3

Ini mek & abah...

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Ini mek wan. Namanya Siti Fatimah. Tahun ni umur mek akan masuk 57 tahun. Berdasarkan tahun kelahiran yang tercatat dalam kad pengenalannya.

Mek seorang ibu yang sangat penyayang, sentiasa memikirkan tentang hal anak-anak walaupun masing-masing dah berkeluarga kecuali anak-anak lelakinya yang masih lagi bujang. Mek sentiasa risaukan tentang hal anak-anak.

Dulu wan tak ambil peduli sangat, tapi bila wan sendiri dah jadi ibu, barulah wan tahu, bahawasanya seorang ibu akan sentiasa memikirkan hal anak-anak walaupun kadang-kala ia hanyalah satu hal yang sepele. Sama ada anak-anak akan sedar, ambil tahu atau hanya buat tak tahu... seorang ibu tetap akan memikirkan hal anak-anak melebihi hal dirinya sendiri.

Ini abah wan, namanya Wan Ab. Ghani. Tahun ni, umur abah akan masuk 67 tahun. Itu berdasarkan tahun kelahiran yang tertera dalam kad pengenalan. Tarikh dan tahun sebenar tak pasti, maklumlah abah lahir di zaman Tanah Melayu belum merdeka, jadi segala urusan surat menyurat dan pendaftaran kelahiran masih lagi belum dikemas kini.

Tak kisahlah janji abah dan mek wan senantiasa dalam rahmat-Nya. Dianugerahkan dengan kesihatan yang baik, sihat dan sejahtera, murah rezeki serta mendoakan segala yang terbaik hanya untuk abah, mek dan keluarga tersayang. Hanya itulah yang dapat wan doakan dari jauh... nak balik, kena tunggu raya nanti! huhuhu lambatnya!!!

Abah wan ni jenis orang yang tak banyak cakap, kecuali kalau dia jumpa 'ghu' dia, dia pasti akan cakap banyak... hehehe.

Kawan-kawan mesti pelikkan kenapa wan tiba-tiba letak photo abah dan mek wan kat sini? kenapa tidak letak sempena father's day hari tu? Jawapan wan mudah saja... setiap hari dalam hidup wan adalah father's day & mother's day, jadi tidak timbul kenapa hari ini baru wan nak letak bukan hari itu!

Insyallah akan datang, wan akan letak gambar adik-beradik wan (yang ramai tu) pula... saja sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang family wan.


lots of love...


3 comments:

myQza said...

wajah ayah wan fotogenik.. macam dalam lukisan.. atau mainan kamera! But nice.. alhamdulillah.. kita masih ada ke dua ibu bapa

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Wan, rindunye nak jumpa mek & ngan abah ko... bez masa kat klate dulu.. perkataan yang masih diingati...Abah !..air tak tubek..terkenang tul...perkataan klate yang pertama..

Wan Amalyn said...

tED... =) alhamdulillah syukur kerana mereka masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik semalam, hari ini dan insyallah selama2nya... moga kedua org tua tED juga begitu... sama2lah kita berdoa.

Na... hahaha
jom ar balik bercuti kat kelantan! mesti best. Ituler... hehehe sampai skrg problem tu masih ada klu sekali sekala oghang balik *wink* hehehe... eh! Lipispun bahasa dia ala2 jugakkan?? :P

Back to Top