4

Kad Raya pertama...

Salam buat semua sahabat yang dicintai,


Hari ini genap 14 hari kita menjalani ibadah puasa untuk tahun 1430H. Sudah menjadi rutin harian wan sebelum masuk lift di rumah, wan akan memeriksa peti surat. Selalunya setiap hari peti surat di rumah wan itu, kalau tiada surat-surat 'hutang' pastinya akan ada pamplet-pamplet yang entah-apa-apa memenuhi ruang sempit peti surat itu.

Semalam, juga rutin biasa tapi apa yang membuatkan hati wan berlagu riang adalah kerana mendapat kiriman kad raya PERTAMA untuk tahun ini. Dan pengirimnya adalah kekanda-kekanda kesayangan wan kaksu & kakyah. Wah! kanda-kandaku... kamu telah pecahkan rekod!! Junjung kasih buat kedua kekanda kesayangan wan ini atas kiriman dan ingatan ini.

Dan wan?
Projek kad raya masih belum nampak bayang!
Sempatkah wan nak membalas kiriman kekanda-kekandaku ini??
Dan, sempatkah wan nak mengirimkan pada sahabat-sahabat sekalian sebagai tanda ingatan?

Waduh... gimana sih??


Nota wan:
Tiba-tiba wan rindukan si Bunga Erna di kota Jakarta... moga dirinya sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa... aminnn

"Mbak... gue kangen banget sama kamu!!"



Salam sayang,

4 comments:

myQza said...

dah lama tak dapat kad raya :)

Wan Amalyn said...

tED,

PM address nanti wan kirim kad raya ;-)

(kalau kad sempat siap la...!!) hehehe

ryn said...

taun ni mmg malas sungguh. Nak buat kad raya pon takde mood. entahlah, kerja opis dibulan ramadan taun ni mmg stressful, rasa nak beraya pun tak de :(

Wan Amalyn said...

ryn..

itulah dugaan!
ttg kad raya -> huhuhu yg tu no comment sbb wan sampai ke hari ini belum siap pun lagi kadnya... sedangkan masa semakin pantas berlalu...

harap semuanya aman-aman sahaja bila dah hampir nak raya nanti!

miss you

PS: =( esok birthday si dia!

Back to Top