0

Kasut oh Kasut

Hari ini... actually dah masuk hari lain means semalam le... :D disebabkan sekolah si Eisya mengadakan sukan tahunan esok *hari ini* dan si Eisya pulak ambik bahagian... nak tak nak terpaksalah aku belikan kasut untuk dia.

Petang tu aku dah call hubby aku suruh dia balik awal... almaklumlah hubby aku ni selalunya lepas isyak baru sampai kat rumah. Malam selepas hubby aku balik dari office *konon2 janji nak balik awal* terus berkejar ke summit nak cari kasut. Pada mulanya aku ingat nak belikan Eisya kasut sekolah je... tahun depan tak payah dah beli kasut sekolah *nak jimat sebenarnya :p*.

Lepas satu kedai ke satu kedai kami lalu *lalu aje tak masuk...!!!* lepas satu tingkat ke satu tingkat kami naik... tak ada kedai Bata pun kat situ... ceh..!! hampeh betul... nak tak nak terpaksalah ke Subang Parade. Tengok jam... dah dekat pukul 9 malam... sempat lagi ni... so kamipun menghala ke SP.

Sampai kat SP terus tuju ke kedai Bata... ada kasut tapi tak ada saiz... rupa2 nya kaki si Eisya dah besar le... aku rasa cam semalam je tapak kaki dia sebesar ibu jari.... huhuhu anak aku dah besar rupanya. Tanya jurujual tu kat mana ada lagi kedai Bata... dia kata kat Carrefour. So kami menuju ke sebelah lak... dengan masa yang dah semakin suntuk... *takut kedai tutup*

Sampai kat carrefour, berpusing2 cari kedai tak jumpa... bila jumpa je kedai... mulanya memang niat nak beli kasut sekolah, dah mintak saiz, dah try dan dah cakap ok kat jurujual tu... tengah aku dok bukak kasut... hubby aku hulur kasut utk buat jalan2... dah berkenan pulak terus cancel kasut sekolah... :)

Tak sabar nak tengok eisya dalam sut baju sukan & kasut baru untuk SUKAN TAHUNAN NURUL IZZAH esok... means ari ni... :p

0 comments:

Back to Top