0

tukar selera...

Oh tidak...!! aku sudah diserang sindrom muak baca novel melayu??!! mungkin aku harus beralih angin sekejap!

Harap ianya tidak berpanjangan kerana masih berlambak novel yang aku belum baca dan menunggu masa untuk aku belainya. Tapi buat masa sekarang aku teringin nak baca novel ini!! Remember Me? by Sophie Kinsella. Actually buku ni dah berjaman aku beli tapi ntah nape aku baca separuh... aku letak balik! huhuhu penyakit biasa yang sering melanda aku! Adakah kerana buku yang menjadi koleksi ku ini mempunyai saiz buku yang lebih 'besar' berbanding saiz biasa yang sering digunakan sebagai saiz 'standard' novel melayu di negara ini? ah... alasan aje... padahal malas nak baca... banyak la cipta alasan yang tak munasabah!! (note: cover buku koleksi aku patern lain... !! =) )

Esok... ingat nak gi hantar kain kat sentul... nak wat baju raya. Memandangkan esok cuti sempena besday agong, boleh la aku pergi pagi... TAPI... ada kenduri kahwin (lagi) kat shah alam... agaknya derang ambil peluang sempena cuti sekolah... itu yang pakat-pakat wat kenduri kahwin! huhuhu nampak gaya kena postpone lagi lah!... *sigh*

0 comments:

Back to Top