2

Buku yang telah dibaca

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Ingat tak tentang buku yang telah wan beli ketika Pesta Buku Selangor 2009 hari tu? Dan antara buku yang telah selesai wan baca adalah dua buku ini. Kedua-duanya adalah terbitan PTS.

Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain tulisan Afareez Abd Razak Al-Hafiz.

Siapakah Afareez Abd Razak?
Afareez Abd Razak Al-Hafiz dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Mendapat pendidikan rendah di Amerika Syarikat. Pada peringkat ini beliau berjaya melangkah beberapa darjah (melompat kelas) dan memenangi anugerah penulis muda. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (English College) Johor Bahru. Seterusnya, mendapat diploma dalam bidang tahfiz Quran (JAKIM). Kemudian, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang pengajian Quran.

Sekembalinya ke tanah air, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana (M.A) dan doktor falsafah (Ph.D) dalam pendidikan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dan sedang menyiapkan dissertasinya. Beliau aktif dalam program penyelidikan dan pendidikan di universitinya dan juga di luar negara hingga ke Mesir, Yaman, Greece, Arab Saudi, Singapura, Iran dan India. Beliau mencetus idea dan membuat penyelidikan bagi sebuah dokumentari ilmiah tempatan yang bertajuk Alexander Bukan Zulkarnain yang mana penyelidikan ini mendapat pengiktirafan di Greece dan mendapat sambutan yang menggalakan di Iran.

(Sumber : ->di sini<- )

Buku ini tentang apa?
Boleh baca resensinya di sini ->klik sini<-

Apa kata wan?
Sebuah bahan bacaan yang sangat informatif. Benarkah anggapan kita selama ini yang mengatakan bahawa Iskandar Zulqarnain yang di gelar 'Alexander the Great' adalah tokoh yang sama yang sangat hebat dalam sejarah islam itu? Sedangkan ada tokoh lain yang lebih tepat untuk diangkat sebagai Zulqarnain!.

Bagi wan yang sangat cetek dalam ilmu agama ini, sesungguhnya buku ini telah membekalkan ilmu yang sangat berguna. Pertamanya wan ingatkan Zulqarnain itu adalah nama untuk Iskandar tetapi sebenarnya Zulqarnain itu adalah GELARAN yang diberikan kepada beberapa tokoh hebat termasuklah Raja Iskandar (Alexander the Great)

Membaca naskhah ini wan bagaikan diketuk kepala, ditusuk dengan tombak, tembus hingga ke jantung hati... banyaknya yang wan tidak tahu. Dan apa yang pasti, bahawasanya ada insan/tokoh lain yang lebih layak diangkat sebagai Zulqarnain. Diskusi di dalam buku ini telah membantu wan lebih memahami sejarah silam. Buku ini juga memuatkan perbincangan serta hujah-hujah yang sesuai bagi mengaitkan tokoh yang paling hampir dan sesuai dengan gelaran Zulqarnain ini.

Wan tak tahu macam mana nak mengupas tentang buku ini. Tapi wan sarankan agar kawan-kawan membacanya, pastinya ada ilmu yang amat berguna.

* ^ *

Indahnya Cinta Kisah-Kisah Kekasih Allah karya Ezee Rahmani.

Siapakah Ezee Rahmani?
Puan Engku Zainun atau lebih dikenali dengan nama pena Ezee Rahmani ini berasal dari negeri pantai timur iaitu Terengganu Darul Iman. Ingin berkenalan secara dekat dengan beliau boleh lawati blognya ->di sini<-

Apa kata wan?
Indahnya Cinta - Kisah-Kisah Kekasih Allah ini memuatkan 43 cerita pendek tentang kisah-kisah teladan, kisah-kisah kekasih Allah yang berlaku di setiap zaman daripada zaman Nabi Adam hinggalah ke zaman sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW. Buku ini lebih kurang seperti naskhah karya Habiburrahman El-Shirazy yang pernah wan baca. Tapi, wan rasa sekiranya setiap cerita disusun mengikut kronologi sejarah/peristiwa yang berlaku pasti ianya lebih menarik!

Apa-apapun boleh juga dijadikan bahan bacaan untuk 'remind' kita tentang sejarah islam di zaman para nabi dan ambia. Walaupun ada antaranya kita sudah sedia maklum. Tapi tak salahkan?? Membaca itukan jambatan ilmu...


Salam sayang,

2 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kalo ada diskaun kena beli kat ner?
nak buku yg 2nd tu..

Wan Amalyn said...

Na,
Buku ke-2 tu ada kot kat kedai2 buku utama spt Popular & MPH tapi diskaun tu tak pastilah. Takpun cuba ko tengok kat Jln TAR kat Minerva kat situ semua buku dia beri diskaun 20% =)

Back to Top