2

Alahai anak...

Salam semua,

Semalam wan mengadu fasal minggu-minggu akhir persekolahan sessi 2009, tentang my Aysha yang susah nak bangun pagi... tup tup pagi ini dia, wan pontengkan sekolah!.

Nak tahu sebab apa??

Begini kisahnya... 2 minggu yang lepas dia hilangkan sebelah kasut sekolah. Tak apa, masih ada lagi sepasang untuk dia gunakan di minggu-minggu akhir sekolah. Seminggu pakai sepasang kasut yang bila tiba hari rabu/khamis, kotornya... masyallah. Nak-nak sekarang dah masuk musim hujan, adalah kawasan yang berselut. Tapi terpaksa pakai juga sebab dah tak ada kasut gantian. (FYI : Aysha hanya ada 2 pasang kasut sekolah sahaja untuk tahun ini) Lagipun dah alang-alang nak cuti sekolah, tunggu ajelah tahun depan beli yang baru. Lagipun kena beli baru juga sebab dia mengadu kasut dah bertambah ketat.

Nak dijadikan cerita, kasut yang sepasang itu pula dah hilang daripada rak kasut di nursery. Insiden ni berlaku petang semalam. Ketika wan ambil dia di nursery, ketika dia nak ambil kasut untuk dibawa balik, kasutnya dah tak ada. Yang tinggal kasut budak lain (kasut lelaki) yang dia kata kasut Lokman (salah seorang budak yang juga transit kat situ dan sama sekolah agama tapi berlainan sekolah kebangsaan) sedangkan budak tu dah balik. Wan assume dia tersilap ambil kasut Aysha. Ah sudah! macam mana nak ke sekolah pagi esok (hari ini)??.

Malam tadi mengadu kat sirman, dia diam aje... itulah akhirnya wan putuskan bahawa dia ponteng sekolah hari ini. Sayang la kalau tertanda 'O' dalam rekod kedatangan dia. Tapi nak buat macam manakan?!

Jadi pagi tadi ketika wan hantar dia ke nursery, wan pesan kat bibik, kalau-kalau parents Lokman datang minta tanyakan fasal kasut Aysha (kalau betul dia yang tersalah ambil).

Kalau bukan...?? Adakah wan perlu beli kasut baru hanya untuk dipakai seminggu (depan) sebelum sekolah mula bercuti??


PS: Lili... ada kasut Shara atau Ikram yang lama-lama tak?? nak mintak nih... hehehe



2 comments:

nacha said...

Wan.. Irfan pun sama gak. dah tinggal bape ari nak skola ni dia bg ilang tie dia. geram sungguh sy. sy kata x payah la beli. tapi katanya nanti cikgu marah. bukan apa. next year dia dah nak gi skola menengah. rugi je beli tie tapi bole pakai utk 2-3 ari je. hishhh..

Wan Amalyn said...

nacha... ituler! nak marahpun tak tahu nak marah kat sapa... =( jadi pendam la geram tu sorang2... huhuhu

Back to Top