Pada tanggal 19 Dec 2006 lebih kurang jam 5.30 petang aku mendapat panggilan dari mak aku kat kampung mengkhabarkan berita sedih. Kak Ja, kakak sulung aku terlibat dalam kecelakaan jalanraya dan meminta aku ke Hospital Temerloh untuk melihat keadaan beliau. Aku yang terkejut dengan berita itu… tak putus berdoa agar keadaan kak ja tidaklah serius dan sekadar cedera ringan. Untuk pengetahuan kakak aku seorang Guru dan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka dan menetap di Maran Pahang. Kemalangan berlaku ketika beliau on the way balik dari meeting pasal marking paper spm.
Aku menelefon hubby aku supaya balik dengan kadar segera dan on the way balik jemput sekali Nini adik aku kat segambut yang awal2 lagi sudah aku khabarkan supaya bersiap sedia. Hati aku tak tenang… tak putus aku beristigfar untuk menenangkan hati aku. Terasa lambatnya hubby aku nak sampai kat rumah. 2, 3 kali aku menelefon hubby aku bertanyakan bila nak sampai. Yang akhirnya aku dimarahinya sebab dia terkandas dalam kesesakan jalanraya di Jalan Duta untuk mengambil adik aku.
Lebih kurang jam 6.30 petang adik aku si Rose menelefon memberitahu bahawa Kak Ja dah tak ada. Ya… kakak aku dah meninggal…!!! Terasa lemah lutut aku… sedihnya aku… sedih sangat2. Aku tak jadi ke Maran sebaliknya kami akan terus balik ke kelantan kerana jenazahnya akan disempurnakan di hospital Jengka dan akan dibawa pulang ke kelantan.
Aku tiba di kampung lebih kurang jam 3.30 pagi. Aku tidak dapat menahan sebak didada tatkala aku terpandang mak aku yang menangis bila melihat aku. Aku peluk mak aku & aku menangis sama. Aku cuba untuk menjadi kuat tapi aku tak mampu. Aku betul2 hilang semangat.
Jenazah tiba keesokkan hari lebih kurang jam 9.30 pagi. Aku cuba untuk tidak menangis… tapi aku tak mampu bila lida & Rose peluk aku sambil menangis bila terpandang jenazah diangkat naik ke atas rumah. Aku cuba untuk menjadi kuat untuk adik2 aku… tapi aku sendiri tak kuat…!!!
Akhirnya lebih kurang jam 11.30 pagi jenazah disembahyangkan apabila adik lelaki aku Ghaffar tiba [dia final exam untuk tahun akhir dia di politeknik kota bharu]. Jenazah disemadikan bersebelahan pusara arwah pak long aku dan di kelompok pusara arwah Wan (atuk) & Mok (nenek) aku.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh kerana sesungguhnya dia merupakan seorang anak dan kakak yang paling baik. Amin
~ AL FATIHAH ~
0 comments:
Post a Comment