0

Cerita hari ini...

Salam,

Apa ya yang nak diceritakan tentang hari ini? Minggu kedua cuti persekolahan.

Aku dah janji nak ceritakan pada kawan-kawan tentang 'bos baru' aku kan?? Hari ini dia masuk opis. Siapa dia? Oh dia ialah adik bos yang dulu merupakan ex-colleague aku. Kami join this company, lebih kurang masa yang sama... dia awal bulan, aku hujung bulan. Kemudian dia dipinjamkan ke satu company (Main Con) untuk project di Kulim beberapa tahun yang lepas. Lepas tu sambung kontrak dengan Main Con, resign dari company abang dia... dan kini dia kembali dengan jawatan Senior Project Manager, jawatan dah besar dan of course lah gajipun besar jugak kan? Umur dia, sebaya dengan adik aku si Rose, lahir tahun 1980. Dan apa yang membuatkan aku sentiasa ingat tentang tarikh lahir dia kerana dia berkongsi tarikh yang sama dengan my hubby... 30 April. Apa lagi ek... rasanya itu saja kot!

Hari ini... aku kebosanan yang amat! tak tahu nak buat apa. Dari pagi sampai ke malam... mood aku - bosan - agaknya ini yang dinamakan monday blues kot!

Oklah... aku stop dulu sebab aku sendiri dah tak tahu nak tulis apa... lagipun aku ada 'hutang' ngan kaksu yang perlu aku jelaskan... so rasanya aku harus 'study' supaya nanti aku dapat A+ hehehe

sehingga itu... daaaa

Nota: cerita ini tiada kena mengena dengan gambar! =)

0 comments:

Back to Top