0

cuti sekolah = kenduri kahwin

Salam,

Cuti sekolah ni sudah sinonim dengan kenduri kahwin! Dari minggu lepas di mana-mana saja kelihatan khemah pelbagai warna dan pelbagai corak terpasang. Begitu juga dengan aku... hari ni sempena cuti umum birthday Agong, aku tak ada excuse untuk tidak menghadirkan diri, terpaksalah aku pergi. Hari ini, kawan umi merangkap jiran depan rumah umi di seksyen 10 shah alam meraikan perkahwinan anak lelaki mereka.

Entah nape aku sebenarnya tak berapa gemar pada kenduri yang melibatkan orang ramai nih... tak reti nak berbasa-basi dengan tuan rumah yang sekali-sekala baru jumpa. Sorry I'm not good in entertain people. Aku tak tahu nak borak pasal apa! So bad kan?? I'm so lucky... masa aku pergi (waktu tengah hari orang tengah ramai datang) jadi aku cari umi dulu... lepas tu ambik makanan (self-service) oleh kerana tak ada tempat kosong, kami -aku, my hubby & my Aysha- angkut makanan makan kat dalam rumah umi... hehehe selamat!! terukkan aku!!.

Lepas makan, lepak2 jap, borak2 ngan umi... dekat pukul 2, my Aysha sudah mula merengek nak balik sebab dia dah boring tak dak kawan & tak boleh main. Mintak diri ngan umi, jumpa dengan tuan rumah, cakap nak balik... aku terus blah! :-)

Oleh kerana parking depan rumah memang dah tak boleh nak parking kereta, jadi jauh sikit la my hubby park kereta. So on da way nak ke tempat kereta, sempat lagi my Aysha nak berposing. Oleh kerana aku tak bawak camera and my hubby too, yang jadi mangsa adalah hp aku! So kalau gambar tak berapa nak clear tu harap maklumlah ya... it's only my N95 camera!

Lepas keluar dari shah alam, my hubby tanya ada plan apa?? aku apa lagi... nak potong rambut! Dia terus menghalakan kereta ke SS 14 Subang Jaya ke Geena Salon kat tempat yang aku biasa potong rambut. Dah quite sometimes aku tak ke sana... last aku pergi potong rambut adalah bulan 11 tahun lepas! Dah dekat 7 bulan tuh aku tak potong rambut! patutlah dah rimas semacam... hehehe. Selalunya aku hanya potong, tapi kali ini aku siap cuci sekali... syoknya!!

Hhmm apa lagi ya?? Oh ya aku baru habiskan my Remember Me by Sophie Kinsella. hehehe sian kat syud sebab dari semalam aku dok kacau dia tanya pasal buku nih!! tak sabar la nak tahu what happen to Lexi... Bestkan kalau boleh jadi macam Lexi... kalaulah kita boleh lupakan segala kenangan yang pahit-pahit yang berlaku dalam hidup kita... alangkah bestnya! tinggalkan kenangan yang indah-indah saja... agar hidup kita hanya diisi dengan momen yang indah dan bahagia!

Well... aku sudah kemaruk nak baca buku omputih la plak... dan aku ada 1 lagi buku yang aku rasa nak baca... Thanks for the memories by Cecilia Ahern tapikan... buku tu cam tebal la plak! atau baca jer buku Sandra Brown yang nipis2 tuh...?? hhmmm nak kena lambung syiling lah pilih kepala atau ekor!... hehehe oklah... aku nak gi cari duit syiling nak baling tengok aku kena baca buku Cecila atau buku Sandra...

sehingga itu.... daaaa

Note: Selamat Pengantin Baru buat Wan Nor Adli Bin Wan Idris bersama pasangannya (sorry tak tahu nama) semoga berbahagia hingga ke anak cucu!! sorry sepupumu ini tidak dapat balik untuk meraikan hari bahagia kamu bersama pasangan walaupun keinginan nak balik kampung itu tersangatlah tinggi!! sedih nih!!

0 comments:

Back to Top