5

Honey

Salam semua,

Hari ini setelah berfikir berpuluh-puluh kali... akhirnya wan telah membelinya. Satu botol seberat 1kg dengan harga RM65. Dan siap ada aturan makan bagai, mengikut pamplet yang diberikan bersama-sama dengan madu Khaula As'Syiffa', dipercayai madu ini berkhasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Pada wan... entah... sebab wan baru makan sikit tapi yang pasti rasanya sedap tak seperti madu yang telah wan beli sebelum ini! =) Tentang kemujarabannya wallahualam... semuanya terpulang pada kuasa Allah swt.

* * * * *

Wan teringin nak ajak sirman pergi jalan-jalan ambil gambar. Tapi bukan kat tempat-tempat yang penuh dengan lautan manusia ya!!. Rasanya dah lama tak berdating dengan sirman. Kalau tidak dia yang busy, wan yang sibuk dengan acara UB. Agak-agak kat mana ya yang sesuai nak berposing tanpa ada orang yang memandangnya?? malu la... nak pose gaya model kalau ada mata lain yang mencuri pandang! wan ni kan pemalu!!

Wan teringin nak pergi...
di tepian pantai, berkejaran dengan sang ombak... sambil bertanya khabar pada sang angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Angin yang berkibaran membelai wajah sementara sang teruna merakamkan photo... alangkah indahnya... =)

Wan teringin nak masuk kelas fotografi la =) huhuhu penyakit baru datang lagi!! Nak pujuk sirman belikan D90 untuk wan... nak lawan syud!! hehehehe

OK STOP!! merepek sungguh wan nih!! huhuhu


5 comments:

sI tEDI said...

he he he.. wan..

aku minat amek gambo.. tp x lah sampai nak masuk kelas..

ekekekke..

amek pun pakai enset jek..

Wan Amalyn said...

tED... =)
jeles tengok orang ambil gambo lawa2... dengan macam2 teknik... itu yg buatkan rasa cam nak masuk kelas... :P

ok ape ambik dgn handset! ambik gambo jugak!

nacha said...

Wan..

go-go chaiyokk.. ganbatte. bila Wan dah expert menjadi camerawoman nanti bole la amik gambo kitorang plak. dah terbayang aksi berlari2 di strawberry farm kat CH. hehehe..

kalo Wan nak berposing di pantai gi la dkt sebelah Ganu. kat sana kan byk pulau. cantik kalo amik during sunset. wow! so romantic. soh Eisya amik kan gambo Wan dgn Man. hehehe..

Wan Amalyn said...

Nacha..

huhuhu dah tanya sirman, xbleh gi (pantai) skrg... musim tengkujuh, ombak kuat =( nampak gaya kena tunggu tahun depan jugak ler...

ingat nak gi FRIM ler... ambik gambar ala-ala dalam hutan :P

Nina Suria said...

wah romantis amat dih, ni bahang tengkujuh ka?

kakmOn pun teruja ngan D90

nacha kakmon dpt bygkan bagaimana berlari menrentas kebun stroberi itu

Back to Top