0

it's 7 already...!!!

Hari ni sedar tak sedar dah cecah tahun ke 7. Kalau nak ikutkan... kami dah kenal lama... lebih kurang 13 tahun... first aku jumpa dia... masa dia join kelas aku DTRP part 3 kat itm shah alam tahun 1993. Tapi yang officiallynya pada 6 Feb 2000.

Sepanjang tempoh 7 tahun ni... dah bermacam2 perkara yang dah kami tempuhi... dari kami tinggal di Waizuri... berpindah ke Kampung Warisan... kemudian berpindah ke BK 4 dan akhirnya kami menetap di USJ 16 hinggalah sekarang. Sepanjang tempoh itu... pahit manis perit getir dah kami lalui.

Tahun pertama 2001... aku menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Pantai... tahun kedua 2002... kami berpindah ke rumah sendiri yang aku beli hasil dari titik peluh aku bekerja & tahun ni juga kami menerima ahli baru... tahun ketiga 2003... aku bertukar office ~ yang rata2 kata aku tak reasonable sbb aku stay kat USJ 16 & off kat USJ 21... kiranya dekat le... tapi aku berpindah ke kajang... tak ke jauh tu nak ulang alik..?? tapi aku sedikitpun tak regret... walaupun suasananya langsung tak sama dgn off lama... & staff pun masa tu baru 6 orang termasuk aku & 2 bos... meaningnya staffnya 4 orang je...

Masuk tahun ke4 2004... aku dah lupa apa peristiwa yang berlaku... tahun ke5 2005... office aku yang kat kajang berpindah operasi ke Puchong yang hanya mengambil masa 15 minit dari rumah aku. Tahun ke6 2006... merupakan tahun dimana aku mula mengenali dunia blogger... aku mula kenal dengan kawan2 yang mempunyai minat yang sama iaitu BUKU & tahun ini juga aku kenal ramai kawan2.... & aku suka...!!!

Yang pastinya... aku mempunyai dia yang tidak pernah menghalang minat aku yang satu itu... & semoga dia akan terus memberi aku kebebasan untuk aku terus dengan minat aku itu. Semoga hidup kami sentiasa dilimpahi rahmat yang mana ESA... AMEEN...!!

0 comments:

Back to Top