0

Cuti2 Malaysia

Sempena cuti thaipusam... aku ke rumah lili di bangi. Ingatkan nak tolong dia buat barang hantaran Nini yang akan melangsungkan majlis walimahnya bulan 3 nanti... tapi si Lili pulak dah buat plan nak gi mandi-manda kat Hutan Lipur Sg Tekala. Tak kan le aku nak tunggu umah dia lak... so aku ikut le sekali. Kiranya orait le cuti ni... bleh le si Aysha mandi jeram. Pada awalnya si Aysha ni mmg takut nak masuk dalam air... tapi sbb cousin2 dia dah masuk dalam air... akhirnya... apa lagi... debushhh!!!



Bila dah berganjak ke tengahari... kami beransur... tapi bukan balik ke rumah... tapi ke Nilai 3 lak. Kami supping kain untuk buat baju sempena majlis Nini nanti... plan nak pakai baju sama... so kami beli le 5 pasang untuk kami adik beradik... Lina, aku, Lili, Lida & Rose. Untuk mek... Nini yang belikan... match dengan baju melayu sepasang siap dengan songket untuk abah. So yang tinggal untuk budak2 & kaum bapa2 yang belum beli... tengah dok pikir... nak beli baju tee atau nak beli baju melayu ~ baju saja ~ yang tu nak kena tanya suara ramai...!!!

0 comments:

Back to Top