TAG lagi...???

Salam buat semua sahabat yang dicintai,

TAG LAGI!!...

Kali ini wan dapat daripada Rina Ex-Opismate masa wan kerja dengan office lama dulu!! Na... ko ni memang la... huhuhu suka buat hati kita terdera!!! BTW Na oghang 'met' Azli kat Facebook!! actually he added me as fren... ingatkan dia tak akan kenal/jumpa!! hehehe

Ok kembali pada Tag.

1> Anda rasa anda Hot?

-> YA! sebab sekarang ni wan masih demam... suhu badan masih panas lagi. (hehehe boleh terima jawapan ini??)

2> Upload gambar kesukaan/kesayangan anda.


3> Kenapa anda suka/sayang dengan gambar ini?

-> Wan sukakan gambar ini kerana ia ada momen manis yang terpahat dilipatan memori kami (geng UB), yang kami terokai di bumi bertuah Bandar Seri Begawan. Lokasinya di 'rumah kaca' (kLavu... now you know how I miss you soooo much!!! & kakmOn too & kak Rahimah too...)

-> Gambar diambil dengan kamera digital cekai wan dengan teknik digital makro. Gambar dipotretkan di awal pagi ketika embun masih enggan melepaskan pelukan hangat dari bibir dedaunan sang bunga... berlatarbelakangkan rumah persinggahan bak hotel 10*

4> Bila kali terakhir anda tak puasa?
-> Jumaat 21 Ogos 2009, sehari sebelum kita menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan di tahun 1430H

5> Lagu terakhir yang anda dengar?
-> Tak pasti apa judulnya... Aku Cinta?? - Dendangan Dato' Sheila Majid, Jaclyn Victor & Karen Kong

6> Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
-> Sambil dengar radio

7> Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
-> Apa sahaja asalkan enak didengar

8> Tag lagi 7 orang tanpa rasa kekesalan..

-> Alamak ini yang susah sikit! kerana wan tak punya ramai kawan yang boleh wan serahkan tag ini... kecuali... jeng-jeng-jeng... (geng Upin & Ipin siri Pengembaraan akan datang!!! betul betul betul... hehehe)

1) Nacha
2) Wabbit
3) Syud
4) Iejay
5) Eila
6) Lia
7) kak Uda

Ok itu sahaja... sekian terima kasih.
Berkhidmat demi kawan =)


Salam sayang,

3

Salam...

Salam buat semua sahabat yng dicintai

Wan demam. Ya, wan demam, seluruh badan sakit-sakit. Sakit perut (di bahagian pinggul) di sebelah kiri dan adakalanya seluruh bahagian (sebelah kiri) daripada paha ke kaki akan kebas.

Hari rabu yang lalu setelah wan jumpa doktor di DEMC dan doktor sarankan agar wan menjalani x-ray (dan wan buat x-ray) insyallah tiada apa yang perlu dibimbangkan. Dengan bekalan ubat serta mc selama 2 hari (rabu & khamis) dengan pesanan jika ubat tidak berkesan dan sakit di bahagian perut (ke pinggul) di sebelah kiri masih tidak hilang dia sarankan agar wan pergi bertemu dengan pakar. Harap tiada apa yang perlu wan bimbangkan walaupun sakitnya masih datang.

Doakan wan ya!

Salam sayang,

0

Wan dan Tere Liye

Salam buat sahabat-sahabat yang dicintai,

Wah! bukan main ya tajuk entry wan kali ini. hahaha. Sebenarnya tak ada apa-apapun sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang buku Tere Liye - Rembulan Tenggelam Di Wajahmu yang telahpun wan khatam hari ahad yang lalu.

Apa yang menariknya buku ini?
Entah ya wan pun tak pasti apa yang menariknya tentang buku ini. Tapi apa yang wan pasti setiap kali wan menatap karya-karya Tere Liye wan pasti akan mengalirkan air mata! Ya Tere Liye sering membuatkan wan emosi setiap kali menatap karya-karyanya baik Hafalan Solat Delisa (HSD), Moga Bonda Disayangi Allah (MBDA), Bidadari-Bidadari Syurga (BBS) dan Rembulan ini yang terbaru.

Bukanlah persoalan yang berat-berat diangkat oleh Tere Liye dalam setiap karyanya untuk membuatkan wan menangis. TIDAK. Temanya hanyalah yang biasa-biasa sahaja.

Sebagaimana dalam Hafalan Solat Delisa, isunya hanyalah bagaimana seorang kanak-kanak yang berusia 6 tahun ingin menyelesaikan hafalan (mengikut tertib) dalam solatnya. Tetapi apa yang menyesakkan dada wan adalah ketika dan saatnya dia harus mempersembahkan bacaannya pada 'ibu guru' musibah tsunami datang melanda. Telah meragut nyawa ibu, kakak-kakaknya serta sahabat-sahabatnya dan dia sendiri kehilangan kakinya. Aduh! sedihnya... namun dia bertekad untuk terus menyempurnakan bacaan solatnya walaupun dirinya tidak lagi sempurna. Anda bayangkan anak yang baru berusia 6 tahun telah diuji oleh Allah dan dia Delisa menerimanya dengan tabah!

Moga Bonda Disayangi Allah, juga kisah keluarga yang mempunyai seorang anak kecil berusia 6 tahun yang pekak, buta dan bisu. Yang tragisnya kanak-kanak ini, Melati dilahirkan sebagai kanak-kanak normal yang punyai wajah yang comel dan cerdas serta sangat memikat hati sesiapa yang memandangnya. Malang menimpa Melati ketika di usia 3 tahun, dia ditimpa musibah yang telah meragut nikmat penglihatan, nikmat pendengaran dan nikmat bertuturnya.

Sebagai seorang anak yang pada mulanya cerdas, Melati hadapi pemberontakan diri apabila setiap pertanyaannya tidak difahami oleh kedua orang tuanya. Bahkan kedua orang tuanya langsung tidak punya jalan bagaimana untuk menanganinya. Hinggalah seorang yang pria pemabuk Karang yang kehilangan semangat hidupnya (kerana trauma 'besar' melanda hidupnya) di'paksa' untuk mencari jalan bagaimana untuk menangani masalah Melati. Walau bagaimanapun untuk karya ini wan berjaya mengekang diri daripada mengalirkan airmata! walaupun pastinya setiap tindakan dan respon Melati bisa menyentuh hati.

Bidadari-Bidadari Syurga adalah karya Tere Liye yang paling wan suka!. Kisah pengorbanan seorang kakak pada adik-adiknya dalam keadaan hidup mereka yang serba daif. Membaca BBS airmata wan tidak putus-putus mengalir 'menyaksikan' betapa pengorbanan seorang kakak adakalanya diperlecehkan oleh si adik. Namun seorang kakak tidak pernah kenal erti putus asa demi masa depan adik-adik yang tersayang, walaupun mereka bukan sedarah dan sedaging. [Baca resensi penuh ->di sini<-]

Rembulan Tenggelam Di Wajahmu, kali ini Tere Liye sekali lagi membuatkan hati wan terkesan dengan kisah yang digarapnya. Kisah petualang seorang anak terbuang yang dibesarkan di Panti Asuhan. Bagaimana Ray membesar menjadi seorang anak yang bandel, mempersoalkan ketidakadilan Yang Maha Esa di atas nasib buruknya.

Maka timbullah persoalan demi persoalan kenapa, kenapa dan kenapa?

Kenapa orang yang berbaik hati sering teraniaya? Kenapa orang jahat sering bernasib baik?. Jika demikian lebih baik dia menjadi jahat! Dengan harapan Tuhan akan berbaik hati dengannya dan merubah nasib buruk yang sering melandanya! Aduhai, apakah wajar seorang manusia yang waras mempersoalkan percaturan Allah?? Tapi apa yang Ray tidak tahu bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik untuknya. Sehinggalah dia diberi kesempatan. Di umurnya 60 tahun ketika dia sedang bergelut dengan sakit yang sedikit demi sedikit mula memakan dirinya. Ketika dia dalam keadaan koma, setiap persoalan-persoalannya di'jawab' oleh-Nya.

Siapa sebenarnya seorang Tere Liye ini?

Wan pun tak tahu! hehehe tapi pertama kali wan membaca karyanya wan terus jatuh hati. Apabila mendapat tahu bahawa dia telah di undang ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 oleh PTS (pihak yang bertanggungjawab menterjemahkan karya-karyanya ke dalam bahasa melayu), wan tidak melepaskan peluang keemasan itu untuk bertemu mata dengannya. Orangnya sederhana sahaja, dengan senyuman sentiasa terukir dibibir. Dan apa yang wan dapat tahu dia adalah seorang akauntan.

Apa-apapun jika anda ingin membaca karya-karyanya wan sarankan anda membaca Hafalan Solat Delisa, Bidadari-Bidadari Syurga dan Rembulan Tenggelam di Wajahmu kerana ketiga-tiga karya ini telah membuatkan airmata wan mengalir! atau hanya wan yang berhati sensitif?? entahlah... tapi yang pastinya wan memang larut dengan setiap cerita Tere Liye ini!

Selamat Membaca!

Salam sayang,

6

Cerita tentang hari ahad & my Aysha...

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Alhamdulillah, sabtu lepas my Aysha sudah lulus. Dia dapat bertahan hingga ke waktu berbuka... walaupun ketika wan balik daripada pejabat dia tertidur. Sirman cakap dia mengadu juga.. lapar... tapi dengan 'janji' yang macam-macam akhirnya dia dapat bertahan. hehehe

Semalam, hari ahad. My Aysha masih lagi berpuasa walaupun wan terpaksa suap dia dengan mata yang separa terbuka untuk makan sahur supaya dia dapat bertahan. Alhamdulillah hari ahad tu dia kelihatan lebih bertenaga kerana apabila wan suruh dia tidur dia tak mahu... menempel di sebelah wan yang tengah ralit dengan novel Tere Liye - Rembulan Tenggelam di Wajahmu. Dia pun sibuk le dengan bahan bacaannya. Lepas tu siap minta permission nak maik basikal kat luar... amboi!! kita takut dia penat. Beri juga dia main.

Seharian di rumah wan hanya membaca. Padahal bawa balik kerja tu... tapi biasalah malas nak buat! hehehe

Hari ini my Aysha request nya macam-macam. Nak berbuka dengan roti telur (telurnya 2 biji) lepas tu nak makan kuih (agar-agar... wan rasa dia berkenan kerana warnanya merah padahal tak rasa apa-apapun!) Lepas makan kuih nak makan nasi mummy, lepas makan nasi mummy nak makan bubur jagung! Mak ai... hahahaha memang melantak sungguh my Aysha. Sebagaimana tahun sudah, wan akan cari juadah berbuka kat luar (alasan penat nak masak hehehe!!).

Jadi mula-mula kami akan ke shah alam (alam megah) kerana juadahnya semuanya sedap-sedap & apa yang pentingnya kerana semuanya juadah versi kelantan... itu yang best! Wan beli nasi kerabu dengan solok lada... (tapi tak boleh lawan nasi kerabu suyoh la...!!) Beli lauk (udang goreng, telur ikan goreng & kerabu perut dengan sup tulang untuk buat makan sahur) memang rambang sungguh mata. Semuanya nampak menyelerakan!. Juga beli kuih-muih... agar-agar & bubur jagung untuk my Aysha dan untuk wan.. wan beli serawa telur (kat sini tak tahu orang panggil apa... tapi wan panggil serawa telur)

Selesai kat shah alam, kami ke Giant beli barang. Wan tak masukpun malas, nanti ada aje barang yang tak perlu wan ambil. Dah la belum gaji!. Jadi hanya sirman & Aysha sahaja masuk. lebih kurang setengah jam mereka keluar. Kemudian kami akan singgah ke mana-mana bazar ramadhan kerana my Aysha nak minum air sirap bandung + cincau. Tapi on the way balik (dekat area goodyear court 6), nampak gerai menjual air kelapa, wan singgah beli air kelapa tanpa ais dan gula. Kebetulan pula kat situ ada bazaar ramadhan kira sekali arung ajelah. Lepas tu on the way balik, tempat terakhir kena singgah adalah seri melur kat usj 18 ke 19 ek?? lupa la... beli roti telur untuk my Aysha. Kami tiba di rumah ketika waktu untuk berbuka berbaki lebih kurang setengah jam.

Dan ketika masuknya waktu berbuka, my Aysha makan sebagaimana yang dia rancangkan... hinggalah mengadu sakit perut! hahaha itupun nak makan lagi bubur jagung (untuk kali kedua) tapi wan tak bagi... wan cakap kat dia kasihan kat 'tangki perut kecil' dia yang tak sempat nak digest makanan yang masuk banyak sekaligus. Nasib baik dia nak dengar cakap... My Aysha... oh my Aysha... macam-macam!!

Hari ini dia masih berpuasa... harap dapat bertahan sampai ke waktu berbuka memandangkan hari ini dia akan berada di nursery yang wan pasti ada antara budak-budak (bawah umur) yang tak berpuasa. Oleh kerana hari ini wan harus masuk kerja awal (dan pastinya balik awal) wan minta sirman hantar my Aysha kat nursery dan pesan kat bibik bahawa my Ayhsa berpuasa. Harap-harap dia tidak terpengaruh dengan budak yang tak berpuasa...

Nota wan:

Hari sabtu lepas masa wan singgah ke pasar ramadhan di USJ 4 wan terserempak dengan kak zana dan anak-anaknya, Nadia, Nurul & Hakimi... tak sangka sebenarnya boleh terserempak dengan kak zana di USJ memandangkan dia telahpun berpindah ke Sungai Buloh kalau tak silap. Kak zana masih macam dulu kecil molek & sentiasa muda walaupun anak-anaknya dah semakin meningkat dewasa.


Salam sayang,

0

Hari Pertama puasa..

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Hari ini hari pertama berpuasa. Tapi wan kerja macam biasalah. Dah la tu, hari ni wan terpaksa stay kat office siapkan kerja. Lebih kurang jam 1.00 petang tadi Lili (adik) call, dia nak singgah hantar ikan bilis goreng kat wan... wan suruh aje dia datang sebab sirman ada kat rumah. Ralat juga sebab dah lama tak jumpa dengan dia. Rindu jugak dengan anak-anak buah yang lasak-lasak tu... hehehe

Oh ya, hari ini my Aysha belajar berpuasa. Harap-harap dia dapat bertahan hingga ke waktu berbuka. Jika nak dibandingkan dengan Nana (anak along) yang dari umur 5 tahun sudah berpuasa penuh, my Aysha dah 7 tahun baru nak belajar berpuasa. Ops kalau diikutkan betul-betul dia masih lagi berusia 6 tahun... hehehe

Wan bukan apa, kesian nak suruh dia berpuasa tahun lepas. Kalau sesiapa tengok my Aysha yang kaksu panggil 'budak kurus' hehehe memangpun!! pasti juga akan bersetuju dengan wan... kasihan nak suruh dia berpuasa. Apatah lagi stay di nursery yang rata-ratanya budak bawah umur daripada dia, pastinya sedikit sebanyak akan membuatkan dia tak tahan. Tapi harap-harap tahun ni dia boleh bertahan untuk berpuasa selama sebulan nih... Insyallah.

Memandangkan hari ini hari pertama berpuasa, rutin biasa wan, akan balik ke shah alam berbuka puasa beramai-ramai dengan adik-beradik sirman. Tahun ini ahli bertambah dengan kehadiran isteri alang (siti) serta anak-anak buah yang dah bertambah... Wan tak tahu nak bawa apa... belum fikir lagipun masih dipejabat lagi ni... lagi la buat wan buntu. Ala apa susah...beli ajelah di pasar ramadhan... apa susah.. ya tak??

Oklah nak sambung wat kerja! Selamat berbuka puasa semua...


Salam sayang,

3

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


* ^ *



* ^ *

Nota wan:
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua sahabat yang dicintai.
Wan mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan yang telah wan lakukan dalam sedar mahupun tidak.

Salam sayang,

2

Buku yang telah dibaca

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Ingat tak tentang buku yang telah wan beli ketika Pesta Buku Selangor 2009 hari tu? Dan antara buku yang telah selesai wan baca adalah dua buku ini. Kedua-duanya adalah terbitan PTS.

Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain tulisan Afareez Abd Razak Al-Hafiz.

Siapakah Afareez Abd Razak?
Afareez Abd Razak Al-Hafiz dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Mendapat pendidikan rendah di Amerika Syarikat. Pada peringkat ini beliau berjaya melangkah beberapa darjah (melompat kelas) dan memenangi anugerah penulis muda. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (English College) Johor Bahru. Seterusnya, mendapat diploma dalam bidang tahfiz Quran (JAKIM). Kemudian, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang pengajian Quran.

Sekembalinya ke tanah air, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana (M.A) dan doktor falsafah (Ph.D) dalam pendidikan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dan sedang menyiapkan dissertasinya. Beliau aktif dalam program penyelidikan dan pendidikan di universitinya dan juga di luar negara hingga ke Mesir, Yaman, Greece, Arab Saudi, Singapura, Iran dan India. Beliau mencetus idea dan membuat penyelidikan bagi sebuah dokumentari ilmiah tempatan yang bertajuk Alexander Bukan Zulkarnain yang mana penyelidikan ini mendapat pengiktirafan di Greece dan mendapat sambutan yang menggalakan di Iran.

(Sumber : ->di sini<- )

Buku ini tentang apa?
Boleh baca resensinya di sini ->klik sini<-

Apa kata wan?
Sebuah bahan bacaan yang sangat informatif. Benarkah anggapan kita selama ini yang mengatakan bahawa Iskandar Zulqarnain yang di gelar 'Alexander the Great' adalah tokoh yang sama yang sangat hebat dalam sejarah islam itu? Sedangkan ada tokoh lain yang lebih tepat untuk diangkat sebagai Zulqarnain!.

Bagi wan yang sangat cetek dalam ilmu agama ini, sesungguhnya buku ini telah membekalkan ilmu yang sangat berguna. Pertamanya wan ingatkan Zulqarnain itu adalah nama untuk Iskandar tetapi sebenarnya Zulqarnain itu adalah GELARAN yang diberikan kepada beberapa tokoh hebat termasuklah Raja Iskandar (Alexander the Great)

Membaca naskhah ini wan bagaikan diketuk kepala, ditusuk dengan tombak, tembus hingga ke jantung hati... banyaknya yang wan tidak tahu. Dan apa yang pasti, bahawasanya ada insan/tokoh lain yang lebih layak diangkat sebagai Zulqarnain. Diskusi di dalam buku ini telah membantu wan lebih memahami sejarah silam. Buku ini juga memuatkan perbincangan serta hujah-hujah yang sesuai bagi mengaitkan tokoh yang paling hampir dan sesuai dengan gelaran Zulqarnain ini.

Wan tak tahu macam mana nak mengupas tentang buku ini. Tapi wan sarankan agar kawan-kawan membacanya, pastinya ada ilmu yang amat berguna.

* ^ *

Indahnya Cinta Kisah-Kisah Kekasih Allah karya Ezee Rahmani.

Siapakah Ezee Rahmani?
Puan Engku Zainun atau lebih dikenali dengan nama pena Ezee Rahmani ini berasal dari negeri pantai timur iaitu Terengganu Darul Iman. Ingin berkenalan secara dekat dengan beliau boleh lawati blognya ->di sini<-

Apa kata wan?
Indahnya Cinta - Kisah-Kisah Kekasih Allah ini memuatkan 43 cerita pendek tentang kisah-kisah teladan, kisah-kisah kekasih Allah yang berlaku di setiap zaman daripada zaman Nabi Adam hinggalah ke zaman sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW. Buku ini lebih kurang seperti naskhah karya Habiburrahman El-Shirazy yang pernah wan baca. Tapi, wan rasa sekiranya setiap cerita disusun mengikut kronologi sejarah/peristiwa yang berlaku pasti ianya lebih menarik!

Apa-apapun boleh juga dijadikan bahan bacaan untuk 'remind' kita tentang sejarah islam di zaman para nabi dan ambia. Walaupun ada antaranya kita sudah sedia maklum. Tapi tak salahkan?? Membaca itukan jambatan ilmu...


Salam sayang,

3

Ingatlah diriku...

Chandra feat Sheila Majid

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku masih sayang padamu
Namun bila dirimu tak lagi memerlukanku
Cukup sampai disini
Hingga kini bersama lagi

Reff :
Ingatkah diriku yang pernah
Ada disampingmu
Ada diwaktumu
Ada dihatimu
Kuingat dirimu yang pernah
Hadir disampingku
Temani waktuku
Temani hatiku


Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku sangat sayang padamu
Namun entah mengapa perpisahan ini mencambukku
Semoga kita bersama lagi

Back to Reff

Cinta adalah kenangan manisku bersama dirimu





*^*

pertama kali wan dengar lagu ini wan jadi teringat pada sidia yang sudah tiada... betapa wan rindu padanya =(


Salam sayang,

3

Hati oh hati... berhati-hatilah...

Salam sayang buat semua sahabat yang kucintai,

" Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, dan bukan susah untuk mencalarkan hati orang... sama ada dalam kita sedar mahupun tidak. Dan tidak semestinya apa yang kita suka atau minat, orang akan suka dan minat sama."

Kenapa ya, wan tiba-tiba ingin berbicara tentang frasa tersebut?

Sebenarnya perkara ini sudah lama berlegar dalam benak wan. Semenjak dari awal pembabitan wan dalam mengulas novel (sebenarnya istilah 'mengulas' itu tidak tepat kalau nak dilabelkan pada wan). Sebenarnya wan bukan mengulas novel-novel yang telah wan baca, tetapi wan berkongsi rasa dengan pembaca yang lain tentang ‘rasa’ yang wan alami ketika membaca setiap karya penulis-penulis berbakat tanah air. Bagaimana setiap bait-bait kata dan ayat yang disusun kemudian diterjemahkan dalam bentuk penceritaan mampu mempengaruhi pembacaan wan.

Sebelum ini wan juga pernah diajukan dengan pertanyaan kenapa wan mengulas novel?
Untuk jawapan ini, asalnya hanya satu, kerana seorang sahabat – wanz. Oleh kerana kami sudah ber‘pisah’ company jadi apabila dia ingin mengaju pertanyaan terhadap sesebuah novel dia pasti akan menelefon wan bertanyakan berkenaan dengan novel-novel tersebut. Jadi wan terfikir kenapa tidak wan post sahaja setiap novel yang pernah wan baca di blog? Selain memberi jawapan pada wanz, wan juga boleh berkongsi dengan pembaca lain yang mempunyai soalan yang sama jugakan?

Selain itu wan juga sering dihujani dengan soalan “wan... pernah baca tak novel ini? cerita dia pasal apa ya? best tak?” Adakalanya bukan seorang, tetapi beberapa orang dan jawapannya terpaksa wan ulang berkali-kali. Jadi wan terfikir kenapa wan tidak berkongsi ‘rasa’ ini dengan pembaca yang sama-sama mempunyai rasa ingin tahu tentang sesebuah novel yang ingin mereka baca? Jadi itulah asalnya kenapa wan berkongsi rasa wan dengan kawan-kawan di rumah wan ini ->sembang buku<-

Okey berbalik pada kenapa tiba-tiba wan tergerak untuk berceloteh tentang frasa tersebut di sini. Sebenarnya wan jadi kasihan pada seorang sahabat yang sangat wan hormati. Seorang sahabat yang lebih arif daripada wan, lebih bagus daripada wan, lebih telus daripada wan bahkan lebih serba-serbi berbanding dengan wan dalam urusan mengulas novel, dan segala usaha murninya itu sering kali di pandang ‘serong’ dan di salah anggap. Wan percaya dan yakin seyakin-yakinnya bahawa niatnya bukan untuk menjatuhkan seseorang penulis itu, tetapi dia melontarkan pendapat dan buah fikirannya terhadap novel yang dibacanya itu.

Jadi wan terfikir,
1- benarkah semua orang akan sependapat dengan kita?
2- adakah pembaca/orang akan mempunyai citarasa (dalam bab novel) yang sama dengan kita?

Jawapannya hanya ada pada mereka. Tapi apa yang wan boleh katakan... jawapannya TIDAK dan YA pada soalan itu. TIDAK semua orang akan bersetuju dengan citarasa kita dan YA tak mustahil ada antara mereka yang akan sependapat dengan kita.

Sebenarnya dalam urusan wan berkongsi rasa dan minat terhadap novel-novel yang pernah dan akan wan baca ini bergantung kepada keadaan dan mood wan. Insyallah semua genre wan akan baca. Daripada genre romantik hinggalah ke genre thriller. Daripada genre sejarah hinggalah ke genre sains fiksyen. Daripada isu kekeluargaan hinggalah ke isu mafia. Daripada hal sepele hinggalah ke masalah dunia. Insyallah semuanya wan akan ‘layan’. TAPI... segalanya akan bergantung pada mood dan tujuan wan membaca.

Jika inginkan bacaan ringan, wan akan cari sesuatu yang lebih santai. Jika inginkan bacaan yang menguji minda wan akan cari sesuatu yang lebih berat. Jadi semuanya bergantung pada mood dan emosi wan ketika mengadap novel-novel tersebut. Dan pastinya resensi wan juga akan dipengaruhi oleh semua mood-mood yang bergulir dalam dada wan ketika membaca itu.

Jika sekiranya ada sesuatu yang menarik dalam sesebuah novel yang wan baca dan wan rasa wajar dikongsi dengan pembaca yang lain, wan akan ‘publish’kan di rumah sembang buku. Dengan harapan ada di antara pembaca yang akan bersetuju dengan citarasa wan. Tapi jika sebaliknya, wan mohon maaf andai mereka rasa ‘tertipu’. Tapi itulah apa yang wan rasa!

Tapi jika sebaliknya... bila hati wan dicuit dengan rasa tidak puas hati terhadap sesebuah karya yang sedang wan baca, minta maaf... wan tidak akan sekali-kali mempamerkannya di rumah sembang buku, kerana wan tidak mahu ada antara pembaca yang terpengaruh dengan citarasa wan yang buruk ini. Pembaca berhak membuat penilaian sendiri, dan resensi wan tidak dijadikan medium oleh pembaca lain untuk membuat perhitungan awal. Mungkin apa yang wan tidak suka, tetapi pada pembaca yang lain mereka gemar dan sukakannya. Itulah yang dinamakan citarasa kita berbeza.

Lagi pula wan tahu, tak semua orang boleh menerima kritikan terutamanya penulis. Walaupun pada dasarnya mereka akan cuba menerima setiap kritikan dengan berlapang dada tapi sedikit sebanyak, di dasar hati mereka yang terdalam, pasti akan tercuit sedikit rasa ralat. Wan sedar dan insaf, untuk menghasilkan sesebuah karya, penulis memerlukan seluruh daya dan usaha terbaik mereka untuk menghasilkan sesuatu yang diharap boleh diterima oleh pembaca ramai.

Jadi jika usaha gigih mereka mendapat kritikan pastinya sedikit sebanyak mereka akan merasa kecewa. Jadi wan bukanlah orang yang tepat untuk mengkritik karya seseorang penulis itu kerana wan tahu bukan senang nak berkarya. Buktinya adalah wan. Wan bukannya penulis dan wan memang tak pandai menulis. Betul!!! bukan wan tak pernah cuba, pernah. Tapi tak pernah berjaya. Nak baca apa yang wan tulis?? Lain kalilah ya... hehehe wan malu!

Jadi apa yang akan wan buat, jika sesebuah karya itu tidak mendapat tempat di hati wan, bukan salah penulis tetapi itu salah wan yang mempunyai citarasa yang buruk. Dan sebolehnya wan akan cuba elakkan diri wan daripada membicarakan tentang novel tersebut. Lagipun, wan kan beli novel dengan duit wan sendiri, jadi terpulang pada wan lah kan?? Betul tak??

Lagipun wan tak boleh nak menipu diri wan sendiri... takkanlah kalau tak sedap wan nak cakap sedap... paling kurangpun wan hanya akan kata... “oh ini bukan selera wan lah!” Macam juga wabbit yang tak suka makan taugeh. Usahlah dihadiahkannya bergantang-gantang taugeh padanya, pasti hanya akan membazir sahaja. Lainlah kalau diberikan carrot takpun carrot cheese cake, dari jauh lagi dia sudah tercium baunya... hahahaha itu cuma perumpamaannya sahaja!!

Ini hanya pendapat peribadi wan sahaja... harap tidak ada hati yang tercuit. Wan paling takut andai ada insan yang berkecil hati. Seboleh-bolehnya wan tidak ingin membuatkan ada hati yang terasa. Kita bukan ingin berkawan cuma sehari dua, kalau boleh biarlah sampai bila-bila. Dan jika ada yang mengganggu hati wan, sedaya upaya wan akan cuba untuk melupakannya... forgive and forget! itu lebih baik. Sebab itulah wan sangat-sangat bimbang jika wan ada mengecilkan hati kawan-kawan tanpa wan sedar.

Jadi sempena bulan Ramadan yang bakal tiba ini, wan menyusun jari memohon ampun dan maaf andai ada kata-kata wan di sini mahupun di mana-mana ‘rumah’ wan yang banyak itu… ahaks!! menguris hati kalian. Wan mohon... maafkanlah wan ya!

Salam Ramadan...

Salam sayang,

3

Salam Ramadhan...

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Pagi tadi wan dapat kiriman email daripada sahabat lama yang sudah lama (sangat) wan tak jumpa dengannya dan sampai sekarang masih belum bersua muka lagi dengannya. Nitz. Dan wan rasa berbesar hati ingin berkongsi dengan kawan-kawan yang lain!

Seribu senyuman
belum tentu menawan hati
satu jelingan
sudah cukup menimbulkan rasa benci

membina mengambil masa...
meruntuh sekelip masa...

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Maaf Zahir dan Batin

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang sedia terbina



Di kesempatan ini wan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan sahabat sekalian di sepanjang persahabatan kita.

Salam sayang,

4

Oh my Aysha...

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Pagi tadi ketika wan ingin memulakan kerja yang sudah menimbun di atas meja (suasana biasa hari isnin... bos suka lambakkan kerja kerana setiap sabtu & ahad dia akan datang office buat kerja!), wan menerima panggilan telefon daripada cikgu Aysha meminta agar wan mengambil Aysha di sekolah. Bagi sesiapa yang tak tahu, minggu lepas my Aysha diserang demam panas. Hari khamis sirman dah bawa dia ke Pusrawi di USJ 11 dan dia mendapat 2 hari mc (khamis & jumaat).

Hari sabtu wan dapat jemputan daripada adik ipar yang mengadakan ‘kenduri naik rumah baru’ dan hari ahad Nini pula menjemput ke rumah mertuanya di Gombak sempena ‘rumah baru’ juga, sebenarnya rumah lama tapi dibaikpulih menjadi rumah ‘baru’ di samping kenduri sempena menyambut ramadhan yang sudah hampir tiba.

Kedua-dua jemputan ini wan terpaksa tolak kerana bimbangkan kesihatan my Aysha. Walaupun pada zahirnya dia kelihatan sudah semakin sihat memandangkan dia agak culas meminum ubat. Dengan keadaan Aysha yang masih lagi lemah, dengan antibodinya tak berapa kuat, agak mudah dijangkiti dengan sebarang virus. Jadi kami hanya berada di rumah. Bosan memang bosan. Tapi musim-musim sekarang ni lebih baik berjaga-jaga!

Berbalik pada cerita cikgu Aysha tadi... nak tak nak hari ini wan terpaksa EL (walaupun cuti cuma tinggal untuk urusan hari raya sahaja). Lebih kurang jam 10.00 pagi wan tiba di sekolah Aysha, dia sudah menunggu di bilik pejabat. Selesai urusan wan terus bawa Aysha balik ke rumah. Panas badannya yang pada awal pagi sudah agak kebah mula naik balik. Beri dia minum ubat walaupun dengan seribu satu alasan... tak sedap la... masin la... (ada ke ubat tu masin dia kata?!) hehehe ada sahaja olahnya. Selesai makan ubat my Aysha langsung tertidur depan tivi yang sedang menayangkan siaran kartun.

Seharian di rumah, my Aysha pula tidur dek kelelahan, jadi sempatlah wan siapkan resensi untuk novel yang sudah lama wan selesai membaca. Tapi wan suka sangat dengan novel ini. Jadi wan ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua. Jika ada yang berminat untuk membacanya -> klik sini <-.

Berbalik pada cerita my Aysha. Wan sebenarnya cuak juga, dalam kepala wan ni asyik terbayangkan kemungkinan yang buruk-buruk aje. Jadi wan ambil keputusan untuk bawa my Aysha ke DEMC di seksyen 9 Shah Alam pula. Tapi memikirkan hari bekerja wan tunggu sirman balik, maknanya malam la baru kami pergi.

Di DEMC agak ramai pesakit, jadi terpaksalah menunggu agak lama sebelum nombor giliran dipanggil. Sementara menunggu no giliran dipanggil sempat la wan check email, FYI di sini ada kemudahan wifi. Jadi dengan telefon yang tak berapa canggih ni *jeling-jeling kat syud yang guna blackberry* sempatlah wan ‘ronda-ronda’ sekejap. hehehe

Selepas jumpa doktor, doktor menyarankan agar ujian darah dilakukan pada Aysha untuk mengetahui secara mendalam berkenaan dengan sakit my Aysha. Selepas membuat ujian darah, sekali lagi terpaksa menunggu untuk mendapat keputusan. Alhamdulillah semuanya selamat (daripada penyakit-penyakit berjangkit, dan minta-mintalah lepas ni pun tak ada juga... takut ni) Dan my Aysha dapat 2 hari lagi mc (sebenarnya wan minta dengan doktor supaya Aysha dapat ambil peperiksaan sebab esok dia sepatutnya menduduki peperiksaan pertengahan tahun!)

Lebih kurang 2 jam berada di DEMC tiba masa untuk membuat pembayaran, terbang RM185.10 untuk my Aysha malam ni. Apa taknya, ujian darah aje sudah RM101.06, belum dicampur dengan ubatan sebanyak RM70.05, bayaran doktor RM13.00 dan bayaran outpatient sebanyak RM1.00 jadi totalnya itulah. Huhuhu dah la tak boleh nak claim dengan company sebab company wan ni memang tak cover untuk anak dan spouse. Tak macam office dulu (part ni wan memang cemburu dengan Rina!)

Tapi doktor menyarankan jika 2-3 hari demam Aysha tak baik lagi, dan kalau kami nak ambil suntikan antiviral boleh la ke mana-mana hospital yang menyediakannya. Tapi DEMC tak ada pula suntikan ini. Dan wan sempat jeling, RM70 untuk setiap suntikan jika di ambil di mana-mana hospital swasta.

Doakan my Aysha cepat baik ya! supaya suntikan ni tak perlu diambil…


Salam sayang,

5

Hari menjawab tag...

Salam buat semua sahabat yang kucintai.

Alahai kawan-kawan... suka sungguh ya kamu meng'award'kan wan yang sangatlah tidak sukanya menjawab tag (tapi jawab juga... macam mana tu?? hehehe).

Ini kerana pertamanya, wan TIDAK suka menghampakan amanat kawan-kawan walaupun wan memang tak suka nak menjawabnya. Dan wan minta maaf banyak-banyak andai tidak menjawab mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Memandangkan ada antaranya yang sudah lama wan terima tetapi dek kekangan masa yang agak terhad terpaksa wan perap jadi pekasam!! hehehe

Okey... ini antara award yang telah wan terima.

Award PERTAMA daripada Nacha




1. Sila copy & paste award ini di blog anda : done

2. Sila copy & paste ini di side bar blog anda : nanti senang wan buat

3. Passkan kepada 5 rakan anda : siapakah dikalangan mereka yang friendly?
* wan tak tahu nak pass pada siapa sebab semuanya friendly pada wan... aci tak kalau wan simpan aje award nih?

Award KEDUA daripada Infa




Award KETIGA daripada Rina



1. COPY AWARD UNTUK DILETAKKAN DALAM BLOG ANDA.
~ DONE~

b. NYATAKAN 6 FAKTA MENARIK MENGENAI PEMBERI AWARD INI...
Nacha
1. salah seorang geng ulatbuku yang sangat sporting!
2. seorang sahabat yang sangat vogue dengan ‘mata hijau’nya
3. sangat gemar melayan novel yang ber ‘jiwang karat’ – ahaks!
4. seorang sahabat yang sangat ceria dan happening serta banyak cerita yang lawak-lawak!
5. salah seorang konco bila ada ‘project’ gila-gila... you know what I mean! *wink*
6. seorang sahabat yang menjadi ‘sumber maklumat terkini’ berkaitan dengan gossip artis

Infa
1. seorang sahabat yang wan mulai kenal melalui ‘buku/novel’
2. seorang ibu, seorang isteri dan seorang sahabat yang sangat baik dan lemah lembut kata bicaranya
3. seorang sahabat yang sangat gemar membaca novel
4. seorang sahabat yang sering membuatkan wan cemburu kerana punyai banyak masa dan bila-bila masa yang dia suka untuk mengulit novel
5. seorang sahabat yang sudah agak jarang wan jumpa – Fa… bila lagi nak jumpa ni??
6. seorang sahabat yang selalu wan ingat dan insyallah akan wan ingat selagi wan dikurniakan ingatan oleh-Nya.

Rina
1. ibu kepada 3 cahayamata yang comel dan isteri kepada Husnul Hafizin
2. seorang yang peramah bagi sesiapa yang sudah mengenali beliau
3. kawan lama dan wan pernah jadi pengapit beliau ketika majlis beliau di Kuala Lipis
4. seorang yang sangat gemar dengan ‘warehouse sales’
5. pandai menjahit dan pandai memasak (laksa penangnya sangat sedap!)
6. satu-satunya kawan yang wan kenal yang sangat gemar menonton cerita Hindustan dan sanggup duduk dalam panggung lebih daripada 3 jam... dulu la... sekrang ni tak tahu la dia buat lagi ke tak kerja nih... hehehe

c. SETIAP BLOGGER MESTI MENYATAKAN 9 FAKTA/HOBI DIRI SENDIRI.
1. seorang yang sangat gemar melayan novel – bila ada masa la... sekarang ni susah sikit sebab agak busy
2. seorang yang mudah teruja dengan tempat-tempat yang menarik untuk di lawati – ada geng yang jadi pemangkinnya!! *jeling-jeling kat wabbit*
3. seorang yang banyak sangat hobi! – ahaks salah satunya termasuklah berangan jadi orang kaya… hahaha
4. seorang sahabat yang agak baik hati – hehehe puji diri sendiri nih
5. seorang kakak yang agak lembut hati dengan adik-adik
6. seorang yang agak sensitif
7. seorang anak kepada abah – Wan Ab. Ghani dan mek – Siti Fatimah
8. isteri kepada sirman dan mummy kepada nor aysha amalyn
9. sangat gemarkan siri-siri penyiasatan seperti : semua siri CSI (Vegas, Miami, New York), siri Bones, siri NCIS (Naval Criminal Investigative Service), siri Criminal Minds, siri Medical Investigation (yang dah lama tidak disiarkan di mana-mana stesyen tivi)

d. PILIH 10 ORANG PENERIMA AWARD DAN DESCRIBE TENTANG MEREKA...
1. wabbit – geng UB, seorang yang sangat creative dengan idea-idea yang gila-gila dan tidak masuk dek akal
2. lia – geng UB & penulis novel Cinta Si Pari-Pari terbitan Nylea & salah seorang konco wabbit yang suka buat kita ‘tak senang duduk’
3. iejay – geng UB, penulis novel Lagu Cinta terbitan NB Kara
4. syud – geng UB, penulis novel Tentang… Dhiya, Tas Merah Jambu [Kebun Mimpi] & Pelangi [Pelangi] terbitan Jemari Seni Publishing
5. adhan – geng UB, pengulas novel
6. tED – seorang blogger & kawan yang sangat rajin meninggalkan komen di sini – tED… walaupun rina dah bagi… wan tetap nak bagi juga award ni pada dia… hehehe jangan marah ya!
7. siapa lagi ya?? siapa-siapa la yang rajin melayan tag
8. ... (Nampak sangat yang wan tak ada kawan – sedihnya!)
9. ...
10. ...


SAMBUNGAN LAGI...

e. Nama timangan
Entah ya... kawan-kawan panggil wan,
sirman & Aysha panggil mummy,
mek & abah panggil Lila,
umi panggil wan
makcik-pakcik-kakak panggil La,
adik-adik panggil kak La,
adik-adik ipar panggil kak wan
anak-anak buah panggil chik La,
anak-anak buah belah sirman panggil Auntie Wan.

f. Anda seorang yang?
Hhmm... susah ni nak jawab. Agak sensitif kot...

g. Insan yang teristimewa?
mek, abah, suami, anak, adik-adik, saudara mara serta sahabat handai

h. Lagu kesukaan?
banyak & bergantung pada mood... sekarang sangat suka lagu ni... Layu dendangan Malique feat. Salam selain lagu-lagu Ungu & Dewa

i. Makanan kesukaan?
Entah, ikut mood juga antaranya tomyam & laksa penang

j. Sikap yang membuat anda stress?
bila ada orang ‘memaksa’ kita buat sesuatu yang kita tak suka! tapi tak boleh nak kata TIDAK

k. Warna kegemaran anda?
kuning

l. benda mesti ada dalam beg?
purse & handphone

m. Kali terakhir anda menangis?
Entah... tak ingat.

***^^^***

Nota buat kawan-kawan yang telah sudi menghadiahkan award ini... harap anda semua telah berpuashati dengan jawapan wan!


Salam sayang,

0

Lucut kerakyatan hina raja – Mufti

Oleh ZULKIFLI JALIL dan SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 12 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.

Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara.

“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini. <-(suka statement ini..!)

“Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau.

“Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.

Menurut Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan.

“Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,” katanya.

Pada masa yang sama, kata beliau, Islam juga tidak membenarkan umatnya menghina agama lain kerana perbuatan saling menghina itu hanya akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram.

***
Nota: Petikan Utusan Online tarikh 13 August 2009


Salam sayang,

2

Hobi...

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Wah! dah lama rasanya tak menulis di sini. Rindunyaaaa...

Oleh kerana dah lama tak menulis di sini, wan jadi tak tahu nak tulis apa dah!. Otak jadi tepu. Jari jadi kaku. Tak tahu nak tulis dari mana, pasal apa. Sebab itu wan memang *tabik spring* pada mereka yang jadi penulis. Dan wan... hanya boleh jadi pembaca setia sahajalah... hehehe

Ok, ni cerita tentang malam tadi.

Malam tadi wan selongkar setiap ceruk tempat sebab nak cari kad ATM yang jarang-jarang sekali wan gunakan. Oleh sebab wan tak tahu di mana wan letaknya… itu yang seluruh rumah wan kena selongkar. Nasib baik la rumah wan sekadar rumah ‘sarang burung’ jadi tak banyak mana la tempat yang wan perlu selongkar.

Tapi apa yang wan nak ceritakan adalah, wan tak jumpa apa yang wan cari, tapi wan terjumpa koleksi matawang negara asing yang wan simpan dalam sampul surat. Nasib baiklah wan tak terbuangnya. Hehehe bukannya ada banyak pun. Dan matawang yang wan adapun setakat matawang negara jiran aje seperti Dollar Singapore, Rupiah Indonesia, Dollar US, Won Korea, Lira Turkey, Rupee India, Riyal Arab Saudi, Dong Vietnam serta Bath Thailand .

Tapi sayang, Dollar Brunei yang baru wan lupa nak simpan, sudah habis wan belanjakan masa rombongan mok tok ke brunei awal tahun lalu. Wan cuma ada satu keping duit seringgit keluaran tahun 1967. Selain koleksi duit Ringgit Malaysia yang wan simpan. (Alaa bukannya banyak manapun dan kalau di tukar tak akan jadi kayanya… ahaks!)

Tapi ada satu yang sangat wan sayang, iaitu duit pokok pisang. Duitnya dah lama sangat... dan yang ada dengan wan ni pun dah tinggal separuh aje. Yang selebihnya dah hilang tak tahulah di makan dek anai-anai ataupun semut.

Kalau tak silap wan ini duit yang digunakan di zaman ketika Jepun memerintah tanah malaya dulu. Berdasarkan pada tahun yang tertera pada duit ini.

Selain itu wan juga ada duit zaman British (Malaya sebelum merdeka) keluaran 1st July 1941. Wan pun tak ingat macam mana duit tu boleh ada dengan wan rasanya duit ni wan dapat ketika wan kena tolong mek kemas kain baju lama abah. Duit ini terselit di celah-celah lipatan kain baju abah berpuluh-puluh tahun yang lalu. Syyyy... jangan cakap kat abah tau wan ambil duit ni tak cakap kat dia... wan bukan curi tau! wan tolong simpan untuk abah... okey?!

Sebenarnya hobi mengumpul duit ni sama dengan hobi wan mengumpul setem. Perlukan belanja/modal yang besar. Sebab itu, koleksi wan ini akan bergantung pada poket wan la. My sirman pernah cakap kat wan ketika dia melihat wan dok membelek duit-duit ini tak lama dulu... "apa susah pergi ajelah tukar kat Money Changer!" Masalahnya ‘feeling’ tu tak sama... tak challenging... hehehe.

Selain duit kertas, wan ada juga koleksi duit syiling. Duit syiling wan lebih banyak (Negara) dan lebih mudah dikumpul berbanding dengan duit kertas. Duit-duit syiling ni kebanyakkannya wan dapat daripada Along (kakak ipar) ketika dia bekerja dengan British Airways dulu, dia selalu travel, jadi banyak la duit-duit negara luar yang dia ada. Ada juga antaranya wan dapat daripada ex-colleague masa wan kerja dengan Carrier dulu. Lim, dia banyak beri duit syiling yang dia ada ketika dia belajar kat oversea dulu. Ada juga wan tukar suka-sama-suka dengan ms ooi. Mana yang wan ada lebih daripada dua wan tukar la.

Itulah dia cerita tentang salah satu hobi wan yang banyak nih. Wan ni la... banyak sangat hobi. Dan hobi ni pula bergantung pada mood, cuaca, keadaan dan zaman... ahaks.

Oklah wan nak undur diri... tengah dok risaukan my Aysha ni. Malam tadi badan dia panas yang amat. Tapi memandangkan ubat demam dia tak ada, wan beri dia telan panadol (potong 4) tapi dia pula tak boleh nak telan... sudahnya dia hanya minum air badak aje. Pagi ni wan suruh sirman bawa dia ke klinik. Pusrawi USJ 11, dapatlah Aysha 2 hari mc untuk hari ini dan esok. Tapi petang ni dia harus ke sekolah agama (petang) kerana ada ujian. Harap-harap dia sudah ok bila wan ambil dia petang nanti.

* * *

-> Diberitakan bahawa Ustaz Asri Rabbani telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung. Al-Fatihah buat allahyarham dan Takziah buat ahli keluarganya.

-> setakat hari ini :- sudah 51 kes kematian melibatkan wabak H1N1...?!



Salam sayang,

5

Dirgahayu buatmu kanda...


khas buat kanda yang disayangi..
dengan iringan doa dan harapan
agar dirimu senantiasa dalam rahmat-Nya
agar dirimu beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat

sesungguhnya...
kehadiran kanda adalah suatu anugerah terindah dalam hidupku
selamanya...
dirimu tetap daku sayangi...

Selamat hari lahir kaksu...
moga Allah lanjutkan usia kaksu... ameen...


Salam sayang,

2

7 wasiat jamin keamanan

Amanat Raja Melayu mampu kekal kedaulatan negara: Raja Dr Nazrin

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Baginda bertitah, wasiat disampaikan ketika Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:

• Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama kaum lain;

• Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman luar;

• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

• Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan;

• Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu;

• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Baginda bertitah demikian pada majlis pelancaran buku Allahyarham Prof Syed Hussein Alatas berjudul Mitos Pribumi Malas, Keintelektualan Masyarakat Membangun dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Johan Jaafar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz.

Raja Nazrin bertitah, wasiat sembilan Raja Melayu dari empat negeri Melayu Bersekutu dan lima tidak Bersekutu itu, disampaikan sebelum merdeka kepada rakyat Melayu, yang juga rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

"Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah.

Titahnya, fasal-fasal terbabit ialah Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1), yang memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titahnya.

Raja Nazrin turut menyarankan supaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melaksanakan usaha menerbitkan semula tulisan yang dihasilkan di zaman pra dan pasca merdeka bagi memastikan generasi muda tidak buta sejarah serta asal-usul bangsa.

Baginda bertitah, selain berperanan memberi pemahaman terhadap generasi muda mengenai pembinaan negara bangsa, langkah menerbitkan hasil karya lama juga akan memastikan khazanah negara itu tidak lenyap ditelan zaman.

"Beta mendengar Allahyarham Ishak Haji Mohamad ada menghasilkan buku Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila, tetapi Beta sendiri sehingga sekarang tidak berpeluang mendapatkan naskhah buku itu.

"Bahan bacaan seperti itu amat penting bukan saja diterbitkan semula, tetapi dijadikan bahan ilmiah wajib di pusat pengajian supaya generasi muda tidak lupa sejarah," titah baginda.

Sumber : Berita Harian : Edisi 7 August 2009

* ^ *

Nota untuk diri sendiri:

Insyallah wan akan cuba sedaya upaya untuk menulis dengan menggunakan ayat dan perkataan yang betul dari segi nahu dan tatabahasanya. Jika ada sebarang kesilapan wan harap Puan Munsyi Dewan kita (kaksu) akan cuba memperbetulkannya ya... atau kawan-kawan boleh juga merujuk pada Puan Munsyi Dewan kita ini ya!

Wan juga akan sedaya upaya untuk mengelakkan daripada menggunakan sebarang ayat pendek (shortform) dalam setiap entry wan yang akan datang.

Sesungguhnya jika wan ingin memperjuangkan kesinambungan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, wan harus bermula dengan diri wan sendiri, barulah wan dapat mendidik anak wan untuk lebih mencintai bahasa ibundanya ini.

Jika terdapat sebarang kekhilafan, ianya datang daripada diri wan sendiri yang sangat lemah ini.


Salam sayang,

2

Alhamdulillah.... lega!!

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Selepas beberapa minggu wan bergelut dengan kerja yang hampir membuatkan wan bagaikan nak muntah hijau, akhirnya sekarang ni wan dah boleh nak menarik nafas lega (sedikit). Setelah beberapa hari wan terpaksa ambil my Aysha lambat daripada biasa, setelah beberapa puluh ringgit wan terpaksa 'laburkan' pada nursery sebab ambil lewat daripada waktu yang telah ditetapkan... akhirnya... haaaaah legaaaa... buktinya... hehehe tadaaa wan dah pakaikan langsir baru untuk rumah wan (sempena nak sambut ramadhan jugak! - ahaks ada kena mengena ke?)

Walau bagaimanapun, dalam sibuk dengan kerja-kerja yang berlambak itu... wan masih lagi sempat membuat 'kerja gila'. Hahahaha ni si wabbit la nih! tak boleh ke dok diam-diam... ada aje yang di'kerja'kannya. Dah la wan ni mudah terpengaruh... huhuhu wabbit ni la...

TAPI kan... wan sebenarnya tak sabar jugak nih! hehehe lambatnya nak tunggu tahun depan... lepas tu... WELCOME TO...... (ni nak kena kumpul duit banyak-banyak nih supaya best nak bershopping!)

Ok lah. wan sebenarnya tak tahu nak tulis apa kat sini. Tapi sebab rindu nak 'berborak' serta nak lepaskan 'gian' merapu kat sini... inilah jadinya!


Salam sayang,

3

Malam Nisfu Sya'ban

oleh: Tuan Haji Baharuddin Harun
(Pengurus Galakan Industri & IKS di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan)

1. Sekarang kita berada di bulan Nisfu Sya’ban. Bulan sya’ban adalah terletak antara dua bulan iaitu bulan rejab yang merupakan bulan haram dan bulan ramadhan yang merupakan bulan mulia dan bulan Al Quran di turunkan.

2. Bulan Sya’ban merupakan bulan yang Rasulullah memperbanyakkan puasa sunat berbanding dengan bulan-bulan lain. Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah: “ Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan lain seperti mana engkau berpuasa di bulan sya’ban.” Baginda menjawab, “ia adalah bulan yang dilupa oleh kebanyakan manusia iaitu bulan antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan amalan manusia di angkat kepada Tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku di angkat dalam keadaan aku berpuasa."

3. Sebagaimana ada riwayat yang sahih menyatakan bahawa baginda berpuasa hari isnin dan khamis setiap minggu. Di dalam setengah hadis baginda telah ditanya tentang rahsia berpuasa pada hari isnin dan khamis, baginda menjawab: “Pada kedua hari ini amalan hamba dibentangkan kepada Tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku dibentangkan dalam keadaan aku berpuasa."

4. Hari ini adalah 14hb. Sya’ban dan esok adalah hari pertengahan bulan sya’ban. Malam ini adalah malam nisfu Sya’ban. Banyak hadith-hadith yang telah menceritakan tentang kelebihan malam nisfu sya’ban. Antara hadith itu adalah sebuah hadith hasan yang telah diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Allah sentiasa melihat kearah semua makhluknya pada malam nisfu sya’ban lalu mengampunkan semua makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang bermusuhan.”

5. Allah sentiasa memerhatikan makhluknya dengan pandangan yang lembut dan disertai dengan keampunan. Akan tetapi pemerhatian pada malam ini adalah pemerhatian yang disertai dengan belas kasihan dan keampunan serta perhatian yang istimewa.

6. Tentang dosa syirik Allah telah menjelaskan pada ayat Nya : (AN NISA’ 4:116 ) Ertinya ; “Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mensyirikkan Nya dengan sesuatu dan dia akan mengampunkan dosa selain dari perbuatan syirik bagi sesiapa yang di kehendakiNya.”

7. Manakala orang yang mempunyai permusuhan, perkelahian, memutuskan tali persaudaraan adalah terhalang dari mendapat keampunan. Allah akan menangguhkan keampunan dari kedua orang yang bermusuhan itu sehinggalah mereka berbaik-baik semula.

8. Pintu keampunan Allah adalah juga tertutup bagi mereka yang mengotorkan hati mereka dengan perasaan dengki. Mereka adalah merupakan orang yang tidak berdoa dengan doa (AL HASYAR 59:10) Ertinya:“Wahai Tuhan kami ampunkan lah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan keimanan dan janganlah Engkau jadikan didalam hati kami rasa dengki terhadap orang-orang yang beriman . Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.”

9. Seperkara lagi yang di kaitkan dengan malam nisfu sya’ban ini adalah satu peristiwa yang berlaku dalam tahun kedua Hijrah iaitu peralihan kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram. Baginda Rasulullah telah mengimpikan dalam dirinya supaya dia dapat mengadap kearah kiblat bapanya Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang telah membina rumah Allah itu. Dan Nabi Muhammad S.A.W adalah pewaris dan pengikut agama Nabi Ibrahim.

Firman Allah (AN NAHLU 16:123) Ertinya; "Kami akan melihat muka engkau terngadah kelangit, maka kami palingkan engkau kearah kiblat yang engkau suka…..”

Allah telah menunaikan apa yang di kehendaki oleh baginda. Allah telah menurunkan firman Nya: (AL BAQARAH 2:144) Ertinya; “ Kami telah melihat muka engkau terngadah kelangit, maka kami palingkan engkau kearah kiblat yang engkau suka…”

10. Peristiwa pertukaran arah kiblat ini adalah juga merupakan salah satu rahsia ujian Allah terhadap manusia sebagaimana firman Nya:
(AL BAQARAH 2:143) Ertinya ; “ Dan kami tidak menjadikan (kamu mengadap) kearah kiblat yang kau hadapkan muka hari ini melainkan Kami ingin tahu siapakah yang mengikut Rasul dan siapa pula yang berpaling tadah tidak mengikutnya.”

11. Antara amalan-amalan di malam nisfu sya’ban ialah bacaan surah yasin, istiqarah, sembahyang malam, berselawat dan lain amalan yang dilakukan ikhlas kerana Allah.

12. Akhirnya samalah kita mengambil pengajaran malam nisfu sya’ban di mana Allah mengampunkan dosa setiap hambaNya yang tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu yang lain dan kecuali seorang ada permusuhan dengan saudaranya yang lain.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dan sahihnya ada dinyatakan : Tiga golongan yang sembahyang mereka tidak akan diangkat walaupun sekadar sejengkal iaitu lelaki yang mengimankan sembahyang satu kaum sedangkan mereka tidak menyukainya, perempuan yang suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya dan dua orang saudara yang bermusuhan antara satu sama lain.

Sama-samalah kita memperbanyakkan amalan kita di malam ini dan berpuasa pada keesokkan hari bagi mereka yang mampu.

Sekian.

(Petikan daripada : ->sini<- )

* * *

Wahai sahabat yang kucintai...
daku mohon...
andai ada salah dan silap diri ini terhadap kalian
yang sedar mahupun yang tidak
telah membuatkan hati kalian terluka dan berduka dengan olahku
Ampunilah daku...
sesungguhnya diri ini hamba yang lemah...

dan...
daku telahpun memaafkan setiap salah dan silap kalian pada diri ini
(insyallah kalian tidak ada salah dan silap pada diriku yang kerdil ini)



Salam sayang,

4

Terima kasih...

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Wan ingin merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih buat sidia di seberang sana... di bandar seri begawan... atas tanda ingatan dan bingkisan hadiah yang sangat-sangat la berharga ini!.

Buat cik puan kLavu...
kamu tahukan yang wan sayang sangat sama kamu?!
walau tanpa hadiah...
walau sekadar ingatan cuma...
kamu tetap wan sayang...

walau bagaimanapun...
bingkisan ini telah menceriakan hari wan ini
=) terima kasih dear,
nanti tunggulah kehadiran... dot dot dot (Insyallah!)

Juga ucapan terima kasih,
buat chik Idah, yang menjadi perantara
Jasamu di kenang dik!

Salam sayang,

2

Alahai... macam-macam...

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Pesta buku Selangor 2009 (PBS 09) telahpun berakhir semalam. Dalam nak ‘puasa’ beli buku... sudahnya, beberapa buah buku juga wan beli. Wan ni memanglah... hati ni sesungguhnya tak pernah nak patuh dengan ‘apa kata poket’. Langsung tak nak berkompromi bila datang bab buku/novel. Dan 'virus' ni memang dah berjangkit pada my Aysha! Dia sampai sanggup bawa ke hulu ke hilir buku 'Peter & Jane' semata-mata nak habiskan cepat dan minta wan belikan dia series yang seterusnya. Huhuhu teruk ar!!

Ok berbalik pada cerita PBS 09, buku-buku yang wan beli itupun bukannya wan pergi semata-mata nak cari buku tersebut. Tidak. Wan sekadar sambil lalu, singgah, belek dan beli! Kecuali untuk buku Pelangi dan buku Billy Milligan yang memang wan nak beli!.

Inilah antaranya buku yang wan beli. Bila nak baca… entah! Tapi yang pastinya wan dah habis baca Pelangi (JS) dan Aku Bukan Billy Miligan (NB Kara). Sekarang ni masa senggang wan agak terbatas. Jadi aktiviti membaca agak terhad pada hujung minggu sahaja. Penat dek kerja pejabat yang tak habis-habis, terbawa hingga ke malam. Sudahnya dah beberapa malam wan terus tertidur tanpa sempat nak mengulit novel. Jadi jangan tanya wan 'bila masa nak habiskan buku-buku tu?' kerana wan memang tak ada jawapannya!.

*^*

Kisah My Aysha

Benarlah… sehari tak buat drama memang tak sah rasanya hidup ni. Kali ini My Aysha buat lagi ‘drama’. Nak tahu apa ‘drama’nya?

Begini al-kisahnya…

Hari sabtu, masanya petang nak maghrib… oleh kerana wan ‘coti’ jadi wan dok mengulit novel sambil baring ala-ala Cleopatra. Si Aysha pula dalam bilik air, mandi+main. Tiba-tiba dia berlari masuk ke bilik dengan muka cuak giler+nak menangis (sebenarnya dah menangispun), dengan tuala melekat kemas kat kepala dan menutupi sebahagian muka dan dahinya.

Dalam hati wan dah saspen… terdetik dalam hati ‘apalagi la yang dikerjakan oleh si Aysha ni’. Dengan kesnya yang dulu (baca ->di sini<-), wan memang akan terfikirkan kemungkinan yang buruk-buruk aje. Rupa-rupanya dia dah tercukur kening dia… alahai anak!

Nak tergelak pun ada… tapi wan control konon-konon marah la… sambil tu membebel jugak la kat dia! Dia, langsung baring sebelah wan sambil peluk wan erat-erat. Bagaikan takutkan hantu lagaknya. Hehehe tahu takut!. Ni si sirman la guna tak simpan balik… dah… hilang separuh kening si Aysha.

Yang kelakarnya lagi, si sirman siap suruh wan celakkan si Aysha… mana la wan ada celak! Si Aysha pula, nasib baik dia pandai, rambut depan dia tarik ke depan untuk cover kening dia yang dah hilang separuh tu. Bila wan tanya dia, "nanti sekolah petang, Eisya pakai tudung macam mana?”... “Eisya tutup la dengan anak tudung!” hehehe pandai… anakku!.



Salam sayang,

Back to Top