4

Epok-epok... karipap... curry puff

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Hari ini, juadah makan pagi wan adalah karipap dan air nescaffe. Akhirnya dapat juga wan makan. Hahaha macam orang mengidam la pulak! Rupa-rupanya orang Johor panggil Epok-epok untuk karipap. Wan baru tahu selepas baca novel Pelangi terbitan Jemari Seni Publishing. Hahaha terukkan wan nih...

Jadi siapa kata baca novel tak dapat faedah? (statement yang selalu sirman cakap kat wan bila dia nampak wan pegang novel..). Sebenarnya dalam novel kalau tak banyak, sikit mesti ada ilmu yang dapat kita kutip. Jadi bacalah novel kalau rasa tak ada benda lain yang nak dibuat! Seronok tau!

Kadang-kala dalam kita ralit dok membaca, kita tak sedar bahawa kita sedang tersenyum simpul bila tiba di bahagian yang menggelikan hati kita. Bahkan secara tak sedar air mata bergenang di pelupuk mata bila tiba di bahagian yang menyentuh hati. Itulah penangannya bila kita terlarut dalam pembacaan kita. Sirman selalu cakap kat wan bila dia nampak wan pegang novel dan masuk bilik... "tu nak pegi gelak sorang-sorang la tuh!" hahaha wan tahu dia memang dengki dengan wan!

Wah! wan dah melalut yang bukan-bukan dah. Sebelum lebih panjang lagi baik wan berhenti di sini... nak sambung buat kerja! Tengah hari nanti ingat nak pergi ke IOI Mall nak pergi ke kedai buku Popular. Nak cari buku 'Peter & Jane' (terbitan Ladybird) untuk my Aysha. Dah banyak kedai buku yang wan masuk tapi masih belum jumpa lagi dengan series 3A, 3B & 3C, walaupun dia dah habis baca series 4A, 4B & 4C tapi dia tetap mau juga series no. 3. Rupanya bukan mudah nak cari... ni nak kena tanya kat En. Halim 'Pingu' Toha nih... halimmmmmm...


Salam sayang,

4 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

memang bez kalu gelak sorang2 kan?? tapi takleh chalen ko la...


p/s:
1) cMan tu antu mancing gi ker ?

2) kat Kunikuniya takde ker Peter & Jane tu.. Along guna masa dia tadika dulu..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

tertinggal lah...

Kat lipis pun panggil epok-epok gak. Siti suke tu.. Tapi dorang sira ngan cili.(ko minat dia lagi ker?)

Wan Amalyn said...

Na...
hahahahaha (gelak besar!)
boleh aje kalu ko nak chalen =)

Yes utk soklan 1 cuma dah kurang sikit, skrg ni dia giler menembak (shooting) plak hahaha & yg jadi mangsa adalah si Aysha... kena jadi model papa dia!

Kat Kino, xtgk jauh ar nak gi sana... nanti oghang suruh adinda syud tlg survey! *jeling2 kat syud*

Oh ye ker? hehehe tak taupun! & masih minat ke tak? ntah ek? tp klu ada cerita ttg siti baca gak ler =D

biruNiLA said...

wan,

kaksu tahu apa itu epok-epok, bila cikgu kimia kita orang (cikgu praktikal dari johor - lelaki)masa tingkatan empat, kaitkan 'mol' dengan kaedah mengiranya dengan hubung kaitkannya dengan jumlah epok-epok.

terus kaksu tak paham unit kimia tu, sebab teringatkan karipap - ceh, kaksu rasa kaitkan subjek dengan karipap tak sesuai la - kelas kimia pula pagi-pagi sebelum rehat :( kalau mas tu ada PSMI - cam ek?

asya kena mula membaca P n J sebab dah hampir cukup dah koleksi dia :)

Back to Top