3

Hati oh hati... berhati-hatilah...

Salam sayang buat semua sahabat yang kucintai,

" Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, dan bukan susah untuk mencalarkan hati orang... sama ada dalam kita sedar mahupun tidak. Dan tidak semestinya apa yang kita suka atau minat, orang akan suka dan minat sama."

Kenapa ya, wan tiba-tiba ingin berbicara tentang frasa tersebut?

Sebenarnya perkara ini sudah lama berlegar dalam benak wan. Semenjak dari awal pembabitan wan dalam mengulas novel (sebenarnya istilah 'mengulas' itu tidak tepat kalau nak dilabelkan pada wan). Sebenarnya wan bukan mengulas novel-novel yang telah wan baca, tetapi wan berkongsi rasa dengan pembaca yang lain tentang ‘rasa’ yang wan alami ketika membaca setiap karya penulis-penulis berbakat tanah air. Bagaimana setiap bait-bait kata dan ayat yang disusun kemudian diterjemahkan dalam bentuk penceritaan mampu mempengaruhi pembacaan wan.

Sebelum ini wan juga pernah diajukan dengan pertanyaan kenapa wan mengulas novel?
Untuk jawapan ini, asalnya hanya satu, kerana seorang sahabat – wanz. Oleh kerana kami sudah ber‘pisah’ company jadi apabila dia ingin mengaju pertanyaan terhadap sesebuah novel dia pasti akan menelefon wan bertanyakan berkenaan dengan novel-novel tersebut. Jadi wan terfikir kenapa tidak wan post sahaja setiap novel yang pernah wan baca di blog? Selain memberi jawapan pada wanz, wan juga boleh berkongsi dengan pembaca lain yang mempunyai soalan yang sama jugakan?

Selain itu wan juga sering dihujani dengan soalan “wan... pernah baca tak novel ini? cerita dia pasal apa ya? best tak?” Adakalanya bukan seorang, tetapi beberapa orang dan jawapannya terpaksa wan ulang berkali-kali. Jadi wan terfikir kenapa wan tidak berkongsi ‘rasa’ ini dengan pembaca yang sama-sama mempunyai rasa ingin tahu tentang sesebuah novel yang ingin mereka baca? Jadi itulah asalnya kenapa wan berkongsi rasa wan dengan kawan-kawan di rumah wan ini ->sembang buku<-

Okey berbalik pada kenapa tiba-tiba wan tergerak untuk berceloteh tentang frasa tersebut di sini. Sebenarnya wan jadi kasihan pada seorang sahabat yang sangat wan hormati. Seorang sahabat yang lebih arif daripada wan, lebih bagus daripada wan, lebih telus daripada wan bahkan lebih serba-serbi berbanding dengan wan dalam urusan mengulas novel, dan segala usaha murninya itu sering kali di pandang ‘serong’ dan di salah anggap. Wan percaya dan yakin seyakin-yakinnya bahawa niatnya bukan untuk menjatuhkan seseorang penulis itu, tetapi dia melontarkan pendapat dan buah fikirannya terhadap novel yang dibacanya itu.

Jadi wan terfikir,
1- benarkah semua orang akan sependapat dengan kita?
2- adakah pembaca/orang akan mempunyai citarasa (dalam bab novel) yang sama dengan kita?

Jawapannya hanya ada pada mereka. Tapi apa yang wan boleh katakan... jawapannya TIDAK dan YA pada soalan itu. TIDAK semua orang akan bersetuju dengan citarasa kita dan YA tak mustahil ada antara mereka yang akan sependapat dengan kita.

Sebenarnya dalam urusan wan berkongsi rasa dan minat terhadap novel-novel yang pernah dan akan wan baca ini bergantung kepada keadaan dan mood wan. Insyallah semua genre wan akan baca. Daripada genre romantik hinggalah ke genre thriller. Daripada genre sejarah hinggalah ke genre sains fiksyen. Daripada isu kekeluargaan hinggalah ke isu mafia. Daripada hal sepele hinggalah ke masalah dunia. Insyallah semuanya wan akan ‘layan’. TAPI... segalanya akan bergantung pada mood dan tujuan wan membaca.

Jika inginkan bacaan ringan, wan akan cari sesuatu yang lebih santai. Jika inginkan bacaan yang menguji minda wan akan cari sesuatu yang lebih berat. Jadi semuanya bergantung pada mood dan emosi wan ketika mengadap novel-novel tersebut. Dan pastinya resensi wan juga akan dipengaruhi oleh semua mood-mood yang bergulir dalam dada wan ketika membaca itu.

Jika sekiranya ada sesuatu yang menarik dalam sesebuah novel yang wan baca dan wan rasa wajar dikongsi dengan pembaca yang lain, wan akan ‘publish’kan di rumah sembang buku. Dengan harapan ada di antara pembaca yang akan bersetuju dengan citarasa wan. Tapi jika sebaliknya, wan mohon maaf andai mereka rasa ‘tertipu’. Tapi itulah apa yang wan rasa!

Tapi jika sebaliknya... bila hati wan dicuit dengan rasa tidak puas hati terhadap sesebuah karya yang sedang wan baca, minta maaf... wan tidak akan sekali-kali mempamerkannya di rumah sembang buku, kerana wan tidak mahu ada antara pembaca yang terpengaruh dengan citarasa wan yang buruk ini. Pembaca berhak membuat penilaian sendiri, dan resensi wan tidak dijadikan medium oleh pembaca lain untuk membuat perhitungan awal. Mungkin apa yang wan tidak suka, tetapi pada pembaca yang lain mereka gemar dan sukakannya. Itulah yang dinamakan citarasa kita berbeza.

Lagi pula wan tahu, tak semua orang boleh menerima kritikan terutamanya penulis. Walaupun pada dasarnya mereka akan cuba menerima setiap kritikan dengan berlapang dada tapi sedikit sebanyak, di dasar hati mereka yang terdalam, pasti akan tercuit sedikit rasa ralat. Wan sedar dan insaf, untuk menghasilkan sesebuah karya, penulis memerlukan seluruh daya dan usaha terbaik mereka untuk menghasilkan sesuatu yang diharap boleh diterima oleh pembaca ramai.

Jadi jika usaha gigih mereka mendapat kritikan pastinya sedikit sebanyak mereka akan merasa kecewa. Jadi wan bukanlah orang yang tepat untuk mengkritik karya seseorang penulis itu kerana wan tahu bukan senang nak berkarya. Buktinya adalah wan. Wan bukannya penulis dan wan memang tak pandai menulis. Betul!!! bukan wan tak pernah cuba, pernah. Tapi tak pernah berjaya. Nak baca apa yang wan tulis?? Lain kalilah ya... hehehe wan malu!

Jadi apa yang akan wan buat, jika sesebuah karya itu tidak mendapat tempat di hati wan, bukan salah penulis tetapi itu salah wan yang mempunyai citarasa yang buruk. Dan sebolehnya wan akan cuba elakkan diri wan daripada membicarakan tentang novel tersebut. Lagipun, wan kan beli novel dengan duit wan sendiri, jadi terpulang pada wan lah kan?? Betul tak??

Lagipun wan tak boleh nak menipu diri wan sendiri... takkanlah kalau tak sedap wan nak cakap sedap... paling kurangpun wan hanya akan kata... “oh ini bukan selera wan lah!” Macam juga wabbit yang tak suka makan taugeh. Usahlah dihadiahkannya bergantang-gantang taugeh padanya, pasti hanya akan membazir sahaja. Lainlah kalau diberikan carrot takpun carrot cheese cake, dari jauh lagi dia sudah tercium baunya... hahahaha itu cuma perumpamaannya sahaja!!

Ini hanya pendapat peribadi wan sahaja... harap tidak ada hati yang tercuit. Wan paling takut andai ada insan yang berkecil hati. Seboleh-bolehnya wan tidak ingin membuatkan ada hati yang terasa. Kita bukan ingin berkawan cuma sehari dua, kalau boleh biarlah sampai bila-bila. Dan jika ada yang mengganggu hati wan, sedaya upaya wan akan cuba untuk melupakannya... forgive and forget! itu lebih baik. Sebab itulah wan sangat-sangat bimbang jika wan ada mengecilkan hati kawan-kawan tanpa wan sedar.

Jadi sempena bulan Ramadan yang bakal tiba ini, wan menyusun jari memohon ampun dan maaf andai ada kata-kata wan di sini mahupun di mana-mana ‘rumah’ wan yang banyak itu… ahaks!! menguris hati kalian. Wan mohon... maafkanlah wan ya!

Salam Ramadan...

Salam sayang,

3 comments:

<< s| tED| >> said...

yup!! kalau suka katakan suka.. kalau macam tak best! tak perlu hipokrit.. tetapi biarlah secara berhemah.

kita berlaku jujur pada orang lain dan diri kita sendiri...

Wan Amalyn said...

tED..
ya setuju!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

WANZ tu wan zainawatee ler tu....
dah lama gak tak contact die...
dia ada email tanya psal kuih makmur...

mmg byk leh tau dari ko nyer sinopsis citer..

Back to Top