0

Keputusan...

Salam buat semua sahabat yang kucintai

Ketika dunia digemparkan dengan kematian raja pop dunia Michael Jackson akibat serangan jantung. Ketika di corong-corong radio mula memutarkan lagu-lagu nyanyian beliau yang telah membawa kepada zaman kegemilangan beliau. Takpun anda boleh sahaja melawat ke ->sini<- em="">untuk cerita lanjut berkenaan beliau yang penuh dengan kontroversi dan hidup dalam bayangan yang aneh-aneh. Namun wan masih lagi tidak rasa apa-apa... tak ada rasa sedihpun! (wan mohon maaf kepada peminat fanatik MJ) kerana wan lebih rasa ralat dengan keputusan peperiksaan my Aysha.

Keputusan yang baru pagi tadi, ketika wan kelam kabut susun jadual untuk sessi persekolahan hari ini yang wan lihat. Selalunya tugas susun jadual ini dia buat sendiri atau my Sirman yang buat. Tetapi memandangkan malam tadi dia tidur lebih awal daripada biasa, dan wan juga terlupa untuk menyusunnya malam tadi... itulah yang berlaku... baru pagi tadi wan ternampak kertas peperiksaan my Aysha.

Apa yang membuatkan wan rasa ralat kerana, wan yang begitu teruja dengan istilah-istilah serta bahasa melayu kita yang indah dan penuh pesona ini... my Aysha dapat C untuk bahasa malaysia (pemahaman) sedangkan dia dapat A untuk mata pelajaran bahasa inggerisnya!. Aduh wan benar-benar rasa ralat! dan wan jadi malu pada diri sendiri!... huhuhu wan harus buat sesuatu dengan my Aysha ni!

Adakah wan terlalu memandang enteng akan perkara ini? Adakah wan juga terbawa-bawa akan persepsi... 'alaa bahasa malaysiakan bahasa percakapan seharian kita!' tapi wan tidak sedar bahawa my Aysha masih lagi 'hijau'. Dia masih lagi belum menguasai sepenuhnya kefasihan bertutur dengan betul dan dengan tata bahasa yang betul!. Lagi satu, wan harus lebih peka, bahawa cara menulis dan cara bertutur ada bezanya!!

Dan inilah agaknya bahana terlalu banyak tengok Astro - channel 616. Rasanya lepas ini dia harus lebih kerap menonton Astro Ceria!! ahaks


lots of love...


0 comments:

Back to Top