaloi! Wan pesan kat bibik suruh beri my Aysha makan & rasanya petang nanti wan nak tanya bibik pula, sama ada my Aysha ada makan ke tidak.

Wan masuk ke pejabat saing dengan my bos Mr. Yeo... hehehe kantoi ke sebab masuk lambat? tak laaa.. sebab wan dah beritahu ms. Lim akan kelewatan wan, cumanya mungkin mr. Yeo tak tahu lagi sebab diakan baru sampai!... ahaks

Oklah... rasanya itulah cerita wan untuk hari ini...


lots of love...


1 comments:

<< s| tED| >> said...

semoga kecelaruan itu terlerai!

Back to Top