0

Salam Eidul Adha & Selamat Tahun Baru 2007

*^* sALAm EiDuL aDHa *^*

Sambutan Hari Raya Aidil Adha yang telah disambut pada 31 Disember 2006 yang lalu terasa hambar & tak semeriah seperti tahun2 sudah. Kehilangan arwah Kak Ja amat2 kami rasai.

Aku yang pada mulanya tidak berhajat nak balik... balik jugak memikirkan akan mak aku yang masih lagi dalam trauma. Semoga kepulangan aku sedikit sebanyak meringankan beban perasaan yang ditanggungnya. Walaupun aku sedar, kehadiran aku tak akan sama dengan kehadiran arwah kak ja tapi aku harap berkumpulnya kami adik beradik mengurangkan sikit perasaan kehilangan arwah.

Tahun ni, Lili adik aku yang kat bangi menjalani ibadah korban. Si Lida beraya kat Rantau Panjang rumah mertua dia... suaminya nak buat sembahyang hajat sempena si Lida dapat posting kat Johor. Si Rose pula buat akikah untuk Yasmin kat rumah mertuanya di Ketereh dan akan bawak balik daging untuk dijamu pada hari raya ke-2.

Tengah hari tu... seluruh rumah aku berbau daging. Mana taknya dengan daging korban lili 1 bahagian, lepas tu abang Yie suami arwah kak ja bawak balik daging korban yang sepatutnya milik kak ja sebanyak 1 1/2 bahagian, si Rose bawak balik daging akikah Yasmin & si Lida bawak balik daging lagi. Seharian aku terpaksa membantu mak aku menguruskan daging.

Tahun ini aku terasa sangat akan ketiadaan arwah kak ja... kerana selalunya pada malam raya selalunya kami akan buat BBQ. Ye lah... daging korban akan menjadi mangsa... =) selain itu... ikan, ayam, sotong, sosej juga ada. Dan yang paling best... air pencicah yang arwah sediakan... nyum nyum best sangat. Aku pernah try buat tapi ada je yang kurang... mesti nak kakak jugak yang buat. Huk huk huk sedihnya...!!! semuanya tu dah tinggal kenangan.


*^* Selamat Tahun Baru 2007 *^*
Tahun 2006 telah 3 hari berlalu meninggalkan pelbagai pahit manis kenangan yang akan terus terpahat di lipatan memori kita semua. Bagi aku, tahun 2006 telah aku tinggalkan dengan satu kenangan yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila2... kehilangan arwah kak ja akan menjadi sejarah yang paling pahit untuk aku & keluarga aku kenangkan.

Aku pasrah dengan ketentuan takdir... setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada penciptaNya, dan aku masih lagi dalam situasi untuk menyesuaikan diri... menerima kenyataan bahawa beliau sudah tiada, dan aku tidak tahu bila masa aku akan tiba... dan yang pastinya ianya tidak akan tercepat atau terlewat barang seminit.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru 2007 khas buat kawan2 yang sudi menjengah teratak aku ini. Walaupun tahun 2007 sudah 3 hari berlalu, harapan dan doa aku agar kawan2 sentiasa beroleh keberkatan dan kesejahteraan dalam hidup kalian dan tidak hanya setahun di tahun 2007 sahaja. Semoga kasih sayang antara kita akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat kita.

salam sayang
~wan~

0 comments:

Back to Top