Jom pi bercuti...

AirAsia hapuskan caj pentadbiran

KUALA LUMPUR Rabu 24 June 2009: AirAsia Bhd menghapuskan caj pentadbiran ke atas semua tiket penerbangannya termasuk tiket AirAsia X dan syarikat sekutunya, AirAsia Thailand dan AirAsia Indonesia mulai hari ini.

Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes, berkata penghapusan caj itu akan menyebabkan AirAsia kehilangan pendapatan antara kira-kira RM300 juta hingga RM400 juta setahun.

Beliau berkata, ia akan diganti dengan pertambahan penumpang dan pendapatan lain seperti jualan makanan dan barangan lain dalam pesawat.

"Kehilangan itu akan digantikan dengan peningkatan pendapatan daripada pertambahan penumpang" katanya di sini, hari ini.

Ini bermakna harga tiket yang dibeli di airasia.com akan menunjukkan harga tiket penuh termasuk cukai lapangan terbang.

Caj pentadbiran yang dikenakan ke atas tiket sehala AirAsia sebelum ini adalah antara RM22.50 hingga RM43.50

**^**

Jadi 'geng UB' bolehlah buat perancangan awal tentang lawatan kita yang akan datang!! Kalau tak ke Indonesia, ke Brunei pun boleh jugak... hehehe


lots of love...


1 comments:

myQza said...

mereka dah di jumpai kan..?? Alhamdulillah..

Back to Top