2

[ 2 ] : Petualang Cinta

kau boleh acuhkan diriku
dan anggapku tak ada
tapi takkan merubah
perasaanku kepadamu



“Apa yang lama sangat korang diskuss dengan En. Zack? Ada apa-apa yang aku kena buat ke?"

“Tak ada bendalah... Eh Lila, petang nanti kami nak ke kompleks, mahu ikut?” Sheema bersuara.

“Buat apa?, malam nanti aku ada date la” Aku tersenyum memandang Sheema. Tak berani nak pandang kat tempat lain.

“Dengan siapa?” Zana menyampuk dengan raut wajah ingin tahu. Ya! dengan wajah yang beria-ia nak korek rahsia. Zana... zana! pantang dengar orang lain ada ‘date’ dia pula sibuk nak ambil tahu. Lagipun mereka tahu tak ada sesiapa dalam hati aku dan aku juga tidak pernah bercerita apa-apa tentang 'date' aku malam nanti.

“Ada laaa... mana boleh cakap sekarang, nanti kau potong line aku hahaha

“Eee kedekutnyaaa! Habis che abe aku tu nak letak mana?”

“Habis yang kau sibuk-sibuk nak tahu buat apa? Tak takut aku repot dekat che abe kau? Kau bukan tak tahu, si Kahar tu boleh tahan juga cemburu dia!”

Aku pun tak faham kenapa setiap boyfriend kawan-kawan aku, baik Zana, baik Leleq mahupun Nonie mereka akan cari aku kalau tak dapat ‘jumpa’ makwe masing-masing. Mereka lebih percayakan aku daripada makwe mereka! Kadang-kadang aku pula yang jadi rimas. Selalu kena terjah!

“Eh dah ke? aku nak balik ke bilik laa” Zana mula bangkit, mengemas letak duduk baju kurung cekak musang yang tersarung di badannya.

“Eh, bukankah lepas ni ada kelas En. Suhaimi?”

“Alamak, Lila... sorry lupa nak beritahu, kelas En. Suhaimi dibatalkan sebab dia ada hal emergency. Nanti dia akan inform bila dia nak buat kelas ganti”

“Ooo patutlah tiba-tiba korang buat plan nak ke kompleks ek?”

“So, betul tak nak ikut ni?? Kami nak pergi makan kebab ayam yang mouth watering tu... jangan menyesal” Sheema pula mencucuk jarum.

“Sorry, aku nak balik tidur! Nak kumpul energy, malam karang nak dating. Eh korang nak terus pergi atau nak balik bilik dulu?” Aku juga mula bangkit dari kerusi. Meluruskan sendi-sendi yang sudah mula lenguh.

“Balik bilik dulu la, mandi, solat, tukar baju, takkan nak pakai baju kurung ke kompleks... eee tak rock! Macam nak pergi kenduri kahwin aje!!”

“Eh okey apa pakai baju kurung! Inikan baju kebangsaan kita, kalau bukan kita yang pakai, siapa lagi?”

Alah, kata dulang paku serpih... la kau nih” Zana memulangkan paku buah keras pada aku.

Hahaha yelah! Aku pun lebih suka memakai jeans dan t-shirt jika nak keluar daripada kampus. Teringat ketika kami di Manjung, oleh kerana kami di larang memakai jeans dalam kawasan kampus, apa yang kami buat, kami memakai kain menutupi jeans yang dipakai, setiba di Pekan Lumut, tempat tumpuan pertama yang kami tuju adalah tandas... nakalnya kami waktu itu...


****


Suara gelak ketawa, gurau senda dalam studio menerobos keluar, sedikit mengganggu tumpuan aku yang berada di luar studio. Sebagaimana yang dijanjikan, Abang Zie memang datang tepat pada waktunya. Dengan pintu yang terbuka lebar, aku dapat melihat dengan jelas rakan-rakan aku yang berada di dalam studio sedang menyiapkan kerja sambil bersembang.

Study macam mana?” Suara parau Abang Mie menarik kembali tumpuan aku pada dia yang berdiri di sisi aku di balkoni tingkat 2 bangunan KSPU yang menempatkan studio kami.

“Okey lagi... tapi biasalah adakalanya pening juga kepala” Lenguh berdiri, dengan posisi sedikit membongkok aku menongkatkan dagu yang aku alas dengan tempurung tanganku di atas palang besi. Melontarkan pandangan ke arah pekat malam.

“Abang ganggu Lila ke ni? Ada kerja ya?” Agaknya dia perasan yang malam ni aku lebih banyak berdiam diri. Lagipun entah kenapa malam ini hati aku jadi tidak enak kerana sedari tadi ada sepasang ‘mata elang’ di balik cermin mata berbingkai bulat sedang memerhatikan aku. Lagaknya bagaikan si elang mencari mangsa. Atau hanya aku yang terlebih perasan?

“Tak laa... bagus juga abang datang, realese sikit tension oghang. Sekurang-kurangnya oghang tak rasa keseorangan kat sini” Aku mengubah posisi, mengadap Abang Mie. Rasa macam tak sopan pula bila bercakap tidak memandang wajah orang yang dilawan bercakap.

“Lila kena belajar hidup sendiri. Sampai bila nak bergantung pada orang? Ni nasib baik abang kerja kat sini? Kalau dapat peluang kerja kat tempat lain dan offernya bagus abang cabut!”

Alaaaaa abang tunggulah oghang habis dulu! lepas tu barulah fikir nak tukar tempat kerja” Hati aku sudah mulai cuak. Aku pandang wajah Abang Mie dengan raut wajah menagih simpati.

“Cantik la buat muka lagu tu?” tangan Abang Mie sudah menarik hujung tudung yang aku ikat jadikan reben. Terburai...

“Abang nih... kalau bercakap, tangan tu diam-diam boleh? Penat tau oghang buat reben nih...” muncung aku sudah sedepa, dan jelingan maut aku berikan pada Abang Zie. Sedangkan dia, hanya tersenyum melihat olah aku.

“Wei, Najmie macam mana kau boleh sesat kat sini?”

Aku melemparkan sekilas pandang, mencari arah datangnya suara itu. Abang senior aku sedang tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Abang Mie. Kemudian ada tangan lain yang juga terhulur untuk mengambil alih bersalam dengan Abang Mie. Aku merapatkan sedikit badan aku pada Abang Mie, kerana aku terasa bagaikan ada insan lain di belakang aku. Nak menoleh aku tak berani...

“Tak sesatlah... ni nak jumpa adik aku nih. Dari semalam menangis-nangis suruh aku datang... rindulah konon!”

“Mana ada!! oghang tak menangis la, abang jangan jual tempoyak kat sini! Mana ada oghang cakap apa-apapun!” Aku cepat-cepat memintas kata Abang Mie, sebelum ada yang tersalah tafsir. Sekejap... siapa yang nak tersalah tafsir pula?

“Eh sejak bila kau ada adik? Setahu aku kau tu anak bongsu!” Abang senior yang aku belum kenal siapa namanya tersenyum memandang aku.

“Oh aku tak beritahu kau ya? Ni aku kenalkan adik sepupu aku, Lila. Aku memang tak ada adik, tapi budak ni paksa aku jadi abang dia! Lila, ni best friend abang, Izzudin”" Abang Mie tersenyum bergilir pandang antara aku dan kawannya.

“Mana ada... abang ni teruk la... tak nak jadi abang sudahlah janganlah kata oghang paksa-paksa pulak” Aku mula menarik muka.

“Yelah-yelah, Din nilah adik kesayangan aku... intan payung, busyuk-busyuk"

Aku diam, tidak mengendahkan kata-kata Abang Mie. Merajuk la konon-kononnya..

"Alaa jangan merajuk, buruk benar rupa tu bila merajuk” Sememangnya aku yang terlebih manja bila dengan Abang Mie terlupa bahawa kami bukan hanya berdua, ada orang lain juga bersama kami. Memandangkan dia abang sepupu aku yang paling rapat, dan sementelah pula dalam keluarga aku semuanya perempuan, jadi dia sudah kuanggap bagaikan abang kandungku. Dan dia memang memanjakan aku melebihi adik-beradikku yang lain.

“Hai...” aku hanya melambaikan tangan tanda perkenalan. Cuba menceriakan kembali suasana.

“Hai...” Izzudin juga melambaikan tangan mengajuk cara aku menyambut salam sambil tersenyum.

Abang Mie mula leka berborak dengan sahabat baiknya itu. Sekali sekala aku menyampuk apabila ada soalan yang diajukan pada aku. Selebihnya aku hanya berdiam diri bagaikan patung cendana, tidak tahu bagaimana nak bertingkah. Apatah lagi adanya mamat si ‘mata elang’ bersama kami.

‘dia ni macam mana boleh tiba-tiba ada di belakang aku? Nampak macam pendiam tapi dia macam kenal baik aje dengan senior-senior’

“Abang... oghang masuk dulu ye, kalau nak balik panggil tau...” aku meminta diri. Sebenarnya aku nak lari daripada suasana yang mula membuatkan aku rimas. Ye ke rimas Lila? Atau... hush... diam-diam la kamu di situ...

Tanpa menunggu jawapan daripada Abang Mie, aku melangkah masuk ke dalam studio. Menghampiri meja aku, Zana, Sheema, Leleq sedang terbongkok-bongkok menyiapkan ntah-apa-apa, sambil sesekali pandangan mereka dilontarkan keluar, ke arah di mana Abang Mie sedang bersembang dengan kawannya dan juga si mamat ‘mata elang’ itu. Seolah-olah sedang mengawasi sesuatu.

“Weh!! korang buat apa nih?” aku cuba menjenguk ke arah benda yang dikerjakan oleh mereka.

“Eh! ada kek... korang nak sambut birthday siapa ni?” selepas soalan aku tadi terbiar tanpa balasan, perasaan ingin tahu mula berkobar-kobar. Apatah lagi, sahabat-sahabatku langsung tidak mempedulikan sapaan aku. Seolah-olah memboikot aku. Takkan fasal aku tak beritahu siapa Abang Mie dengan aku, mereka marahkan aku pula.

‘Dirgahayu A.Z.M.A.N’ itulah yang tertera di atas kek coklat bersaiz ½ kg yang dihiasi 2 batang lilin bersaiz besar dan 2 batang lilin bersaiz kecil sedikit.

‘Oh! si dia berulangtahun rupanya hari ini... patutlah dia semacam aje. Lila... semacam macam mana? Entahlah pokoknya... dia lain benar malam ni...’

“Lila... ” panggilan daripada Abang Mie, membubarkan lamunan aku... pandangan kuhalakan pada Abang Mie, dan tanpa sengaja mataku menubruk si ‘mata elang’ dan sorot mata itu menerjah tepat ke jantung kalbuku.

aduh hati, tetaplah kau di situ...


...bersambung
0

D.I.R.G.A.H.A.Y.U.

Khas buat sidia yang berulangtahun hari ini....

'Dirgahayu buatmu... moga rahmatNya sentiasa melingkari hidupmu...'


0

aku cinta kau apa adanya...

:: aku mau :: Once ::

kau boleh acuhkan diriku
dan anggap ku tak ada
tapi takkan merubah perasaanku
kepadamu

kuyakin pasti suatu saat
semua kan terjadi
kau kan mencintaiku
dan tak akan pernah melepasku

aku mau mendampingi dirimu
aku mau cintai kekuranganmu
selalu bersedia bahagiakanmu
apapun terjadi
kujanjikan aku ada

kau boleh jauhi diriku
namun kupercaya
kau kan mencintaiku
dan tak akan pernah melepasku

aku mau mendampingi dirimu
aku mau cintai kekuranganmu
aku yang rela terluka
untuk masa lalu



* * * * *



adakalanya lirik lagu yang puitis bisa mewakili luahan hati kita, berkisah tentang sejuta rahsia yang tak terluah dibibir...



0

Cerita dari Precint 11, Putrajaya

Salam semua,

Semalam wan ke Putrajaya memenuhi undangan sepupu wan Muharram. Undangan sempena dia bawa balik anak perempuannya Nik Nurkhalisya. Hari tu semasa Rose (wifenya) bersalin tak sempat nak pergi tengok sebab dia terus bawa balik kampung.

Wan pergi dengan Nini, nasib baik Mizi nak datang ambil wan dan Aysha, SIRman tak pergi (ada hal lain). Daripada USJ kami singgah di Puchong, Nini nak tengok rumah barunya yang dalam proses ubahsuai. Masa sampai, barang-barang berselerak belum siap lagi (entah sempat ke tidak bulan 6 nanti, harap-harap sempat la siap!). Bukan apa bila family dari kampung datang, sekurang-kurangnya rumah Nini besar sikit untuk menampung jumlah yang ramai. Oh ya bulan 6 nanti sepupu wan, Dalila (anak Uncle kat Hulu Langat) akan melangsungkan perkahwinannya, jadi keluarga kat kampung dah plan nak datang ramai-ramai.

Selepas tu kami terus ke Putrajaya, Precint 11. Cari punya cari... susah juga ya! berpusing-pusing juga lah sebelum menemuinya. Suasana sekitar rumahnya nyaman aje & tak ada pagar! Tapi jangan mimpilah kalau nak beli kat area Putrajaya ni, mesti MAHAL! Orang lain mungkin mampulah, tapi wan.... huhuhu tak tahu tahun bila... entah-entah tak ada tahun...

Kami sampai saing dengan Hidayah (sepupu, anak arwah Poklong) yang datang bersama Poksu Din, kak Na & anaknya Ahmad (yang lasaknyaaaa.... ya ampun!! huhuhu penat wan menengoknya). Uncle, Aunty, Chik & POkcik Yie dah ada kat rumah Muharram. Jemputan juga dah ada, yelah majlisnya dari jam 1 hingga 5 petang, wan sampai lebih kurang jam 1.30 petang. Oh ya dia buat tahlil juga.

Wan yang pergi dengan perut kosong, apa lagi... tuan rumah tak jemput wan dah makan dulu... hahaha lagipun menunya banyakkk... Ada nasi hujan panas (alaa nasi yang warna-warni tu), lauknya ayam masak merah, dalca & acar timun. Ada meehun sup, ada roti jala, ada sate (kajang) daging & ayam selain kuih muih, kek & buah-buahan. Pendek kata memang sangat menyelerakanlah. Wan makan nasi dulu, lepas tu baru makan meehun sup, nak makan roti jala perut dah kenyang, tapi sempat la makan sate 2 ayam cucuk.

Lepas makan, lepak-lepak... sembang-sembang dengan sepupu-sepupu yang jarang-jarang dapat jumpa... lebih kurang jam 4.30 petang kami beransur balik. Dalam kelam kabut nak balik, kak nik (sepupu wan belah abah yang paling sulung) baru sampai... jumpa dia kejap.

Keluar dari Precint 11 kami ke Precint 2, ke Laman Seni Putrajaya. Gerai yang dibuka setiap hari sabtu dan ahad?? Kawannya ada buka gerai jual tudung kat sana, berkenan pada satu tudung tu, tapi belum gaji la pula... takpalah tunggu dapat gaji dululah! Lagipun bukannya tak ada tudung yang nak dipakai... kena berhemat sekarang nih!Kemudian kami langsung balik.

Dekat pukul 6 sampai di USJ dan nini langsung balik tak singgah sebab malamnya dia ada appointment dengan kontraktor yang buat ubahsuai rumahnya itu.

Thanks dear!! Love you so much!!!


0

Buku yang usai dibaca

Salam semua,

Yay!!! malam tadi wan berjaya menghabiskan sebuah lagi buku Maria A. Sardjono yang berjudul Kunanti Rekahnya Fajar.

Kisah tentang Astri/Ninik yang mengalami kemalangan jalan raya yang serius. Yang telah meragut seluruh hidupnya apabila dia mengalami hilang ingatan. Bahkan dirinya sendiripun dia tak ingat. Sementelah pula kad pengenalannya turut musnah dalam kebakaran yang meragut ingatannya itu.

Berkat kesabaran si doktor, dia berjaya menghadapi hari depan yang samar. Atas ihsan si doktor dia dibawa pulang ke rumahnya. Atas rasa simpati dan merasa diri dilindungi si wanita jatuh cinta pada sang doktor yang merawatnya. Apatah pula si doktor yang juga telah bercerai dengan isterinya dengan alasan diri tidak hargai, lebih mementingkan para pesakitnya!

Namun tanpa di sengaja ingatannya kembali dan menemukan kembali seluruh ingatannya yang hilang, dan kenyataannya adalah dia seorang isteri! Dapatkah cinta mereka tetap bertahan?? Siapakah wanita yang bersama dengannya yang terkorban dalam kemalangan itu? Siapakah dia, Ninik atau Astri?

Jawapannya: sebuah kisah yang sangat sweet :-) walaupun dugaan yang dihadapinya agak mencabar. Lupa siapa diri, tidak diakui oleh sang suami yang lebih rela menganggap dirinya sudah 'mati'. Dan wanita yang terkorban itu adalah sahabat baiknya! yang diakui sebagai 'isteri' oleh suaminya. Rupa2nya dia adalah anak jutawan yang mempunyai harta kekayaan yang sangat banyak... ketika kejadian, dia dalam proses nak bercerai dengan suaminya yang main kayu tiga dengan perempuan lain menggunakan kekayaannya. Suaminya ingat bila dia hilang ingatan, dia akan lupa selama-lamanya.

Malam sebelumnya wan habis baca karya Maria yang berjudul Di Balik Dinding Kelabu. Kisah tentang Nia-Rosnia, seorang wanita yang lembut, keibuan, penuh rasa cinta pada keluarga. Dan semuanya nampak seakan berjalan mulus tanpa rintangan hinggalah dia memergoki sang suaminya mengkhianati seluruh kepercayaan dan cintanya dengan wanita lain di rumahnya sendiri. Dan wanita itu adalah Ratna adik sepupunya yang dia biayai hidup dan pelajarannya.

Entah dari mana datangnya kekuatan itu... tiba-tiba sahaja tangannya telah menghunjuamkan gunting ke jantung wanita kekasih suaminya itu!. Dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan ketika itu dia sedang mengandungkan anaknya yang keempat (yang lahir dalam penjara).

Peritnya hidup dalam penjara. Lantaran kehadiran Doktor Rudi yang simpati yang merawat tubuh dan jiwanya akibat tekanan batin telah memulihkan semangatnya untuk menghadapi hidup yang mencabar sebagai 'banduan'. Kalau bukan kerana timbulnya rasa diperlukan dan rasa dikasihi sebagai manusia, pastinya dia tidak sanggup menjalankan kehidupannya di 'balik dinding kelabu' (dalam penjara).

Kesimpulan: Kisah pahit getir seorang wanita yang dikhianati cintanya, walhal hidupnya hanya untuk rumahtangganya, untuk suami & anak-anak kesayangannya. Namun sekuat mana dugaan yang datang adakalanya hilang juga pertimbangan diri. Namun beransur-ansur dengan sokongan moral daripada mereka yang bersimpati, dia bangkit menjalani hidup yang penuh pancaroba ini. Tewas sekali bukan bermakna dia akan tewas selama-lamanya. Dia harus bangkit demi anak-anaknya.

Hahaha... wan ni dah jadi macam ala-ala 'marathon-karya-Maria' gitu!! Masih banyak lagi yang belum dibaca ni. Harap-harap tuannya masih berbaik hati untuk tidak menanyakan tentang buku-buku kesayangannya ini. 'Awak' sabar ya! :)


0

Hari Buku Sedunia

Salam semua,

Hari ini tanggal 23 April 2010 telah diisytiharkan sebagai Hari Buku Sedunia. Mungkin di negara-negara barat hari ini telah menjadi sebagai salah satu hari yang mereka sambut dengan acara-acara tertentu. Tetapi wan tidak pasti sama ada di bumi Malaysia ini sebahagian daripada kita sedar mahupun tidak akan kewujudan Hari Buku Sedunia ini.

Bagi 'ulat buku' mungkin sedar akan kewujudan hari ini. Dan bagi wan sendiri, secara jujurnya masih kabur dengan apa itu yang dinamakan Hari Buku Sedunia ini... Adakah hanya hari ini perlu membaca buku? Pastinya tidak kan?? Seharusnya hari-hari perlu dicari masa luang untuk membaca, kalau bukan sebuah buku cukup sekadar satu artikel atau apa-apalah bahan bacaan yang memberikan manfaat. Tapi janganlah cari bahan bacaan yang mengarut-ngarut pulak!! Kamu fahamkan makna mengarut yang wan maksudkan di sini...

Hinggalah wan terbaca artikel ini...

Dari segi sejarahnya, tarikh ini amat istimewa bagi bangsa Sepanyol. Tarikh itu adalah hari memperingati kematian pengarang besarnya iaitu Miguel de Carvantes yang menulis karya klasik Don Quixote de la Mancha. Ia juga tarikh kematian beberapa pengarang besar dunia seperti William Shakespeare, Inca Garcilaso de la Vega, dan Joseph Pla.

Tarikh 23 April juga hari memperingati St. George, yang merupakan satu hari ‘adat’ yang dirayakan di Catalonia dan wilayah-wilayah yang berbahasa Catalonia. Pada hari tersebut, bunga ros secara tradisinya diberikan sebagai hadiah bagi setiap buku yang dijual sebagai simbol ‘cinta yang berkekalan’. Memang cukup unik dan istimewa, buku dan bunga ros sinonim dengan cinta sepanjang hayat. Ia menggambarkan keakraban yang cukup mendalam dan maknawi sekali. Kalau bunga ros disimbolkan sebagai lambang kecintaan, buku pula melambangkan ‘teman yang paling istimewa’. Ia ibarat kekasih yang paling mengerti dan memberikan harapan.

Berakar kepada sejarah dan tradisi ini, UNESCO dalam konferensinya di Paris pada 15 November 1995 telah memutuskan 23 April sebagai Hari Buku Sedunia dan juga Hari Hak Cipta Sedunia. Kedua-duanya diputuskan sebagai memperingati sumbangan luar biasa buku/pengarang.

Kenapa harus meniru tradisi barat?

Ya, tentu saja akan ada ‘suara- suara sindiran’ mempersoalkan kenapa harus meniru tradisi Barat, apatah lagi tradisi Kristian Eropah?

Baiklah! Tarikh bila pula kita nak menyambut Hari Buku Islam Sedunia? Kita mungkin saja menjawab tarikh mula-mula wahyu diturunkan yang berkisar tentang Iqra’, yang menyeru manusia supaya membaca, mencari ilmu supaya kita dapat ‘membunuh’ kejahilan kita. Tetapi apakah semangat itu masih menyebati diri kita, terus membaca al-Quran tetapi masih dibelenggu kejahilan, dibuli sana-sini oleh peradaban Barat, bahkan tidak dapat berbuat apa-apa yang konkrit dalam menyelamatkan umat Palestin apatah lagi dalam mempertahankan dan memberi sokongan kepada Iran yang berani mencabar ketamadunan Barat. Tentu ada yang silap dalam memahami ‘semangat Iqra’ itu sendiri. Belajar saja yang positif dari Barat untuk memperkuatkan kita tanpa terjebak dalam ‘kebobrokkan’ mereka.

(sumber : utusan online)

Ya, seharusnya perkara yang baik dan bermanfaat pada kita, tidak perlu dipertikaikan biar dari mana asalnya asalkan kita tahu apa nawaitu kita. Marilah kita rayakan Hari Buku Sedunia dengan cara kita yang tersendiri...

Jom Baca!!


0

Buku yang usai dibaca...

Salam semua,

Malam tadi wan mula baca, tengah hari ni sudah selesai! Cepat dan pantas! hehehe Yelah bila kita suka akan sesebuah buku yang dibaca, secara tak langsung pembacaan kita akan jadi lancar dan menyeronokkan. Betul tak? Apa-apalah wan!!

Agaknya sebab masih terpengaruh dengan 'bahasa' dalam buku terbaharu Rose Harissa yang telah selesai wan baca, dan wan sudah masuk fasa 'nak-rehat-baca-novel-melayu/malaysia' sekejap, itu yang membuatkan wan beralih arah pada novel karya Maria A Sardjono berjudul Sekuntum Mawar Gunung. Novel ini wan pinjam daripada 'ajen buku indon' Siapa tu? hehehe tak nak cakaplah nanti kamu berpusu-pusu gi serbu dia minta pinjam sedangkan naskhah yang dia miliki adalah edisi yang amat-amat-amat terhad. Ala-ala limited edition gitu!

Macam mana wan boleh laju baca? Dalam tempoh masa tak sampai satu hari sudah habis?

Okey, selain alasan di atas, sebenarnya buku ini nipis sahaja. Hanya berhalaman 306 muka surat yang berukuran lebih kurang 12cm x 17.5cm sahaja. Bahasanya mudah difahami dan ceritanya ringkas tanpa ada konflik-konflik yang memberatkan fikiran. Sesungguhnya sangat sesuai untuk wan yang mahukan bahan bacaan yang simple dan menenangkan.

Kisah tentang apa?

Kisah tentang Utari yang kematian suami akibat kemalangan. Meninggalkan 2 puteri yang masih anak yang masih perlukan figura seorang ayah dalam hidup mereka. Banyak benda yang harus dikorbankan oleh Utari seorang suri rumah yang tidak bekerja. Selain ketiadaan sosok suami, dia juga harus pindah rumah yang lebih kecil di pinggiran kota meninggalkan tetangga yang baik hati demi kelangsungan hidupnya bersama 2 anaknya.

Berpindah di tempat baharu tanpa diduga dia dipertemukan kembali dengan Toni, mantan kekasih hati yang masih lagi bersendiri. Mereka berpisah lebih delapan tahun yang lalu kerana mendapat tentangan kedua orang tua Utari yang tidak percayakan seniman (pelukis) sebagai ketua keluarga yang akan memberikan kesenangan hidup pada anaknya.

Rupanya berpisah lebih lapan tahun tidak pernah menguburkan rasa cinta Utari terhadap Toni. Namun banyak perkara yang harus diperhitungkan oleh Utari selain hanya untuk memenuhi impian hati. Dia harus pertimbangkan Baskoro sahabat almarhum suaminya yang menaruh hati padanya, kedua orang anaknya -Ninik & Titik- yang dahagakan kasih sayang seorang ayah, dan Yuni kekasih baru lelaki itu. Apa keputusan Utari??

Apa yang pasti kesudahan yang sangat membahagiakan... itu yang pentingnya!! hahaha

Malam ni nak baca buku karya Maria A. Sardjono yang lain pula... ada banyak lagi yang belum dibaca. Nasib baiklah 'khutub khanah' ni tak ada due date bila harus dipulangkan, jika tidak kena denda!

Buat 'awak'... lama-lama sikit tak kisahkan?? Kita sayang kat 'awak'!


3

Dirgahayu buatmu...

Salam semua...


[gambar dicilok daripada FB Gengkicap]


Selamat ulangtahun kelahiran kakyah...
Moga DIA sentiasa melimpahkan rahmat-NYA...
Moga DIA panjangkan usia...
Moga DIA memurahkan rezeki...
Moga DIA anugerahkan kesihatan yang baik...
buat kakyah dan keluarga.

Selamat 'puja umur' kakyah...
Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi
Terima kasih kerana sentiasa memahami diri ini
Terima kasih kerana menjadi 'kakak' yang sangat baik hati...

Sayang kakyah!

0

Hari Persabahatan Sedunia..

Salam semua,

Semalam wan mendapat kiriman sms daripada seorang sahabat...

tegur aku jika aku mulai sombong..
tegur aku jika aku mulai angkuh..
tegur aku jika aku salah..
kerana aku masih sangat perlukan sahabat seperti kamu
hari ini, esok dan selamanya..
"Selamat Hari Persahabatan Sedunia"


(kirim ini ke semua teman-teman yang kamu sayangi, jika aku salah satu nya, kirim balik ya! Lihat berapa banyak yang kamu dapat balasan. Kalau lebih dari 7, berarti kamu patut disayangi)


Pertama sekali wan mohon maaf padanya, kerana wan tidak membalas kiriman smsnya. Itu bukan bermakna wan tidak sayangkannya... wan sangat sayangkan semua sahabat-sahabat wan termasuk dia... tidak ada benda lain dalam dunia ini yang dapat menyukat paras kasih sayang wan terhadap semua sahabat yang sangat-sangat wan sayangi ini.

Wan jadi tertanya-tanya, kenapa ya perlu ada SATU hari untuk hari persahabatan? Bukankah kita bersahabat setiap hari selagi Allah mengizinkan kita menghirup udara di bumi yang bertuah ini? Selagi Allah meniupkan ruh untuk kita berkasih sayang ini?? Ketahuilah walaupun wan tidak membalas kiriman sms dan mengirimkannya kepada sahabat-sahabat wan yang lain... tidak bermakna wan lupa, kalian sentiasa ada dalam hati wan!!

Jadi sebagai tanda ingatan dan kasih sayang wan terhadap dia dan semua sahabat-sahabat yang wan sayangi... ketahuilah KAMU ADALAH MOMEN TERINDAH YANG TERCIPTA DALAM HIDUP WAN! Sayang kamu semua... Wan tidak akan menyebut satu persatu siapa nama kamu yang terukir indah dalam hati wan, andai ada terselit satu perasaan indah kamu pada wan, ketahuilah seluas langit angkasa itulah umpama kasih sayang wan untuk kamu juga. Selama-lamanya kamu adalah sahabat wan yang paling wan sayangi!


0

Big time rush...

Salam semua,

Big Time Rush? Wan tengok Big Time Rush? Biar benar wan nih dok layan cerita-cerita remaja? Uish tidak ler... Sebenarnya ini semuanya Aysha la punya kerja!. Entah sejak bila dia mula tengok cerita ni wan pun tak tahu.

Macam mana wan boleh tahu?

Malam tadi la... wan nak tengok NCIS, jadi wan cakap la kat dia yang wan nak tengok tivi kat luar (saja nak sakat dia! padahal wan boleh aje tengok tivi dalam bilik). Apa lagi dia cepat aje cakap "TAK BOLEH! Eisya nak tengok Big Time Rush".

"Cerita apa tu?" dalam hati dok terbayangkan cerita kartun (yang selalu dia tengok), jadi wan duduk la sebelah dia, sebab sebelum tu wan dah suruh dia buat homework yang dia kata ada banyak tak siap. Wan tahu selagi wan tak duduk sebelah dia, dia tak akan buatnya!! Sambil tangan buat Maths, mata tengok tivi...

"Mummy nak rest kejap boleh?" padahal tak sampai 1 page dia buat... Alahai anak... wan paksa juga suruh dia siapkan dulu kalau tidak wan tutup tivi (dan wan tahu kalau wan tutup tivi gerenti dia akan merajuk dan langsung tak akan buat)

"Kejap jer..." dengan muka yang alahai anak... susah wan nak cakap TIDAK.
"Habis bilanya nak siap homework ni kalau asyik nak rest aje?"
"Eisya nak tengok Big Time Rush! Nanti habis ni Eisya sambung balik" Ooo cerita tu dah start rupanya...

Wan pun tunggu ajelah nak tengok cerita apa yang dia suka tengok sangat tu. Bila keluar 4 anak remaja lelaki dalam hati wan... 'uiks anak aku dah tengok cerita 'budak besar' ker?' Sebab dalam hati wan dia tu masih lagi 'budak kecik'. Dan yang lebih memeranjatkan wan, dia siap hafal lagi lagu tema Big Time Rush ni.

Kisah 4 orang anak remaja (lelaki) pemain hoki (high school la kot) yang bercita-cita nak jadi boy band. Kiranya ala-ala High School Musical la kot... drama + lagu + menari (drama tari?)

Alahai anak, ni yang nak kena pantau betul-betul apa yang dia tengok hari-hari...

Apa jadi pada homework dia?

Habis sahaja cerita Big Time Rush ni, dia memang sambung buat homework yang tertangguh tadi, TAPI.... masuk page kedua, dia terlelap! huhuhu memang tak siap juga kerja rumah dia.... alahaaaaiiii





PS: tapikan lagu dia not bad la... hehehe



Aktiviti hujung minggu

Salam semua,

Aktiviti biasa kalau wan tak keluar hujung minggu iaitu membaca novel! Yelah dok rumah dengan tak dak benda nak buatkan cukup membosankan!! Apatah lagi kalau sirman pula tak ada kat rumah dan tivi usah cakaplah memang tak ada peluang nak tengok la kalau Aysha sudah pegang remote.

Jadi... bacalah buku. Kan buku itu peneman yang paling setia! Betul tak?? Kalau orang lain tak setuju wan tak kisah, tapi pada wan ia memang teman wan yang paling akrab, yang paling setia... ketika mood membaca baik la... kalau tidak, susah juga wan... memang mati kutu lah!

Kali ini wan mengadap buku terbaharu Rose Harissa bersama PTS Litera berjudul Wasilah Cinta Weera. Buku ini wan beli masa Pesta Buku hari tu, dengan nacha. Lama simpan, yelah stok buku banyak sampai tak tahu nak baca yang mana dulu. Itu yang dok selang-seli baca antara Jemari Seni-Kaki Novel-NB Kara-Alaf & PTS. Huhuhu susah juga bila stok banyak... semua nak baca tapi masa pula terbatas. Baca weekdays karang mengantuk kat office la pula. Yelah dok 'mentelaah' sampai pagi, mana tak mengantuknya!

Sebenarnya buku WCW ni wan dah baca separuh hari jumaat-malam sabtu tu. Itu yang habis jer kerja hari sabtu, balik rumah dalam 2.30 petang start baca... lebih kurang jam 6 lebih dah habis baca. Uiks cepat juga wan baca kan?? Naskhah yang setebal 607 halaman ini wan baca dalam masa tak sampai 2 hari, kiranya okla kan?

Best ke cerita dia?

Oklah... menarik!


Kisah tentang apa?

Kisah hidup Weera (Tajul Aweera Tajul Arifin) anak kacukan Melayu-Siam yang mempunyai seorang sahabat yang dianggap abang/bapa iaitu Ray (Raymond Azman Ananda). Persahabatan yang terjalin antara mereka sangat akrab hingga menimbulkan fitnah bahawa mereka adalah pasangan gay. Hidup Weera yang di anggap berjaya (dari segi pekerjaan yang memberikan sumber pendapatan yang lumayan & mempunyai Jasnita - teman wanita yang cantik & seksi) menimbulkan rasa tidak puas hati pada Firdaus rakan sekampung yang juga rakan serumah. Pada Firdaus, Weera tak sepatutnya mendapat semua kesenangan itu, disebabkan hubungan yang tidak baik dengan bapanya.

Rupanya Weera menyimpan kisah kanak-kanak yang sangat tragik dan menyedihkan yang membuatkan dia lari daripada bapanya. Perceraian kedua orang tuanya, mamanya di halau keluar dengan alasan bermukah dengan lelaki lain, dan Weera yang menjadi tempat bapanya melepaskan geram, menyebabkan Weera menjadi 'anak yang terbuang'.

Firdaus yang sentiasa tidak puas hati pada nasib Weera yang 'baik' melakukan onar dengan Jasnita dibelakang Weera. Firdaus bertindak melarikan diri dari rumah bersama barang-barang berharga milik Weera termasuk mengahwini Jasnita (yang ketika itu sedang menghadapi masalah dengan Weera yang ingin memutuskan hubungan mereka) tanpa pengetahuan Weera dan dia (Firdaus) yang sepatutnya berkahwin dengan Sari Ayu tunangnya dalam masa terdekat (seminggu).

Weera yang kasihan pada nasib Sari Ayu, mengambil keputusan untuk menggantikan tempat Firdaus sebagai pengantin lelaki. Perkahwinan mereka walaupun tanpa rasa cinta namun atas ikatan akad yang sah Weera berusaha menjadi suami yang baik. Namun persahabatannya dengan Ray membuatkan Sari Ayu menyimpan perasaan was-was terhada Weera. Sementelah pula bila Firdaus dapat tahu bahawa Weera musuh ketatnya yang menjadi suami Sari Ayu, mula mengganggu Ayu dengan cerita-cerita yang tidak baik tentang Weera.

Benarkah Weera seorang gay dan Ray itu pasangannya? Bahagiakah Sari Ayu dengan perkahwinan tanpa cintanya itu? Dan benarkah mama Weera - Amra wanita siam yang dihalau itu telah murtad? Dan berjayakah Firdaus menghancurkan hidup seorang Tajul Aweera?? Segalanya akan terjawab apabila kamu membaca naskhah terbaharu daripada Rose Harissa ini.


Apa komen wan?

Sebenarnya wan tak layak untuk komen. Hehehe. Lagipun penulis ada sesuatu yang ingin disampaikan iaitu tentang hubungan lelaki dengan lelaki. Benar, tidak semua lelaki yang bersahabat baik sesama jenis adalah pasangan gay. Seperti juga wanita bersahabat baik sesama wanita terus dicop sebagai lesbian. Hanya hati dan nawaitu masing-masing yang boleh membezakan erti persahabatan antara mereka.

Cumanya wan sedikit 'terkejut' dengan cara penulis yang menulis 'agak daring' bila datang part yang menggambarkan situasi apabila Weera dan Sari Ayu 'bersama'. Pada wan ia agak berlebihan. Bagi wan yang sudah berkahwin ini oklah kot tapi penulis harus ingat, ada dalam kalangan pembacanya masih lagi bujang/anak dara... jadi tidak sewajarnya ia digambarkan sebegitu rupa, sementelah pula dengan titlenya sebagai novel islami. Entahlah atau ini hanya sekadar perasaan wan yang agak 'kuno'. Pada wan, rahsia (perasaan) 'intim' antara suami & isteri biarlah menjadi rahsia antara mereka sahaja.

Lagi satu, membaca naskhah Rose Harissa kali ini, wan terasa bagaikan sedang membaca naskhah dari seberang (Indon). Adakalanya susunan bahasanya mirip sekali. Atau penggunaan gantinama diri kamu sebagai pihak kedua yang menjadi faktor? Entahlah... tapi pada wan okey jer, kerana wan juga kadang-kadang suka gunakan istilah 'kamu' merujuk pada kalian semua... hehehe bunyi macam best aje! Dan wan juga memang gemar membaca novel daripada penulis Indonesia dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Indonesia! Jadi wan memang tak ada masalah!

Tapi apa-apapun memang naskhah daripada Rose Harissa kali ini amat berlainan sekali daripada naskhah dia yang sebelum-sebelum ini.

PS: wan baru perasan, penggunaan 'kamu' yang digunakan oleh Rose dalam naskhah ini merujuk kepada awak, sedangkan ianya berbeza apabila kita menggunakan 'kamu' untuk merujuk kepada umum (awak) yang ramai bilangannya. Ya... sebab tu wan rasa seperti bahasa indon! Kamu ngerti ngak?? hehehehe

0

Apa itu Jin?

Salam semua,

Wan sekadar ingin berkongsi info... sebenarnya wan dalam proses nak buat satu resensi buku ni... itu yang tergerak nak 'mylOOk' cari 'Apa Itu Jin?'. Dan terjumpa pula tentang artikel ini... Pada wan ia agak informatif dan membuatkan wan tergerak nak tepek kat sini, kalau tak ada orang bacapun sekurang-kurangnya boleh jadi rujukan wan di lain hari.

Atau mungkin kamu sudah tahupun! hanya wan sahaja yang sudah lupa... jahil...!!


BERIMAN KEPADA YANG GHAIB

Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang kewujudannya.

Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.

APAKAH ITU JIN?

Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy (dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat".

Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."

AWAL PENCIPTAAN JIN

Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman (maksudnya): "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. (Surah Al-Hijr: 26-27)

BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP

Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Di antara mereka, alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.


TEMPAT TINGGAL JIN

Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.
Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."

Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)

Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah kamu kencing di lubang."
(HR. An-Nas'i)


KERAJAAN IBLIS

Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajid diwaspadai:

  • Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.


  • Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.


  • Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.


  • Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.


  • Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.


  • Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan:
    Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.

    Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur."


    KUMPULAN-KUMPULAN JIN

    Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :-

  • Kumpulan yang menunggu kubur
  • Kumpulan yang menunggu gua
  • Kumpulan yang menunggu mayat
  • Kumpulan yang menunggu air mata air
  • Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.


  • PEMIMPIN-PEMINPIN JIN

    Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-
  • Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.

  • Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.

  • Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.

  • Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.


    JENIS-JENIS JIN

    Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
  • Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
  • Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
  • Al-Afrit - Penipu-penipu
  • Al-A'waan - Pelayan-pelayan
  • Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
  • Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
  • At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
  • Al-Qurana - Pengawan-pengawan
  • Al-Ummaar - Pemakmur.


    ANAK2 IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR


  • Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.

  • Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.

  • Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.

  • Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.


    GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG MELAYU

    Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin.

    Antara Jin-Jin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ialah :-
    (a.) - Hantu Raya
    (b.) - Hantu Toyol
    (c.) - Hantu Pelesit
    (d.) - Hantu Kubur
    (e.) - Hantu Jerangkung
    (f.) - Hantu Galah
    (g.) - Hantu bungkus
    (h.) - Hantu Bidai
    (i.) - Harimau Jadian
    (j.) - Hantu Pontianak
    (k.) - Hantu Langsuir
    (l.) - Hantu Air
    (m.) - Hantu Pari
    (n.) - Hantu Laut
    (o.) - Jin Tanah
    (p.) - Hantu Pochong
    (q.) - Hantu Pari-Pari
    (r.) - Jembalang Tanah
    (s.) - Hantu Polong
    (t.) - Harimau Penanggal
    (u.) - Hantu Bukit
    (v.) - Hantu Punjut
    (w.) - Hantu Bawah Tangga
    (x.) - Hantu Kum-Kum
    (y.) - Hantu Mati Dibunuh
    (z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
    (zz) - Hantu Tengelong


    MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN

    Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit.

    Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.


    9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA

  • ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

  • WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

  • A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

  • HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )

  • MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

  • MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segalaapa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

  • DAASIM (Berilah Salam sebelum masuk ke rumah) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).

  • WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

  • LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.


    Wallahualam...

    ( Sumber petikan dari :sini )


  • 0

    H 1 N 1

    Salam semua,

    Sekarang kes H1N1 kembali menular. Apa yang merisaukan wan, sekolah Aysha (SK USJ 12) juga dilapurkan sudah ada kes. Tapi pihak sekolah tidak pula ambil keputusan untuk tutup, sekadar ambil langkah berjaga-jaga dengan menempatkan pihak kementerian kesihatan (nurse/doktor) untuk mengambil suhu para pelajar yang datang ke sekolah di samping memberikan khidmat nasihat apa yang patut...

    Hari ini, pagi-pagi Aysha sudah merengek tak mahu ke kelas tasmik. Tak tahulah apa kenanya. Minggu lepas (hari khamis) dia minta nak ke klinik gigi untuk cabut gigi dia. FYI gigi susu belum tanggal/tercabut tapi dah naik gigi kekal, jadi tak cantik. Itu yang wan turutkan aje (tapi sirman la yang bawa sebab kerja dia memungkinkan dia masuk lambat - alasan pergi Authority hehehe) & minta MC daripada doktor! Tapi minggu ni takkan nak bagi MC daripada klinik gigi lagi!

    Sudahnya wan cakap kat Aysha, tanya papa! (taktik wan untuk mengelak... hehehe)

    0

    Lawatan Aysha vs lawatan ke rumah JS

    Salam semua,

    Hujung minggu yang lalu iaitu hari sabtu Aysha ada lawatan sekolah (Kafa: Nurul Izzah) ke Dominos Pizza, Yakult, Sunflower Rice & TUDM. Wah! dia punyalah excited. Malam tu siap tidur awal konon nak kena bangun awal dan nak kena pergi awal ke sekolah (jam 6 pagi harus pergi kalau ikutkan kemahuannya). Agaknya bila cikgu kata jam 7 pagi semua murid-murid harus berkumpul di USJ 11 jadi pada dia jam 6 dah kena keluar daripada rumah. Padahal jarak antara rumah - sekolah/taska tak sampaipun 10 minit. Apatah lagi hujung minggu kereta tak la sebanyak hari bekerja.

    Barang-barang yang harus dibawa, awal-awal lagi dah disenaraipendekkan. Telekong, baju sejuk, baju sukan (baju & seluar), buku cerita (konon-konon nak baca dalam bas! & wan lupa nak tanya dia sempat baca ke tidak), air putih dan duit seringgit. Yang lain, okeylah... tapi yang wan tak percaya... nak bawa duit seringgit aje! Alahai anak, apa yang boleh dibeli dengan seringgit tu?? Jadi paginya wan bisik kat sirman suruh bagi RM10 (bagi duit pecah siap-siap RM5 & RM1). Biarlah lebih, jangan jadi macam tahun lepas semasa dia ikut rombongan sekolah ke kilang coklat. Wan tak bekalkan duit untuk dia, dan balik tu dia cerita orang lain beli tapi dia tak beli sebab tak bawa duit. Nasib baik ada cikgu Naazeeha beli coklat dan beri pada dia.

    Selepas Aysha sirman hantar, wan bersiap nak ke pejabat. YA hari sabtu = hari wan bekerja, bosankan?? huhuhu... tapi hari tu, special sikit sebab lepas kerja wan ada date dengan geng UlatBuku (UB) & Geng Kicap (GK) nak pergi serbu rumah JS. Selalunya hari sabtu adalah hari datang kerja tapi tak buat kerja... hehehe macam tak biasa!! Tapi minggu ni ada kerja la pula yang kena siapkan... uuwwaa tensionnya!!! sudahnya jam 2 baru wan boleh keluar dari office.

    Ops sebelum tu kaypo (GK), telefon & ajak wan car pool dengannya. Wan ON aje, jimat minyak kereta... hehehe thanks kay! budimu kukenang sepanjang hayat. Jadi perancangannya wan ke Tesco dulu, beli donut (big Apple) & beli kek birthday untuk kakyah kemudian baru ke rumah kay di Puchong Utama untuk park kereta dan ikut kereta dia. Mulanya rasa-rasa macam boleh cari... sekali wan tersesat... huhuhu sudah-sudahnya kay yang kena ambil wan kat... (ntah tak tahu wan dah sampai mana...)

    Parking kereta, terus ke BBB. Kami sampai ketika majoriti jemputan (sebenarnya bukan ada sesiapapun... kami-kami aje) dah sampai. Salam dengan geng yang dah ada, dengan muka yang tak malunya wan terus bedal laksa... hahaha sungguh la kurang sopan! Lapar laaa... lagipun daripada pagi tak makan dan jam 3.30 petang baru jumpa makanan... Tapi yang sebenar-benarnya laksa adalah makanan favourite wan!

    Dua kali wan makan laksa, bersambung dengan kuih-muih (karipap, kuih keladi, agar-agar) dan buah mangga... rehat sekejap sambung makan roti jala cicah kuah durian yang kay bawa... sudahnya... wan hampir muntah! huhuhu. Bukan apa, wan lupa yang wan tak makan pagi tu... jadi perut dah masuk angin... nasib baik ada nawwir & rinn yang tolong picitkan. Agak ralat sebab kalau boleh nak makan lagi se'round' tapi memandangkan 'tangki' wan yang tak cukup besar, dan yang tak cukup besar ni pun dah dipenuhi dengan angin, macam mana nak sumbat lagi? Rugi laaa... sebab makanan dia memang sedap-sedap!

    Memandangkan bulan ni adalah bulan birthday kakyah, jadi kami (sebenarnya wan yang pandai-pandai) celebrate sekalilah. Hehehe sorry kakyah, kami sambut awal bukannya niat nak cepatkan bertambahnya usia, tapi takut dah tak ada masa nak sambut ramai-ramai lagu ni! Anyway, doa wan moga kakyah dan keluarga sentiasa dalam rahmatNya... terima kasih kerana kakyah 'sentiasa ada' tatkala wan perlukan 'khidmat nasihat & tunjuk ajar'... sayang kakyah!!!

    Agenda biasa kalau kami berjumpa... makan + borak = enjoy! Jadi itulah dia. Wan makan memang tak ingat dunia... ahaks. Wan berborak memang tak tengok masa. Sudahnya, kay yang plan nak balik jam 5 terbabas hingga ke jam 6 lebih. Kesian kay! Sorry kayyyy!!! (padahal malam tu kay ada mesyuarat PIBG sekolah anaknya dan adik iparnya pula nak balik Melaka)

    Dalam dok bersalam-salam nak balik ahada dan adiknya sampai... hehehe memang langkah kanan sungguh mereka, mana taknya walaupun kakyah & kaksu hanya sediakan laksa, kuih keladi dan buah mangga sebagai pencuci mulut, tapi yang terhidang di atas meja... mak ai tak muat 2 meja!! Yang wan ingat, karipap sedap kaknOOr bawa, kay bawa roti jala dengan kuah durian, kak anim bawa donut, wan bawa donut, iejay bawa... apa ek? lupa la... dan sebenarnya macam-macam lagi kuih muih yang ada tapi biasalah wan ni bila nampak tak ingat nak hafal kuih-muih tu dah apa yang ada semuanya wan makan!

    Jadi kami minta diri... sedihnya nak berpisah... hehehe macamlah tak boleh jumpa lain kali kan?? Oleh kerana kaknOOr yang tumpang kaknOtie masa datang tapi bila balik kaknOtie dan nacha ada agenda 'Remy Ishak'nya tu, tumpang kay. Konon-konon nak cepat la, jadi wan cadangkan kay masuk highway... tapi wan terlupa bahawa malam tu ada perlawanan bola sepak Kedah lawan N9 kat bukit Jalil... apa lagi masuk tol, ambil resit, keluar ikut laluan KL... jeng jeng jeng.... uuuwwaaaaa jalan jammmmmm.

    Sudahnya terpaksalah kami masuk tol Serdang. Tak sanggup nak berderet dengan kereta-lori-bas yang dah bergerak bagaikan lasykar semut nak menuju ke medan peperangan slow dan tak steady langsung!! Nak masuk tol Serdangpun berchenta...!! padahal kalau ikutkan tak sampaipun 1 minit (wan tipu!). Dalam dok mengagau cari jalan, berpandukan GPS (biras kay) kami boleh pula terlepas simpang!!! huhuhu memang menguji kesabaran sungguhlah!.

    Sudahnya hampir ke pukul 7 baru kami jumpa jalan ke stesen LRT Sungai Besi. Tak nak ambil risiko tersekat dalam jam, kami berpatah balik ikut laluan Serdang-Cyberjaya/Putrajaya untuk balik ke Puchong. Dan wan sampai kat USJ, ketika hari siang sudah melabuhkan tirainya.

    Wan sampai kat rumah Aysha tengah tidur. Ini kes penat berjalan la tuh. Dari pagi sampai petang. Jam 9 malam dia bangun dan riuh dok bercerita pengalaman dia. Dan bila dia buka bab kamera...

    "Eisya tak bawa kamera, kalau tak eisya ambik gambar banyak-banyak tunjuk kat mummy"
    "Alaa pagi tadikan kita kelam kabut, mummy lupa la nak bagi kat eisya" padahal dalam hati memang tak ada niat nak bagipun!
    "Alah mummy tu, bukannya tak ingat tapi mummy saja tak nak bagi!" adusss memang dia dah tahu taktik wan rupanya... hehehehe

    Alahai anak oh anak! nampak gayanya wan kena beli jugak la satu kamera untuk dia!

    P/S:
    buat komrad-komrad semua ~ kaknOOr, nacha, kaknOtie, kak anim, nawwir, iejay, kak Uda, kak Ju'a, rinn, sil, nicky, Dd, kaypo (& adik iparnya), kucc (walaupun tak dapat datang sebab kerja tapi tetap ada 'saham'nya hehehe) ~ terima kasih kerana sudi menemani wan menyerbu Rumah JS. Dan buat tuan rumah, kaksu & kakyah terima kasih daun keladi kerana sudi menerima kunjungan kami... Insyallah rasanya lain kali nak serbu lagi!! hahahaha



    0

    Pesta Buku Kelantan 2010

    Salam semua,


    [kredit gambar/info dari sini]


    Selepas berkampung di PWTC, sesiapa yang berada di pantai timur terutamanya di Kelantan tu, boleh la pakat-pakat gi ke Dewan Jubli Perak MPKB (Padang Perdana) di Jalan Mahmood KB untuk memeriahkan lagi suasana sambil memborong buku. Yelah mungkin ada antara mereka yang tak berkesempatan untuk ke PWTC KL hari tu, mana tahu ada buku yang hendak dibeli tapi tak ada kesempatan, cuba la gi tengok kat sana, mana tahu ada buku yang dicari tu, siapa tahu dak?

    Wan, rasa macam nak balik kampung... tapi tak tahulah macam mana... kena tengok drebar dulu lagu mana. Rasa macam dah berkurun tak jejak kaki di kampung, dah rindu nak makan masakan mek... harap-harap adalah kesempatan itu.



    0

    Tentang Aysha

    Salam semua,

    Esok Aysha akan mengikuti rombongan sekolahnya ke TUDM, Sunflower Rice & Dominos. Seminggu sebelumnya ketika dia bawa balik borang kebenaran wan suruh dia tanya Papa dia boleh atau tidak. Dan selepas mendapat keizinan Papanya, setiap hari ketika wan ambil dia di nursery pelbagai benda dia khabarkan pada wan...

    1-cikgu kata tak boleh bawa duit banyak, cukup sekadar bawa RM1. (tapi cukup ke untuk dia berbelanja & apa yang dia nak beli kat sana ya??

    2-cikgu kata kena datang pagi-pagi kalau tak kena tinggal dengan bas.

    Pendek kata setiap hari (sepanjang minggu ini) dia memang teruja dan tak sabar untuk ikut rombongan sekolahnya itu. Oh ya, bayaran yang dikenakan adalah RM60 untuk setiap pelajar. Dan tempat berkumpul adalah di USJ 11 (nursery/taska Nurul Izzah) jam 7.00 pagi dan dijangka balik jam 4.00 petang.

    Hari ini, pagi-pagi buta (sebelum ke sekolah kebangsaan) dia sudah meminta kebenaran wan untuk membawa camera (pastilah milik wan!). Dengan alasan dia sudah pandai guna! Tapi wan la yang tak berapa nak harap kat dia.

    Jadi... patut atau tidak wan beri dia bawa kamera digital wan?? Huhuhu sayanglah... atau wan harus beli kamera baru untuk dia?



    0

    Cadangan... please!!!

    Salam semua,

    Agak-agak kamu, apa yang menarik untuk wan publish di sini ya?? Wan pun kadang-kala jadi buntu tak tahu nak letak n3 tentang apa. Asyik-asyik tentang anak. Kalau tak fasal anak tentang diri sendiri yang tak berapa syok kamu nak baca...

    Nak tulis tentang buku, wan dah ada blog untuk review buku dah... sila lawat sini. Itupun rasa macam dah lama tak berupdate.

    Rasa macam nak buat contest, tapi macam tak ramai jer yang datang sini... Eh! boleh apa... tak ramai yang datang kebarangkalian untuk menang lagi tinggikan?? hehehe. Tapi nak buat contest fasal apa ya?? mungkin boleh buat fasal novel... sebab wan kan hantu novel... nantilah wan cari soalan yang sesuai...

    Selain tu, apa lagi ya?? Tolonglah wan beri idea bernas kamu!


    0

    Cerita fasal makan

    Salam semua,

    Kali ini wan rasa nak bercerita fasal makan. Sebenarnya benda ni dah lama (dua minggupun kira lama jugak kan??).

    Ceritanya begini...

    Kalau korang masih ingat, wan pernah cari tempat makan halal 2 - 3 minggu yang lepas (wan pernah letak status tempat halal di FB). Sebenarnya bos wan nak belanja makan sebab salah seorang daripada staff office resign. Kiranya farewell party la. Oleh kerana ada staff melayu (muslim) jadi bos suruh wan cari tempat makan yang halal la.

    Pilih punya pilih, check punya check, selepas hampir putus asa kerana majoriti tempat yang dicadangkan tak ada sijil halal Jakim, jadi wan tak berani nak kata YA untuk tempat-tempat itu. Kalau setakat wan sorang, wan ON aje untuk mana-mana tempat dan sampai masa makannya wan carilah alasan untuk TIDAK HADIR. Itulah perancangan wan! Tapi memandangkan ada lagi staff melayu selain wan, jadi wan harus cari juga sampai dapat.

    Tapi apa yang wan nak cerita ni fasal seorang staff - 'Si Polan' (lelaki-Melayu-technician). Wan dengan dia memang tak boleh nak ngam. Dan wan pernah 'gaduh' dengan dia. Adalah kes tak payah ceritalah. Oleh kerana hari yang dijanjikan (mulanya hari isnin sudah okey, tapi bila tunda ke hari selasa wan memang tak boleh nak pergi tapi wan tak cakaplah mereka). Jadi wan memang tak dapat pergi.

    Keesokkannya, ada sorang adik ni, perempuan la, dan dia juga tak pergi makan malam tu, dia datang kat wan dan tanya...

    "Kak wan, 'Si Polan' ni 'minum' ek?"
    Wan dengan muka blurr-blurr, "Entah tak tahu pulak... tak pernah nampak! Kenapa, dan macam mana Ada tahu?"
    "Tak... Ada dengar dia cakap dengan Ms Lim. Ms Lim cakap dengan dia, wah! you minum ya? dan dia jawab kalau tak minum tak macho ar... kepala hotak dia macho!" cerita si adik ni dengan beria-ia.
    "Serius kakwan tak tahu!" dengan mata yang terkebil-kebil

    Jadi apa yang wan nak ceritakan (sebenarnya nak luahkan rasa tidak puas hati) kerana Si Polan ni dia macam tak puas hati dengan wan (agaknyalah). Sebab, pertama bos cadangkan makan kat Souled Out di Sri Hartamas, bos kata 'halal' sebab ada orang melayu makan kat situ. Dan wan berterima kasih sangat-sangat pada JiD sebab wan dapatkan info dari dia... Souled Out TAK ADA sijil Halal daripada JAKIM, jadi wan tak nak... jadi bila makan kat tempat yang mereka makan, malam tu, mungkin tak sehebat makan kat Sri Hartamas, itu yang membuatkan dia tak puas hati.

    Kedua, dah la tu wan pulak tak datang sedangkan wan yang beria-ia pilih tempat. 'Beria-ia cari tempat, si wan tak datang pun!' itu yang wan dengar dia mengadu/cakap kat budak nih!

    Angin juga wan. Kita dah penat-penat cari dia macam tak hargai pula. Nak aje wan cakap kat dia... kalau dia nak makan sangat 'menatang' tu dia makan la sorang, jangan nak heret orang lain sama!... Wan memang geram betul. Agaknya sebab orang macam dialah yang mencemarkan status 'Melayu itu Muslim'!

    Itu belum lagi anggapan mereka (cha-ya-nun-alif), mana-mana restoran/tempat makan yang ada label 'pork free' (maksudnya tak serve menatang tu la) bila ada yang berbangsa Melayu makan, secara automatik ianya 'HALAL'. Tapi apa yang kita query adakah ayam yang dimasak itu di sembelih dengan cara yang betul? pinggan mangkuk, periuk belanga... adakah juga digunakan untuk memasak 'benda' lain? (fahamkan maksud wan?!) Jadi biarlah orang nak kata wan cerewetpun wan tak kisah. Kerana apa yang kita makan akan jadi darah daging kitakan?? Itu adalah fakta! Biarlah wan tak makan sedap-sedap pun janji wan tahu sumber makanan yang wan makan itu adalah daripada punca yang sahih kehalalannya.

    Kadang-kala bila kita bekerja dengan mereka yang tidak faham sangat fasal islam dan kita (wan lah) bukanlah orang yang pakar tentang hukum hakam, adakalanya ianya cukup mencabar. Bila mereka tanya "kenapa mereka (islam) boleh minum dan you tak boleh? kenapa mereka (islam) boleh 'makan' dan you tak boleh makan? Mereka pun islam sama macam you".

    Takkan wan nak cakap 'Oh! sebab saya penganut agama islam yang baik' (sungguh ke kita baik?) Adakalanya perkara-perkara yang syubhah kita tak ambil beratpun)

    Pendek kata, biarlah orang nak kata wan kuno ke apa, janji wan tahu apa yang wan buat.


    3

    Yuda Di Padang Maya

    Salam semua,

    Alhamdulillah cuti hujung minggu yang lalu, wan telah berjaya menghabiskan bacaan novel Yuda Di Padang Maya ini. Ini merupakan karya kedua daripada seorang insinyur cum penulis bernickname Xarine, selepas Bintang-Bintang Ke Syurga.

    Novel ini wan mula baca hari sabtu petang. Novel ini dipecahkan pada 2 'buku' iaitu iaitu Buku 1 : Alam Manusia dan Buku 2 : Alam Jin. Memulakan pembacaan dengan semangat yang masih lagi berkobar-kobar untuk menghabiskannya dengan 'sekali baca'. Maksudnya nak baca non-stop sampai habis in one shot! Maklumlah mood membacakan tengah baik?! Tapi itu sekadar impian, realitinya wan harus berhenti-sambung esok.

    Kenapa?

    Buat pengetahuan semua, novel ini kan terbahagi pada dua 'dunia', iaitu alam manusia (dunia nyata) dan satu lagi alam jin (dunia bunian/maya). Bila wan baca bahagian pertama, OKEY menarik.

    Bercerita tentang Azmi seorang budak istimewa, yang hidup bagaikan dalam dunianya sendiri. Tapi tak siapa yang tahu bahawa dia ada 'kawan pendamping' yang sering menemaninya setiap masa. Makhluk yang tak siapapun nampak. Bapanya, seorang dukun yang terkenal dengan kebolehan mencari 'benda' yang hilang. Padahal infonya pastinya daripada 'sahabat' Azmi. Hinggalah dia dewasa dan berjaya menjejakkan kaki ke Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, dengan tekad untuk lari daripada 'bayangan' bapanya.

    Memohon sebagai seorang 'cikgu' dengan harapan dia dapat hidup sebagai manusia yang normal. Tapi, satu insiden histeria di salah sebuah desasiswa (kampus), membuatkan harapannya tinggal harapan. Dia di'pertemukan' dengan 'Balqis' yang memohon bantuannya untuk membantu memulihkan ibunya yang sedang sakit. Sakit akibat perbuatan sihir. Dalam masa yang sama dia berkenalan dengan Riduan, Amsyar & Zamsari senior yang terpaksa menyewa di luar (kampus) dek ketiadaan bilik (kampus) yang kosong, yang pastinya prioriti harus diberikan pada pelajar junior (pelajar baru).

    Satu demi satu insiden pelik berlaku, bermula dengan perkenalannya dengan 'Balqis' dan keluarganya, berlaku insiden di mana Riduan di'tegur' di rumah sewanya, perkenalan dengan Pak Karim dan pertemuan dengan Arissa yang buta. Semuanya membawa kepada tersingkapnya rahsia yang selama 17 tahun tersembunyi di sebalik 'sakit' Mastura.

    Memasuki bahagian kedua, wan surrender. Harus berhenti, kerana satunya dah larut malam, jadi matapun dah tak boleh tahan mengantuk. Tapi yang paling utamanya kerana wan sudah memasuki fasa 'dunia jin'. Wei... seram laaa.... hahahaha.

    Membaca di waktu malam yang sudah melewati waktu tidur, bertemankan pekat malam, dengan cerita yang 'sebegitu' tambah membuatkan bulu roma wan meremang! Apatah lagi insiden Zamsari 'melihat' makhluk hitam yang menekap di dinding tandas dengan kaki ke atas, kepala di bawah, menjelir-jelir lidah ke dalam mangkuk tandas..... uuuwwaaaaa tak sanggup!!!!

    Sementelah pula malam tu Sirman tak ada di rumah kerana dia ada 'kelas fotografi' dengan geng-geng photonya, yang ada hanya kami berdua - wan dan Aysha, lagi la buat wan TAK MAHU sambung baca. Walaupun ada Aysha yang tidur di sebelah wan, tidak mampu mengusir pergi rasa takut yang sudah menghantui wan! Apalagi, tarik selimut (berselibung) tidurlah jawabnya....

    Satu kelemahan wan yang paling ketara, mudah larut dengan pembacaan. Mudah membayangkan benda-benda yang tak seharusnya wan fikirpun. Inikan sekadar cerita? Rekaan dan fiksyen penulis semata-mata... tapi itulah, susah wan nak pisahkan daripada real life bila dah mula baca... Apatah lagi, bait kata yang tertulis dalam novel itu... 'setiap manusia tidak pernah berseorangan walau sesaat' lagi la buat wan terbayangkan benda yang bukan-bukan berada di sekeliling wan, lagi la bertambah seram... huhuhu

    Pagi ahad, usai kerja-kerja rumah yang sepatutnya, wan mula sambung baca bahagian kedua 'Dunia maya/Jin'. Membaca bahagian kedua ini, entah di mana silapnya, mood wan jadi kucar-kacir. Wan tidak boleh fokus pada pembacaan. Ini yang tak suka nih!! Wan tak tahulah, sama ada ceritanya sudah tidak boleh mengikat mood wan, atau ada 'hantu' yang sudah makan mood wan?? huhuhu

    Nak kata wan tak suka baca cerita fiksyen, tak juga (FYI bahagian dua sudah mula masuk fasa cerita fiksyen). Sebelum-sebelum ini wan layan juga cerita berbau fiksyen seperti cerita Transgenesis Bisikan Rimba karya Amir Husaini, juga cerita-cerita Ramlee Awang Murshid yang ada antaranya berbau fiksyen juga. Jadi sepatutnya wan tidak ada masalah dengan cerita ini juga. Apatah lagi cerita ini bukan sekadar cerita fiksyen 'kosong'. Fiksyen hasil idea Xarine ini ada ilmunya. Ilmu yang tidak terjangkau dek pemikiran wan. Maksudnya, tak terlintas nak fikir 'dunia jin' itu bagaimana rupa walaupun wan sangat percaya bahawa ada makhluk lain selain manusia yang menghuni alam ciptaan Allah ini.

    Wan terfikir beberapa alasan yang mengganggu konsentrasi wan. Adakah kerana nama (watak-watak penjahat di dunia jin) pelik-pelik? Jadi wan susah nak lekatkan di benak? Atau kerana susah nak sebut, jadi wan hadapi masalah melancarkan pembacaan! huhuhuhu ada ke orang beri alasan lagu tu?? Susah nak sebut jadi mood membacapun berantakan? Orang lain wan tak tahulah, tapi itulah yang wan rasa. Hatta baca novel bukan fiksyen pun wan lebih suka hero/heroin nama yang simple-simple aje atau kalau nak panjangpun biarlah senang nak sebut, seperti nama Muhammad Khairi ke, Zarina ke? kan senang je tu nak sebut... hehehe

    Tapikan, bila wan fikir-fikir balik... dah namanya pun penjahat! Takkan nak letak nama bagus-bagus ye dak? Bukankah nama juga mencerminkan keperibadian seseorang? Agaknya memang sesuailah dengan nama yang penulis berikan pada watak antagonis itu. Nama-nama seperti sughoir, oggur, alfus, solbus, botrus, garmodus dan macam-macam 'us' lagi seharusnya sepadan dah... tapi itulah...

    Lagi satu, wan rasa kalau diletak terjemahan/glosari untuk perkataan-perkataan 'pelik' yang menjadi perbualan 'makhluk jin' tersebut pastinya lebih bagus. Yelah, nak juga tahu apa yang dicakapkan oleh mereka? Kalau benar bahasa yang dipertuturkan itu bahasa arab? nak juga tahu apa maksudnya dalam bahasa melayu. Maklumlah wan ni bukannya belajar bahasa arab masa sekolah dulu. Setakat ana-enti dan sedikit-sedikit tu tahu lah... itupun sebab Aysha yang dok sebut-sebut kat telinga wan... seperti ainun-mata, salasatun-selasa... *ngee*. Atau kalau benarlah tak ada maknapun, sekurang-kurangnya penulis rekalah apa-apa maksudpun janji ada. Jadi tidaklah wan perlu meneka-neka apalah yang dikatakan oleh para jin-jin itu.

    Walau bagaimanapun, wan suka pada ilustrasi gambar peta kerajaan Arod, serta ilustrasi wajah makhluk keturunan Alfrit, Alfus, Sughoir & Oggur. Bukan apa, walau itu cuma sekadar imaginasi pelukis semata, sekurang-kurangnya ia membantu wan 'mengenal' rupa makhluk pelik itu. Kalau wan harus bayangkan sendiri mengikut tafsiran wan memang tak terbayanglah. Kalau wan, wan bayangkan aje rupa Zul Huzaimy untuk watak penjahat (Halim), sebab wan tak suka dia... bila dia jadi jahat memang jahat sungguh!! tak suka laaa. Takpun wan akan bayangkan rupa Aaron Aziz hero pujaan hatiku itu untuk watak Alexander al-Mansuri... hehehe memang sah tak kena langsung!! hahahaha Okey stop bab mengarut!

    Lagi satu, wan sukalah lawak spontan yang ada dalam novel ini. Dalam kita dok serius tiba-tiba ada benda yang mencuit hati, yang membuatkan wan tergelak sorang-sorang.

    Alhamdulillah, nasib baiklah wan dapat balik rentak pembacaan wan. Walaupun payahnya nak pujuk mood supaya dia stay. Akhirnya wan dapat habiskan juga Yuda Di Padang Maya ini.

    Apa cerita bahagian kedua yang buat wan pening-pening lalat tu?

    Oh! dalam bab kedua ni, ceritanya begini. Untuk memulihkan makcik Mastura, ibu 'Balqis', Arissa mencadangkan agar Azmi ke dunia jin. Tapi belum sempat Arissa 'menghantar' Azmi ke sana, Azmi telahpun diculik oleh puak 'jin' (jahat). Niat untuk membantu akhirnya Azmi yang harus dibantu. Demi menyelamatkan Azmi daripada terus dikuasai oleh 'roh' jahat, Zamsari, Riduan dan Amsyar dihantar ke sana untuk membawa Azmi dan makcik Mastura balik ke dunia manusia.

    Rupanya misi membawa Azmi & makcik Mastura balik tidak semudah yang disangkakan. Mereka -Riduan, Amsyar & Zamsari- terperangkap dalam kancah peperangan puak jin baik dengan jin jahat yang cuba untuk menghapuskan penganut agama wahyu.

    Berjayakan misi mereka, sekaligus kembali ke dunia realiti (manusia) sebagai manusia yang waras? atau selamanya mereka terperangkap dalam tubuh dan dunia jin? Dan siapa sebenarnya 'Balqis' yang Azmi jumpa dan siapa sebenarnya selama ini yang menjadi pendamping Azmi? Wah! banyaknya rahsia yang perlu diselongkar!!

    Kamu bacalah... dan 'rasai' sendiri pengalaman Azmi, Riduan, Amsyar & Zamsari meneroka alam jin. Dan satu saja pesan wan, kalau rasa diri tu penakut macam wan, jangan baca di waktu malam... hehehe nanti kamu langsung tak boleh nak lelapkan mata!


    0

    Langsai hutang...

    Salam semua,

    Alhamdulillah selesai sudah 'hutang' dengan seorang kawan ni selepas selesai mengeposkannya tengah hari tadi. Pada mulanya ingatkan tak banyak... tapi bila dapat senarai still tak rasa banyak dan masih lagi rasa okey... tapi bila dah kumpulkan dan isi dalam kotak satu persatu, tak muat dalam kotak A4 paper hinggakan kena cari kotak lain... rupa-rupanya... banyaknyaaa...!!

    Rasanya tahun depan tak nak ambil orderlah.. hehehe. Inipun nasib baik ada syud (thanks a lot dear! luv you much....mmuuaahhhh) yang tolong bawa separuh masuk kereta (daripada booth JS di PWTC menapak ke tempat parking kereta di Hentian Putra) dan sekarang sekali lagi kena minta tolong (beserta belanja) dengan adik kat office untuk tolong angkat ke pejabat pos di Giant Bandar Puteri (huhuhu berat tau!!). Selepas ditimbang, berat masing-masing 9.8kg & 4.671kg

    Alhamdulillah... akhirnya... SELESAI... harap yang tuan punya badan bila dapat nanti akan tersenyum puas!.

    Sugar and Spice

    Salam semua,

    Akhirnya, habis juga buku ni. Sugar and Spice by Jules Stanbridge (siri A little black dress Book). Selepas menghabiskan 3 buah novel melayu, wan baca novel ini untuk meneutralkan kembali otak wan.... (hahaha ada ke lagu tu??)

    Best ke buku ni?

    Pada wan okey la...

    Kisah tentang Maddy Brown yang kehilangan pekerjaan yang sudah bertahun-tahun dia lakukan. Kerja yang sudah sebati dengan jiwanya, yang memberi sumber pendapatan yang besar. Pabila dia diberitahu bahawa dia diberhentikan kerja, semangat hidupnya bagaikan jatuh merudum. Tapi si Maddy ni, dia ada satu hobi yang sangat gemar dia lakukan iaitu membuat kek! Pada dia membuat kek dapat menghilangkan ketegangan perasaannya. Memberinya keseronokkan apatah lagi apabila setiap keknya dipuji 'sedap' oleh mereka yang memakannya. (tang ni wan teringatkan kakmOn yang jauh di pulau -pinjam judul cerita kaksu- sana yang hasil tangannya sangat cantik dan sering membuatkan wan meleleh air-liuq, mouth-watering kata omputih hehehe)

    Atas galakan dan nasihat kakaknya Moo, Si Maddy ni buka kedai kek yang diberi nama Sugar & Spice. Kedai kek yang beroperasi di rumahnya. Bukan mudah nak berjaya, pelbagai dugaan melanda hidupnya hinggakan dia hampir putus asa. Ops! si Maddy ni sudah divorce & tak punya anak tapi still baik dengan ex-husbandnya kerana mereka ada seekor anjing -frog- yang jadi pengikat mereka (biasalah omputih, tak ada benda lain yang nak dibela... anjing jugak yang jadi pilihan mereka!).

    Hinggalah Matt -Matthew Tennant- seorang duda yang kematian isteri dan punyai 2 orang anak gadis yang berusia 6 & 8 tahun hadir dalam hidupnya. Adakah Matt adalah 'him' yang dia cari?? Soulmate yang dia impi-impikan? Tapi Matt pula tak berani nak ambil risiko, tak sanggup untuk menghadapi masa-masa suram lagi seandainya berlaku perpisahan untuk kali kedua dalam hidupnya. Pada nya cukuplah sekali dia menanggung perit kehilangan wanita kesayangannya.

    Kasihan Maddy! ketika dia hampir percaya Matt adalah 'the one' yang dia cari, dia harus akur untuk kehilangan Matt, sebagaimana dia hilang James (ex-husband) dan lepaskan Greg si mamat kasanova.

    Membaca novel ni, okeylah... kisah bagaimana Maddy menangani hidupnya. Tapi apa yang best (macam nak cuba buat aje tapi.... hehehe paham-paham la... ya tak reti!) di setiap bab ada disertakan resepi kek yang si Maddy ni buat. Siap dengan cara membuatnya lagi! Macam novel cum buku resepi la pulak!

    Lepas ni wan nak start baca novel ni pula... Yuda Di Padang Maya. Harap semangat wan masih bertahan dan terus bertahan, jitu dan utuh untuk menghabiskan Yuda ni!

    Chaiyok! Chaiyok!


    0

    Kenangan Pesta Buku 2010

    Salam semua,

    Wan ni memanglah! berita dah basi baru nak terhegeh-hegeh cerita. Wei... wan sibuk laa... sibuk dengan kerja pejabat, juga sibuk dengan mengadap novel! Sekarang ni mood membaca tengah baik ni jangan kacau!! hehehe

    Rasanya rata-rata pemilik blog yang jatuh dalam kategori hantu buku pastinya sudah bercerita secara menyeluruh tentang Pesta Buku yang dah berakhir hari ahad yang lalu kan? Jadi rasanya wan tak mahu cerita lagi dah! Cukuplah sekadar gambar-gambar yang tak seberapa ni wan tepek kat sini sebagai tatapan mata kalian, juga sebagai kenangan peribadi buat wan.

    FYI tahun ni keghairahan wan untuk bergambar agak merudum... jadi tak banyak gambar yang ada dalam simpanan kamera wan walaupun kamera begitu setia berada dalam beg wan...

    Oklah... inilah dia gambar-gambarnya...

    (dengan syud, adik kesayangan wan nih! :P terima kasih sudi jadi co-pilot malam tu, kalau tak harusnya kakwan menangis sorang2 dalam kereta! hahahaha)


    (dengan kaksu, kanda kesayangan hamba)


    (dengan Nawwir 'Odah' Barakbah... tahniah sayang... wan memang bangga dengan dia!!)


    (dengan kak yati (NB)... kakkk terima kasih sangat2 sebab offer yang baeeekkk punya, tapi wan tak berani nak kata YA takut wan lupa diri... hehehehe)


    (dengan kak Kusyi Hirdan yang sangat peramah... rupanya dia perasan dengan sebutan 'oghang' yang secara tak sedar wan gunakan sebagai ganti nama 'wan')


    (dengan Iejay, sorang lagi adik wan yang pandai masak... sampaikan novel diapun judul 'Resepi' Cinta... ingat lagi masa kami di Padang Indonesia, bila mana wan suggestkan dia guna judul 'Bumbu Cinta'

    *Bumbu mengikut kamus dewan : bahan-bahan perencah spt rempah-ratus, asam, garam yg digunakan utk menyedapkan masakan.


    (dengan Ita ~Rozita Wahab~ dan anak-anak)


    (dengan geng (sebahagian) kesayangan wan geng UlatBuku & geng kicap... sayang korang semua!!)

    Oklah hingga jumpa di lain hari... di lain tahun??

    Sebagai penghargaan wan ingin merakamkan jutaan terima kasih pada Jemari Seni (JS) yang sudi beri wan melepak dan menyemak di booth mereka! Pada kak yati (NB) & warga kerja NB Kara yang sudi layan wan & offer yang baeeekkk punya...

    Terima kasih daun keladi... Insyallah tahun depan wan datang menyibuk lagi.... hehehe

    Back to Top