2

Sehari bersama 'KUBUGIL' @ Melaka

Salam semua,

Alhamdulillah... syukur ke hadrat-Nya. Perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan sebaiknya tanpa ada aral melintang.

'KUBUGIL'? pastinya kalian akan tertanya-tanya... apa itu? kedengarannya sedikit lucahkan?? Hahaha sebenarnya KUBUGIL ini adalah singkatan pada 'Kutu Buku Gila'. Kumpulan yang ditubuhkan oleh sekelompok penggemar/penggiat buku. Ala macam kitalah geng UlatBuku... tapi yang pastinya mereka lebih aktif berdiskusi tentang buku... bukan seperti kita, agenda utama adalah MAKAN. hahaha

Sememangnya bila diberitahu oleh kaksu bahawa mbak Endah akan datang berlibur di Malaysia amat-amat membuatkan hati wan teruja. Apa taknya ketika kami geng UB berwisata di Bandung-Jakarta sempena Pesta Buku Jakarta 2008 yang lalu, kedatangan kami disambut hangat oleh mbak Endah. Dan kami juga sempat singgah di Gunung Mas-Puncak tempat mbak Endah, membuatkan wan jadi terhutang budi padanya. Dan kedatangan mbak Endah pastinya memberi peluang untuk wan membalas balik...

Pada awalnya wan sudah mula kecewa apabila perancangan awal kaksu & kakyah yang akan membawa mereka berlibur di Melaka pada hari Ahad 11 Okt, telah dipercepatkan pada hari jumaat. Hari jumaat?? aalaaaa wan mana boleh ikut... wan kan kerja, lagipun cuti tahunan wan sudah langsai... macam mana wan nak ikut!!!??

Tapi... oleh kerana kakyah yang ingatkan mereka akan tiba jam 8 pagi hari jumaat dari Bangkok... akan terus bawa mereka melawat Melaka, tetapi rupa-rupanya jam 8 malam... jadi terpaksalah kakyah ikut balik rencana asal... ALHAMDULILLAH... bolehlah wan join! hehehe

Dan sehari bersama mereka - kubugil- sememangnya amat mengujakan apatah lagi wan juga boleh tumpang sekaki menjadi pelancong... ahaks. Wan ditugaskan untuk mengambil Anna dan Prema di Melaka Sentral. Nasib baik ada 'Pak Google' yang sangat membantu wan & sirman mencari lokasi. Kami bertemu dengan grup kakyah & kaksu bersama mbak Endah dan rakan-rakannya, Antie, Duma & Icha di Banda Hilir.

Oleh kerana wan yang menginap di Hotel Mahkota Melaka (wan ambil apartment 1 bilik) dan tiada package breakfast menyebabkan kami agak kelaparan... hahaha (sebenarnya nak keluar cari makan, tapi Aysha pula nak mandi kolam... dan kami juga harus stand-by untuk ambil Anna di Melaka Sentral... jadi wan fikir lebih baiklah wan check-out terus... itu yang kami hanya sempat buat air dan makan roti yang sempat sirman beli di stesen minyak Jalan Gombak -> n3 ini akan saling berkait dengan n3 yang sebelumnya... kerana jarak masa berlaku adalah diantaranya)

Setiba di area Dataran Pahlawan, mereka (mbak endah & da gang) meneruskan acara melawat sekitar Dataran Pahlawan, kaksu dan kakyah bersantai di bawah pokok menikmati angin kota bersejarah Melaka sementara wan, sirman dan Aysha ke mc'D berdekatan untuk 'breakfast' jam 12.00 tengah hari... ahaks.

Kami bertemu balik untuk makan tengah hari di Gerai Makan yang terdapat di tengah-tengah Banda Hilir itu. Wan yang baru selesai makan... alamak! macam mana ni? mereka nak makan asam pedas Melaka, tapi perut wan sudah kenyang!? tapi untuk tidak menghampakan perut (takut ralat aje) wan makan juga sikit... sekadar menjamah dan merasa akan keenakkan asam pedas di Melaka.

Selesai makan, kami naik Taming Sari. Tapi oleh kerana waktu itu (lebih kurang jam 2 petang) berlangsungnya acara payung terjun di menara tersebut, menyebabkan operasi untuk pengunjung naik dan menikmati pemandangan dari atas 'langit' ditutup buat sementara dan akan dibuka jam 2.30 petang. RM10 (untuk pembawa IC), RM5 (untuk kanak-kanak yang ada mykid) dan RM20 untuk pelancong itulah harga yang dikenakan untuk menaiki Taming Sari.

Menaiki taming sari membuatkan perut wan sedikit kecut! ahaks. Sedangkan Aysha selamba aje dan terlebih teruja ada la... bukan apa, gayatpun ya juga... huhuhu bila tengok balik photo yang sirman ambil... muka wan cuak aje.

Acara seterusnya adalah 'River Cruise' menyusuri sungai Melaka. Sebelumnya Aysha yang sudah teruja untuk naik Eye of Malaysia, tetapi apabila diberitahu bahawa acara tersebut tidak dapat dilaksanakan, dia sudah frust dan mulai protes. Merajuk. Membuatkan wan sedikit hilang sabar. Ketika di atas bot dia masih lagi ‘buat perangai’, tapi entah apa yang dijanjikan oleh sirman dia mulai ok. Alahai anak...

Setelah 45 minit masa di ambil, kami kembali ke daratan dan Aysha yang sudah ternampak ‘kapal besar’ mulai teruja untuk menaikinya. Agaknya nak cover yang tak boleh naik kot... hehehe. Tapi mbak endah dan kawan-kawan tak berminat... kerana mereka lebih berminat untuk bershopping... hehehe

RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas adalah bayaran yang dikenakan untuk eksplore bahagian dalam badan kapal. Ketika membeli tiket dan kami diberi plastik, tertanya-tanya juga wan, untuk tujuan apa sebenarnya plastik tersebut?? Lagipun sekadar keratan tiket tidak perlulah plastik sebesar itu. Ooo rupa-rupanya untuk diisi kasut/selipar kerana kita harus membuka selipar/kasut ketika masuk ke dalam perut kapal.

Aysha memang teruja sungguh! hinggakan dia boleh tanya wan... “mummy kenapa kawan mummy tak nak naik kapal?? bestttt” hahaha hilang sudah kekecewaannya kerana tidak dapat naik Eye of Malaysia!.

Ketika hari sudah beransur senja, kami berangkat keluar dari Banda Hilir. Medan Ikan Bakar pula jadi lokasi seterusnya. Yelah penat berjalan-jalan, perut sudah mulai lapar... kenalah isi dulu. Dengan ‘peta’ oleh adik kaksu, akhirnya kami jumpa juga ‘Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung’. Kononnya kalau tak jumpa tempat tersebut, kami akan terus ke Umbai. Di sini Khairyn join kami makan-makan.

Acara makan-makan selesai lebih kurang jam 8.00 malam. Terima kasih daun keladi pada JS yang sudi menaja makan malam. Sebenarnya JS nak belanja sahabat-sahabat dari Indonesia tetapi wan yang tidak tahu malu ini tumpang sekaki... hehehe. ops 3 pasang kaki la... (sirman & Aysha).

Kami harus bergegas pulang supaya tidak terlalu lewat tiba di KL. Aysha pula sibuk nak naik kereta kakyah, terpaksalah minta kakyah singgah di R & R jejantas Air Keroh. Wan tahu Aysha tu teruja dengan ‘tivi’ yang ada dalam kereta kakyah... hehehe tapi rasanya sekejap aje tu pastinya dia akan tertidur... itulah kebiasaannya dia bila naik kereta. Dan memangpun!! hahaha

Singgah di Jejantas Air Keroh solat jamak dan terus balik ke KL. Oleh kerana ketika itu jam sudah menunjukkan ke angka 9 dan wan harus drop Anna dan Prema di mana-mana stesen LRT untuk mereka balik ke Concorde Hotel, takut la pula public transport sudah tiada, jadi sirman terus aje hantar mereka ke hotel penginapan. Dan kami tiba di USJ ketika jam sudah di angka 11.30 malam.

Penat. Tapi seronok. Itulah yang dirasakan. Dan natijahnya... isnin... dan semalam selasa sirman sudah demam dek kepenatan! alahai kesiannya suamiku itu...


Salam sayang,

2 comments:

Noor Suraya said...

salam,

wan, kita orang seronok tau wan ikut gabung - jangan risau fasal makan malam, itu duit opis, bajet mesti dihabiskan lho :) ini kan sudah hujung tahun...

wan, kaksu7 sudah racun suruh ajak mummy pi night zoo + eyes on malaysia tu...

Wan Amalyn said...

kaksu...

Ooooo patutlaaaa...

dia sibuk dok ajak sirman pergi 'hotel' nak naik eyes on malaysia cuti sekolah bulan 12 nih! huhuhu

Back to Top