2

Nur Kasih...

Salam buat semua sahabat yang kucintai...


Malam tadi, tepat jam 9.00 malam wan sudah tercongok depan tivi, menantikan drama bersiri Nur Kasih yang disiarkan di TV3. Wan sudah jadi penunggu setia siri ini. Drama yang dibintangi oleh pelakon-pelakon berbakat seperti Dato' Jalaluddin Hassan, Liza Othman, Fizz Fairuz, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Ummi Nazeera, Sharifah Sofia dan ramai lagi. Drama arahan Kabir Bhatia ini telah mengikat hati wan untuk menonton drama bersiri Melayu yang sudah jarang-jarang wan berminat menontonnya.

Tapi berlainan dengan drama arahan Kabir Bhatia kali ini. Wan jadi tak sabar nak menunggunya setiap minggu! Sejam bersiaran dan menunggukan sambungannya di minggu hadapan terasa tidak sabarnya!!! Kadang-kala terfikir, kenapa drama sebegini (berunsurkan islamic) hanya disiarkan seminggu sekali, sedangkan drama-drama yang entah apa-apa itu boleh pula disiarkan setiap malam!? Nampak gayanya wan kena cari alternatif lain... ahaks!!!

Ok habis cerita tentang Nur Kasih.

Tengah hari nanti wan akan ke Shah Alam. Alaf21 ada buat sales. Dan ada kiriman kawan-kawan yang nak wan belikan, dan pastinya termasuklah novel untuk wan sendiri. Ada beberapa buah novel yang wan berminat nak beli. Tapi... selalunya bukannya boleh percaya wan nih! Sebelum pergi, punyalah pesan pada hati supaya menurut kata. Tapi bila dah sampai, selalunya hati mulalah cair dan sudah tidak mahu mendengar kata lagi!

Harap-harapnya kali ini, hati wan jadi baik dan mahu menurut kata!



lots of love...


2 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Wan, Na pun tunggu gak citer ni... citer M lain tak pernah tengok pun tapi bila kbetulan tengok ari tu cam bez jer...dah 3 kali tengok cam boley ikut gi...(cam novel ape ek?)

Naper konyer post ni baru ari nie baru nampak eh ? pelik...

Wan Amalyn said...

Na,
Itu ler... skrg ni every friday night jer jam 9 mlm mesti dok depan tv tunggu!

eh! dah lama la ada... ntah la kekadang bengong kot umah nih :P

Back to Top