6

Cerita tentang hari ahad & my Aysha...

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Alhamdulillah, sabtu lepas my Aysha sudah lulus. Dia dapat bertahan hingga ke waktu berbuka... walaupun ketika wan balik daripada pejabat dia tertidur. Sirman cakap dia mengadu juga.. lapar... tapi dengan 'janji' yang macam-macam akhirnya dia dapat bertahan. hehehe

Semalam, hari ahad. My Aysha masih lagi berpuasa walaupun wan terpaksa suap dia dengan mata yang separa terbuka untuk makan sahur supaya dia dapat bertahan. Alhamdulillah hari ahad tu dia kelihatan lebih bertenaga kerana apabila wan suruh dia tidur dia tak mahu... menempel di sebelah wan yang tengah ralit dengan novel Tere Liye - Rembulan Tenggelam di Wajahmu. Dia pun sibuk le dengan bahan bacaannya. Lepas tu siap minta permission nak maik basikal kat luar... amboi!! kita takut dia penat. Beri juga dia main.

Seharian di rumah wan hanya membaca. Padahal bawa balik kerja tu... tapi biasalah malas nak buat! hehehe

Hari ini my Aysha request nya macam-macam. Nak berbuka dengan roti telur (telurnya 2 biji) lepas tu nak makan kuih (agar-agar... wan rasa dia berkenan kerana warnanya merah padahal tak rasa apa-apapun!) Lepas makan kuih nak makan nasi mummy, lepas makan nasi mummy nak makan bubur jagung! Mak ai... hahahaha memang melantak sungguh my Aysha. Sebagaimana tahun sudah, wan akan cari juadah berbuka kat luar (alasan penat nak masak hehehe!!).

Jadi mula-mula kami akan ke shah alam (alam megah) kerana juadahnya semuanya sedap-sedap & apa yang pentingnya kerana semuanya juadah versi kelantan... itu yang best! Wan beli nasi kerabu dengan solok lada... (tapi tak boleh lawan nasi kerabu suyoh la...!!) Beli lauk (udang goreng, telur ikan goreng & kerabu perut dengan sup tulang untuk buat makan sahur) memang rambang sungguh mata. Semuanya nampak menyelerakan!. Juga beli kuih-muih... agar-agar & bubur jagung untuk my Aysha dan untuk wan.. wan beli serawa telur (kat sini tak tahu orang panggil apa... tapi wan panggil serawa telur)

Selesai kat shah alam, kami ke Giant beli barang. Wan tak masukpun malas, nanti ada aje barang yang tak perlu wan ambil. Dah la belum gaji!. Jadi hanya sirman & Aysha sahaja masuk. lebih kurang setengah jam mereka keluar. Kemudian kami akan singgah ke mana-mana bazar ramadhan kerana my Aysha nak minum air sirap bandung + cincau. Tapi on the way balik (dekat area goodyear court 6), nampak gerai menjual air kelapa, wan singgah beli air kelapa tanpa ais dan gula. Kebetulan pula kat situ ada bazaar ramadhan kira sekali arung ajelah. Lepas tu on the way balik, tempat terakhir kena singgah adalah seri melur kat usj 18 ke 19 ek?? lupa la... beli roti telur untuk my Aysha. Kami tiba di rumah ketika waktu untuk berbuka berbaki lebih kurang setengah jam.

Dan ketika masuknya waktu berbuka, my Aysha makan sebagaimana yang dia rancangkan... hinggalah mengadu sakit perut! hahaha itupun nak makan lagi bubur jagung (untuk kali kedua) tapi wan tak bagi... wan cakap kat dia kasihan kat 'tangki perut kecil' dia yang tak sempat nak digest makanan yang masuk banyak sekaligus. Nasib baik dia nak dengar cakap... My Aysha... oh my Aysha... macam-macam!!

Hari ini dia masih berpuasa... harap dapat bertahan sampai ke waktu berbuka memandangkan hari ini dia akan berada di nursery yang wan pasti ada antara budak-budak (bawah umur) yang tak berpuasa. Oleh kerana hari ini wan harus masuk kerja awal (dan pastinya balik awal) wan minta sirman hantar my Aysha kat nursery dan pesan kat bibik bahawa my Ayhsa berpuasa. Harap-harap dia tidak terpengaruh dengan budak yang tak berpuasa...

Nota wan:

Hari sabtu lepas masa wan singgah ke pasar ramadhan di USJ 4 wan terserempak dengan kak zana dan anak-anaknya, Nadia, Nurul & Hakimi... tak sangka sebenarnya boleh terserempak dengan kak zana di USJ memandangkan dia telahpun berpindah ke Sungai Buloh kalau tak silap. Kak zana masih macam dulu kecil molek & sentiasa muda walaupun anak-anaknya dah semakin meningkat dewasa.


Salam sayang,

6 comments:

<< s| tED| >> said...

selamat berpuasa penuh buat aysha!! pasti boleh!!

tapi larat ke nak makan semua2 permintaan dia tu.. ekekeke

Wan Amalyn said...

tED...
hehehe yeah Aysha pasti boleh!!

hahaha tapi surprise nya dia boleh habiskan!! tapi itulah... lepas tu mengadu sakit perut =P

kLavu said...

meleleh ailio baca n3 ni :D

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Zana tu pegi jumpa mak dia kat umah adik dia kot....yg kat putra height tu...

wan,
Laksa tu memang Na masak lepas sahur pasal nak bawak kasi ko...ari tu kan gi mydin, ingat nak singgah kat umah ko tp tertinggal kat atas meja... mlm tadi pon Na makan lagi..masih ada balen lagi.. sori yek..

Wan Amalyn said...

Na,

Oh ya ke? adik dia yang mana?? yg lelaki tu ek?? wan pun lupa nak tanya sebab nak cepat & org berpusu-pusu dan kami 'berdrama' di tengah jalan... hahaha

Alaaaa sayangnya!!! =( tak pa lah tak ada rezeki nak buat mcm mana!!

Wan Amalyn said...

kLavu...

wan lagi meleleh airlioq kalau teringatkan masakan kakmOn... *wink* yg ni tak best sgt sebab mereka buat utk berniaga bukan utk makan family! hahaha

Back to Top