0

Sabah Mania

Selepas beberapa hari dok ding dong ding dong.... akhirnya lepas gak satu halangan. Booking tiket Air Asia untuk penerbangan ke Kota Kinabalu Sabah pada tarikh 12 July 2007 hingg 14 July 2007.

Sebenarnya rancangan untuk cuti-cuti malaysia ni dah lama dirancangkan. Dari tahun lepas sebelum arwah kak ja masih ada lagi dan dia yang beria-ia nak ke sana. Aku sekadar mengekor aje. Maklumle... selalunya kalau arwah ada... lepas le untuk makan ke tempat tinggal ke... sebab dia dah jadi banker kami. hehehe.

Tapi memandangkan abah dah macam excited nak pergi sabah... maklumlah tak pernah sampai sana pun... begitu juga aku... begitu teruja nak pergi... tambahan pulak cousin aku dok study kat UNIMAS so... boleh le mintak tolong dia uruskan tentang tempat tinggal selama kami berada di sana. Yang menjadi problem sikit adalah... rombongan kami seramai 14 dewasa & 6 kanak2. Tak pa lah... yang tu akan difikirkan kemudian...

Dalam pada aku dok telefon... sms ngan Lili... sebab konon2nya nak book tiket bairlah dapat flight yang sama... tapi berlaku gak masalah teknikal yang akhirnya... group Lili akan bertolak jam 7.55 pagi pada 12 July dan balik jam 17.10 petang 14 July. Manakala group aku pulak akan bertolak jam 9.35 pagi dan balik jam 18.10 petang 14 July ini gara-gara nak dapatkan harga promosi... tak sampai 24 jam harga dah naik...!!!

Apa2pun banyak perancangan yang perlu dilakukan agar cuti2 mesia family aku ini berjalan dengan lancar. Kena gak fikir masalah nak ke LCCT dari rumah aku... dan nak kena fikir gak balik nanti macam mana... sebab kalau setakat 4 - 5 orang ok le lagi... ni 14 dewasa & 6 kanak2 yang perlu diberi perhatian... pening kepala gak nak fikir ni...

hehehe... apa2pun aku dah tak sabar2 nak menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu tu... nak kena menabung untuk duit shopping... dalam kepala aku dah bermacam2 benda yang aku nak beli termasuklah... tikar & set mutiara...

~adios~

0 comments:

Back to Top