Tengah dari kiri: Adhan, Ruby, wabbit, nacha, kakUda, Nicky & wan + Amalyn
Depan dari kiri: Azura, kaknOtie, Nazira (Ruby's Jr), Rinn, Khairyn & kawan Rinn (sorry tak sempat nak berkenalan)
Rasanya tak perlu wan berceloteh panjang lebar tentang kemeriahan 'rumah terbuka alaf baru' kami ini. Sebagaimana yang semua maklum, berjumpa, berborak dan bersantai adalah agenda yang seringkali wan nanti-nantikan terutamanya apabila dapat peluang berkumpul beramai-ramai seperti ini!. Dan apa yang lebih bermakna dan meriah adalah penampilan istimewa Khairyn Othman penulis berbakat yang sangat-sangat wan kagumi bakat penulisannya. Khairyn yang masih bercuti di tanahair sempena sambutan hari raya aidilfitri dan akan kembali ke Glasglow pertengahan bulan oktober nanti bagi menyambung pengajiannya. Selain dapat 'kejutan' dengan 'baby' terbaharu daripada Ruby ~ Percayalah... Akhirnya daripada kaksu dan kakyah. TERIMA KASIH KANDA-KANDAKU!!
Walaupun ada seperkara yang sangat-sangat membuatkan wan GERAM & SAKIT HATI, harap-harap tak ada kawan-kawan yang terasa hati kalau wan tidak sempat nak berborak panjang lebar dengan kawan-kawan semua ya!
Al-maklumlah bila dah ada 'handbag' terpaksalah wan bawa ke mana sahaja wan pergi walaupun adakalanya teringin suruh dia ikut sirman tapi... demi mendapatkan 'green light' terpaksalah ditelan walaupun 'pahit'. Itulah adakalanya demi untuk mencapai sesuatu impian, ada sesuatu yang harus kita korbankan. Dan demi untuk kemurnian satu perhubungan, adakalanya kita harus berkorban hati dan perasaan (walaupun adakalanya terselit juga perasaan tidak puashati!).... ada hati yang harus kita jaga dengan harapan segala keinginan kita termakbul.
Wah dah panjang ni... tadi kata tak nak tulis panjang-panjang!
[PS: semalam wan dah beli perfume yang wan hajatkan itu!. =) beli dalam keadaan yang payah dengan barang penuh di kiri dan kanan tangan tidak termasuk 'handbag' yang asyik nak buat hal sendiri di tengah-tengah keramaian orang di SOGO... hinggakan wan langsung lupa nak tanya berapa harganya untuk sebotol pewangi jenama Channel 50ml itu... bila nak bayar baru tahu harganya RM296 sebotol... huhuhu nasib baik ada RM-extra dalam purse...
Salam sayang,

10 comments:
meriahnyer.. jeles wooo.. nak terebang tadak sayap, kakmOn telan aiq lioq jek :p
iejay pun jeles ni...
ditinggalkan keretapi huhuhu...
dahlah ramainya UB yg datang...
Jid pun ada sesuatu telah terjadi (Tak mo kenang) menyebabkan jid tidak 'terhadir'...huhuhu...
kakwan, kenapa dengan mata Rin tu? moga tidak ada apa2 yg serius ya...
kakmOn..
Insyallah... wan akan tetap terkenangkan kenangan manis ketika kita dapat berkumpul kat bonai dulu...
Iejay..
itula, kakwan tertanya2 juga mana hilangnya adik kakwan yang sorang nih! takmo beraya ngan kakwan ker?? =)
JiD..
Barang yang lepas usah dikenang, jika sekadar hanya akan menyakitkan hati ;-)
Insyallah mata Rinn tak ada apa2 yang serius!
kak wan...
ahada jeles jugak...
rindu kt smua jugak...
best la dpt pegang PA awal2...
p/s: klu bt this week or n.week baru blh trn kl...
Ahada...
kakwan pun rindu kat dia jugak! dah lama rasanya kita tak berkumpul ramai2kan... =(
la.. awat la sy sorang je yg posing tkp lentok. hahaha.. over tau.
wah! wah! wah! lps ni sure Wan harum semerbak dgn bau Coco Chanel. pasti pelukan bertambah erat. hehehe...
Nacha..
hahaha... nacha kan 'tangkap lentuk' =)
sebelum raya dia janji nak belikan, tapi bila wan beli lepas raya dia kata, gunalah duit raya! (yang dia bagi) huhuhu MANA ACI!!!!
wan
Rynnnnnnn
Post a Comment