2

Bila bacaan terbantut...

Salam semua,

Nak kata aku rajin, tak la jugak. Sebenarnya aku masih lagi dalam proses nak menyeru hati aku agar mood membaca kembali dalam diri. Kasihanlah kat buku-buku yang aku beli tapi tak terbaca lagi tuh.

Semalam, aku cuba belek satu buku yang aku beli masa pesta buku antarabangsa kl di pwtc hari tu. Cover depan nampak menarik! (satu lagi faktor pertimbangan aku untuk membaca – cover mesti cantik & menarik!) Ilustrasi kulit novel yang berunsurkan ‘komik’ (kartun) dengan ‘logo’ Novel Metropolitan Syok! Ada karikatur wanita bertudung hitam berbaju pink. Memang sedikit sebanyak menarik tumpuan aku.

Aku belek muka surat pertama… tertera judul dan nama penulisnya. Tapi apa yang paling istimewa lagi, tinta kata sang penulis yang dititipkan di muka surat itu yang membuatkan hati aku berbunga-bunga. “kak wan, terima kasih atas sokongan. Terima kasih sebab sentiasa ceria, saya pun jadi ceria” Melihat akan kata-kata tersebut, mesti anda akan terfikir “tak ada yang menarik pun! tak ada kata-kata puitis dan berbunga-bungapun!”

Ya memang tidak ada. Tapi sebenarnya kata-kata itulah… ‘terima kasih sebab sentiasa ceria’ Ya, kata-kata itulah yang sentiasa aku baca apabila aku terasa down, kerana aku akan berfikir, Ya mereka sentiasa melihat aku sentiasa ceria. Jadi aku harus kekalkan persepsi kawan-kawan semua yang memandang aku sentiasa ceria jadi aku harus ceria walaupun ada ketikanya hari aku tidaklah seceria wajah yang aku pamerkan!. Aku harus berlagak ceria! walaupun hakikatnya tidak.

Dengan hati yang berlagu ceria (dengan kata-kata penulis), dengan mood yang mula nak melekat di dinding hati dan dengan lafaz bismillah, aku memulakan pembacaan aku. Dari bab pertama hingga ke bab kedua dan seterusnya. Helaian demi helaian aku terokai, dari raut wajah yang mulanya tidak mempamerkan sebarang riak, hinggalah pertanyaan demi pertanyaan mula mengasak benakku. Ada ketikanya bait-bait kata dan tindak-tanduk ‘mereka’ membuatkan aku saspen, ada kalanya aku menyungging senyuman bahkan tanpa dapat ditahan aku tergelak kecil, aku meneruskan pembacaan yang sudah mulai lancar dan mood membaca sudah selesa menghuni hati aku, pembacaan aku bertambah lancar bersulam perasaan yang teruja.

Aku sudah mulai selesa. Aku sudah gembira. Aku akhirnya akan berjaya menghabiskan bacaan novel ini dengan jayanya!. Itu tanggapan awal aku. Aku ingatkan aku akan akhiri pembacaan ini dengan perasaan yang puas. Bahkan aku sudah mulai berura-ura untuk membuat resensi yang bagus-bagus akan buku ini. Aku akan khabarkan pada sang penulisnya bahawa aku sudah amat selesa dengan cara penulisnya bercerita, melakar kata. Aku sudah suka dengan gaya penulis yang berbakat besar ini.!!

TAPI… bila aku tiba di muka surat 238 & 239, eh kenapa kosong? mana perginya bait-bait kata yang sepatutnya tertera di muka surat tersebut. Aduh aku sudah mula rasa tidak puas hati, (kerana cerita tengah saspen!) aku belek muka surat seterusnya, ada. Dalam hati aku, oh tak apalah… agak-agaklah apa jalan cerita yang sepatutnya terjadi di muka surat yang kosong itu. Aku meneruskan pembacaan yang sudah tersadung sedikit itu. Bila tiba di muka surat 242 & 243 juga helaian kosong yang tertera. Aduh… hati sudah mulai panas… aku belek muka surat seterusnya, mood membaca sudah STOP. 246 & 247, 250 & 251, 254 & 255, 258 & 259, 262 & 263 serta 266 & 267 juga KOSONG. Hati aku juga sudah jadi KOSONG! sifar tidak bersisa.

Apa yang aku perasan, helaian kosong ini berselang dua muka surat, tapi apa yang membuatkan aku lagi tension, sebab banyak pula tuh yang kosong… aduhai… mood yang sedari tadi sudah menggungung tinggi menuju ke puncaknya, tiba-tiba jatuh merudum. Meranapkan segala usaha yang aku pupuk sedikit demi sedikit itu, bak bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang jatuh merudum menyembah bumi!. cik diiiiiiiiinnnnnnnnnnnn!!!

Uuuwwaaarrrggghhhh tensionnya!!!!


lots of love...

2 comments:

Anonymous said...

hahaha.. wan pun kena attack ngan raksaksa eh??

raksaksa buku :P

wabbit

Wan Amalyn said...

hahaha... wabbit... wat2 tak tahu plak... sapa yg jadi 'agen'nye?? :P

Back to Top