5

Dirgahayu buatmu anakku....

Hari ini tanggal dua puluh dua november tujuh tahun yang lalu,
lahirmu ke dunia ini membawa sejuta rahmat buat bonda.
kamulah anugerah terindah dariNya buat bonda
kamulah permata kebahagiaan bonda

Hanya doa dan harapan yang dapat bonda pohonkan pada yang Esa
agar dirimu sejahtera sentiasa
agar dirimu senantiasa dipayungi oleh rahmat-Nya
agar dirimu senantiasa dalam peliharaan yang Esa
agar dirimu tumbuh menjadi anak yang berguna, berilmu dan beramal soleh
agar dirimu menjadi anak kebanggaan ayah dan bonda...

Dirgahayu buatmu anakku sempena hari kelahiranmu yang ke-7 ini
Sesungguhnya kamulah 'nyawa' bonda...

* * * *

Juga ucapan Selamat Menyambut Hari Kelahiran yang ke... buat sahabatku yang dicintai WABBIT yang berkongsi tarikh yang sama... Moga kebahagiaan senantiasa melingkari hidupmu... dan hanya satu yang daku inginkan... boleh kita kawan sampai bila-bila...??

* * * *

Cerita My Aysha

Dari awal pagi dia sudah merungut... hari ini hari jadinya,
"Mummy tak wish kat Eisya pun!"
Dan kedengaranlah suara sumbang si ibu melagukan "Happy Birthday to you... happy birthday to you... happy birthday to Aysha... Happy birthday to you" Dan terserlahlah senyuman meleret di bibir si kecil tanda bahagia usai nyanyian sumbang si ibu dendangkan.

Seketika kemudian...
"Kenapa tak ada orang wish Eisya?
"mereka tak tahu hari ini birthday eisya jadi mereka tak wish la..."
hanya itu jawaban yang dapat si ibu berikan.

Seketika kemudian...
"Mummy tak beri present pun untuk Eisya"
"...."
si ibu tiada jawaban untuk itu.

Waktu tengah hari... lokasi di PKNS Shah Alam
Sirman ada pre-wedding shoot dengan Mina di Tasik Shah Alam
Wan dan Aysha berlegar-legar di kompleks PKNS, kemudian berjangkit ke SACC Mall di seberang jalan. Kebetulan MPH buat sales di ruang legar SACC. Seperti biasa adalah buku yang akan minta dibelikan oleh Aysha. Satu buku pilihannya, 1 set pensel warna Stabilo dan sebuah lagi buku 366 QUESTIONS & ANSWERS wan belikan untuknya.

Apa yang menariknya tentang buku 366 Questions & Answers ni kerana ianya sangat informatif. What is a Volcano? Why is the sky blue? How is an igloo built? -> jawaban yang wan sendiri tak tahu... ada lagi... Why is the sea salty? What are breezes? What is the ozone layer? How is glass made? What is UFO? Why do we need to eat? When was the pizza invented? What is Phoenix? Why do nettles sting? What is the human body made of? What is the Grand Canyon? dan banyak lagi... setiap hari satu soalan/jawaban, daripada bulan Januari hingga ke bulan Disember. Dan harganya... hanya RM19.90 sebelum di less 30%! & didatangkan dalam bentuk hardcover... memang berbaloi.

"Ini hadiah hari jadi Eisya ya" tanpa dibalut cantik-cantik, wan hulurkan plastik MPH padanya. Reaksi si Aysha... senyuman sudah meleret-leret dibibirnya... tanda hatinya sedang berbunga-bunga??

Petang... di Subang Parade
"Mummy kenapa tak ada kek birthday untuk Eisya?"
"..."

Alahai anak, ketahuilah ibumu ini sedang 'kering'. Tapi balik singgah juga belikan kek di Baker's Cottage demi seorang anak tersayang. Kek coklat seberat 0.5kg telah meragut RM32.00 duit belanja ibumu sementara menunggu gaji.

"Esok eisya nak bawak gi nursery boleh tak mummy? Nanti boleh makan dengan kawan-kawan" Dan satu persatu nama rakan-rakan se-nurserynya dibilang.
"Erk... okeylah"
"tapi mana pack makanan (jajan) untuk kawan-kawan eisya?"
Dan sebelum tiba di rumah, singgah pula di Giant belikan 'jajan' untuk dibahagikan pada rakan-rakannya. Melayang lagi duit mummy... huhuhu memang sah esok mummy kena puasa eisya....!!

5 comments:

mohad said...

menarik blog ni...

Ahada Aihara said...

happy birthday to eisya....
=D =D =D

nacha said...

happy belated b'day utk Aysha. smlm aunty dah wish kat facebook Aysha. smlm aunty lupa nak buka blog. hehehe.. sibuk layan farmville je.

semoga Aysha menjadi anak yg solehah & berjaya & berjasa kepada mummy, papa & juga pd bangsa & agama. amin...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

macam mana boley tak perasan ko dah update ni ?...huissh tulah tu..bila mata tak perasan..nampak kebuuun & akuarium & baru ni...cafe jer...hehehe..

tolong wishkan kat Aysha yer Wan..
'SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 7' jangan noty2..(kalau ada..:)), dengar cakap mummy & papa..)

takpelah Wan.. biar duit berhabis utk anak..bukan selalu.. sbb kita dulu kan xdpt rasa semua tu jadi biar anak kita rasa....(tp jgn berlebey2 sampai xley nak kontrol ..)

Wan Amalyn said...

Ijad...
thanks tapi apa yang menariknya?? rasanya kat sini merapu je lebih... hahahaha

Ahada...
thanks dear! (bp Aysha) =)

nacha...
Yup... thanks Aunty Nacha... hehehe sama la dgn mummy... asal bukak FB jer mesti dok layan kebun... takpun main 'masak2' ahaks

Na...
hehehehe :P ala tak dak benda lah...

Thanks 4 da wish... tp noty2 tu tetap ada... adakalanya buat mummynya semput nafas pun ya!!

Ituler... agaknya sebab anak sorang & fikirkan masa kita dulu2 susah... jadi kalau boleh tak nak la anakpun rasa susah... tp kena ajar juga mereka erti susah barulah mereka hargai penat lelah kita org tua nih cari duit!

Back to Top