2

Hari ini 10 September

Salam buat semua sahabat yang dicintai,

Hari ini 10 September 2009.

Kalau si dia masih ada...
Pastinya pertama sekali yang akan wan buat adalah...
Menghubunginya...
Bertanya khabar...
Berceloteh tentang itu dan ini...
Berkisah tentang si kakak dan si adik-adik...

Tak lupa juga...
Mengadu tentang itu dan ini...
Mengadu tentang kerenah si kakak dan si adik-adik...
Mengadu tentang kerenah si 'kecik' yang sudah menginjak 'dewasa'

Tapi...
Si dia sudah tiada...
Tiada lagi panggilan telefon...
Tiada lagi telinga yang akan mendengar setiap cerita... setiap masalah...
Tiada lagi bahu yang dapat dijadikan tempat melepaskan segala tangis dan tawa...

Benarlah kata orang...
Setiap yang hidup pasti kembali pada penciptaNya
Yang pergi tetaplah pergi
Kita yang hidup harus teruskan hidup

Tapi...
kenangan demi kenangan yang kami kongsi bersama
di kala susah mahupun senang
di saat gembira mahupun sedih
akan tetap terpahat kukuh di sanubari
dan selagi itu si dia akan tetap di hati

Jika si dia masih ada...
Pastinya ucap selamat hari lahir akan menjadi ucapan istimewa
Tapi si dia sudah tiada
Hanya iringan doa dan bacaan Al-fatihah sebagai hadiah
Sempena mengingati hari ini,
hari di mana si dia dilahirkan 42 tahun yang lalu.

AL-FATIHAH


Salam sayang,

2 comments:

Motivasi Kerja said...

Andai ingat pada mereka yang telah pergi selalulah bacakan AL-Quran dan perbanyakkan sedekah. Teringat sirah Nabi ketika baginda bersedih tentang pemergian Siti Khadijah, baginda selalu bersedekah dan memberikan makan kepada anak yatim kerana teringatkan Khadijah yang amat suka membantu anak yatim.

Wan Amalyn said...

Terima kasih atas ingatan... =)
Insyallah, setiap kali ingatan saya singgah pada arwah, sekurang-kurangnya bacaan al-fatihah saya sedekahkan buat arwah...

Back to Top