Wah! bukan main ya tajuk entry wan kali ini. hahaha. Sebenarnya tak ada apa-apapun sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang buku Tere Liye - Rembulan Tenggelam Di Wajahmu yang telahpun wan khatam hari ahad yang lalu.
Apa yang menariknya buku ini?
Entah ya wan pun tak pasti apa yang menariknya tentang buku ini. Tapi apa yang wan pasti setiap kali wan menatap karya-karya Tere Liye wan pasti akan mengalirkan air mata! Ya Tere Liye sering membuatkan wan emosi setiap kali menatap karya-karyanya baik Hafalan Solat Delisa (HSD), Moga Bonda Disayangi Allah (MBDA), Bidadari-Bidadari Syurga (BBS) dan Rembulan ini yang terbaru.
Bukanlah persoalan yang berat-berat diangkat oleh Tere Liye dalam setiap karyanya untuk membuatkan wan menangis. TIDAK. Temanya hanyalah yang biasa-biasa sahaja.


Sebagai seorang anak yang pada mulanya cerdas, Melati hadapi pemberontakan diri apabila setiap pertanyaannya tidak difahami oleh kedua orang tuanya. Bahkan kedua orang tuanya langsung tidak punya jalan bagaimana untuk menanganinya. Hinggalah seorang yang pria pemabuk Karang yang kehilangan semangat hidupnya (kerana trauma 'besar' melanda hidupnya) di'paksa' untuk mencari jalan bagaimana untuk menangani masalah Melati. Walau bagaimanapun untuk karya ini wan berjaya mengekang diri daripada mengalirkan airmata! walaupun pastinya setiap tindakan dan respon Melati bisa menyentuh hati.

Maka timbullah persoalan demi persoalan kenapa, kenapa dan kenapa?
Kenapa orang yang berbaik hati sering teraniaya? Kenapa orang jahat sering bernasib baik?. Jika demikian lebih baik dia menjadi jahat! Dengan harapan Tuhan akan berbaik hati dengannya dan merubah nasib buruk yang sering melandanya! Aduhai, apakah wajar seorang manusia yang waras mempersoalkan percaturan Allah?? Tapi apa yang Ray tidak tahu bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik untuknya. Sehinggalah dia diberi kesempatan. Di umurnya 60 tahun ketika dia sedang bergelut dengan sakit yang sedikit demi sedikit mula memakan dirinya. Ketika dia dalam keadaan koma, setiap persoalan-persoalannya di'jawab' oleh-Nya.
Wan pun tak tahu! hehehe tapi pertama kali wan membaca karyanya wan terus jatuh hati. Apabila mendapat tahu bahawa dia telah di undang ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 oleh PTS (pihak yang bertanggungjawab menterjemahkan karya-karyanya ke dalam bahasa melayu), wan tidak melepaskan peluang keemasan itu untuk bertemu mata dengannya. Orangnya sederhana sahaja, dengan senyuman sentiasa terukir dibibir. Dan apa yang wan dapat tahu dia adalah seorang akauntan.
Apa-apapun jika anda ingin membaca karya-karyanya wan sarankan anda membaca Hafalan Solat Delisa, Bidadari-Bidadari Syurga dan Rembulan Tenggelam di Wajahmu kerana ketiga-tiga karya ini telah membuatkan airmata wan mengalir! atau hanya wan yang berhati sensitif?? entahlah... tapi yang pastinya wan memang larut dengan setiap cerita Tere Liye ini!
Selamat Membaca!
Salam sayang,

0 comments:
Post a Comment