2

terima kasih daun keladi...

Salam hari selasa semua,

Wah!! hari ini aku hati aku diselubungi oleh perasaan gembira yang teramat. Kegembiraan yang berganda daripada biasa. Kenapa ya? Ni aku nak berkongsilah kegembiraan aku dengan kalian semua.

Pagi ini aku dapat kiriman buku yang dijanjikan oleh cik din. Buku gantian (Detektif Bertudung Hitam) yang kehilangan bait-bait katanya beserta buku tambahan (sebagai tanda minta maaf??) hehehe. Yang menariknya, aku bukan dapat sebuah tapi aku dapat 3 buah. whoaaa seronoknya! perasaan aku? bagaikan dapat emas sebungkal, bagaikan dapat duit sejuta! ahaks.

Agaknya inilah perasaan anak kecil yang kepingin aiskrim yang amat sukar diperolehi. Kemudian, atas usaha gigih, mereka dihadiahkan oleh ibu, bapa, abang atau kakak tersayang dengan hadiah yang sangat-sangat mereka impikan itu… iaitu AIS KRIM. Moral of the story, walaupun pada mata sebahagian mereka yang ‘mewah’, ais krim adalah satu benda sepele yang bila dipetik jari sudah ada di depan mata… tapi tidak pada anak kecil yang hidup mereka hanya bisa mendapat benda yang penting sahaja, yang termampu oleh kedua orang tuanya sahaja!.

Jadi perasaan itulah yang aku rasa. Walaupun hanya sekadar beberapa buah buku, sudah mampu membuatkan hati aku berbunga-bunga sepanjang hari! Terima kasih daun keladi cik din!! Aah mudahnya membeli jiwa seorang wan!

Apa lagi ya?? Oh ya, aku sudah ingat. Rancangan Talian Hayat – rancangan yang disiarkan setiap hari isnin jam 7.30 malam di ntv7. Inilah rancangan yang aku beritahu kamu tak berapa lama dulu, rancangan yang aku 'ter'tengok tapi lupa apa programnya. Kenapa rancangan ini mula mengikat hati aku? Aku sukakannya kerana pengacaranya adalah Wan Kamaruddin Wan Ibrahim. Kenapa suka dengan Wan Din? Aku sukakan pengunaan bahasanya, penuh metafor apatah lagi topik malam tadi, dedikasi untuk AYAH sempena minggu Hari Bapa membuatkan hati aku jadi tersentuh. Bait kata dan lontaran bahasanya menerjah masuk menusuk hingga ke lubuk hatiku yang terdalam. Aku tersentuh! huhuhu aku jadi rindu pada abah!

Apa lagi ya? Oh, nak kena jawab tag dari nacha! huhuhu nacha ni saje je… dah tau wan tak berapa nak gemar bab tag mengetag nih, itu juga yang dia beri…. tak pa nacha… ada lori ada bashehehe

So inilah dia segala mak-nenek yang ada dalam handbag wan.

Apa yang ada :-
1- purse
2- handphone
3- bag bunjut make-up
4- kunci rumah & kereta
5- tisu
6- pendrive
7- multislot card reader/writer
8- novel
9- stock biskut (mesti ada! hehehe)
10- vitamin

Seterusnya, tag ini aku harus serahkan pada 'seseorang' dan seseorang itu adalah...
1- Azrina - member 'lama' yang baru jengah dunia blog... hehehe welcome to the club!
4- sapa lagi ek? huhuhu nampak sangat yang aku tak ada kawan =( sedihnya!!

So... selamat semuanya ya!!

lots of love...

2 comments:

nacha said...

Wan.. jgn la marah. kita kan ratu tag. hahaha...

eh! kakUda dah kena tag dgn Sarnia la Wan.

Wan Amalyn said...

eh ya ka?? hehehe tak kira! biar kak Uda buat 2x :P

Back to Top