0

Usia Setahun Jagung...

Pejam celik, pejam celik, sedar tak sedar... hari ini 7 Mac 2007 genap setahun usia rumah aku ini. Macam tak percaya je..!! Dalam masa setahun berlalu... pelbagai peristiwa pahit manis telah berlaku dalam hidup aku.

Bermula dengan pertemuan dengan kaksu setahun yang lalu di Shah Alam Mall yang meninggalkan kenangan yang paling manis... telah membuka mata dan memperkenalkan aku dengan dunia blogger. Dalam masa setahun... aku telah mempunyai 3 buah umah iaitu *^*sEmBaNg2 PaSaL bUkU*^* , DuNiAku dan termasuklah rumah ni...Teratak.

Walaupun rumah ini tidak ramai pengunjung berbanding dengan 2 rumahku yang lain... *betul ke ramai pengunjung..??* hehehe... tapi aku paling sayang rumah ini. Pelbagai kenangan yang telah tercoret di rumah ini.

Kenangan manis... sudah pastilah dapat kenal dengan ramai blogger di samping menambahkan lagi kenalan... dapat kenal lebih ramai penulis dan yang paling istimewa dapat bersua muka malah ada yang menjadi rapat & kamceng, terutamanya dengan kaksu, Izzul... kawan2 yang sorang demi sorang menjadi penulis cuma aku yang tidak berbakat sebagai penulis... hehehe merepek merapu tau le..!!

Kenangan pahit... aku kehilangan insan yang paling aku sayang dan hormati selain dari kedua ibu-bapa. Aku kehilangan kakak tersayang yang pergi buat selama2nya pada 19 Disember 2006. Kehilangan yang diratapi oleh seluruh ahli keluarga dan rakan2 terdekat. Dan sehingga n3 ini ditulis... aku masih lagi seolah bermimpi...!!! mimpi ngeri...!!!

Tapi aku pasrah dan redha kerana aku dapat ramai kakak2 yang sangat prihatin walaupun tidak mungkin dapat mengambil tempat arwah kak ja... tapi kalian tetap mempunyai tempat yang paling istimewa di dalam hati aku.

Semoga rumah ini akan tetap hidup... walaupun tuannya agak malas nak update...!!! hehehe dan akan tetap menjadi tempat persinggahan kawan2 samada aku sedar mahupun tidak...!!!

0 comments:

Back to Top