2

Cerita hari ini..

Salam semua,

1- macam semalam, hari ini masih lagi rutin biasa… bosan! tak ada kerja yang nak aku buat. bosan jugak ya kalau tak ada kerja... tapi kalau ada kerja berlambak2pun tak syok jugak! aduh pening la....

2- hari ni ‘borak’ ngan wabbit pasal ‘kawan internet’. kadang-kala aku terpikir bagaimana ya kita boleh percayakan kawan yang kita kenal hanya lewat alam maya sahaja? tanpa kenal rupa, tanpa dengar suara, hanya melalui bait-bait kata sebagai pembuka bicara. langsung kita terus berkawan tanpa sebarang syak. tapi selepas apa yang berlaku pada kawan baik kita (you know who you're!!) akan karenah 'kawan internet'nya. bagaimana 'dia' menghuru-harakan hidup kawanku itu, aku jadi terpikir... sesungguhnya Allah memang sayangkan aku...

DIA anugerahkan aku kawan-kawan yang sangat baik, yang boleh aku jadikan 'adik-beradik'... yang tak berkira, dan sayangkan aku (ye ke?? atau hanya aku yang perasan??--hehehe) tapi apa yang paling penting, aku bersyukur sangat-sangat kerana KAMU - adalah kawan2ku yang paling baik yang aku pernah kenal melalui alam maya ini. TERIMA KASIH kerana menjadi sahabatku!. Kamu percayakan aku sebagaimana aku percayakan kamu dengan seluruh kepercayaan yang aku ada. Kamu jadi kakak-kakakku, kamu jadi adik-adikku, dan kamu jadi sahabat-sahabatku yang sangat memahami. Insyallah... moga ukhuwah ini akan terus dirahmati-Nya... aminn

3- petang ni, aku tiba-tiba terasa teringin sangat nak makan lempeng kelapa. (FYI - tak ada kena mengena dengan mengidam yang 'itu' ya!! --hehehe) apa ya rasanya lempeng kelapa ni? bagaimana ya nak membuatnya? aku suarakan keinginan aku pada wabbit... dan dengan bantuan wabbit aku dah dapat resepinya (wabbit dapat daripada kakaknya). hehehe thanks wabbit! ada ka menu makan malam adalah lempeng kelapa?? tak pelik ke??

wabbit pesan... 'kalau buat hantar la kat vista' jawapan aku... 'kalau sedap aku hantar (thru mimpi) kalau wabbit tidur malam ni tak bermimpi... maknanya tak sedap la aku buat!!' --hahahaha tapi paling utamanya... dah sampai rumah nanti rajin ke aku nak membuatnya??? huhuhu bukannya boleh percaya aku nih!. kat opis banyak la 'menu' yang nak makan, tapi bila dah sampai kat rumah aku dah jadi 'hilang ingatan'... langsung tak dak idea nak makan apa!

4- aku tak dak mood nak baca novel-melayu-malaysia. kenapa ek? apa kena ngan aku nih ar? sian kat novel-novel yang aku dok beli tu... mesti berguni-guni dia sumpah kat aku (bak kata kLavu) sebab beli tapi tak baca! huhuhu ni lah agaknya penyakit psiko no. 101 -> rajin membeli tapi tak rajin membaca!

p/s: semalam my Aysha start baca novel kaksu 'Ekspedisi ke Pinggir Taman Negara' dia bawak pergi ke nursery nya. petang ketika aku ambilnya di nursery aku tanya... 'Eisya baca dah sampai mana?' dia tunjukkan aku page 8. kira orait gak la ek!? untuk umur dia... dari pagi (tak pasti dia start baca jam berapa... sampai petang lebih kurang jam 6.30 aku ambil dia) dia habiskan sampai 8 halaman... satu pencapaian yang agak OK la...

ok lah... aku nak balik... kalau rajin malam nanti aku sambung... sehingga itu.... daaaaaaaa


lots of love...

2 comments:

Anonymous said...

wannn... wabbit xmimpi pong lempeng kelapa?? huhuuuuuuu :P

Wan Amalyn said...

hahahaha... maknanya tak sedap/tak jadi la tuh :P

Back to Top